Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
flip5

Serlahkan Personaliti Unik Anda Dengan Flex Window Samsung Galaxy Z Flip5

Kini dengan skrin yang lebih besar!

Ramai sebenarnya peminat telefon pintar jenis lipat ni, dan mesti anda menantikan teknologi baru apa lagi yang boleh dipadankan dengan smartphone lipat.

Anda tidak perlu tunggu lagi sebab Samsung ada menawarkan kelainan baharu menerusi model telefon lipat Galaxy Z Flip5.

Selain daripada mudah dan selesa dipegang pada tangan, Samsung Galaxy Z Flip5 ini juga menawarkan prestasi penggunaan yang hebat dan juga reka bentuk yang lebih fresh.

Tapi apa yang lebih utama, ia mempunyai Flex Window baharu yang serba boleh dan bukan sekadar mengambil selfie sahaja.

Nak tahu apa lagi yang boleh dilakukan oleh Flex Window baharu pada Samsung Galaxy Z Flip5? Baca selanjutnya!


Apa itu Flex Window?

Samsung memperkenalkan feature baharu pada model Galaxy Z Flip5 yang dikenali sebagai Flex Window, dan ia merupakan naik taraf terbesar pada cover screen atau skrin luar telefon ini. 

Kini anda akan dapat skrin luar sebesar 3.4 inci pada model Galaxy Z Flip5, berbanding model terdahulu hanya 1.9 inci sahaja.

Dengan saiz skrin luar yang besar ini, anda boleh akses telefon anda tanpa perlu membuka skrin penuh.

Dari segi fungsi dan juga personalization, Flex Window membuatkan pemilik telefon pintar flip dari Samsung ini lebih unik berbanding pemilik telefon pintar yang lain. 

Anda malas nak flip telefon untuk reply mesej? Kini anda boleh balas mesej pada Flex Window Samsung Galaxy Z Flip5 dengan papan kekunci penuh.

Selain itu, anda juga boleh tambah lebih banyak widget dan padankan paparan Flex Window Galaxy Z Flip5 mengikut cita rasa anda.


Apa Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Flex Window Pada Galaxy Z Flip5?

Anda boleh umpamakan Flex Window baharu dari Samsung ini sebagai skrin telefon anda, tetapi dalam bentuk separuh saiz.

Jadi anda masih boleh swipe ke kiri atau ke kanan, atas atau bawah pada Flex Window untuk mengakses ke semua features penting telefon ini.

Ini memudahkan anda untuk ke bahagian setting, widgets, notifikasi dan mesej tanpa perlu membuka lipatan telefon anda.

Personalization:

Dengan saiz skrin yang lebih besar, Flex Window membolehkan anda melakukan lebih personalization.

Antaranya anda boleh tambah widgets atau tukar tema paparan skrin luar atau tambah tambah clock faces.

Erti kata lain, anda boleh menzahirkan personaliti anda sendiri pada bahagian Flex Window ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghasilkan animated background anda sendiri dengan menggunakan video yang anda rakam, sekaligus menambahkan lagi keunikan telefon pintar anda.

Widgets:

Meleret atau swipe dari kanan ke kiri pada Flex Window akan membawa anda pada pre-set widgets, yang membolehkan anda akses dengan pantas ke maklumat penting.

Flex Window menyokong lebih 13 widgets penting dan pengguna boleh customize aturannya, tambah atau buang widgets mengikut cita rasa masing-masing.

Dari kemas kini kalendar dan cuaca, panggilan terkini dan alarms, semuanya boleh diakses hanya dengan swipe Flex Window Galaxy Z Flip5 ini.

Jika anda mahukan pandangan mata burung pada semua widgets, Multi Widget View akan menarik perhatian anda.

Dengan hanya pinch saja pada bahagian Flex Window, anda akan dapat lihat semua widget dalam format grid dan menjadikan lebih mudah diakses.

Akses Kamera Pantas: 

Anda peminat swafoto? Dengan Flex Window anda juga boleh mengakses kamera dengan mudah dan terus boleh ambil gambar!

FlexCam membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto definisi-tinggi menggunakan kamera belakang, dan skrin luar bertindak seperti cermin untuk pastikan anda ambil gambar swafoto pada angle yang cantik.

Jadi gambar selfie anda akan kelihatan lebih menakjubkan kerana anda dapat menggunakan kamera utama 12MP untuk menangkap gambar.

Selepas mengambil gambar, anda juga boleh lihat gambar yang diambil dan edit terus pada Flex Window tanpa perlu membuka telefon anda.

Quick View membolehkan anda semak, buang dan juga tetapkan gambar anda pada favourite dengan mudah.

Akhir sekali, Flex Window juga boleh berfungsi sebagai viewfinder apabila anda mengambil gambar kawan anda.

Jadi kawan anda tidak perlu risau angle gambar yang betul sebab boleh lihat sendiri pada Flex Window semasa anda ambil gambarnya.

Mesej dan Notifikasi:

Rasa malas nak buka lipatan telefon setiap kali nak balas mesej? Jangan risau sebab dengan Flex Window yang baharu ini anda tak perlu flip telefon untuk reply dah.

Menariknya lagi, anda akan dapat akses menggunakan papan kekunci full-sized pada skrin luar dan boleh reply mesej panjang pada Flex Window.

Maksudnya, tiada lagi mesej ringkas pre-written, dan tidak perlu lagi flip telefon setiap kali dapat mesej baru. Best kan?


Mahukan Lebih Fungsi? Guna Good Lock!

Dah mula rasa teruja dengan kebolehan Flex Window? Nanti dulu, sebab anda akan lebih teruja bila dapat tahu permainan video atau games boleh dimainkan pada Flex Window

Apa yang anda perlu lakukan, muat turun aplikasi Good Lock dari Galaxy Store, dan anda boleh manfaatkan sepenuhnya Flex Window ini pada Galaxy Z Flip5.

Good Lock boleh dikira sebagai game changer kerana ia memberi kebolehan buat pengguna untuk tambah pelbagai aplikasi lain pada Flex Window mengikut personaliti dan kegemaran anda. 

Sama ada anda merupakan seorang gamer yang inginkan pengalaman gaming pada Flex Window, seorang pengguna media sosial yang mahukan akses pantas ke semua platform media sosial seperti Instagram dan TikTok, atau pencinta muzik yang perlukan akses pantas ke playlist Spotify, Good Lock boleh mampu buat semuanya.


Kesimpulan

Melihat kepada populariti telefon pintar jenis boleh lipat yang semakin meningkat naik, anda tentu tidak mahu terlepas daripada trend ini.

cara yang lebih mudah untuk terus berada dalam trend adalah dengan memahami sepenuhnya kemampuan Samsung Galaxy Z Flip5.

Sama ada anda merupakan peminat produk tech terkini, atau sukakan sentuhan personalized pada peranti, Samsung Galaxy Z Flip5 tentunya menjadi peranti yang sempurna dipadankan dengan personaliti dan minat anda dalam dunia tech.

Pasti Flex Window tidak akan mengecewakan anda dan dapat memenuhi segala keperluan harian anda! Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Z Flip5, sila layari laman sesawang Samsung

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article