Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Galaxy Z Fold-5 (4)

Rekaan Nipis & Tahan Lasak Jadikan Samsung Galaxy Z Fold-5 Smartphone Yang Elegan

Galaxy Z Fold-5 ini tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan.

Hujung bulan Julai lalu Samsung memperkenalkan keluaran peranti baru, Galaxy Z Fold-5 dengan ciri yang lebih inovatif dan jauh lebih baik berbanding keluaran model sebelum ini.

Ini kerana Samsung mementingkan suara pengguna untuk model telefon lipat mereka tentang peranti keluaran yang terdahulu.

Jadi, syarikat teknologi gergasi ini mengambil langkah untuk menaiktaraf smartphone Galaxy Z Series ini memandangkan sambutan model sebelum ini memberangsangkan.

Naik taraf Galaxy Z Series kali ini bukan saja teknologi dan spek kamera yang canggih semata tapi rekaan luaran juga, supaya pengguna berpuas hati dengan Galaxy Z Fold-5 ini.


Ujian Reliability

Untuk pengetahuan anda, model in telah melalui ujian reliability. Maksudnya, telah diuji untuk melihat sejauh mana ketahanannya ketika berada dalam air, dijatuhkan, environmental chamber, folding, tumble dan banyak lagi.

Tujuan ujian ini dilakukan supaya dapat membuktikan kepada pengguna, peranti Galaxy Z Fold-5 Galaxy ini tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan. 

Anda boleh tonton video ujian reliability yang telah dilakuka n oleh pihak Samsung terhadap Galaxy Z Fold-5 di bawah.


Pembaharuan Tentang Rekaan Galaxy Z Fold-5 

Selain daripada tahap ketahanan yang baik, Samsung juga menitik berat soal rekaannya.

Samsung Galaxy Z Fold-5 kali ini mempunyai berat 253g dan ketebalannya pula 13.4mm. 

Pengurangan ketara kita boleh lihat berbanding dengan model sebelum ini, iaitu 10g lebih berat dan 2.4mm lebih tebal.

Seterusnya bahagian reka bentuk model kali ini lebih slim dan ringan menjadikan Galaxy Z Fold-5 lebih mesra poket sekaligus selesa untuk dipegang dan dibawa ke mana saja.

Walaupun saiznya kini lebih slim, Galaxy Z Fold 5 mempunyai kuasa prestasi yang sangat bagus kerana dikuasakan oleh pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy.

Erti kata lain kecil-kecil cili padi sebab Galaxy Z Fold-5 mampu memberikan kerja anda lebih mudah untuk multitask, bermain online game atau lakukan penstriman dengan lebih baik. 

Menarik lagi, skrin smartphone ini diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass Victus®2 dimana skrin sesentuh tahan lasak dan lebih smooth apabila digerakkan menggunakan jari.

Manakala bahagian badan telefon Galaxy Z Fold-5 ini pula menggunakan gred kapal terbang, Armor Aluminum sekaligus menjadikan badan telefon ini lebih ringan dan keras.


Zero Gap

Model terbaru Samsung Galaxy Z Fold-5 menampilkan Flex Hinge dengan model engsel dual rail yang akan membolehkan kedua-dua panel berbaring apabila dibuka.

Ciri ini dapat mengurangkan body gap ketika dilipat, dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko habuk atau kotoran masuk ke dalam peranti dan ruangan kecil yang ada diantara dua panel skrin. 

Oh! Untuk pengetahuan anda, Galaxy Z Fold-5 merupakan satu-satunya telefon lipat yang ada di pasaran kini, mempunyai ciri tahan air dengan tahap penarafan IPX8. Hebat bukan?


Revolusi S Pen 

Samsung tidak menaik taraf bahagian smartphone saja, mereka turut memberi perhatian pada S Pen juga supaya penggunaannya lebih efektif sejajar dengan peranti mereka.

Apa yang Samsung lakukan adalah rekaan casing khas S Pen yang nipis dan ringan supaya memudahkan pengguna bawa ke mana saja.

Maksudnya anda boleh bawa S Pen bersama sekali dengan smartphone untuk digunakan dimana saja keberadaan anda tanpa risau berlaku kehilangan S Pen.

Malah, penggunaan S Pen juga tidak terhad, anda boleh gunakan pada pelbagai aplikasi antaranya Samsung Internet, Samsung Notes, My Files, MS Office, Chrome dan banyak lagi.

Dan disebabkan boleh guna untuk pelbagai aplikasi, dimana anda dapat menulis dan melukis dengan membuat garisan yang tepat, stabil dan selesa walaupun di atas skrin.

Lagipun, casing ini juga dapat bagi extra-protection pada body luar Galaxy Z Fold-5 sebab dapat minimum kesan calar.

Tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang untuk jadikan kerja harian anda lebih produktif.


Promosi Terbaru Samsung

Kali ini terdapat dua promosi dari Samsung untuk model Galaxy Z Fold5 & Galaxy Z Flip5.

Galaxy Z Fold5

Galaxy Z Fold5 dijual pada harga bermula RM6,799, manakala Galaxy Z Flip5 berharga bermula dari RM4,499.

Malah anda juga berpeluang dapat beberapa aksesori, antaranya;

  • Percuma Galaxy Watch5 40mm yang bernilai RM899.
  • Potongan sehingga 40% PWP untuk aksesori Samsung, Samsung Care+, Galaxy Tablets, Galaxy Watch dan Galaxy Buds Series.
  • Rebat tukar beli RM600.
  • Tambah RM500 untuk Flipsuit Case dan 2 free Flipsuit Cards (bernilai RM297)

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan sekarang dengan add to cart sekarang!

Samsung Galaxy Z Fold5
Samsung
samsung fold 5
mulai
RM6,799.00
Semak Samsung Galaxy Z Fold5 harga dibawah:
add_circle Software terbaik untuk telefon lipat
add_circle Cipset berkualiti tinggi
add_circle Boleh rakam video 8K
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tiada audiojack
Samsung Galaxy Z Flip5
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip5
mulai
RM4,499.00
Semak Samsung Galaxy Z Flip5 harga dibawah:
add_circle Menyokong rakaman video 4K
add_circle Hadir dengan kadar penyegaran 120Hz
add_circle Cipset terbaik sesuai untuk gaming dan multitask
add_circle Kalis air dan debu (IPX8)
remove_circle Tiada audiojack
remove_circle Ketahanan bateri kurang memuaskan

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article