Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Kasut Golf Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Perlu pakai kasut golf untuk keselesaan kerana sukan ini perlu keliling padang golf sejauh 4-8 km.

Tahu tak hasil kajian dari University of Edinburgh, individu yang gemarkan bermain golf dapat meningkatkan menstabilkan kadar kolesterol.

Dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan metabolisme tubuh.

Ini kerana pemain perlu berjalan keliling padang golf sejauh 4-8 KM dimana dapat membakar sebanyak 500 kalori.

Jadi pemakaian kasut golf amat penting supaya sepanjang anda berjalan atas padang selesa dan stabil ketika membuat pukulan bola.

Bagi memudahkan anda yang mencari harga ksut gold yang berbaloi, jom lihat senarai berikut.


Senarai 7 Kasut Golf Terbaik

Kasut golf terbaik secara keseluruhan
Adidas GOLF Traxion Lite Max Wide Golf Shoes Black GV9675
Adidas
Adidas GOLF Traxion Lite Max Wide Golf Shoes Black GV9675
mulai
RM293.30
Semak Adidas GOLF Traxion Lite Max Wide Golf Shoes Black GV9675 harga dibawah:
add_circle Kotoran tidak mudah kelihatan
add_circle Sesuai untuk kaki jenis lebar
add_circle Tapak tengah jenis Bounce
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Kasut golf dari jenama Adidas mempunyai keunikan tersendiri dimana pada bahagian tapak luar menggunakan jenis six-cleat Traxion untuk cengkaman yang lebih stabil.

Ciri-ciri:

Bagi anda yang mempunyai jenis kaki lebar, tidak perlu risau kerana rekaan kasut golf dari Adidas ini sesuai untuk kaki jenis lebar.

Malah, bahagian tapak tengah dilapik dengan ciri Bounce dimana dapat memberi keselesaan dan pergerakan kaki yang lebih fleksibiliti.

Kasut Adidas ini juga kalis air kerana pada bahagian atas fabrik terdapat filem untuk memastikan kaki anda kekal kering walaupun dalam keadaan hujan.

Bahagian badan kasut ini diperbuat daripada bahan kitar semula yang dihasilkan daripada sisa pengeluaran bagi mengurangkan masalah alam sekitar.

Dengan warna yang hitam, kasut ini dapat melindungi daripada kotoran dari jelas kelihatan.

Review:

“Dah pakai, memang sedap dan selesa bila main golf,”

Kasut golf lelaki
Decathlon Golf Shoes Men
Decathlon Golf Shoes Men
mulai
RM249.00
Semak Decathlon Golf Shoes Men harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Kalis air
add_circle Cengkaman baik
remove_circle Spikes tak boleh ganti

Dengan harga yang mampu milik, anda boleh dapat sepasang kasut golf yang berkualiti tinggi.

Kasut golf dari Decathlon ini sangat fleksibel dan stabil kerana mempunyai ciri ringan iaitu 370g.

Daya tarikan kasut sangat bagus kerana menggunakan getah dan TPU yang mana dapat memberi cengkaman yang baik ketika membuat pukulan ketika di padang.

Malah fungsi TPU dapat memberi kaki anda rasa selesa dan tubuh badan anda lebih fleksibel ketika berjalan di atas padang.

Selain itu, kasut ini menggunakan rekaan EVA boost cushion dimana kaki anda tidak rasa tegang walaupun berjalan 7-8km sepanjang bermain golf.

Lagi best, Decathlon menggunakan membran kalis air pada bahagian dalam kasut

Maksudnya jika anda berjalan pada permukaan air, kasut tidak akan menyerap air.

Kasut golf wanita
Decathlon Golf Shoes Women - Inesis
Decathlon Golf Shoes Women - Inesis
mulai
RM199.00
Semak Decathlon Golf Shoes Women - Inesis harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Beri kestabilan
add_circle Cengkaman baik
add_circle Menyokong bahagian buku lali
remove_circle Spikes tak boleh ganti
remove_circle Tidak kalis air

Dengan harga yang mampu milik, anda boleh dapat sepasang kasut golf yang berkualiti tinggi.

Kasut golf dari Decathlon ini sangat fleksibel dan stabil kerana mempunyai ciri ringan iaitu 273g.

Daya tarikan kasut sangat bagus kerana menggunakan getah dan TPU yang mana dapat memberi cengkaman yang baik ketika membuat pukulan ketika di padang.

Malah fungsi TPU dapat memberi kaki anda rasa selesa dan tubuh badan anda lebih fleksibel ketika berjalan di atas padang.

Selain itu, kasut ini menggunakan rekaan EVA boost cushion dimana kaki anda tidak rasa tegang walaupun berjalan 7-8km sepanjang bermain golf.

Menariknya lagi, koleksi kasut INESIS menggunakan bentuk TPU yang selari dengan anatomi kaki sekaligus dapat beri jaminan keselesaan dan dapat beri sokongan pada bahagian buku lali.

Kasut golf Ecco
Ecco M Golf Biom Hybrid 3
ECCO M GOLF BIOM HYBRID 3
mulai
RM769.00
Semak Ecco M Golf Biom Hybrid 3 harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Tahan lasak
add_circle Pembuatan dari 3 teknologi
remove_circle Harga mahal

Jenama kasut Ecco menghasilkan kasut golf versi baru yang diperbaharui dari jenis yang sebelum ini.

Rekaan yang baru ini lebih trendy, kemas dan kontemporari. Kalau anda pakai, memang kelihatan high-class.

Bahagian kulit kasut ini pula dihasilkan daripada kulit kasut ECCO yang tahan lasak dan material kulit yang ringan.

Bagusnya lagi, pembuatan kasut ini terdiri daripada 3 jenis teknologi iaitu;

  • Teknologi kalis air HYDROMAX™ membantu memastikan kaki anda kering dan selesa.
  • Teknologi BIOM® NATURAL MOTION® memberikan kestabilan dan kawalan ketika memukul bola golf.
  • Teknologi Keselesaan Langsung ECCO FLUIDFORM™ pada bahagian kusyen, lantunan dan memberi fleksibiliti.

Malah terdapat juga BOA® Fit System pada tali kasut dimana dapat memudahkan dan mempercepatkan untuk dibuka, ditutup dan dilaraskan.

Kasut golf BOA
UA Golf Showdown Spikeless BOA golf shoes
UA golf Showdown Spikeless BOA golf shoes
mulai
RM359.10
Semak UA Golf Showdown Spikeless BOA golf shoes harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Selesa dan stabil
add_circle Mempunyai sistem BOA
remove_circle Kurang cengkaman tapak

Walaupun tapak kast golf dari jenama Under Armour ini tidak mempunyai spike yang menyebabkan kurang cengkaman tapi tapak kasut ini mempunyai bunga yang sangat tebal.

Bunga tapak yang dalam dan tebal cukup untuk mereka yang baru saja menjinakkan diri dalam dunia permainan golf.

Apa yang best, kasut ini mempunyai sistem BOA yang mana dapat memberikan keselesaan kerana ikatan tali dapat dilaras mengikut saiz kaki secara automatik.

Ciri lain kasut golf UA ini adalah ringan jadi anda tidak akan rasa lenguh kaki dengan cepat walaupun berjalan dan berdiri berjam-jam lamanya.

Kasut golf murah
Men's Golf Shoes Lightweight
Men's Golf Shoes Lightweight
mulai
RM69.00
Semak Men's Golf Shoes Lightweight harga dibawah:
add_circle Pelbagai saiz
add_circle Ringan
remove_circle Kurang cengkaman tapak

Kasut golf ini menggunakan getah pada bahagian bahan pembuatan outsole dan ini menjadikan kasut ini ringan.

Manakala bahagian lining menggunakan material mesh yang memberikan kasut ini tidak berbau walaupun kaki berpeluh.

Ciri lain lagi, kasut ini ringan dan menjadikan anda mudah untuk berjalan dalam tempoh yang lama.

Walaupun tapaknya kurang cengkaman disebabkan spikeless tapi  tapak kasut ini mempunyai bunga yang sangat tebal.

Bunga tapak yang dalam dan tebal cukup untuk mereka yang baru saja menjinakkan diri dalam dunia permainan golf.

Kasut golf ergonomik
PGM Golf Anti Sideslip Sport Shoe
PGM golf anti sideslip sport shoe
mulai
RM228.60
Semak PGM Golf Anti Sideslip Sport Shoe harga dibawah:
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Warna menarik
add_circle Tidak licin
add_circle Tahan air
remove_circle Hantar dari china

Kasut golf dari jenama PGM ini menggunakan material EVA pada bahagian midsole, getah pada bahagian outsole manakala bahagian upper guna material mikrofiber.

Manakala bahagian lining menggunakan material cotton fabrik yang memberikan pengguna rasa selesa apabila sarung kasut ini.

Kasut ini direka dengan ciri tahan air dan tahan lasak jadi tidak kira cuaca hujan atau panas, kaki anda rasa selesa apabila pakai kasut ini.

Jika terdapat kekotoran, anda boleh lap saja dengan kain basah atau basuh dan jemur untuk keringkan. Jangan risau, tidak akan koyak atau kedut jika anda basuh dengan teliti.

Ingin diingatkan disebabkan penghantaran dari China jadi mungkin mengambil masa panjang untuk sampai.


Artikel Berkaitan

End of Article