Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Fesyen Baju Raya Kanak-Kanak 2024 (Moden Terkini)

Beli baju raya anak-anak kini dihujung jari sahaja!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini semestinya lebih meriah dan kebanyakan ibu bapa pastinya tidak sabar mahu membeli baru raya untuk anak-anak.

Anda antara ibu bapa sudah mula pening mencari baju raya kanak-kanak untuk dipakai sedondon dengan tema hari raya nanti atau mahu cari design baju raya terkini?

Jangan risau, tidak perlu bersesak dekat luar mencari baju raya budak sebab kami ada senarai butik online yang menjual pelbagai jenama baju budak, design menarik, dan moden.

Dari pakaian tradisional melayu kanak-kanak perempuan, baju raya baby, sehinggalah baju raya untuk budak lelaki, semua boleh dibeli secara online je sekarang.

Jom lihat senarai fesyen baju kanak-kanak terkini atau baju tradisional kanak-kanak untuk digayakan pada hari raya nanti bersama yang tersayang.


Senarai 15 Baju Raya Kanak-Kanak Terbaik

set baju raya family
Semak SHUHANA TYARA KEBARUNG Series Baju Raya Family Set Sedondon Peach 2024 harga dibawah:

Baju raya sedondon kanak-kanak lelaki dan perempuan ini sangat cantik dan senang di padankan seisi keluarga kerana anda boleh borong sekali untuk anda, pasangan dan anak-anak. 

Baju kurung dan baju melayu kanak-kanak ini bukan sahaja akan memudahkan ibu bapa memadankan warna baju sekeluarga mengikut tema malah anda juga dapat berjimat.

Baju kurung kanak-kanak perempuan diperbuat daripada bahan Pearl Duchness Skin yang akan memastikan kanak-kanak terasa selesa sepanjang hari raya nanti.

Turut dihiasi sulam tanam depan belakang, zip lengan, zip belakang, butang di tengah, kain pinggang elastik potongan A-cut dan paling penting mesra wuduk.

Selain itu, dengan harga yang berpatutan ini anda akan dapat baju anak lelaki dan perempuan yang mempunyai jahitan kemas seperti dibeli di butik eksklusif.

Ibu bapa jangan risau, untuk set baju melayu kanak-kanak lelaki akan diberikan sekali butang baju untuk memudahkan anda tidak pening kepala mencari butang berasingan.

Baju raya kanak kanak perempuan
baju raya kanak kanak perempuan
Semak Alana Kurung Kids in Maroon harga dibawah:
add_circle Fully soft lining
add_circle Hiasan manik pada Cape
remove_circle Harga mahal

Bagi ibu bapa yang masih mencari baju raya budak perempuan, beli je baju raya budak ni!

Design baju raya budak perempuan cantik dan ada ribbon cuff detailing pada lengan.

Bahagian atas baju raya fesyen terkini ini diperbuat dari silk satin chiffon dan organdy, manakala bahagian bawah dari peated silk satin chiffon yang tidak terlalu tebal.

Tambah lagi, baju ini mempunyai fully soft lining dan hiasan manik pada cape yang menarik.

Memang sangat sesuai kalau nak pakai semasa open house, semua orang pasti memuji baju raya anak anda!

Kebaya Labuh DAHLIA KIDS ByReefa Collection
Semak Kebaya Labuh DAHLIA KIDS ByReefa Collection harga dibawah:
add_circle Jahitan kemas dan terperinci
add_circle Sejuk dan selesa dipakai
add_circle Tahan lasak dan ironless
remove_circle Saiz baju hanya ada 6, 8 , 10 dan 12

Baju kurung kebaya dari ByReefa Collection menggunakan material cey crepe untuk keselesaan kanak-kanak. 

Terdapat zip pada bahagian dada dimana dapat memberi kemudahan untuk anak anak kecil menanggalkan dan menyarung baju sendiri. 

Terdapat lebih daripada 5 warna yang memudahkan anda untuk pakai sedondon dengan anda pada pagi raya nanti. 

Bahagian lengan direka lepas untuk memberi pengudaraan yang baik untuk si kecil supaya selesa dipakai walaupun cuaca panas. 

Si kecil pastinya tampak bergaya apabila memakai baju kebaya ini.

baju kurung moden
Semak TinyCrew Baju Kurung Moden Kids Budak Baju Raya - TCG047 harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Rekaan cantik
remove_circle Terhad

Baju kurung moden ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun dan boleh dipakai ketika menghadiri majlis rumah terbuka atau Raya Aidiladha.

Diperbuat daripada kain cotton yang ringan, lembut dan selesa, jadi si manja tak akan rasa gatal dan boleh bergerak aktif.

Rekaan baju raya budak ini juga kelihatan menarik dengan bahagian atas yang flowy, sedikit lace dan reben kecil di tepi baju.

Nampak manis bila di badan kanak-kanak dan lengan juga boleh dilipat. Pilih je nak warna navy atau peach!

Baju kurung moden budak perempuan
Baju Kurung Callista Kids Baju Kurung Moden Budak
Semak Baju Kurung Callista Kids Baju Kurung Moden Budak harga dibawah:
add_circle Kain duyung pinggang bergetah
add_circle Tidak panas

Baju kurung Callista sangat sesuai untuk anak perempuan anda kerana material kain yang digunakan adalah Premium Satin Airflow.

Fabrik ini ringan dan memberikan impak klasik pada si pemakai.

Malah, membuatkan anak anda bertambah manis ketika memakainya.

Di bahagian hujung tangan ada lace 3 warna dan rekaan pleated di dada serta depan baju.

Jahitan jenis double stitch yang tidak mudah terkoyak dan kain duyung yang bergetah penuh di pinggang.

Ibu jangan risau, kain baju kurung ini sejuk dan tidak jarang. Sangat selesa digayakan sepanjang hari!

Baju Kurung Riau Ayra Baju Kurung Raya Lace
Semak Baju Kurung Riau Ayra Baju Kurung Raya Lace harga dibawah:
add_circle Lace exclusive dan dijahit kemas
add_circle Mesra wuduk
add_circle Pinggang kain bergetah
add_circle Zip di bahagian belakang baju

Mahu anak perempuan anda tampak jelita ketika berkunjung ke rumah sanak saudara?

Baju kurung riau Ayra ini wajib anda dapatkan untuk si manja anda.

Dengan 6 pilihan warna menarik, potongan kurung riau ini diperbuat daripada material double dull satin yang mudah gosok, ringan, tidak panas dan selesa.

Selain itu, rekaan kurung moden versi muslimah ini dilengkapi dengan rekaan kain duyung longgar dan selesa untuk bergerak seharian.

Paling menarik didatangkan dengan lace exclusive dan dihiasi batu swarovaski.

jubah budak perempuan
Semak Jubah Budak Perempuan Jubah Muslimah Moden Ibu Anak Abaya harga dibawah:
add_circle Mesra wuduk
add_circle Tidak panas

Tidak salah jika ingin membuat sedikit kelainan hari raya tahun ini dengan memakai jubah raya ala-ala puteri.

Kami yakin pasti digemari majoriti kanak kanak perempuan.

Jubah ini menggunakan material como heavy crepe yang bercirikan tidak nipis, tidak melekat pada badan, tidak mudah berkedut, tidak panas dan berkualiti.

Jangan risau, jubah bukan saja sesuai digayakan ketika hari raya, bahkan boleh dipakai sebagai pergi majlis rumah terbuka atau dipakai untuk mengaji.

Baju raya kanak kanak murah
Momo House Baju Raya Baju Kurung Moden
Semak Momo House Baju Raya Baju Kurung Moden harga dibawah:

Bagi para ibu yang menginginkan baju kurung bergaya dengan harga yang berpatutan, jenama baju daripada Momo House ini sesuai dengan bajet mampu milik. 

Fabrik baju ini menggunakan material kapas dengan berlatar belakangkan corak flora dan warna yang sangat manis.

Bahagian kolar menggunakan jenis Teluk Belanga dan jenis kolar seperti ini memberi keselesaan kepada pemakai terutamanya si cilik. 

Sekaligus sesuai untuk kegunaan pakaian harian dan kasual outing.  

Rekaan pada butang baju kurung moden ini juga memudahkan si manja menyarung dan menggayakan baju ini.

Baju raya kanak-kanak perempuan
Baju kurung budak perempuan
Baby & Kids Kurung Baju Kurung Budak Perempuan
Semak Baby & Kids Kurung Baju Kurung Budak Perempuan harga dibawah:

Jika anda mahukan kelainan untuk anak perempuan anda, boleh belikan si manja baju kurung design peplum ini.

Material kain yang digunakan untuk baju kurung peplum ini adalah como crepe yang pastinya akan buat anak anda selesa dan tidak panas ketika memakainya. 

Selain itu, material como crepe mudah digosok dan tidak mudah kedut jadi si ibu tidak perlu risau anak aktif bermain ketika hari raya nanti.

Baju kurung peplum ini ada 8 warna pilihan yang menarik dan paling best baju kurung peplum untuk si ibu juga ada tau! Boleh anda sedondon dengan anak di pagi raya nanti.

NN1001 Princess Girls Dresses Casual Lace
Semak Princess Girls Dresses Casual Lace Embroidery harga dibawah:
add_circle Fabrik dalaman tidak gatal
add_circle Gaya vintage dan ada reben
remove_circle Hanya sesuai untuk umur 3-8 tahun

Raya kan sebulan, jom belikan baju raya untuk anak perempuan pergi ke open house pula!

Design kain lace ini sangat cantik dan manis digayakan pada hari raya kerana corak embroidery yang ada pada dress ini membuatkan baju ini nampak mewah apabila dipakai.

Jika anak anda tidak selesa untuk pakai baju kurung pada hari raya, dress lace embroidery ini sangat sesuai lebih lagi ia akan mudahkan pergerakan anak-anak. 

Baju raya budak lace
Set Flower Girl kanak-kanak
Semak Set Flower Girl Kanak-Kanak harga dibawah:
add_circle Sangat selesa dan kain tak panas
add_circle Ada lace cantik kat pinggang dan tangan
remove_circle Tak ada lining

Baju kurung moden lace kanak-kanak ini ada 6 pilihan warna untuk dipilih mengikut tema hari raya anda tahun ini.

Material kain untuk baju kurung lace ini adalah wedding silk yang akan membuatkan si comel anda nampak mewah dan cantik.

Untuk kain jenis ini, anda perlulah membeli saiz mengikut umur anak anda supaya baju kurung lace ini terletak cantik pada badan si manja apabila digayakan di hari raya nanti. 

Blouse Kanak Perempuan
Semak Cotton Blouse Baju Budak Kanak Perempuan harga dibawah:
add_circle Lengan baju ada lace
add_circle Boleh mix & match
add_circle Kain stretchy, lembut & tidak panas
remove_circle Design baju simple

Blouse kanak-kanak perempuan cantik ini sesuai digayakan oleh anak semasa pergi beraya ke rumah open house keluarga, saudara atau kawan-kawan anda.

Material kain daripada kapas ini akan buatkan anak selesa dan tidak berpeluh ketika memakainya jadi anak anda akan bebas bergerak ketika raya.

Raya blouse ini ada 2 warna pilihan dan saiznya untuk anak dari umur 1 hingga 8 tahun. Anda boleh beli mengikut kesesuaian si manja anda.

Baju raya kanak-kanak lelaki
Momo House
Momo House Baby Boy Baju Raya 2023
Semak Momo House Baby Boy Baju Raya harga dibawah:
add_circle Material premium
add_circle Bahagian bawah boleh regang
remove_circle Poket hadapan hanya fesyen

Kini, anda tidak perlu buat tempahan baju raya untuk anak lelaki anda sebab Momo House Baby Boy Baju Raya ada pelbagai saiz dari umur 1 hingga 7 tahun.

Material kainnya diperbuat daripada Premium Nylon Fabric, kain lembut dan sejuk akan buatkan anak selesa ketika menggayakannya di pagi raya nanti.

Anda jangan risau baju tidak muat jika anak anda sedikit besar kerana potongan baju raya kanak-kanak ini lebar dan ada butang di hadapan baju untuk mudah disarung pada anak. 

Terdapat 5 warna pilihan baju yang boleh anda pilih mengikut tema baju raya anda sekeluarga tahun ini. 

Baju Melayu Bilal Eksklusif Kids
Semak Baju Melayu Bilal Eksklusif Kids harga dibawah:
add_circle Bahan bernafas dan menyerap
add_circle Lembut dan sejuk
remove_circle Sampin tidak termasuk

Jika anda ingin pakaikan anak lelaki baju melayu jenis tradisional, boleh dapatkan koleksi baju melayu bilal eksklusif ini. 

Kain baju melayu ini menggunakan material Kapas Sakura dengan kualiti tinggi. 

Bahagian kolar baju, rekaan Raihan membuatkan baju lebih menyerap dengan pengudaraan yang baik. 

Sangat selesa dipakai kerana material kainnya jenis lembut dan tidak panas. 

Terdapat pilihan 7 warna yang menarik dan pasti salah satu warna menepati tema warna pada tahun ini.

Baju raya kanak kanak untuk majlis open house
Kurta Budak Slim Fit Cotton
Semak Kurta Budak Slim Fit Cotton harga dibawah:
add_circle Kain lembut dan sejuk
add_circle Tidak tebal
remove_circle Cutting baju ni kecil dan fit

Masih mencari baju kasual untuk anak lelaki anda untuk dipakai ketika ke majlis open house?

Jangan risau, baju kurta budak slim fit yang diperbuat daripada kapas osaka. 

Terdapat 7 pelbagai warna yang berbeza dengan pelbagai saiz yang pasti memudahkan anda untuk membuat pilihan.

Anak lelaki anda berusia 2 tahun hingga 12 tahun pasti tampil sleek dan kemas menggayakan kurta ini.  


Bagaimanakah Cara Memilih Ukuran Terbaik Untuk Baju Kanak-Kanak?

Pemilihan saiz untuk baju kanak-kanak tidak sama seperti orang dewasa kerana ukuran baju bergantung pada umur mereka dan tumbersaran kanak-kanak tersebut. 

Tapi, tak semua ukuran sama bagi setiap kedai, jadi sebelum memesan baju kanak kanak secara atas talian, pastikan anda dapat size chart baju.

Selain itu, anda boleh beli pita pengukur untuk sukat ukuran badan anak dengan lebih tepat supaya baju yang dibeli sesuai dan padan dengan badan anak anda.

Ini penting bagi memastikan si kecil anda tampil kemas dan bergaya di hari raya. 


Tips Pemilihan Baju Raya Untuk Kanak-Kanak 

Hari raya sudah menjelang tiba! Semua keluarga pasti sedang bersiap sedia membeli baju raya terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.

Jangan risau, berikut tips untuk memilih baju raya kanak-kanak:

  • Fabrik

Utamakan fabrik yang ringan, lembut, tidak panas, mudah dicuci dan warna tidak mudah luntur.

Biasanya, kain kapas menjadi pilihan ibu bapa kerana fabrik ini boleh menyerap peluh dan si kecil boleh bergerak bebas.

Pilihan lain termasuk moss crepe dan satin silk.

  • Corak dan warna yang ceria

Di samping itu, pilih baju raya kids yang selesa, warna yang sesuai dan corak yang tidak melebihi 3 warna.

Antaranya corak bunga halus, garis atau polka dot.

Warnanya pula cari warna yang ceria dan terang seperti biru, ungu, hijau dan pink.

Barulah dapat baju budak perempuan cantik untuk digayakan sepanjang hari raya nanti.

  • Umur

Walaupun dalam usia yang sama, fizikal mereka berlainan dan kanak-kanak cepat membesar. 

Jadi, cari baju raya dengan potongan longgar atau satu saiz lebih besar supaya boleh dipakai lama.  

Seeloknya cuba terlebih dahulu sebelum membeli dan pastikan saiznya betul, lebih mudah kalau anda ikut sahaja saiz baju budak mengikut umur.

  • Kesesuaian majlis

Penting untuk memilih pakaian yang sesuai dengan majlis yang dihadiri.

Oleh itu, nasihat kami pilih design baju raya budak perempuan yang sesuai digayakan dalam semua majlis sama ada beraya di rumah, kenduri atau majlis rumah terbuka.


Artikel Berkaitan

End of Article