Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
galaxy z flip (5)

Menjadi Inspirasi Rekaan Lama, Kini Samsung Beri Nafas Baru Pada Galaxy Z Flip4

Tahukah anda, Samsung yang popularkan telefon pintar lipat?

Alat peranti mudah alih bermula sejak 1938 dan sejak pada itu, reka bentuk telefon tersebut mula berkembang dari tahun ke tahun.

Rekaan telefon boleh lipat (clamshell) pertama diperkenalkan pada tahun 1996 dengan rekaan yang nipis, mudah di bawa ke mana saja dan papan kunci kelihatan canggih.

Kemudian, inovasi telefon pintar jenis skrin sentuh berjaya mendominasi garis masa perkembangan telefon mudah alih.

Maksudnya trend telefon lipat berjaya bertahan selama beberapa tahun saja kemudian perlahan-lahan di telan zaman.

Ini kerana pada tahun 1998, bermulanya era telefon jenis skrin sentuh walaupun ketika itu skrin hanya boleh disentuh untuk beberapa bahagian dan fungsi saja.

Setelah lebih kurang hampir dua dekad, telefon lipat mula muncul apabila pihak Samsung membuat langkah berani dengan membawa semula rekaan telefon lipat.

Bukan saja boleh dilipat tapi pengeluar telefon pintar gergasi dunia itu membuat inovasi dimana bahagian skrin jenis touch screen.

Ini menjadikan jenama Samsung merupakan pengeluar pertama yang melancarkan skrin sesentuh boleh lipat di dunia.


Samsung Lipat Skrin Sentuh Pertama Di Dunia

Terlakar dalam sejarah dimana bulan September 2019, pihak Samsung mengeluarkan Galaxy Fold bersaiz tablet yang boleh flip seperti buku nota kecil.

Dengan saiz paparan sebesar 7.3 inci dan menggunakan teknologi Infinity Flex apabila dibuka.

Maksudnya, visual pada skrin bercantum walaupun bahagian tengah terpisah dan pada masa yang sama, telefon ini boleh bertukar kepada telefon pintar biasa apabila anda melipatnya. Menakjubkan bukan?

Melihatkan penerimaan positif dari orang ramai dengan rekaan nafas baru Samsung ini, mereka mengorak langkah lagi dengan membuat rekaan telefon lipat yang lebih UpToDate.


Revolusi siri Samsung Galaxy Z Flip

Model telefon seterusnya, telefon Galaxy Z Flip yang bersaiz dompet dan bersaiz 6.7 inci dengan skrin beresolusi FHD+.

Smartphone ini menarik perhatian ramai kerana memiliki rekaan sama seperti telefon lipat dua dekad yang lalu cuma lebih berteknologi dan bersaiz kompak.

Tambah pula, Galaxy Z Flip kali ini boleh berfungsi walaupun dalam keadaan ‘berdiri’ dengan sendiri dengan kedudukan 90 darjah. Cool bukan?

Tidak cukup dengan itu, muncul Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 dilancar pada 27 Ogos 2021.

Kemudian selepas setahun, Samsung mengeluarkan Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 pula yang dilancar pada 25 Ogos 2022.

Cuma, kalau lihat sekali imbas, tak ada beza antara Galaxy Z Flip4 dengan Galaxy Z Flip3.


Galaxy Z Flip4 VS Galaxy Z Flip3

Cuma terdapat sedikit perbezaan antara dua generasi Galaxy Z Flip ini dimana Galaxy Z Flip4 mempunyai saiz storan yang besar iaitu 512GB.

Dengan saiz storan ini anda boleh simpan banyak gambar dan video tanpa risau memori telefon pintar penuh.

Disebabkan Samsung bagi kelebihan saiz storan yang besar pada Galaxy Z Flip4, mereka juga meningkatkan saiz kuasa bateri iaitu 3,700 mAh.

Tak cukup dengan itu, Samsung juga mereka adapter bateri menyokong pengecasan pantas 25W. Jadi, anda tidak perlu risau tentang masalah bateri.

Selain itu rekaan Samsung Galaxy Z Flip4 sedikit lebar pada bahagian saiz paparan hadapan berbanding Galaxy Z Flip3.

Senang cerita, bahagian features diubah suai dia antara kedua-dua generasi Galaxy Z Flip ini. 

Secara fizikal, Samsung tetap mengetengahkan ciri reka bentuk nostalgia telefon boleh lipat yang berteknologi.


Samsung Bespoke Edition

Bagi memastikan pengguna Samsung kekal setia dan tidak jemu dengan rekaan mereka yang baru ini, mereka mengambil langkah lebih inovatif lagi.

Mereka memperkenalkan edisi Bespoke dimana pengguna boleh customize sendiri warna yang pengguna inginkan. 

Kini, Samsung dijangkakan akan mengadakan majlis pelancaran Galaxy Unpacked pada akhir bulan Julai 2023 untuk model Samsung Galaxy Z Fold5 & Galaxy Z Flip5.

Cuma kami tidak mempunyai maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi model baru kali ini.

Tapi apa yang menjadi persoalan dalam fikiran kami sekarang, adakah Samsung akan buat skrin telefon lipat yang lebih besar untuk memuaskan pengguna merakam video dan melihat gambar? 

Bahagian spesifikasi apa yang Samsung membuat penambahbaikkan supaya pengguna mereka dapat merasa kepuasan maksimum apabila guna model baru generasi Galaxy Z Flip.

Apa pun, tunggu dari pihak Samsung sendiri. Kepada peminat Samsung harap terus menunggu dengan sabar okay? Kumpul duit dulu hiks!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article