Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

20 Baju Kurung Online Cantik & Murah 2024 (Bawah RM150)

Tidak kiralah moden atau klasik, baju kurung adalah go-to fesyen pilihan!

Baju kurung tradisional sudah menjadi pakaian essentials setiap wanita.

Lagi bertambah koleksi baju kurung apabila tahun ini seperti ada sinar untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jadi, apa tunggu lagi? Sekarang ikutkan lagi sebulan nak raya, jom survey jenama baju kurung murah online dan terkini.

Berikut merupakan senarai baju kurung murah dan cantik.


Isi Kandungan


20 Baju Kurung Murah Bawah RM150

Baju kurung ironless murah
Kurung Johor Layla Raya 2022
mulai
RM65.00
Semak Kurung Johor Layla Raya 2022 harga dibawah:

Bagi para wanita yang menggemari potongan baju kurung Johor, pemilihan gaya seperti ini amat sesuai untuk anda. 

Koleksi baju kurung dari Radela dengan base warna merah dan dihiasi corak bunga putih.

Kain baju kurung cantik ini diperbuat daripada material bermutu tinggi sbline printed royal cotton, lembut, sejuk dan yang paling utama kain ini adalah jenis ironless

Potongan baju jenis ini besar dan tidak ketat tetapi akan kelihatan cantik apabila digayakan.

Habibi Boutique Kurung Songket Tabur Printed
mulai
RM139.00
Semak Habibi Boutique Kurung Songket Tabur Printed harga dibawah:

Salah satu rekaan yang wajib ada dalam almari setiap wanita ialah corak songket. 

Corak songket bukan hanya sesuai untuk digayakan ketika menghadiri majlis formal bahkah sesuai untuk dipakai ketika kenduri atau ke pejabat. 

Material baju kurung songket ini adalah daripada material corak songket printed dengan bentuk rekaan baju kurung moden. 

Jadi, material kain seperti ini tidak panas, tidak jarang dan terletak elok di badan. 

Kain seperti ini juga tidak kecut walaupun dibasuh berulang kali. 

Mempunyai zip di belakang dan di lengan untuk wudhu’ friendly.

Baju kurung moden plain
Qaleeda By Butik Orked
mulai
RM139.00
Semak Qaleeda By Butik Orked harga dibawah:

Bagi mereka yang minat dengan rekaan baju kurung moden plain, baju kurung Qaleeda adalah pilihan tepat. 

Harga baju kurung ini mampu milik dan rekaan seperti ini memberikan ilustrasi kurus kepada mereka yang berbadan berisi. 

Dengan koleksi warna selamat sudah pasti baju ini sesuai digayakan pada bila-bila masa sahaja. 

Material cotton lembut memberikan effect beralun dengan rekaan bahagian leher yang cantik dihiasi dengan butang untuk keselesaan. 

Baju kurung kedah
Teja Series Raya
mulai
RM42.20
Semak Teja Series Raya harga dibawah:

Rekaan baju kurung kedah ini sagat simple. Sesuai untuk dipakai pada raya kedua atau ketiga.

Jangan risau,, baju kurung kedah ini memberikan si pemakai rasa selesa. 

Menggunakan jenis kain como crepe yang berkualiti dan di datangkan dengan poket dan zip di bahagian belakang baju yang menambahkan lagi keselesaan kepada si pemakai.

Saiz yang ditawarkan adalah bermula daripada XS sehingga 3XL.

Baju kurung ironless
Baju Kurung Saira
mulai
RM44.00
Semak Baju Kurung Saira harga dibawah:

Baju kurung yang diperbuat daripada kain jenis embroidery cotton ini memberikan keselesaan kepada pemakai kerana jenis kain selesa dan sejuk. 

Mempunyai span pada kedua-dua bahagian baju yang dapat memberikan efek tegap dan kemas. 

Paling best, jenis kain ini bersifat ironless yang memudahkan dan menjimatkan masa anda. 

Sesuai bagi ibu menyusu kerana mempunyai zip bahagian depan, tidak melekat pada badan dan tak jarang.

Kain baju kurung ini juga jenis potongan duyung yang memberi efek kurus kepada si pemakai terutamanya bagi mereka yang mempunyai potongan badan pear. 

Terdapat lebih kurang 8 jenis warna cantik . Pilih saja!

Baju kurung untuk konvo
mulai
RM79.90
Semak Zoe Arissa Baju Kurung Raya 2023 harga dibawah:
add_circle Wudhu' friendly
add_circle Fabrik como crepe
add_circle Kolar leher tinggi 1 inci
remove_circle Perlu cuci dry cleaning

Anda semestinya tidak mahu ketinggalan memiliki baju raya dari Losra.

Baju kurung ini ditaburi dengan bunga kecil yang comel ini akan membuat si pemakai kelihatan kelihatan ayu dan segar.

Material kain pula diperbuat daripada cotton polyester yang memberikan efek beralun kepada baju dan jenis kain tidak melekat pada badan. 

Terdapat zip pada bahagian lengan baju ini serta dapat memudahkan urusan si pemakai untuk mengambil wudhu. 

Cara cucian baju kurung ini sebaiknya elakkan menggunakan mesin basuh tapi menggunakan tangan dan elakkan sidai di bawah sinar UV terik supaya kain tidak mengecut.

Baju kurung peplum
Dahlia Kurung
mulai
RM79.90
Semak Dahlia Kurung harga dibawah:

Dahlia kurung merupakan baju kurung yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. 

Menggunakan kain jenis material cotton polyester lembut yang dapat memberi keselesaan kerana jenis kain yang sejuk dan lembut. 

Disebabkan efek kembang di bahagian bawah baju, menjadikan baju kurung ini kelihatan versatile.

Baju kurung jenis peplum ini boleh dikategorikan sebagai kurung moden kerana sesuai digayakan dalam pelbagai jenis majlis.

Contohnya majlis kahwin, majlis graduasi dan juga majlis makan malam

Baju kurung lace
Kurung Lace Marina 761
mulai
RM73.00
Semak Kurung Lace Marina 761 harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Terdapat banyak pilihan warna
remove_circle Tidak mesra wudhu

Bagi para wanita yang meminati baju kurung jenis lace penuh, kurung lace Marina 761 ini amat sesuai untuk anda. 

Ini kerana rekaan bahagian kain mempunyai potongan kain duyung dengan baju kembang dibawah yang akan membuat si pemakai kelihatan ramping.

Jenis material lace ini membuatkan si pemakai kelihatan mewah dan eksklusif.

Sesuai digayakan untuk majlis rasmi seperti majlis makan malam, graduasi dan juga untuk dipakai sebagai bridesmaid.

Baju kurung lengan puff
Nora Danish puff
mulai
RM89.00
Semak Nora Danish puff harga dibawah:

Ingin kelihatan lebih menonjol dan elegan, baju kurung dari Nora Danish puff dapat membantu anda.

Sesuai bagi anda mempunyai tubuh berbentuk kon kerana baju kurung ini mempunyai gelembung kecil dan ringkas pada bahagian lengan.

Rekaan ini dapat memberi si pemakai kelihatan lebih cantik dan kemas.

Baju kurung Nora Danish puff ini juga mempunyai saiz yang pelbagai bermula daipada saiz S hingga saiz 2XL. 

Memiliki zip di bahagian belakang baju akan memudahkan pergerakan pemakai. 

Baju kurung orang mengandung
Nursafia Kurung Asha
mulai
RM58.40
Semak Nursafia Kurung Asha harga dibawah:

Dalam pemilihan baju kurung untuk para ibu, keselesaan merupakan faktor yang paling dititik beratkan.

Nursafia Kurung Asha diperbuat dari kain material jenis como crepe ini amat selesa dan mesra ibu menyusu.

Jenis cutting berbentuk A cut menyerlahkan lagi gaya si pemakai.

Dilengkapi dengan poket di bahagian tepi baju dapat memudahkan para ibu memasukkan barangan peribadi.

Baju kurung warna cream
Baju Kurung Cream
mulai
RM98.00
Semak Baju Kurung Cream harga dibawah:

Warna memainkan faktor penting dalam pemilihan baju kurung. 

Baju kurung dengan warna cerah seperti warna cream akan menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. 

Baju kurung cream daripada Nuridaman Eksklusif mempunyai cutting kembang bahagian bawah dan terletak kemas.

Rekaan ini dapat memberikan efek anda kelihatan ramping dan kemas.

Baju kurung pahang/baju kurung klasik
Kurung Pahang Ainin Klasik
mulai
RM109.00
Semak Kurung Pahang Ainin Klasik harga dibawah:

Para peminat baju kurung pahang dan baju kurung klasik sudah pasti mengenali baju kurung pahang pesak gantung. 

Tambah pula baju kurung pahang daripada Ainin Klasik ini mempunyai cutting yang cantik yang mengekalkan keaslian baju kurung.

Bahagian kain direka kain belah depan menjadikan si pemakai kelihatan lebih anggun.

Pada bahagian baju trdapat zip bahagian belakang dan jangan risau, baju ini berkonsepkan mesra wudhuk.

Baju kurung moden plain
Mandisa Kurung
mulai
RM99.00
Semak Mandisa Kurung harga dibawah:

Penggunaan warna plain pada design baju kurung kian menjadi pilihan. 

Dengan harga mampu milik, Mandisa Kurung pasti menjadi pilihan ramai. 

Pemilihan warna pastel menjadikan baju kurung moden plain ini kelihatan ringkas tapi tetap menyerlahkan keanggunan si pemakai.

Rekaan seperti ini digemari oleh mereka yang mengutamakan simplicity dalam pemilihan baju.

Baju kurung kedah/baju kurung cotton
Audora Kurung Kedah
mulai
RM124.00
Semak Audora Kurung Kedah harga dibawah:

Baju kurung kedah ini mempunyai design yang paling digemari ramai.

Mungkin kerana rekaannya  simple tapi kelihatan bergaya dan anggun. 

Audra Kurung Kedah menggunakan kain jenis cotton japan.

Jenis kain seperti ini merupakan jenis kain sejuk dan memberikan keselesaan kepada pemakai terutamanya dalam cuaca panas.

Baju kurung moden kembang bawah
Baju Raya Peplum Tulip
mulai
RM84.00
Semak Baju Raya Peplum Tulip harga dibawah:

Baju raya jenis moden kembang bawah menjadi kegemaran bagi memberikan efek badan yang lebih ramping. 

Bahagian kain direka mengikut ekor duyung yang digunakan bagi memberikan ilustrasi ramping pada bahagian bawah. 

Material baju ini jenis 3D Embossed Flower Brocade yang menjadikan baju ini kemas terletak pada badan.

Baju kurung untuk dinner
JANNAHNOE - Valeryne Kurung
mulai
RM140.01
Semak JANNAHNOE - Valeryne Kurung harga dibawah:

Design baju yang kelihatan moden daripada Jannahnoe ini sesuai digayakan ke majlis makan malam atau digayakan pada raya pertama.

Dengan harga kurang dari RM 100, Valeryne Kurung dilengkapi dengan gathers cape pada bahagian hadapan baju kurung.

Rekaannya yang moden dan extravaganza menampakkan lagi baju ini eksklusif. 

Memang sangat berbaloi untuk dimiliki setiap wanita.

Baju kurung lace/baju kurung moden
Helena Kurung with Lace
mulai
RM159.00
Semak Helena Kurung with Lace harga dibawah:

Baju kurung dengan sentuhan lace membuatkan pakaian kelihatan tampak eksklusif dan mewah. 

Helena Kurung with lace daripada Celynda.co sesuai digayakan untuk pelbagai majlis antaranya majlis graduasi, majlis tunang atau digayakan oleh bridesmaid. 

Warna warna pastel yang digunakan juga bersesuaian dengan design lace yang dipadankan pada hujung lengan dan hujung baju. 

Jenis kualiti kain luxe satin menonjolkan lagi design baju ini untuk tampak lebih mahal walaupun harganya murah.

Baju kurung bertunang
Emma Kurung Moden
mulai
RM73.40
Semak Emma Kurung Moden harga dibawah:

Mempunyai pelbagai jenis warna yang berona pastel dan warna yang terang seperti maroon, biru dan hitam.

Jadi, Emma kurung moden dijadikan sebagai pilihan untuk majlis pertunangan anda. 

Rekaan pada baju yang mempunyai Embroidery lace menjadikan design baju ini tampak ayu dan polos.

Baju kurung yang sesuai untuk badan pear
Juleta Floral Baju Kurung
mulai
RM99.00
Semak Juleta Floral Baju Kurung harga dibawah:

Memilih baju kurung untuk mereka yang mempunyai badan pear atau epal, haruslah pilih design yang kembang.

Jadi, Juleta Floral Baju kurung sesuai dengan jenis badan seperti ini kerana jenis skirt bentuk duyung.

Kemudian dipadankan dengan baju yang tidak melebihi paras lutut untuk menampakkan lebih elegan.

Baju kurung Juleta Flora yang mempunyai motif corak yang sama serta memiliki kain jenis potongan duyung.

Baju kurung untuk remaja
Kurung Scallop
mulai
RM69.00
Semak Kurung Scallop harga dibawah:

Dalam memilih baju kurung untuk remaja, corak ataupun rekaan mestilah bercorak simple dan tidak keterlaluan. 

Design  baju kurung Scallop sangat sesuai digayakan oleh para remaja kerana memiliki corak yang catchy, moden dan simple

Jenis kain yang beralun menonjolkan lagi keayuan si pemakai. 

Sudah pasti anda akan kelihatan ceria apabila menggayakan baju kurung ini.


Apakah Fesyen Yang Sesuai Dengan Bentuk Badan? 

Baju kurung dianggap pakaian yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis sama ada formal atau tidak formal. 

Malah, tidak lagi diperagakan hanya kaum Melayu tapi kaum Cina, India pun pakai baju kurung moden.

Bagaimanapun pemilihan gaya dan material baju kurung bergantung kepada citarasa individu. 

Mungkin ada sesetengah minat dengan rekaan baju kurung gaya klasik dan ada yang minat gaya moden. 

Tapi, reka bentuk baju kurung mestilah bersesuaian dengan bentuk badan agar tidak nampak terlalu ‘pelik’ atau tak kena. 

Jadi, kenali bentuk tubuh anda terlebih dahulu sebelum membeli baju kurung. 

Bila dah kenal pasti bentuk tubuh, jom ikuti tip memilih baju yang bersesuaian dengan bentuk badan menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article