Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Projektor Murah Terbaik di Malaysia 2024 (Dibawah RM1000)

Walaupun murah tapi kami yakin projector murah ini merupakan pembelian yang berbaloi.

Pada zaman ini, screen projector atau lampu projektor merupakan alat elektronik yang digunakan semakin meluas.

Bukan sahaja dalam bidang akademik dan kerja tapi digunakan di rumah bahagian bilik yang tidak mempunyai televisyen.

Lagipun alat ini dapat memberi kepuasan dalam menonton filem atau video pada skrin yang lebih besar tanpa mengeluarkan kos yang besar.

Kadang-kala tu, tak beli TV besar pun, cukup dengan projector screen dan dinding putih, itu sudah memadai untuk menonton filem.

Jadi, pada mereka yang ingin membeli skrin projektor dengan harga projector berbaloi, jom lihat senarai harga projector murah dan terbaik ini.


Senarai 9 Harga Projector Screen Murah

Projector terbaik secara keseluruhan
iLepo
iLepo HY300
mulai
RM266.00
Semak iLepo HY300 Android Projector (Android 11.0 LCD 4K HD) harga dibawah:
add_circle Fleksibel
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Mempunyai sistem Wifi
remove_circle Sedikit berat

Sebab menjadi pilihan utama:

Projektor ini sudah siap sedia ada aplikasi Netflix, YouTube dan aplikasi lain, tinggal pilih saja malah, anda juga boleh muat turun aplikasi lain menerusi Google Playstore.

Ciri-ciri:

Projektor jenama Ilepo jenis HY300 ini diperbaharui rekaannya dan cirinya juga dinaik taraf.

Jika dahulu rekaannya petak empat segi tapi kini bulat dan lebih fleksibel dimana anda boleh laraskan sehingga 180° mengikut sudut selesa mata pandangan anda.

Seperti biasa, projektor ini boleh disambungkan dengan laptop, smartphone dan juga boleh berfungsi dengan sendiri walaupun tidak disambungkan dengan mana-mana alat peranti.

Resolusi untuk projektor ini 1920 x 1080, visual memang sangat jelas walaupun jarak antara dinding sehingga 4meter.

Paling penting, projektor ini mempunyai sistem Automatic Correction dimana projektor akan laraskan sendiri skrin dengan betul.

Review:

"Cuba mainkan video dalam 4K, jelas tak ada masalah. Memang berbaloi beli."

VIUIO A2000 Portable Mini LCD Projector
mulai
RM140.90
Semak VIUIO A2000 Portable Mini LCD Projector harga dibawah:
add_circle Boleh disambungkan ke pelbagai peranti
add_circle Resolusi tinggi
add_circle Built in speaker
remove_circle Kabel HDMI tidak didatangkan sekali

Dengan sambungan HDMI dan USB, projector ini boleh dikatakan antara projector yang baik untuk disambungkan ke pelbagai peranti di rumah termasuk smartphone.

Biarpun murah tapi prestasinya tidak kurang hebat dengan resolusi mampu mencecah 1080, tahap kecerahan sehingga 600 lumen dan mampu memancar sehingga jarak 1.7 meter.

Projector ini juga dibina dengan built-in speaker untuk sistem audio yang memuaskan.

Projektor untuk kelas
Lumos G86 Projector
mulai
RM309.00
Semak Lumos G86 Projector harga dibawah:
add_circle Resolusi tinggi
add_circle Jarak pancaran sehingga 3.8 meter
add_circle Mempunyai WiFi dan Bluetooth
add_circle Terdapat built-in speaker
remove_circle Tidak ada aplikasi Netflix

Dengan jarak pancaran sehingga 3.8 meter, projector ini boleh dikatakan antara projector terbaik kerana mampu memberi visual baik walaupun dari jauh.

Malah dengan resolusi yang mampu mencecah sehingga 1080, pastinya sesuai untuk kelas atau pengusaha kedai makan untuk memberi hiburan kepada pelanggan.

Tahap kecerahan projector ini boleh mencapai sehingga 6000 lumen dan mempunyai built-in speaker.

Untuk power supply pula selain dari elektrik, pengguna juga boleh menggunakan bateri jenis AAA.

Walaupun menggunakan bateri AAA, projector ini juga mempunyai sambungan WiFi, Bluetooth, USB dan HDMI untuk membolehkan anda menyambung ke pelbagai peranti. 

Pengeluar turut memberi warranty selama 5 tahun kepada pengguna.

Projector HD yang bagus
JNJ Technology
projector jnj tech
mulai
RM188.80
Semak JNJ Technology X7 Portable Mini Projector Full HD 1080p harga dibawah:
add_circle Boleh disambungkan ke pelbagai peranti
add_circle Resolusi HD
remove_circle Tiada sistem Bluetooth

Projector HD dari jenama JNJ Technology ini mempunyai resolusi 1920 x 1080 dengan kecerahan 400-800 Lumens.

Jadi memang sesuai untuk menonton filem, video, melihat gambar atau bermain konsol permainan seperti Sony PS5 atau Xbox.

Saiz projektor 160 (W) x 115 (H) x 65 (H) mm dengan berat 300g memang sesuai untuk kegunaan di rumah.

Jangan risau, projector ini mempuyai sambungan HDMI, AV, TF dan USB untuk disambungkan ke pelbagai peranti termasuk smartphone.

Cuma jika nak sambungkan projector dengan telefon menggunakan WiFi, anda perlu gunakan anycast seperti M9 plus.

QIAOLET Projector Z1 Mini
mulai
RM190.00
Semak QIAOLET Projector Z1 Mini Projector harga dibawah:
add_circle Mempunyai sistem Bluetooth & Wifi
add_circle Jarak pancaran sehingga 4.5 meter
add_circle Built-in speaker
remove_circle Tidak boleh sambung dengan Wifi telefon

Jenama projektor Qiaolet ini mempunyai 2 jenis iaitu Android dan Mirror dan kami syorkan anda membuat pembelian jenis Android.

Ini kerana QIAOLET Projector Z1 Mini Projector jenis Android boleh menonton Netflix dan Youtube.

Resolusi untuk projektor ini adalah 1920 x 1080, visual memang sangat jelas jika anda bermain game atau menonton video.

Manakala jarak pancaran boleh sehingga 4.5 meter, agak jauh dan boleh gantung pada dinding jika nak elak dari kanak-kanak.

Ciri seterusnya, projektor ini boleh dikawal secara manual pada bahagian butang atau menggunakan infrared remote control button.

Projector untuk outdoor
YT300
YT300
mulai
RM141.00
Semak YT300 Projector Mini harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana saja
add_circle Built in speaker
add_circle Ringan
remove_circle Jarak pancaran hanya 2 meter

Resolusi untuk projektor ini adalah 1920x1080 dengan jarak pancaran 2 meter saja disebabkan saiz YT300 ini kecil saja.

Saiznya sebesar 110 x 110 x 47mm dengan berat 0.2kg, projektor ini mudah dibawa kemana saja walaupun outdoor.

Bahagian speaker projektor ini menggunakan built in speaker jadi anda tak perlu guna tambahan speaker yang lain.

Paling penting, mempunyai infrared remote control tanpa memerlukan anda bangun atau duduk untuk mengawal projektor.

mulai
RM1,099.00
Semak INLAB Senz - The Home Cinema Projector 1080P Full HD harga dibawah:
add_circle Gambar jelas dan auto fokus
add_circle Speaker kuat & audio Dolby
add_circle Sokongan HDR untuk vibrant colour gaming
add_circle Boleh sambung WiFi, Bluetooth, HDMI, USB
add_circle Boleh screencasting
remove_circle Perlukan kabel HDMI lain
remove_circle Berat 2.2kg

Projektor INLAB, sebuah 4k projector malaysia yang digemari ramai pengguna tempatan dan menggunakan teknologi LCD.

Bukan sahaja mempunyai 7000 lumens brightness dan resolusinya tinggi, projektor ini juga mempunyai pembesar suara Dolby Audio untuk bunyi yang lebih berkualiti dan immersive.

Ia menjalankan sistem operasi Android versi 9.0 terbaharu dengan aplikasi built-in YouTube, dan Netflix.

Pengguna juga boleh menyambungkan kepada WiFi, Bluetooth, HDMI, USB dan juga audio jack bagi mendengar audio melalui fon kepala.

Paling penting, projektor ini membolehkan pembetulan auto keystone/focus untuk menjadikan paparan skrin sentiasa tepat dan tidak lagi senget.

Walaupun dalam keadaan cahaya cerah, gambarnya tetap terang, ada ciri HDR dan bunyinya memang kuat tanpa perlu pasang speaker lain.

Memang sesuai untuk menonton filem, bermain game atau kegunaan guru untuk mengajar dalam kelas.

Aukey RD-860 Full HD 1080P Wi-Fi LCD Projector
mulai
RM549.00
Semak Aukey RD-860 Full HD 1080P Wi-Fi LCD Projector harga dibawah:
add_circle Built in speaker
add_circle Jaminan 2 tahun
add_circle Sambungan WiFi, USB, HDMI, AV
add_circle Menyokong Android atau iOS
remove_circle Tidak menyokong audio Dolby

Projektor Aukey RD-860 memudahkan anda untuk membuat penyiaran video dan audio dari peranti iOS atau Android.

Ia menawarkan gambar besar dan seakan hidup dengan saiz imej sehingga 120 inci dari jarak 3 meter.

Resolusi tinggi 1920 x 1080p dan kecerahan imej 5500 lux yang lebih tinggi memberikan gambar yang terang dengan kontras yang tinggi.

Dengan fungsi ±15° keystone correction, projector ini boleh membetulkan kedudukan dan menfokuskan paparan imej apabila projektor dalam keadaan senget.

Tambah lagi, pengguna juga boleh zum gambar dan menyambungkan kepada pelbagai sambungan termasuk WiFi, HDMI, USB, AV dan VGA.

Turut mempunyai pembesar suara terbina di dalam, fungsi pelepasan haba yang sangat baik, jangka hayat lampu 50,000 jam, mod operasi manual / kawalan jauh dan smartphone screen sync.

Nikmati tontonan filem dan permainan dengan paparan gambar yang lebih terang dan lebih baik dari ruang tamu rumah anda!

Projector untuk android
xiaomi projector
mulai
RM1,099.00
Semak Portable Mini Projector Q3 Pro harga dibawah:
add_circle Sokongan bluetooth & screencasting
add_circle Kesan bunyi Dolby
add_circle Built in Youtube & Neflix
add_circle Remote control
add_circle Audio stereo tahap HIFI
remove_circle Tidak menyokong iOS
remove_circle Harga mahal

Projektor ini diperbuat daripada bahan ABS yang tahan lasak dan ringan.

Resolusi maksimum 1080P/720P dan saiz paparan boleh dilaraskan daripada 32 hingga 150 inci dengan jarak antara 0.8M hingga 3.8M.

Selain itu, mempunyai ciri keystone correction secara manual ±15° dan kawalan jauhnya memerlukan 2 bateri AA.

Pengguna juga boleh menyambungkan kepada AV, USB, HDMI, VGA, konsol permainan, dan komputer.

Ciri-ciri lain termasuk kesan bunyi Dolby, prestasi audio stereo tahap HIFI, cip penguat kuasa terbina dalam, pembesar suara stereo terbina dalam dan kesan bunyi SRS.

Jika anda ingin berkongsi skrin secara tanpa wayar dengan smartphone, sila pastikan telefon bimbit dan projektor berada di bawah keadaan WiFi yang sama.

Pakej termasuk projektor, kawalan jauh, kord kuasa, manual pengguna, skrin projektor dan tripod.


Fungsi projektor

Projektor memberikan pengalaman tontonan yang lebih berkualiti dan terang berbanding paparan smartphone, laptop atau TV biasa.

Anda boleh menyambungkannya dengan WiFi, komputer riba, pendrive, atau konsol permainan untuk menonton filem dan permainan video dalam skrin yang lebih besar.

Dalam mesyuarat pejabat, pembentang sering menggunakan projektor untuk mempersembahkan slide PowerPoint.

Ini membantu mereka untuk menerangkan isi penting dengan lebih jelas.

Pensyarah di universiti turut menggunakan projektor untuk mempamerkan nota kuliah, diagram dan video yang releven dengan subjek yang diajar.

Teks, gambar, dan grafik akan dipaparkan dengan saiz yang besar, memudahkan semua orang untuk melihat dan memahami maklumat yang disampaikan.

Selain itu, projektor juga digunakan dalam persembahan multimedia, sesi latihan, dan acara-acara korporat.

Jadi, penyampaian maklumat lebih menarik dan mudah difahami oleh khalayak yang hadir.


Adakah Projector Berbaloi Untuk Dibeli?

Projector akan menjadi pembelian yang berbaloi sekiranya anda mempunyai tujuan yang memerlukan.

Misalnya untuk kegunaan kerja atau anda ingin menonton filem beramai-ramai di rumah.

Jika anda duduk bujang, tak jadi masalah untuk tonton filem atau drama menerusi projector asalkan anda selesa.

Tapi kalau anda sudah berkahwin dan inginkan tontonan di bilik bersama pasangan, kami yakin pembelian projector sangat berbaloi.

Jadi bagi mereka yang ingin beli projector tapi tak tahu berjenama atau tidak, jom saksikan video berikut.


Boleh Tak Guna Projector Berbanding TV?

Projector membantu anda untuk memberi paparan skrin yang lebih besar dengan perbelanjaan yang lebih jimat berbanding TV.

Bukan apa, TV anda perlu beli mahal untuk dapatkan paparan imej yang besar cuma visual lebih jelas dan warna lebih terang.

Selain itu, kelebihan projector berbanding TV, projector lebih mudah dibawa kemana-mana sahaja dan lebih banyak peranti boleh disambungkan ke projector berbanding TV .


Artikel Berkaitan

End of Article