Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Galaxy Tab S8 Ultra S8+ S8.jpeg

Galaxy Tab Siri S8 Pilihan Tepat Sebagai Alternatif Laptop

Jom kenal lebih dekat spesifikasi dan ciri Galaxy Tab Siri S8.

Terdapat pelbagai jenis tablet atau tab dari Samsung, dan keluaran tab paling terkini adalah Galaxy Tab S8 siri. 

Apa yang mengejutkan, Samsung membuat pelancaran besar-besaran dengan mengeluarkan beberapa jenis Galaxy Tab S8 antaranya S8+ dan S8 Ultra.

Ini kerana mungkin pihak Samsung melihat sendiri Samsung Tab S sudah menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna mereka.

Untuk pengetahuan anda, perbezaan ketiga-tiga jenis tab ini adalah skrin saja dimana saiz Tablet S8 11 inci, S8+ 12.4 inci dan S8 Ultra 14.6 inci.

Selain daripada itu, spesifikasi antara ketiga-tiga tab ini tiada apa yang beza. Sama saja. 

Jadi kami ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan anda lebih dekat Samsung Galaxy Tab S8 supaya anda dapat menilai sendiri kehebatan tab ini.


S-Pen Meningkatkan Penggunaan Tab Lebih Efisien

Jika anda seorang yang multitasking, Samsung Galaxy Tab S8 boleh bantu anda menjadi seorang yang lebih produktif. 

Misalnya anda nak buat kerja yang memerlukan dokumen sambil membuat kajian menerusi video di YouTube, tiada masalah, semua jadi smooth tanpa lagging.

Atau anda ingin mendengar lagu sambil melukis menggunakan Stylus S-Pen pun tidak menjadi masalah. Semua aktiviti multitask dengan gajet berjalan lebih lancar.

Oh! Sebelum kami lupa, ketiga-tiga jenis Samsung Galaxy Tab S8 dilengkapi dengan S-Pen yang dapat meningkatkan lagi kefungsian tab ini.

Ciri S-Pen untuk siri Galaxy Tab S8 adalah bateri yang tahan lama dan lebih sensitif pada tekanan kerana mempunyai teknologi Air Action.

Banyak perkara yang anda yang boleh guna dengan S-Pen ini pada tab antaranya menulis nota pada aplikasi Samsung Notes, edit gambar atau video, melukis dan banyak lagi! 

Jangan risau, walaupun menulis di atas skrin licin tapi S-Pen dapat beri kelancaran anda menulis seperti di atas kertas.


Kepuasan Visual Skrin

Antara tarikan utama tablet Samsung ialah bahagian skrin visual jelas, warna yang terang dan butiran panel utama Samsung.

Tambah pula, paparan skrin untuk Galaxy Tab S8 mempunyai ciri Super AMOLED yang menawarkan paparan lebih terang dan jelas.

Malah dengan kadar penyegaran 120Hz, performance paparan skrin menjadi lebih lancar dan sangat sesuai untuk gaming atau melakukan kerja berat yang memerlukan tab.

Senang cerita, dengan pilihan skrin tab sebesar Galaxy Siri Tab S8 ini, anda boleh layari pelbagai aplikasi dan membuat kerja dengan lebih efisien.


Spesifikasi Galaxy Siri Tab S8

Selain itu, tidak kira model pilihan Galaxy Tab S8 yang anda pilih, tablet ini dilengkapi dengan RAM bermula 8GB bersama CPU Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm).

Menariknya, untuk Galaxy Tab Siri S8 ini dilengkapi dengan bateri tahan lama dan anda hanya boleh gunakan sepanjang hari tanpa merisaukan tentang ketahanan bateri. 

Untuk Galaxy Tab S8 Ultra dan Galaxy Tab S8+, bateri anda akan caj sepenuhnya dalam masa 82 minit sahaja dengan menggunakan kuasa charger 45W. 

Manakala Galaxy Tab S8, dengan kuasa charger yang sama bateri akan penuh dalam masa 80 minit.

Sebagai info tambahan, Galaxy Tab S8 mempunyai kapasiti bateri 8,000 mAh, Galaxy Tab S8+ pula 10,090 mAh dan kapasiti bateri untuk Galaxy Tab S8 Ultra ialah 11,200 mAh.

Untuk semua kamera hadapan Galaxy Tab Siri S8 ini ialah 12 MP dan 13MP untuk kamera belakang, jadi cukup untuk beri anda gambar yang lebih sharp dan terang!


Google Duo Buat Anda Lebih Dekat Dengan Orang Tersayang

Dengan menggunakan Google Duo di Galaxy Tab Siri S8, anda dapat melakukan panggilan video dan suara berkualiti tinggi dengan keluarga dan semestinya besties!

Aplikasi ini menyediakan interface yang mudah digunakan dan ciri seperti panggilan video dengan resolusi tinggi.

Antara salah satu feature menarik ialah Knock Knock yang membolehkan anda melihat dahulu suasana dari caller sebelum menjawab panggilan.

Ciri ini dapat bantu para hijabis untuk alert dengan suasana orang yang call jadi anda akan lebih bersedia jika perlu cover aurat. 

Kalau anda suka telefon kawan atau keluarga yang ramai, guna sahaja Duo Calls sebab anda boleh telefon seramai 31 orang dalam satu masa.

Jangan risau, terdapat teknologi pengurangan bunyi Three-Mic untuk memastikan kualiti suara jelas jadi anda boleh fokus berbual tanpa batas.


Vlog Anda Lebih Fokus Dengan Auto-Framing

Auto Framing antara feature yang tersedia pada Galaxy Tab S8 untuk membolehkan kamera depan tablet lebih fokus mengikut pergerakan subjek dalam kamera. 

Ciri Auto Framing ini menggunakan teknologi pengenalan wajah dan pengenalan gerakan untuk mengenali dan fokus pada subjek yang ada di dalam bingkai kamera. 

Ketika subjek bergerak atau tukar posisi, kamera akan secara automatik menyesuaikan framing supaya subjek tetap berada dalam fokus kamera.

Dengan menggunakan Auto Framing, anda dapat merakam video atau mengambil gambar dengan mudah tanpa perlu masuk ke dalam frame kamera secara manual. 

Kalau anda suka vlogging, ciri dalam Galaxy Tab S8 ini sangat sesuai untuk rakam video.


Samsung DeX Berikan Pengalaman Setaraf Komputer

Untuk pengetahuan anda, terdapat aplikasi Samsung DeX atau Desktop Experience yang anda boleh muat turun dalam Galaxy Siri Tab S8 melalui Google Apps Store.

Aplikasi ini merupakan satu sistem operasi yang membolehkan anda untuk mengubah tab anda untuk dapatkan pengalaman desktop atau komputer.

Jika anda aktifkan Samsung DeX, Galaxy Siri Tab S8 dapat disambungkan ke external monitor, keyboard, dan tetikus melalui kabel HDMI atau sambungan layar. 

Setelah connect, interface anda pada Galaxy Tab S8 akan berubah menjadi tampilan yang sama seperti interface desktop.

Dengan menggunakan Samsung DeX, anda boleh siapkan kerja yang biasa dilakukan di desktop atau laptop seperti edit dokumen, buka spreadsheet dan sebagainya. 

Boleh fahamkan kenapa kami katakan Galaxy Tab Siri S8 merupakan pilihan tepat sebagai alternatif laptop?

Anda boleh dapatkan Galaxy Tab S8 bermula dengan harga RM 2,999.00. Manakala Tab S8+ bermula dari harga RM3,999.00 dan Tab S8 Ultra bermula dari RM5,099.00 di mana mana official store Samsung.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article