Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
event samsung galaxy s23 FE

Lebih Gempak, Diskaun Hebat & Aktiviti Yang Fun Sepanjang Acara Galaxy Space Fan Edition, Eksklusif Untuk Galaxy Troops!

Kami singgah dan sertai Acara Galaxy Space Fan Edition di Sunway Pyramid dan One Utama!

Acara Galaxy Space Fan Edition anjuran Samsung berlangsung pada hujung minggu lepas, dan kami tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam acara menarik dan fun ini!

Acara Galaxy Space Fan Edition ini dianjurkan khas buat peminat Samsung atau lebih dikenali sebagai #GalaxyTroop.

Diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2023 di seluruh Malaysia, bukan sekadar acara untuk memperkenal dan mempamerkan siri Galaxy FE yang baharu tapi ada banyak aktiviti dan hadiah-hadiah menarik buat pengunjung yang hadir!


Diskaun dan Tawaran Hebat

Tumpuan kami dan apa yang dinanti-nantikan tentunya pada diskaun dan tawaran hebat yang jarang ada pada hari-hari biasa.

Antaranya CRAZY DEALS untuk #GalaxyTroop yang memang harganya durian runtuh!

Bermula jam 11 pagi selama dua hari, para pengunjung yang hadir berpeluang untuk dapat diskaun sehingga RM2,000 pada model smartphone seperti Galaxy Z Flip5, Fold5, Galaxy A54, A34, Galaxy Tab A7 Lite, Galaxy Buds FE, dan Galaxy Watch5 Pro.

Tambahan lagi, terdapat tawaran istimewa yang membolehkan peminat untuk dapatkan Galaxy Buds FE pada harga RM23 atau Galaxy Tab S9 FE pada harga RM499 dengan Purchase with Purchase (PWP) selepas membuat pembelian Galaxy S23 FE yang baharu.

Bukan itu sahaja, aksesori Samsung yang terpilih juga ada ditawarkan pada harga serendah RM23 sahaja, dan ia sememangnya merupakan satu tawaran harga yang sangat berbaloi.

Tidak lupa juga pada model smartphone yang menjadi tumpuan pada acara tersebut, Samsung Galaxy S23 FE! 

Direka khas untuk peminat Galaxy, Galaxy S23 FE memiliki segala ciri-ciri penting yang ada pada Galaxy S23, tetapi pada harga yang jauh lebih rendah.

Apa yang menarik, jika anda membuat pembelian Galaxy S23 FE semasa acara Galaxy Space Fan Edition, anda boleh dapatkan Galaxy Buds FE atau Galaxy Tab S9 FE pada harga RM23 sahaja! 

Kami turut melihat sendiri smartphone Galaxy FE yang baharu di event Galaxy Space Fan Edition, dan dengan tawaran diskaun yang berbaloi, semuanya terjual dengan pantas.

Memang satu tawaran yang sukar dilepaskan, dan tentunya peminat peranti Samsung yang hadir tidak melepaskan peluang berbaloi ini.


Kopi Dan Aiskrim Percuma Untuk Semua!

Untuk acara Galaxy Space Fan Edition ini, pihak Samsung juga bekerjasama dengan jenama seperti HWC Coffee dan Inside Scoop.

Jadi para pengunjung boleh dapatkan kopi percuma dengan hanya daftar sebagai #GalaxyTroop dan tekan butang follow pada akaun @galaxyspacemy di Instagram!

Bukan sekadar kopi percuma, ada juga aiskrim dan tiket movie percuma!

Selain itu, Samsung juga bekerjasama dengan jenama streetwear Malaysia seperti Mindfreakxx Stu6io, Peak.KL, PMC, SneakerLAH, dan lain-lain.

Jadi anda memang berpeluang memenangi hadiah menarik.

Samsung Members juga boleh mencuba nasib di mesin Gashapon untuk memenangi barangan menarik dari kolaborasi jenama terhad, termasuk Dmeow pop sockets, T-shirts PMC, dan banyak lagi!

Akhir sekali, terdapat juga peluang untuk memenangi sebuah TV 65” Samsung Neo QLED 8K bernilai RM21,699 dengan pembelian melebihi RM1,000 dalam satu resit.

Cabutan bertuah bagi hadiah tersebut diadakan pada jam 8 malam, 22 Oktober, dan apa yang kami dapat lihat pada waktu itu adalah satu kumpulan peminat Samsung yang ramai menunggu siapakah pemenang bertuah TV tersebut.

Pada penghujung acara, akhirnya 8 pemenang bertuah sepanjang 8 lokasi Galaxy Space berjaya membawa pulang TV 65” Samsung yang baharu.

Memang jealous habis dengan semua pemenang bertuah! Tapi kalau bukan rezeki untuk menang hadiah TV, anda masih boleh dapatkan smartphone Galaxy FE yang lebih menarik untuk dimiliki.


Satu Pengalaman Yang Hebat Buat Peminat

Ia bukan sekadar diskaun dan tawaran harga berbaloi tapi acara Galaxy Space Fan Edition merupakan sebuah acara yang menggabungkan elemen gaming, fesyen & seni, muzik, sukan, dan street passions

Selain daripada apa yang anda boleh dapat sepanjang acara berlangsung, ada juga muzik live daripada DJs Aidaho dan MJ.

Namun apa yang membuatkan acara tersebut terasa lebih hidup dan meriah adalah terdapat gabungan seni yang dipasang oleh Bono Stellar, iaitu seorang multi-dimensional artist.

Selain itu, untuk yang mencari game fotografi, terdapat juga bengkel Nightography bersama dengan fotografi terkenal Azizi Musa dan Tian Chad.

Mereka memberi pandangan dan input yang sangat berguna untuk membolehkan anda menggunakan Galaxy S23 FE sepenuhnya bagi tujuan fotografi.

Akhir sekali, kami juga dapat merasakan kehebatan dan kemampuan bermain game pada Galaxy S23 FE dalam Gaming Academy.

Gamers lokal, Eyan dan Afiq juga turut hadir di Sunway Pyramid bersama memeriahkan Gaming Academy!

Kalau anda nak tahu, Samsung Galaxy S23 FE ini dikuasakan dengan chipset Exynos 2200 yang mampu kendalikan pelbagai tugas harian dan sesi gaming santai!


Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy FE dimana menawarkan peranti yang merumuskan dengan sempurna apa yang peminat mahukan: reka bentuk bergaya, prestasi menakjubkan, dan kamera teknologi baharu.

Jika anda terlepas pelancaran smartphone baharu Samsung Galaxy FE, jangan risau sebab anda masih boleh sertai #GalaxyTroop hari ini dan dapatkan pelbagai manfaat serta diskaun hebat Galaxy S23 FE dan Galaxy Tab S9 FE!

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah peranti Galaxy apabila anda membuat pembelian Galaxy S23 FE atau siri Galaxy Tab S9 FE dengan promosi Samsung 23x Special FE Reward yang dijalankan setiap hari. 

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan kod promosi eksklusif dari kami di bawah dan dapatkan potongan harga sebanyak RM500 bersama dengan promosi pelancaran!


Kod Promosi Eksklusif Samsung Untuk May 2024: Diskaun RM500 - Galaxy S23 FE

Anda rasa Samsung Galaxy S23 FE sesuai dengan personaliti dan cita rasa anda?

Inilah masa terbaik untuk dapatkan smartphone terbaru dari Samsung ini dengan potongan harga!

Dengan pelancaran Galaxy S23 FE, pihak Samsung menawarkan pelbagai ganjaran dan diskaun untuk anda.

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan kod promosi eksklusif dari kami dan dapatkan potongan harga sebanyak RM500 sempena promosi pelancaran!

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy S23 FE:

  • Dapatkan storage berganda dengan diskaun RM300 bagi model Galaxy S23 FE 256GB
  • Jimat sehingga RM350 dengan rebat trade-in.
  • Penjimatan sehingga 30% purchase with purchase (PWP) untuk Samsung Care+, Tablet Galaxy dan Siri Buds terpilih, dan Aksesori Samsung.
  • Promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive) sebanyak RM500 untuk ahli #GalaxyTroops yang berdaftar.

Kod Promosi Eksklusif: Dapatkan Diskaun Tambahan RM500 Untuk Galaxy S23 FE Anda!

  • Dapatkan tambahan potongan harga sebanyak RM500 bersama dengan promosi pelancaran untuk setiap pembelian Samsung Galaxy S23 FE.
  • Kod sah sehingga 30 Nov 2023.
  • Tidak boleh digunakan bersama dengan promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive).
  • Sah di Samsung Online Store sahaja.
  • Guna kod: PNGALAXYFE

Guna Kod: Samsung Galaxy S23 FE


Kod Promosi Eksklusif Samsung Untuk May 2024: Diskaun RM300 - Galaxy Tab S9 FE

Dah lama cari tablet untuk kerja, belajar, atau untuk hiburan? Anda datang tepat pada masanya, tapi kena grab cepat sebelum terlambat!

Bukan apa, Samsung kan baru-baru ni melancarkan siri Galaxy Tab S9 FE, dan seperti biasa Samsung menawarkan pelbagai ganjaran dan diskaun khas untuk anda.

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan kod promosi eksklusif dari kami dan dapatkan potongan harga sebanyak RM300 sempena promosi pelancaran!

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy Tab S9 FE:

  • PERCUMA Smart Book Cover bernilai RM339.
  • PERCUMA baucar langganan Viu Premium selama setahun.
  • Penjimatan sehingga 30% PWP untuk Samsung Care+, Tablet Galaxy dan Siri Buds terpilih, dan aksesori Samsung.
  • Promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive) sebanyak RM100 untuk ahli #GalaxyTroops yang berdaftar.

Kod Promosi Eksklusif: Dapatkan Diskaun Tambahan RM300 Untuk Galaxy Tab S9 FE Anda!

  • Dapatkan tambahan potongan harga sebanyak RM300 bersama dengan promosi pelancaran bila anda beli Samsung Galaxy Tab S9 FE.
  • Kod sah sehingga 30 Nov 2023.
  • Tidak boleh digunakan bersama dengan promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive).
  • Sah di Samsung Online Store sahaja.
  • Guna kod: PNGALAXYFE

Guna Kod: Siri Samsung Tab S9 FE

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article