Sukan renang antara tiga sukan sunnah Nabi Muhammad SAW selain memanah dan menunggang kuda.
Ini kerana tubuh badan dan minda akan menjadi cerdas dan cergas tapi, mungkin sukar kepada wanita muslimah kerana perlu menutup aurat dengan baik ketika melakukan aktiviti renang.
Bukan apa, kebanyakan rekaan pakaian renang menjolok mata dan material yang digunakan melekap pada tubuh sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Jadi, kami tolong anda senaraikan jenama baju renang muslimah terbaik
Jom kita lihat jenis baju renang tersebut.
Isi Kandungan
- Senarai 12 Baju Renang Terbaik Untuk Muslim
- Apakah Fabrik Paling Sesuai Untuk Baju Renang?
- Cara Pakai Pad Bra Dalam Baju Renang
- Jenis Bra Yang Sesuai Dengan Baju Renang
- Artikel Berkaitan
12 Baju Renang Terbaik Untuk Muslimah
- Mamakiddies For Aisha Abstract Design Muslimah Swimming Suit
- PINK N' PROPER Modernly Modest Saloma Muslimah Swimwear Set Black
- MOONAZ.OS Muslimah Swimsuit Plus Size Cut Set
- DFO Muslimah Swimsuit Hijab Women A5
- Mamakiddies Muslimah Kids Swimming Suit Girl Long Sleeve
- Prosun Muslimah Floral Print Conservative Swimwear Set
- Matsalleh Design Modest Swimwear - Ocean Mosaic
- Mis Claire Dolphin Active Swimming Body Suit - Black
- HealthGuru Muslimah Quality Muslim Women Swimwear
- Stingray Muslimah Swimming Suit MUS898
- Plus Size Baju Renang Muslimah
- Ogival Muslim 2pcs Swimwear With Long Pants
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
“Telah terjual hingga 15 ribu unit di Shopee, baju renang muslimah terbaik di pasaran ini tidak mudah pudar warnanya dan ia diperbuat daripada fabrik yang cepat kering iaitu 20% Spandex dan 80% Nylon,”
Ciri-ciri;
Hadir dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan biru gelap, pakaian untuk berenang ini sesuai dipakai oleh kaum hawa yang perlu berlatih berenang untuk tempoh yang lama kerana memang selesa dipakai dan kainnya jenis breathable.
Bahannya elastik, oleh itu tidak akan terasa terlalu ketat apabila dipakai. Walaupun harga sedikit mahal, namun pembelian set baju renang labuh lengan panjang ini berbaloi sebab ia turut dilengkapi dengan seluar panjang dan topi renang.
Untuk memudahkan anda memakai pakaian, seluarnya tidak dijahit bercantum pada baju agar mudah ditanggalkan sejurus keluar dari kolam atau air terjun.
Review;
“Kain selesa dipakai dan kalau ambil saiz yang lebih besar dari tubuh kita, ia tak melekat pada badan. Design patuh syariah dan sesuai untuk muslimah. Boleh la mandi kolam dengan anak-anak,”

Setanding dengan harganya, kualiti set pakaian renang muslimah jenama Pink N’ Proper ini memang bagus. Ia diperbuat daripada fabrik polyblend yang selesa dipakai ketika berenang.
Baju renang berwarna hitam elegan ini direka dengan baju dan seluar yang berasingan, jadi lebih mudah untuk dipakai. Bahagian seluarnya direka dengan pinggang yang elastik.
Selain itu, padanan bahagian bajunya pula tidak ketat kerana tiada cups. Lagi cantik, lengan baju direka dengan cetakan floral. Oleh itu, anda tetap boleh bergaya walaupun ketika beriadah.

Untuk wanita bertudung yang berbadan agak gempal, kami sarankan untuk dapatkan pakaian renang menutup aurat dari Moonaz ini kerana ia menawarkan 7 pilihan saiz dari M, L, XL, 2XL hinggalah 5XL yang sesuai untuk semua.
Bukan itu sahaja, baju untuk berenang ini juga tersedia dalam 5 pilihan warna, antaranya hitam kelabu, biru kehitaman, polkadot, jalur dan bungaan putih. Usah khuatir tentang aurat kerana baju renang ini bersambung dengan seluar, jadi tak akan terangkat atau terselak.
Pakaian renang ini turut sesuai dipakai oleh ibu yang sedang menyusukan anak sebab direka khas dengan zip pada bahagian depan.
Potongan baju renang muslimah ini juga longgar, oleh itu tidak akan menampakkan susuk tubuh ketika keluar dari kolam. Yang penting, jenis baju renang ini mampu kering dengan cepat.

Pakaian renang murah untuk muslimah ini pula sesuai dimiliki oleh anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam aktiviti berenang kerana kualitinya tetap tidak mengecewakan walaupun murah.
Diperbuat daripada fabrik 95% nilon dan 5% Spandex, pakaian ini turut mampu melindungi kulit wanita daripada cahaya UV ketika sedang berenang di kolam atau laut.
Tak perlu risau jika badan anda sedikit berisi sebab ada banyak pilihan saiz seperti S, M, L, XL, 2XL hingga 4XL dan 5XL.
Tambahan pula, kainya jenis elastik. Dari segi penjagaan baju renang pula, si pemakai perlu basuh dengan cucian tangan menggunakan air di bawah suhu 30C dan elakkan daripada menggosoknya.

Usah abaikan penjagaan aurat anak perempuan yang gemar berenang di kolam renang ketika waktu percutian. Oleh itu, dapatkan pakaian renang untuk kanak-kanak ini kerana ada beberapa pilihan saiz untuk anak masing-masing.
Kain baju renang Mamakiddies yang diperbuat daripada 80% bahan nilon dan 20% Spandex ini sangat ringan, jadi si pemakai tidak akan terasa terbeban dengan resapan air.
Memang mudah dipakai oleh kanak-kanak kerana seluar panjangnya tidak bersambung dengan baju. Menariknya lagi, ia turut hadir dengan topi atau tudung renang agar aurat rambut terjaga dengan baik mengikut hukum.

Set pakaian renang dengan tudung renang dan seluar renang paras buku lali ini pula sesuai untuk kaum hawa yang ingin kekal kelihatan sopan, ayu dan anggun ketika beriadah dalam kolam renang.
Apa yang menariknya tentang jenama baju renang ini, ia direka dengan cups bra lembut yang boleh ditanggalkan, jadi ia akan menyokong payudara anda dengan baik.
Tambahan pula, pakaian yang diperbuat daripada lycra ini tahan lama dan sangat selesa dipakai. Bajunya turut direka dengan butang pada bahagian bawah agar boleh disambung dengan seluar renang.
Barulah baju tidak akan terangkat dan mendedahkan aurat wanita muslimah ketika berada dalam air.

Jenama pakaian untuk kaum Hawa yang menitikberatkan penjagaan aurat ini pula menawarkan baju renang yang amat selesa dipakai sewaktu berada dalam air terjun atau kolam renang.
Set renang ini lengkap dengan seluar, baju dan tudung renang, malah ada juga yang tersedia dengan turban untuk golongan wanita yang gemar stail hijab sedemikian.
Tambahan pula, baju untuk berenang dari Matsalleh Design ini elastik dan boleh diregangkan, jadi boleh dipakai oleh semua jenis saiz badan dari saiz S hingga lah XXL.
Ia turut dijahit dengan tali yang boleh diikat pada seluar agar baju tidak mudah terangkat atau terselak ketika anda sedang berenang dalam air di kolam umum.

Jenama Mis Claire ini sering menjadi pilihan ramai wanita yang berbadan chubby untuk memudahkan mereka menjaga aurat ketika beriadah di kolam renang.
Baju yang tersedia dalam pelbagai saiz seperti 2XL, 3XL, 4XL hingga 7XL ini sesuai dipakai oleh anda yang mahu tampak lebih kurus kerana berwarna hitam elegan. Di samping itu, ia diperbuat daripada material campuran polyester.
Baju renang ini jenis sarung sekali gus kerana seluar dan bajunya dijahit bersama. Paling bagus, ia tak melekat pada badan. Oleh itu, boleh dikatakan kualiti jenama ini memang terbaik dari segi penjagaan aurat wanita.

Jika anda tergolong dalam golongan wanita muslimah yang mahukan sesuatu yang ringkas untuk aktiviti riadah air atau ketika bercuti di pulau, pakaian renang keluaran jenama HealthGuru ini patut menjadi pilihan utama anda.
Baju renang ini agak labuh dan mempunyai 3 pilihan warna iaitu hitam biru, hitam merah jambu dan hitam ungu manakala saiz yang ditawarkan pula sesuai untuk semua jenis saiz badan iaitu S, M, L, XL, 3XL hingga 5XL.
Pakaian yang diperbuat daripada 95% nilon dan 5% Spandex juga cepat kering dan telap udara (breathable). Bahagian seluar dan bajunya pula bersambung, oleh itu aurat wanita tidak akan mudah terdedah walaupun berada lama dalam air.

Baju renang jenama Stingray ini sangat ideal dipakai oleh wanita muslimah yang gemar berenang ketika waktu lapang. Ini kerana potongan bajunya agak labuh dan menutup punggung dengan baik.
Selain itu, pembelian set pakaian ini amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan sebab ia hadir dengan topi atau tudung renang untuk menutup rambut anda.
Antara saiz yang ditawarkan kepada si pemakai ialah dari sekecil 2XS, S hinggalah 4XL. Jadi, memang boleh muat dengan setiap saiz badan dari yang kurus hingga yang sedikit berisi.
Siapa kata kita tak boleh bergaya ketika berenang? Untuk yang pentingkan pemilihan warna yang menarik dan ceria pada baju renang pula, boleh pilih warna kegemaran masing-masing kerana ada 4 pilihan iaitu oren, merah, biru dan navy.

Baju renang yang direka khas untuk kaum hawa yang bertudung dan berbadan gempal ini pula mampu menampakkan ilusi kurus pada tubuh anda kerana berwarna gelap.
Selain itu, ia juga boleh dibeli oleh wanita kurus sebab ada banyak pilihan saiz dari S hinggalah 8XL dan 9XL.
Di samping itu, bahagian topi renang sudah siap dijahit pada baju, oleh itu akan memudahkan si pemakai untuk menjaga aurat mahkota wanita ketika sedang bermain air di pantai atau kolam.
Lagi bagus, pakaian ini direka dengan tali pada tepi baju dan seluar renang untuk memastikannya tidak terselak atau menyebabkan perut anda terdedah.

Makin mudah dan selesa anda nak berenang selepas ini kerana swimsuit dari jenama Ogival ini khas untuk muslimah.
Fabrik yang digunakan cepat kering kerana diperbuat daripada material nylon Spandex yang sangat selesa dipakai.
Malah, tiada masalah jika wanita bertudung nak berenang di pantai kerana pasir pantai sukar untuk masuk ke dalam baju mandi.
Jadi anda akan rasa selesa walaupun berendam lama dalam air laut.
Terdapat tali pada bahagian seluar bagi memudahkan si pemakai mengikat mengikut kesesuaian saiz pinggang.
Lagipun pakaian renang tak akan terangkat ketika anda menyelam.
Apakah Fabrik Paling Sesuai Untuk Baju Renang?
Kebanyakan baju renang diperbuat daripada fabrik jenis Nylon kerana dikatakan memiliki ciri mudah kering dan tidak terlalu meresap.
Ini menjadikan perenang muslimah akan rasa lebih ringan dan tidak terbeban ketika berada dalam air.
Fabrik polyester turut menjadi pilihan untuk menghasilkan pakaian renang kerana kain jenis ini tahan air klorin, tidak mudah terbakar dan pudar walaupun dipakai di bawah cahaya matahari terik.
Selain itu, ada juga sesetengah baju renang yang diperbuat daripada kain Lycra atau elastane, jenis anjal.
Fabrik jenis microfiber yang lembut turut sering menjadi pilihan pereka fesyen untuk menghasilkan baju renang kerana memiliki ciri lebih cepat kering berbanding kapas.
Cara Pakai Pad Bra Dalam Baju Renang
Sangat mudah untuk kaum hawa muslimah pakai pad bra dalam baju renang.
Mula-mula, lipat bra pad tersebut kepada dua bahagian dan masukkannya ke dalam celah ruangan bra yang tersedia.
Boleh pin atau jahit sedikit pada bahagian bra pad itu jika anda takut ia akan bergerak-gerak ketika sedang berenang.
Jenis Bra Yang Sesuai Dengan Baju Renang
Kebanyakan baju renang memang dah tersedia dengan built-in bras, jadi anda tak perlu susah-susah pakai bra yang biasa untuk berenang.
Malangnya tidak semua baju renang tersedia dengan bult-in bras. Jadi anda boleh pakai bra.
Cuma pastikan bra yang nipis dan diperbuat daripada bahan yang cepat kering.
Namun, kena berhati-hati sebab kebanyakan pakaian dalam tersebut boleh rosak akibat bahan kimia yang ada dalam kolam kerana ia bukan direka khas untuk tujuan itu.
Apa-apa pun, kena ikut keselesaan diri masing-masing ketika melakukan aktiviti sukan.
Artikel Berkaitan
- 12 Tudung Sukan (Sport Hijab) Terbaik di Malaysia 2023
- Suplemen Fat Burner (Pembakar Lemak) Terbaik Malaysia 2023
- 9 Jenis Mesin Reflexology Urut Kaki Terbaik di Malaysia 2023
- Baju Tema Kemerdekaan Malaysia (Paling Kreatif)