Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
flex360 challenge

Nak ‘Flex’ Ke Luar Negara? Sertai #FlexYou360 Samsung Untuk Peluang Menang Tiket Ke Seoul!

Jom kami belanja sikit tips dan tricks untuk menang cabaran #FlexYou360.

Kalau anda gemar ambil gambar swafoto dan rakam detik indah bersama rakan-rakan, inilah masanya untuk serlahkan bakat anda. 

Bukan je dapat tunjuk kreativiti anda, tapi menerusi cabaran #FlexYou360 anjuran Samsung ini, anda turut berpeluang untuk menang trip ke Seoul, Korea!

Anda nak jadi yang terpaling kreatif? Guna je aplikasi Flex360 dari Samsung ni yang dihasilkan eksklusif untuk Galaxy Z Flip5.

Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengambil gambar dari pelbagai angle dan gabungkan semua gambar menjadi gif yang menarik! 


Cara Untuk Sertai

1. Kumpulkan rakan Flip anda: Memerlukan 3 hingga 5 orang untuk bergambar bersama.

2. Dapatkan aplikasi: Muat turun aplikasi Flex360 dari Google Play Store. Aplikasi ini membolehkan anda mengambil gambar anda bersama rakan-rakan dari pelbagai sudut, di mana dapat memberikan pandangan 360 darjah yang lebih unik dan cantik.

3. Rakam video anda: Gunakan aplikasi Flex360 untuk merakam video pendek bersama Flip Gang anda.

4. Pergi ke Galaxy booth di Samsung Experience Store, Queensbay Mall, Pulau Pinang, dari 16 hingga 22 Oktober 2023!

5. Kongsi kreativiti anda: Kongsi video anda di Instagram atau TikTok dan sertakan sekali hashtags #FlexYou360 dan #GalaxyZFlip5. Jangan lupa tag @samsungmalaysia dan pastikan akaun anda ditetapkan kepada public

6. Daftar penyertaan anda: Hantar URL posting anda pada laman sesawang Samsung di sini.


Nota: Para pemenang perlu menyediakan Galaxy Z Flip5 IMEI kepunyaan sendiri atau bukti pembelian peranti tersebut bagi tujuan pengesahan.


Akhir sekali, jangan lupa ikuti Samsung dengan menekan butang follow di semua aplikasi.

Antaranya YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga pengumuman pemenang pada 31 Oktober 2023! 

Pemenang bertuah akan memenangi pakej percutian 4 hari 3 malam ke Seoul bersama dengan 5 rakan ‘Flip’ yang lain. 

Jadi, rakan yang ikut ‘Flip’ sekali pun boleh menang bersama!


Antara Contoh Cara Ambil Gambar 360° Yang Awesome!

Keunikan yang datang bersama Samsung Galaxy Z Flip5 ini menawarkan anda peluang untuk meneroka kreativiti anda, terutama sekali untuk gambar dari pelbagai sudut. 

Jom lihat tips dan tricks untuk anda kelihatan lebih menyerlah dalam cabaran #FlexYou360:

  • Gunakan Mod Flex

Kalau anda tiada tripod, boleh je lipat Galaxy Z Flip5 dan biarkan ia berdiri sendiri tanpa perlu diletakkan di atas tripod.

Dengan cara ini, anda boleh meletakkan Galaxy Z Flip5 dan mengambil gambar dari sudut yang lebih funky dan unik yang tidak dapat dilakukan bersama tripod.

Selain itu, dengan melipat Galaxy Z Flip5 ia akan mengaktifkan Mod Flex di mana separuh telefon akan menjadi viewfinder dan separuh lagi digunakan untuk mengawal kamera.

  • Gunakan ‘Flex Window’

Skrin luar baharu Galaxy Z Flip5 yang dikenali sebagai Flex Window ini bersaiz besar (3.6 inci) dan bukan sahaja boleh memaparkan notifikasi dan widgets–anda juga boleh berswafoto dan ambil gambar menarik pada skrin luar ini!

Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai viewfinder bersaiz kecil yang akan membantu anda dapatkan angle dan kualiti swafoto terbaik semasa anda gunakan kamera utama.

Atau anda boleh bantu rakan anda dapatkan angle terbaik semasa mengambil gambar anda menerusi viewfinder ini, sekaligus menyelesaikan masalah gambar kurang menarik yang diambil oleh orang lain. 

  • Cuba & Bereksperimen Dengan Semua Mod Kamera

Samsung sememangnya dikenali mempunyai hardware dan software kamera telefon terunggul, dan Galaxy Z Flip5 tidak terkecuali dalam memilikinya. 

Dari mod auto point-and-snap ke mod Pro yang serba boleh, telefon terbaik Samsung boleh lipat ini mampu melakukannya.


Tips Menggunakan Mod Kamera Dalam Cabaran #FlexYou360:

  • Gunakan Mod Single Take untuk dapatkan hasil yang dinamik dan pelbagai dari satu momen.
  • Gunakan Mod Malam jika mengambil gambar dalam suasana pencahayaan yang rendah, atau semasa waktu senja dan malam.
  • Gunakan Mod Pro jika anda mahu melaraskan tetapan secara manual dan memastikan anda mendapat pencahayaan dan fokus yang optimum.
  • Cuba bermain dengan Mod Portrait dan membuatkan rakan ‘Flip’ anda lebih menonjol dengan efek bokeh di belakang!

Jadi tunggu apa lagi? Ambil Galaxy Z Flip5, kumpulkan rakan-rakan anda, dan mula merakam detik bermakna dari pelbagai sudut.

Inilah peluang anda untuk menyerlah dan menang pakej percutian paling dinanti-nantikan ke Korea melalui cabaran #FlexYou360 Samsung. Semoga berjaya!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article