Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tips & trick Galaxy S23 Ultra (4)

Cara Efektif Guna Mod Burst Shots

Sebenarnya burst shots adalah jalan terbaik untuk ambil gambar candid!

Dunia fotografi adalah salah satu cara untuk mengabadikan detik-detik indah supaya dapat menjadi kenangan masa akan datang.

Kalau cara dulu kita cuci gambar dan simpan dalam album tapi sekarang klik dan terus simpan dalam galeri telefon je.

Melalui kepingan imej yang disimpan tu, kita dapat mengimbas kembali apa yang kita pernah lalui pada bila-bila masa.

Cuma tangkap gambar melalui telefon pintar ni memerlukan teknik yang pelbagai supaya gambar yang diambil lebih berkualiti.

Jadi, dalam artikel ni kami kongsi dengan anda cara menghentikan detik indah yang singkat untuk mengambil gambar.


Macam Mana Burst Shot Berfungsi?

Burst shot mode dikenali mod penangkapan berterusan atau continuous shooting mode yang merupakan salah satu ciri yang penting dalam dunia fotografi supaya momen indah dapat ditangkap tepat pada masanya.

Ini kerana burst shots mampu menangkap banyak imej secara berturut-turut dalam satu masa.

Cuma anda perlu mengawal mod burst shots dan pengawalan mod ini bergantung pada jenis telefon yang anda guna.

Jadi cara guna mod burst shots dekat Samsung Galaxy S23 Ultra adalah dengan leret ke bawah pada butang shutter dan tekan. Mod burst shots on!

Apa yang kami ingin ingatkan, apabila anda guna mod ini, banyak makan ruangan storage telefon pintar anda.

Bayangkan, dengan hanya satu imej yang berjaya diambil anda boleh pecahkan kepada 30 imej yang berbeza shots.

Tapi dengan Galaxy S23 Ultra anda boleh guna burst shots tanpa perlu risau dengan ruangan storage sebab S23 mempunyai kapasiti storage yang mencukupi untuk simpan semua gambar kenangan anda.

Ini kerana burst shots dari S23 dapat mengurangkan penggunaan kapasiti storage yang banyak.

Anda boleh pilih satu gambar yang anda suka di antara banyak-banyak gambar kemudian, lebihan imej lain gabungkan menjadi satu keping gambar.


Cara Guna Burst Shots Dengan Cara Lebih Efektif

Cara nak guna burst shots dekat Samsung Galaxy S23 Ultra atau mana-mana jenis telefon pintar Galaxy senang je.

  1. Buka kamera.
  2. Leret skrin ke bawah pada butang shutter dan tekan.
  3. Digit nombor yang tertera pada butang shutter adalah jumlah shots yang akan di ambil. Biarkan saja jika anda fikir jumlah tersebut sesuai dengan penggunaan anda.

Itu saja langkah jika anda ingin gunakan mod ini. Mudah je kan? 

Tapi jika anda inginkan kami ajar guna burst shots dengan cara yang lebih efektif supaya kualiti gambar sama taraf dengan DSLR, jom lihat tips di bawah.

  • Pastikan tangan anda tak shaking.

Untuk mengurangkan efek kabur, pastikan tangan anda stabil semasa memegang telefon pintar.

Tak pun, anda boleh guna tripod untuk bantu mengurangkan efek shaking yang terhasil dari tangan anda.

Tapi disebabkan mod burst shots ini memerlukan anda meleret skrin telefon dan tekan butang shutter, pastikan tangan anda tidak tersentak pada kamera terlalu banyak semasa gambar sedang diambil.

Jika tidak, gambar burst shots yang berjaya di ambil tidak mencapai piawaian atau jangkaan anda.

Kami pun cuba sendiri mod ini tanpa menggunakan tripod, letakkan subjek pada bahagian tengah kamera dan hasil gambar yang kami dapat gambar sangat jelas.

  • Frame, pencahayaan & komposisi

Sama seperti gambar yang lain, pastikan subjek berada dalam frame dengan pencahayaan yang baik supaya gambar tak terkurang atau terlebih exposed.

  • Tunggu untuk momen indah

Penggunaan mod burst shots ini memerlukan kesabaran yang tinggi supaya anda dapat menangkap momen indah yang ditunggu-tunggukan.

Cuma kalau percubaan pertama kali tak menjadi, cuba je lagi sekali sampai anda puas hati dengan syarat menggunakan tips yang kami kongsikan ini.


Alami Sendiri Menggunakan Teknik Burst Shots

Kalau korang nak tahu Samsung Galaxy S23 adalah telefon pintar yang sangat sesuai untuk beginner yang suka menangkap gambar atau mereka yang minat dunia fotografi.

Insert product cart; Samsung Galaxy S23 Ultra 

Untuk pengetahuan anda, setiap pembelian Galaxy S23 sekarang ni akan dapat potongan harga dan juga barangan percuma. Antaranya;

    1. Galaxy Buds Live bernilai RM549
    2. Dapat mata ganjaran dari Samsung sebanyak 2%.
    3. Dapat gandakan ruang simpanan dengan yang sama.

  • Trade in untuk dapat rebat RM600 ke bawah.

Ingin diingatkan, promosi ini tamat 30 Jun 2023 jadi jangan tunggu lagi, jom beli Galaxy S23 sekarang!

Artikel Berkaitan 

End of Article