Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Samsung Z Fold5 2.jpeg

Samsung Galaxy Z Fold5 - Kini Lebih Ringan, Tahan Lasak & Grafik Lebih Menarik

Performance telefon pintar lipat kali ini lebih lancar dan padu!

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan Galaxy Z Fold5 pada 26 Julai 2023 semasa acara Unpacked dwi-tahunan Samsung. 

Apakah keistimewaan telefon pintar boleh lipat terbaru ini? Jom kami senaraikan ciri dan keistimewaan yang ada pada Samsung Galaxy Z Fold5.


Lebih Ringan & Lebih Berkuasa 

Untuk model terbaru Samsung Galaxy Z Fold5 kali ini mempunyai berat 253g dan ketebalannya pula 13.4mm. 

Pengurangan ketara kita boleh lihat berbanding dengan model sebelumnya, iaitu 10g lebih berat dan 2.4mm lebih tebal. 

Bahagian reka bentuk lebih slim dan ringan menjadikan Z Fold5 lebih selesa untuk dipegang dan dibawa ke mana-mana.

Walaupun saiznya kini lebih slim, Galaxy Z Fold5 mempunyai kuasa prestasi yang sangat bagus!  

Erti kata lain, kecil-kecil cili padi, Galaxy Z Fold5 mengandungi semua ciri dan prestasi yang anda harapkan daripada peranti utama. 

Samsung Galaxy Z Fold5 akan melancarkan pengalaman penggunaan anda multitask, bermain permainan online atau lakukan penstriman.


Prestasi Pemprosesan Lebih Optimum 

Samsung Galaxy Z Fold5 dikuasakan oleh pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy.

Ini adalah pemprosesan yang sama digunakan dalam koleksi model terbaik tahun ini iaitu Samsung Galaxy S23 Ultra. 

Seperti yang anda tahu, Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy mempunyai GPU yang lebih baik pada bahagian grafik dan permainan online lebih lancar. 

Turut mempunyai keupayaan yang lebih hebat dalam menghasilkan pemprosesan data yang lebih pantas, pemuatan aplikasi yang lebih cepat dan anda boleh multitasking dengan lancar.

Anda juga dapat menikmati spek Galaxy Z Fold5 yang berprestasi tinggi dan tidak akan mengganggu penggunaan bateri yang terlampau banyak.

Samsung Galaxy Z Fold5 kini juga mempunyai ciri trackpad yang anda boleh hidupkan ciri ini dan menggunakan Galaxy Z Fold5 seperti laptop apabila dalam Mod Flex. 


Rekaan Tahan Lasak & Menawan

Model terbaru Samsung Galaxy Z Fold5 menampilkan Flex Hinge dengan model engsel dual rail yang akan membolehkan kedua-dua panel berbaring apabila dibuka.

Ciri ini akan mengurangkan body gap ketika dilipat sekaligus mengurangkan risiko habuk atau kotoran masuk ke dalam peranti dan ruang yang sentiasa ada diantara dua panel skrin seperti Galaxy Z Fold4.

Feature ini bukan sahaja mampu meningkatkan daya tarikan estetik peranti tetapi juga dapat meningkatkan ketahanan peranti baru ini.

Malah, kali ini Samsung Galaxy Z Fold5 juga menampilkan paparan Ultra-Thin Glass untuk memberikan pengalaman skrin lebih nipis, licin dan premium sambil memastikan ketahanannya.

Bahagian hadapan dan belakang peranti diperbuat daripada Corning Gorilla Glass, yang terkenal dengan ketahanan tinggi iaitu anti calar dan hentaman.

Untuk  engsel dan bezel pula diperbuat daripada Armor Aluminium yang akan meningkatkan lagi ketahanan peranti.

Lebih menarik, Galaxy Z Fold5 turut mempunyai penarafan IPX8, bermakna telefon pintar lipat ini kalis air!


Tawaran Pre-Order - Samsung Galaxy Z Fold5 

Kalau ada pelancaran model baru, mestilah akan ada tawaran menarik betul tak?

Samsung kini mengadakan tawaran dan promosi yang luar biasa untuk pelanggan awal yang membuat pre-order untuk Samsung Galaxy Z Fold5.

Anda boleh tebus kod baucar eksklusif daripada ProductNation untuk mendapatkan lebih banyak diskaun apabila anda beli Samsung Galaxy Z Fold5!

Samsung Galaxy Z Fold5
Samsung
samsung fold 5
mulai
RM6,799.00
Semak Samsung Galaxy Z Fold5 harga dibawah:
add_circle Software terbaik untuk telefon lipat
add_circle Cipset berkualiti tinggi
add_circle Boleh rakam video 8K
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tiada audiojack

Artikel Berkaitan

End of Article