Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
One UI 5.1 (1)

Pengguna S23! Korang Kena Tahu Ada Apa Dengan Sistem Samsung One UI 5.1

Sistem Siri Galaxy S23 dapat berikan pengalaman lebih menarik

Samsung telah memperkenalkan smartphone terbaru iaitu Galaxy S23 pada Februari yang lalu di Galaxy Unpacked 2023.

Jadi bagi suka mengikuti perkembangan Samsung, smartphone terbaik dari Samsung ini sudah boleh dibeli seluruh negara dengan pelbagai tawaran dan promosi menarik untuk anda.

Bersama dengan pelancaran terbesar ini, Samsung telah memperkenalkan satu sistem baru iaitu One UI 5.1, memang lain daripada lain untuk siri Galaxy S23.

Sistem ini bakal menguasai smartphone Galaxy lain bermula dari siri Galaxy S22, Galaxy Z Flip4 dan Z Fold4.

Malah menurut Samsung, update terbaru One UI 5.1 menjanjikan pengalaman lebih baik untuk pengguna iaitu visual interface yang menarik. 

Dengan sistem baru ini juga, anda boleh nantikan ciri baru yang membolehkan anda personalize telefon pintar anda dengan lebih kreatif. 

Jadi, apa sebenarnya kelebihan One UI 5.1?


Manfaatkan Kamera yang Berkualiti

Pasti anda pernah dengar tentang kualiti kamera 200MP yang menakjubkan oleh Galaxy S23 Ultra kan? 

Tapi pihak samsung tambahkan sistem One UI 5.1 supaya dapat memberi kelebihan bahagian kamera sedia ada melalui aplikasi ExpertRAW!

Senang cakap, aplikasi ExpertRAW dapat berikan anda kualiti gambar setaraf dengan lensa DSLR.

Maksudnya dengan kamera dari S23, anda tak perlu berbelanja ribuan ringgit membeli peranti secara berasingan hanya untuk mengambil gambar sebab Galaxy S23 Ultra boleh lakukan semua!

Selain itu, dengan AI-based Photo Remaster dapat mencantikkan lagi gambar anda secara automatik.

Apa yang sistem AI ini boleh buat adalah dengan meningkatkan kecerahan, memberikan kekemasan kepada butiran halus imej dan melaraskan warna walaupun di bawah kualiti cahaya yang rendah. 

Jadi, hasil gambar seakan sama seperti apa yang anda lihat menggunakan mata.

Cuma perlu diingatkan anda perlu muat turun aplikasi ExpertRAW secara berasingan di Galaxy Store dan apabila sudah selesai muat turun, ia akan terus tersedia di aplikasi Galaxy Camera. 


Tiada Yang Lebih Baik Daripada Sistem Unik Ini

Sebelum ini pengguna Galaxy boleh mengawal peranti interface mereka tapi sedikit berbeza dengan sistem One UI 5.1.

Malah, upgrade terbaru OS ini memberikan lebih banyak ciri menarik pada bahagian fine-tune antaranya navigasi, panggilan dan banyak lagi. Teroka sendiri!


Antara ciri atau features yang kami suka ialah bahagian widget cuaca terbaru mereka yang boleh menganalisis dan visual berubah-ubah mengikuti keadaan cuaca semasa.

Ciri ini boleh memudahkan kita untuk tahu keadaan cuaca dengan menggunakan alat peranti saja dan berikan kelainan yang lebih menarik berbanding layout yang sebelum ini.

Selain widget cuaca, pengguna juga boleh personalize telefon pintar ini mengikut aktiviti tertentu melalui ciri Modes and Routines. 

Dari custom wallpaper, nada dering dan sensitiviti sentuhan, mod bunyi dan jenis huruf, semuanya ada untuk jadikan hari anda lebih menarik.


Segalanya Terkait Dalam Aktiviti Harian Anda

Ada tak alat peranti Galaxy yang lain? Jangan lepaskan peluang untuk sertai Galaxy Ecosystem. 

Dalam sistem One UI 5.1 memperkenalkan ciri baru untuk mengintegrasikan pengguna Galaxy ke dalam Galaxy Ecosystem, bermula dengan perkembangan Multi Control.

Sekarang, pengguna boleh kongsi tetikus, papan kekunci dan trackpads dengan peranti Galaxy yang berlainan termasuk Galaxy Book, Galaxy Tablet dan telefon pintar Galaxy.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh copy and paste gambar dari satu peranti ke peranti yang lain dengan mudah — hanya tarik dan lepas!

Berminat Dengan Siri Samsung Galaxy S23 Terbaru?

Dapatkan Samsung baru terbaik ini sekarang dan nikmati pelbagai hadiah percuma dan promosi menarik. 

Samsung Galaxy S23 Ultra 5G
Samsung
samsung s23 ultra
mulai
RM6,199.00
Semak Samsung Galaxy S23 Ultra 5G harga dibawah:
add_circle RAM besar untuk gaming yang lancar
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Cipset berkualiti tinggi
add_circle Kamera terbaik
remove_circle Pengecasan terhad kepada 45W

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana mulai dari sekarang hingga 30 Jun 2023, Samsung menawarkan dua kali ganda penyimpanan tanpa kos tambahan untuk setiap pembelian Samsung Galaxy S23 Ultra yang baru! 

Tak cukup dengan itu pihak Samsung juga bagi anda sepasang Galaxy Buds Live secara PERCUMA.

Anda juga boleh membuat penjimatan sehingga RM600 dan 3 kali ganda mata ganjaran.

Dapatkan juga Samsung Care+ dari Samsung bermula dari RM369 apabila anda membuat pembayaran.

Dapatkan Promosi disini.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article