Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tampil Lebih Fleksibel Dengan 8 Laptop Ringan Terbaik Ini

Bawa laptop kemana sahaja tanpa halangan!

Inovasi dan teknologi telah berkembang maju dan menyaksikan pelbagai produk dan peranti canggih mendominasi pasaran dunia. Tidak ketinggalan, laptop juga melalui beberapa siri inovasi yang telah mengubah penampilannya dari besar dan tebal kepada nipis dan ringan serta lebih bergaya moden. Tidak perlu risau tentang ciri-ciri dan aplikasi dalaman laptop berkenaan, walaupun melalui perubahan dari segi saiz, kecanggihannya tetap unggul malah lebih maju dan berteknologi tinggi.

Kini anda boleh bekerja, gaming atau berhibur pada bila-bila masa dengan seleksi produk laptop ringan yang telah kami senaraikan seperti berikut;

Laptop ringan dengan perisian core i5
Laptop ringan dengan perisian core i5
Semak Acer Spin 5 (1.6kg) harga dibawah:

Laptop unik dari Acer yang fleksibel dan boleh dilipat dari pelbagai arah ini juga memiliki ciri skrin sentuh yang memudahkan pengguna. Laptop dengan berat hanya 1.6kg ini ditampilkan dengan processor Intel® Core™ i5, RAM sehingga 16GB dan ruang simpanan mencecah 256GB. Baterinya mampu bertahan sehingga 13 jam, membolehkan anda akses kerja dan alam maya lebih lama pada kelajuan yang lebih lancar dan unggul.

Laptop pilihan terbaik untuk gaming serta ringan
Laptop pilihan terbaik untuk gaming serta ringan
Semak MSI 15.6" GF Series Gaming Laptop- MSI-GF63-8RC-035MY (1.86kg) harga dibawah:

MSI membawakan laptop berteknologi unggul yang menampilkan processor jenis 8th Gen Intel® Core™ i7 serta graphic card GeForce® GTX 1050 graphics. Laptop dari jenama MSI ini nipis dengan berat hanya 1.86kg menampilkan kapasiti simpanan 1 TB serta skrin paparan IPS Level dan sistem audio boost yang dapat merancakkan lagi suasana semasa anda gaming.

Ram besar – terbaik untuk tujuan reka bentuk grafik/graphic design
Laptop pilihan terbaik untuk gaming serta ringan
Semak 13‑inch MacBook Pro harga dibawah:

Produk keluaran Apple ini telah dinobatkan sebagai laptop terbaik untuk pereka grafik oleh pelbagai laman web dan blog teknologi. Laptop dengan prestasi bermutu ini memiliki processor jenis Intel i7 Quad Core dan RAM mencecah 16GB. Tambah menarik, Apple menawarkan ciri dan inovasi dalam bidang rekaan melalui perisian AMD Radeon Pro Graphics serta skrin dengan resolusi yang tinggi, seleksi ideal untuk melakukan kerja-kerja reka bentuk grafik.

Laptop ringan terbaik dengan Intel Processor Core i3
Laptop ringan terbaik dengan Intel Processor Core i3
Semak HP Notebook 14-Bs726TU/Bs727TU harga dibawah:

Laptop simple dan ringan ini dikuasai processor jenis Intel® Core™ i3 dan dilengkapi 4GB RAM serta ruang simpan mencecah 1 TB. Kapasiti yang baik serta ciri dan inovasi canggih pada laptop seperti paparan resolusi HD mencapai 1 juta pixels dan pelbagai aplikasi HP yang memudahkan pengguna, laptop ini sangat ideal untuk kegunaan kerja mahupun hiburan. Tambahan, laptop juga dilengkapi perisian Windows 10 yang terkini.

Laptop jenis tablet – ringan, kecil dan murah
Laptop jenis tablet – ringan, kecil dan murah
Semak Acer One 10 10.1" Tablet Laptop harga dibawah:

Sebuah laptop bersaiz kecil, kompak dan ringan, produk dari Acer ini adalah sesuai untuk kegunaan dimana sahaja, pada bila-bila masa. Memiliki prosesor jenis Intel® Atom™, 2 GB RAM serta ruang simpanan 64GB, laptop kecil ini mampu berfungsi dengan lancar dan cepat. Menampilkan ciri fleksibel apabila ia boleh ditanggalkan dari pad kekunci dan menjadikannya sebagai peranti tablet. Dengan ketahanan bateri sehingga 10 jam, laptop kecil ini ideal untuk kegunaan semasa anda dalam perjalanan jauh atau luar kawasan.

Laptop ringan dan nipis, terbaik keluaran Apple
Laptop ringan dan nipis, terbaik keluaran Apple
Semak MacBook Air harga dibawah:

Sinonim dengan namanya, MacBook Air sangat nipis dan ringan bagaikan udara. Namun begitu, prestasi laptop ini masih unggul dengan prosesor 1.6GHz dualcore 8thgeneration Intel Core i5 dan RAM sehingga 8GB. Apple juga menampilkan inovasi paparan skrin melalui Retina Display yang lebih jelas dan memiliki resolusi tinggi. Kini anda boleh tampil lebih bergaya dengan rekaan serta fungsi laptop yang futuristik dan moden.

Ideal untuk bekerja dengan laptop ringan ini
Ideal untuk bekerja dengan laptop ringan ini
Semak HUAWEI MateBook X Pro harga dibawah:

Sebuah produk yang ringan dan khusus untuk menampung keperluan kerja anda, HUAWEI membawakan MateBook X Pro. Laptop penuh gaya ini memiliki prosesor jenis 8th Generation Intel® Core™i5 dan 8GB RAM yang menjanjikan prestasi yang terbaik untuk kegunaan bekerja. Lebih memudahkan pengguna, laptop ini juga mempunyai ciri skrin sentuh serta ketahanan bateri sehingga 12 jam. Kerja kini lebih mudah dan selesa dengan MateBook X Pro.


Rekomendasi Laptop Berkaitan

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article