Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
S23 Ultra (14)

Galaxy S23 Ultra ‘Penambah Rasa’ Tempat Makan Hidden Gem Di Alor Setar

Sebelum nak makan, kena ambil gambar dulu!

Baru-baru ini, pihak Samsung menganjurkan kempen ‘Go the S-tra Mile with Samsung Galaxy S23 Series’.

Tujuan utama kempen ini adalah menggalakkan orang ramai untuk dedahkan hidden gem di mana pun asalkan guna kamera canggih dari smartphone dari Siri Galaxy S.

Paling best lagi hadiah yang ditawarkan sangat menarik, percutian di South Korea!

Jadi kami ambil bahagian untuk menyokong kempen ‘Go the S-tra Mile’ ini dengan meneroka tempat makan di Alor Setar, Kedah.


Hari Pertama, Ada Apa Di Kedah?

Negeri jelapang padi ini sangat terkenal dengan sup utara dan nasi lemak kuning.

Tapi apakah dua jenis makanan ni je yang sedap di Alor Setar, Kedah? 

Tak! Banyak sebenarnya kalau betul-betul explore, jadi jom kita tengok ada apa!

Foto: Seni Mural 3D, Alor Setar

  • Nasi Itik

Hari pertama kami sampai di sana, kami terus menuju ke Masjid Nagore yang terletak tengah-tengah bandar Alor Setar.

Mungkin bagi pelancong pertama kali jejak kaki di sini mesti tak tahu yang belakang Masjid ni ada jual nasi itik dan capati yang sedap sampai boleh bawak ke mimpi.

Mana tidaknya, kuah gulai kari itik tu tak cair tapi pekat likat melekat sampai ke hati. 

Ditambah pula dengan arca timun, memang kick habis! Itu yang kami kata boleh bawak ke mimpi.

Foto: Masjid Nogore, Alor Setar

Cuma itu lah, tersorok sikit belakang masjid. Dalam waze pun tak ada carian untuk kedai Nasi Itik ni, jadi kalau nak pergi, cari je Masjid Nagore.

Untuk pengetahuan anda, gambar makanan ini diambil dalam mode Food yang ada pada features kamera Samsung Galaxy S23 Ultra.

Nampak mengiurkan bukan? Itu baru dalam gambar, belum lagi kalau anda duduk dan rasa sendiri keenakkan Gulai Itik ni.

Foto: Belakang Masjid Nogore, Alor Setar
Foto: Belakang Masjid Nogore, Alor Setar
  • Kuey Tiaw Goreng

Bila dah kenyang dengan Nasi Itik, kita orang semua pulang ke hotel untuk berehat. Lagipun dah menempuh lebih 5 jam perjalanan dalam kereta. Penat!

Pada sebelah petang, perut pun dah mula kembali lapar selepas beristirehat, kami ke Medan Kota Alor, Setar untuk mencari kedai makan hidden gem di situ.

Foto: Medan Kota, Alor Setar

Di Medan Kota ini kami jamah Kuey Tiaw kering, memang sedap! Kalau ikutkan selera memang nak tambah lagi sepinggan tapi kena sabar sebab simpan isi perut untuk makan malam.

Lihatlah gambar yang kami ambil menggunakan mode Food ni, cantik dan jelas kan? 

Padahal ketika ini keadaan dah gelap, sekitar 7malam dan lampu kedai agak malap bahagian kawasan kami duduk tu tapi gambar dihasilkan dari Galaxy S23 Ultra, tetap meletop!

Foto: Medan Kota, Alor Setar

Di sini bukan saja ada Kuey Tiaw goreng je tapi ada banyak lagi pilihan yang anda boleh buat antaranya burger pelbagai jenis daging, kentang goreng dan banyak lagilah.

Cumanya siapa sangka disebalik kedai burger ni ada Kuey Tiaw goreng yang cukup indah untuk di bawa mimpi bila sampai Kuala Lumpur nanti.

Bila perut dah kenyang, kami ambil angin sekitar bandar Alor Setar untuk melihat apa lagi yang menarik pada waktu malam.

Foto: Bandar Alor Setar, Kedah
Foto: Bandar Alor Setar, Kedah
Foto: Dataran Alor Setar, Kedah
Foto: Dataran Alor Setar, Kedah

Lihatlah antara gambar yang sempat kami ambil pada waktu malam, semuanya on point kan?

Mana tidaknya, dengan adanya Samsung Galaxy S23 Ultra, percutian kami lebih lengkap!

Untuk pengetahuan anda, gambar yang kami ambil ini menggunakan Night Mode yang ada pada features kamera Galaxy S23 Ultra ni.

Kami juga sempat membuat perbandingan gambar yang diambil pada waktu malam dan siang menggunakan kamera Galaxy S23 Ultra ni, ini hasil yang kami dapat.

Foto: Bandar Alor Setar, Kedah

Kalau perhatikan, memang angle kedua-dua gambar ini berbeza tapi kalau anda nak tahu, mata kamera yang diambil dari Galaxy S23 Ultra ni sama je kalau lihat dengan anak mata. 

Jadi, cukup dengan guna kamera dari Galaxy S23 Ultra je anda boleh jimat masa dari sunting gambar. Hebat kan kamera model Samsung S kali ini?


Senibina Landskap Dengan Galaxy S23 Ultra

Oh! Bukan itu ini saja yang kami ambil, ada juga gambar yang mempunyai unsur senibina landskap.

Gambar ini kami ambil ketika singgah minum di Ais Kacang Salji yang terletak di Gurun, Kedah.

Mungkin ramai yang tak tahu sebab kedai ini terletak di kawasan pendalaman tapi jika anda lalu dalam untuk pulang ke Kuala Lumpur, anda akan nampak kedai ini di tepi jalan.

Cuma dari luar, nampak macam kedai ni biasa-biasa je tapi kalau masuk dalam, anda akan teruja dengan dekorasi lanskapnya.

Foto: Ais Kacang Salji, Gurun, Kedah
Foto: Ais Kacang Salji, Gurun, Kedah
Foto: Ais Kacang Salji, Gurun, Kedah
Foto: Ais Kacang Salji, Gurun, Kedah

Cantik bukan? Walaupun cuaca agak mendung ketika itu tapi kamera Galaxy S23 Ultra memberikan hasil yang sangat memuaskan.

Dan kalau anda nak tahu, megapiksel untuk kamera wide Galaxy S23 Ultra adalah 200 MP. Memang dapat bagi hasil gambar yang terang, sharp dan jelas.  

Ha tunggu apa lagi? Jom beli Samsung Galaxy S23 Ultra supaya dapat melengkapkan percutian atau kegunaan harian anda.

Lagipun pihak Samsung memanjangkan tempoh pertandingan ini kepada 31 Oktober, jadi ini lah peluang besar anda untuk memenangi ke South Korea!  


Promosi Samsung Galaxy S23 FE 

Berita baik untuk anda yang nak tukar handphone baru sebab Samsung nak bagi potongan harga RM500 bila anda beli Samsung Galaxy 23 FE.

Promosi berbaloi ini bermula dari 10 Oktober 2023 hingga 30 Nov 2023, jadi jangan lupa save the date dan jadi yang pertama memiliki Samsung Galaxy 23 FE ini.

Anda boleh gunakan referral code PNGALAXYFE untuk dapatkan diskaun ini, dan hanya boleh digunakan di Samsung Online Store sahaja.

Tak perlu keluar rumah dan beratur untuk dapatkan smartphone Samsung pada harga diskaun!

Jangan lepaskan peluang ini sebab promosi diskaun ini hanya terhad kepada 500 pembeli pertama sahaja, dan sementara stok masih ada.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article