Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
s23 FE kamera

Samsung Galaxy S23 FE: Kamera Bertaraf Flagship, Tapi Harga Mesra Poket!

Ciri-ciri menarik Siri Galaxy S23 kini boleh dimiliki pada (hampir) separuh harga!

Semasa ingin membeli telefon baharu, ramai di antara kita akan melihat kualiti kamera terlebih dahulu.

Kualiti kamera telefon sememangnya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi dengan trend sekarang untuk muat naik gambar atau video-video kreatif di media sosial.

Semakin baharu telefon tersebut, semakin canggihlah fungsi kamera pada telefon itu, dan semua ini dilakukan oleh rata-rata pengeluar telefon pintar dari jenama terkenal.

Bagaimanapun, harga bagi sesebuah telefon pintar dengan fungsi kamera canggih seperti kamera DSLR tidaklah begitu murah.

Sehinggakan ada telefon pintar baharu yang harganya jauh lebih mahal dari membeli sebuah laptop atau kamera digital baharu.

Namun, berita baik untuk anda yang tidak mahu berbelanja lebih, kini boleh dapatkan telefon pintar dengan kamera bertaraf flagship pada harga mampu milik.

Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy S23 FE, hadir dengan ciri-ciri canggih yang ada pada model flagship Galaxy S23.

Model terbaharu daripada Samsung ini membolehkan anda untuk memanfaatkan kesemua ciri-ciri penting dan canggih pada harga mesra poket.

Paling utama, kualiti kamera telefon ini setaraf dengan telefon flagship, dan anda boleh memilikinya tanpa terbeban dengan bajet yang besar.

Jom lihat lebih mendalam apa kebolehan kamera Samsung Galaxy S23 FE ini.


Tetapan Kamera Flagship

Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi dengan kamera flagship 50MP (lebar), dipadankan bersama lensa 12MP (ultra-lebar) dan lensa 8MP (telefoto).

Kamera beresolusi tinggi ini direka untuk menghasilkan gambar-gambar yang jelas, serta memastikan setiap gambar kelihatan hidup dengan warna yang cerah.

Jadi, sama ada anda mengambil gambar pemandangan yang gah atau gambar sekuntum bunga pada sudut pandangan yang dekat, Samsung Galaxy S23 FE akan memastikan setiap gambar yang diambil berbaloi untuk disimpan atau dikongsikan di media sosial. 


Nightography: Lebih Cerah Dalam Suasana Gelap

Anda putus asa nak ambil gambar pada waktu malam atau dalam keadaan gelap sebab kamera tak cukup power? Dengan Galaxy S23 FE, anda mungkin akan lebih bersemangat!

Nightography sudah lama menjadi kebanggaan Samsung, jadi tentunya peranti Galaxy S23 FE ini turut mempunyai ciri-ciri kamera untuk fotografi waktu malam atau dalam suasana gelap.

Kamera hadapan 10MP Dual Pixel memang betul-betul game-changer, terutama sekali dengan kemampuan fast-focus.

Tidak kira anda sedang merakam gambar semasa konsert yang diterangi lampu malap, atau mengambil gambar pemandangan bandar pada waktu malam, sistem kamera yang hebat ini pasti dapat menghasilkan gambar yang jelas dan tajam, menjadikan gambar Nightography anda kelihatan hidup!

Selain itu, terdapat juga ciri-ciri seperti Single Take, Pro Mode, dan Director View yang akan memberi ilham untuk anda bereksperimen dan terokai aspek berbeza dalam fotografi dan videografi.

Atau anda sedang cuba untuk membiasakan diri dengan tetapan kamera profesional? Ciri-ciri ini tentunya akan membantu anda serlahkan potensi dan kreativiti anda!


Rakaman Video 4K dan 8K

Kemampuan untuk merakam video resolusi 4K pada kadar 60fps atau 8K pada kadar 24fps telah membuka satu kemungkinan baharu dalam dunia videografi.

Bayangkan anda sedang merakam video pengembaraan atau aktiviti anda dengan kualiti rakaman sebuah filem, di mana setiap rakaman dan juga frame ada cerita tersendiri—itulah apa yang anda boleh lakukan dengan Galaxy S23 FE.

Penstabilan imej digital yang canggih akan memastikan anda dapat merakam video tanpa gegaran, walaupun dalam keadaan anda sedang bergerak.

Untuk para content creator atau pencinta dunia rakaman video, kehadiran Galaxy S23 FE tentunya ibarat mimpi dengan fungsi kameranya yang canggih bersama tawaran harga yang sangat berbaloi.


Promo Samsung

Jika anda mahu merasai pengalaman memiliki sebuah telefon bertaraf flagship tapi tidak ada bajet yang besar, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Galaxy S23 FE ini.

Ia sama seperti sebuah model flagship dengan ciri-ciri telefon pintar yang canggih, tetapi ditawarkan pada harga mampu milik yang tidak membebankan anda.

Lagipun bermula 1 sehingga 31 Disember 2023 ini pihak Samsung ada promo kaw kaw untuk anda. Antaranya...

  • Potongan RM500 untuk semua #GalaxyTroop fans.
  • Naik taraf penyimpanan bernilai RM300.
  • Potongan RM800 untuk trade in.
  • Potongan sehingga 30% untuk Purchase With Purchase hanya untuk aksesori Samsung terpilih, Samsung Care+ dan mana-mana siri Buds.

Apa tunggu lagi? Jom beli!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article