Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung-galaxy-a-series-2023.webp

Samsung Galaxy Siri A Mempunyai Formula 5+4+2, Jom Geledah Apa Yang Dimaksudkan

Model Samsung berkembang selari dengan perkembangan semasa.

Lambakan smartphone yang ada di pasaran menjadikan pengguna lebih teliti memilih telefon pintar supaya berpuas hati untuk jangka masa panjang.

Hal ini membuatkan Samsung mengambil langkah dengan mencipta peranti yang mempunyai formula 5+4+2 yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna.


5 Tahun Kemaskini Keselamatan Telefon Pintar

Kami yakin, ramai pengguna ingin memiliki smartphone dengan ciri keselamatan telefon pintar yang baik supaya dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian data.

Oleh itu, Samsung memperkenalkan satu sistem yang betul-betul pengguna memerlukan melalui model smartphone Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G.

Sistem tersebut ialah ciri keselamatan yang menawarkan selama 5 tahun. Pengguna tidak perlu risau kerana ciri keselamatan yang diberikan ketat kepada pengguna kerana menggunakan Samsung Knox.

Features security ini dapat menunjukkan sistem keselamatan secara keseluruhan melalui telefon pintar anda.

Pengguna juga boleh pilih aplikasi yang mana satu mereka ingin untuk melindungi data peribadi, dan boleh pilih untuk menghentikan perlindungan keselamatan. Bagus kan?

Secara tak langsung, data yang ada dalam smartphone anda sukar digodam atau malware yang dapat merosakkan processor telefon. 

4 Kali Update Operating System Android

Seterusnya, Operating System (OS) dan OS Android yang digunakan untuk model Galaxy A54 5G and Galaxy A34 5G ini adalah One UI 5.1 yang merupakan OS paling terkini.

OS Android ini dapat memberi performance yang sangat bagus dimana anda boleh edit gambar dan video untuk diletakkan pada skrin paparan utama, buat pelekat emoji atau meme GIF sendiri.

Senang kata, pengguna dapat menikmati keseronokkan dengan hanya mencipta content melalui telefon pintar.

Malah, pihak Samsung membenarkan Galaxy siri A kali ini dapat update OS Android sebanyak 4 kali.

Kami fikir langkah ini sangat bagus kerana dapat memastikan performance smartphone ini dapat bergerak dengan lebih lancar tanpa glitch.

Sekaligus dapat memberi pengguna kepuasan apabila menggunakan features dan keselamatan terkini  walaupun pengguna menggunakan telefon ini dalam tempoh yang lama.


2 Tahun Warranty

Kemudian, perkara yang dititikberatkan adalah warranty atau jaminan yang ditawarkan pada sesuatu alat peranti.

Untuk model Galaxy Siri A ni, pengguna akan dapat warranty selama 2 tahun dan pihak Samsung menawarkan jaminan terhadap pengeluaran produk mereka.

Untuk butiran lebih terperinci tentang warranty, anda boleh layari laman sesawang Samsung.

Ingin diingatkan, selepas membuat pembelian anda digalakkan untuk daftar produk supaya segala bantuan dapat diberikan dengan lebih cepat, cekap dan efisien.


Spesifikasi A34 5G

Kamera: Terdapat 4 kamera iaitu kamera depan (13MP), ultra wide camera (8MP), main camera (48MP) dan Macro (5MP).

Bateri: Dengan saiz bateri 5,000mAh, Galaxy A34 5G dapat mengoptimumkan jangka hayat bateri bergantung cara penggunaan dengan menggunakan Adaptive Battery.

Kalis air: Telefon ini kalis air dan habuk dengan tahap ketahanan IP67 jadi tidak perlu risau jika menggunakannya ketika cuaca hujan.

Audio: Menggunakan audio jenis Dolby Atmos dimana bunyi yang dihasilkan menerusi speaker dapat memberi bunyi yang sangat jelas tanpa pecah-pecah.


Spesifikasi A54 5G

Kamera: Terdapat 4 jenis kamera iaitu kamera depan (32MP), ultra wide camera (12MP), main camera (50MP) dan Macro (5MP).

Bateri: Dengan saiz bateri 5,000mAh, Galaxy A54 5G dapat digunakan selama 2 hari.

Kalis air: Telefon ini kalis air dan habuk dengan tahap ketahanan IP67 jadi tidak perlu risau jika menggunakannya ketika cuaca hujan atau kawasan yang berhabuk.

Audio: Menggunakan audio jenis Dolby Atmos dan speaker yang digunakan jenis stereo dimana bunyi yang dihasilkan lebih sedap dan jelas.


Kapasiti RAM

Selain daripada gabungan top features ini, pihak Samsung mengambil kira juga kapasiti RAM memandangkan kelajuan untuk sesebuah telefon pintar sangat penting.

Bukan apa, mereka tidak mahu pengguna menghabiskan masa menunggu aplikasi dibuka dalam tempoh yang lama.

Dengan kapasiti RAM yang besar, segala aktiviti menggunakan telefon pintar dapat dilakukan dengan lebih cepat termasuk membuka aplikasi mudah-alih yang berat.

Untuk saiz RAM untuk kedua-dua telefon pintar ini 8 GB ke atas, memang cukup lancar dan memadai untuk kegunaan harian.

Sebagai pengguna anda boleh pilih model siri A yang mana anda ingin miliki supaya dapat memenuhi kegunaan harian anda.

Jadi Samsung siri Samsung Galaxy A54 5G dan A34 5G adalah pilihan yang tepat kerana model ini menggabungkan features yang top selari dengan kegunaan zaman sekarang.

Antara features popular yang ditawarkan pada kedua-dua peranti ini adalah;

Samsung Galaxy A34 5G;

  1. Rekaan yang sleek.
  2. Kualiti video yang mempunyai ciri VDIS & auto-framing.
  3. Skrin yang terang terutama apabila anda berada di luar.
  4. Kualiti foto yang mempunyai ciri wide OIS & advance image sensor.

Samsung Galaxy A34 5G;

  1. Design yang modern.
  2. Skrin jenis Super AMOLED.
  3. Saiz bateri yang besar (5,000mAh).
  4. Kualiti kamera yang sangat terang dan jelas.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]

Related articles

End of Article