Bulan Ogos merupakan bulan bermakna bagi rakyat Malaysia kerana kita semua akan menyambut bulan kemerdekaan.
Jadi lagi beberapa minggu lagi hari kemerdekaan tiba, kehangatan sudah terasa. Kita boleh tengok tamai mula menggantung bendera Malaysia sana-sini.
Di sekolah pun mula para cikgu buka kemasukkan pertandingan baju merdeka paling kreatif di antara anak murid.
Tidak ketinggalan, kita pun jadi semangat untuk pakai tudung atau baju yang melambangkan patriorik apabila ke tempat kerja.
Bagi memudahkan anda untuk mencari pakaian semangat patriotik untuk anak atau diri anda, jom lihat senarai di bawah.
Jangan risau, semua senarai yang kami bagi adalah design baju tema merdeka dengan harga yang berbaloi.
Senarai 8 Design Baju Merdeka
Table of Contents

Walaupun sekarang ni dibolehkan berkumpul oleh pihak kerajaan, tapi kita harus melindungi diri kita daripada virus covid yang masih lagi berleluasa!
Sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, semarakkan lagi semangat patriotik dengan memakai pelitup muka bertemakan merdeka.
Lain daripada yang lain, Yuka Zan mengeluarkan pelitup muka yang bercorak batik sempena bulan kemerdekaan ini.
Jadi, apa lagi? Face mask on!

Pada bulan kemerdekaan ini, pasti anak lelaki anda bersemangat untuk bersiap menyambut Hari Kemerdekaan kan?
Untuk memupuk semangat patriotik dalam anak-anak kita, sokong mereka dengan belikan tanjak atau tengkolok bertemakan merdeka ini.
Pasti mereka gembira dan tidak sabar memakai bersama rakan-rakan untuk menyambut hari bersejarah ini.

Pada hari bersejarah ini, anda akan melihat ramai kanak-kanak berpakaian tradisional untuk menyambut Hari Merdeka di sekolah mereka.
Jika anda mahu anak anda kelihatan lain daripada yang lain, pakaikan mereka sampin premium ini.
Dengan sampin yang kelihatan seperti dijahit menggunakan kain songket ini, pasti anak anda kelihatan kacak seperti seorang royal.

Adakah anak anda terlibat dalam pertandingan fashion show merdeka?
Jika begitu, mungkin dress merdeka ini mampu membuat anak anda steal the show!
Dengan tiga lapisan kain ruffle, salah satu lengan rekaan kembang ala-ala saloma, simbol bulan dan bintang di dada, sudah pasti anak anda akan menarik perhatian para juri!

Antara elemen utama sambutan kemerdekaan pastinya terletak pada semangat patriotisma dan cinta pada warisan masyarakat Malaysia.
Sebab itulah kami mencadangkan baju melayu moden dan baju kurung Saloma bagi anda yang inginkan sesuatu dengan lebih nilai warisan turun-temurun.
Dengan reka bentuknya yang ringkas namun dapat menonjolkan sedikit iras-iras pakaian tradisional, pasti anak anda kelihatan cantik dan menawan pakai baju ini!

Cuaca panas di Malaysia membuatkan ramai yang ragu jika ingin bersiap bertemakan patriotisma di Hari Merdeka.
Namun, anda tidak harus begitu kerana terdapat banyak pillihan pakaian untuk menunjukkan semangat patriotisma anda.
Salah satu cara adalah untuk memakai baju jersey yang bertemakan Hari Kemerdekaan.
Dengan baju yang berlengan pendek dan bermaterialkan jersey ini, anda tidak perlu risau tentang cuaca yang panas lagi.

Anda tidak mempunyai baju bertemakan Hari Kemerdekaan dan tidak mahu kelihatan janggal di kalangan mereka yang semangat bersiap untuk menyambut hari yang bersejarah ini?
Jangan rsau, pakai saja topi yang direka Hari Kemerdekaan yang sudah cukup menonjolkan sifat patriotisma anda.
Lagipun dapat melindungi anda daripada terik panas sinaran matahari jika anda mengikuti majlis merdeka pada sebelah siang.

Apabila merancang aktiviti harian anda pada hari yang teristimewa dalam sejarah Malaysia, pasti anda ingin kelihatan sedondon dengan pasangan atau anak anda.
Dengan tudung bawal bertemakan merdeka oleh HASBELLA ini, anda boleh membeli tudung mengikut corak kesukaan anda.
Make sure beli sehelai untuk anak perempuan supaya sedondon.