Kelengkapan Rumah

10 Rak Kasut Terbaik & Moden 2026 (Kayu, Besi, Plastic, dll)

Rak kasut adalah memastikan kasut dan selipar anda tidak berselerak. Jadi kami kumpulkan design rak kasut untuk anda pilih mengikut kesesuaian rumah.


Editor · Updated 14 Feb 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Rak Kasut Terbaik & Moden 2026 (Kayu, Besi, Plastic, dll)

Fungsi rak kasut menjadikan ruangan rumah anda tampak lebih kemas dan tersusun kerana kasut tidak bersepah.

Malah dapat memberi nilai dekorasi pada bahagian hiasan sesebuah ruang. Maksudnya satu ruang tidak kelihatan kosong atau bosan.

Kandungan

Lagipun terdapat pelbagai design rak kasut yang dan anda boleh pilih mengikut kesesuaian dekorasi rumah.

Jadi jom lihat idea rak kasut yang boleh membuatkan bahagian rak kasut anda lebih tersusun, rumah lebih kemas dan membuatkan mood lebih ceria.


Senarai 10 Rak Kasut

AMY Shoe Rack bench With Soft Pad Stool Shoes Storage Cabinet With Seat Sofa Cushion Doorway
Rak kasut kayu 1 daripada 10
AMY Shoe Rack bench With Soft Pad Stool Shoes Storage Cabinet With Seat Sofa Cushion Doorway
Partnership with
Dari RM54.50
Fungsi 3 in 1
Senang untuk pakai kasut
Ruangan simpanan kasut yang sedikit
3 lagi
Tidak memakan ruang
Scratch resistant
Mudah dibersihkan

Rak kasut jenama AMY ini dapat berfungsi  3 dalam 1 kerana boleh dijadikan tempat simpan kasut, barang dan tempat duduk.

Maksudnya ketika hendak menyarung kasut, anda boleh duduk pada bahagian kusyen yang lembut di atasnya.

Rak kasut ini diperbuat daripada papan gentian ketumpatan sederhana (MDF) yang kalis air, kalis calar dan mudah dibersihkan.

Design rak kasut ini juga menampilkan loker dalaman bentuk Clamshell, jadi dengan loker ini anda boleh meletakkan barang.

Sememang kemas, mudah dan praktikal.

HOMEBY Stainless Steel Shoes Rack
Rak kasut besi 2 daripada 10
HOMEBY Stainless Steel Shoes Rack
Partnership with
Dari RM17.39
Design simple
Mudah dipasang
Tidak sesuai untuk letak kasut saiz kecil
2 lagi
Kukuh dan tahan lama
Boleh letak banyak kasut

Design rak kasut yang simple, praktikal dan mempunyai ruangan yang banyak sememangnya menjadi pilihan ramai.

Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan design biasa-biasa, asalkan boleh letak kasut kerana design yang sangat simple.

Ciri rak kasut ini diperbuat daripada besi stainless steel yang kukuh dan tahan karat.

Selain dari meletak kasut, rak ini boleh digunakan untuk meletak barang lain.

Anda boleh pilih untuk saiz kecil 3 tier hingga ke 7 tier. Pilihan bergantung pada keperluan.

Rak kasut bertutup 3 daripada 10
HANSEL Collection Shoe Rack Shoe Cabinet
Dari RM79.10
Jimat ruang
Mudah dipasang
Sedikit berat untuk dialihkan
2 lagi
Boleh simpan barang
Perabot berkualiti tinggi

Di zaman moden ini kebanyakannya design simple dan minimalis kerana dapat menjadikan ruangan rumah kelihatan lengkap dan menarik.

Bukan itu saja, perabot pelbagai fungsi pun menjadi pilihan utama ramai. Jadi rak kasut ini mempunyai design yang simple serta multifungsi.

Ini kerana terdapat ruangan simpanan bahagian bertutup yang mungkin boleh untuk anda menyimpan stokin.

Manakala bahagian shelves terbuka yang boleh laras ketinggiannya boleh dijadikan tempat letak barang lain ataupun hiasan.

Sangat sesuai untuk anda yang duduk di bilik yang mempunyai ruangan yang terhad.

Bagaimanapun ruang simpanan kasut ini boleh memuatkan sehingga 9 pasang kasut untuk kasut saiz dewasa, manakala ruang terbuka boleh memuatkan 3 pasang kasut.

IKEA GRAJIG Shoe Rack
Rak kasut moden 4 daripada 10
IKEA GREJIG Shoe Rack
Dari RM23.90
Mudah alih
Jimat ruang
Ruang simpanan kasut yang terhad
2 lagi
Mudah dipasang
Besi tidak mudah berkarat

Rak kasut ini boleh dikatakan simple, moden dan sememangnya praktikal tambah lagi untuk ruangan yang terhad.

Rak kasut ini juga boleh dilipat, serta dibuka untuk dialih dan disimpan dengan mudah.

Diperbuat daripada keluli, salutan serbuk polietilena berpigmen yang tahan serta tidak mudah berkarat.

Rak kasut ini boleh memuatkan 3 pasang kasut dan anda boleh mencantum sehingga 3 tingkat rak di atas satu sama lain.

JS Wall Mounted Racking Storage
Rak kasut gantung dinding 5 daripada 10
JS Wall Mounted Racking Storage
Dari RM79
Boleh letak banyak kasut
Mudah dipasang
Kerja memasang dan mengalihkan mungkin sedikit sukar
2 lagi
Multipurpose
Jimat ruang

Boleh memuatkan kasut sehingga 30 pasang serta memberi penjimatan ruang, itu adalah antara kelebihan rak kasut ini.

Ini kerana rak kasut ini mempunyai mounting yang membolehkan anda untuk menyangkut rak ini di dinding atau di pintu.

Rak kasut ini juga solid dan praktikal kerana diperbuat daripada tiub logam untuk rangka dan fabrik mesh untuk menjadi jaring tempat letak barang juga.

Rak ini juga mempunyai fungsi multipurpose dimana selain dari menyimpan kasut, boleh digunakan untuk menyimpan barang lain seperti majalah dan aksesori.

Atmua Furniture 2 Door Pallet Shoes Cabinet Wooden Shoe Rack
Rak kasut pallet 6 daripada 10
Atmua Furniture 2 Door Pallet Shoes Cabinet Wooden Shoe Rack
Dari RM329
Kayu pallet berkualiti tinggi
Design ekslusif
Harga mahal
2 lagi
Nilai dekorasi
Ruang penyimpanan kasut yang banyak

Rak kasut kayu pallet bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi mampu memberi nilai dekorasi dalam hiasan di ruangan bilik.

Design rak kasut ini menampilkan rak kayu pallet berwarna coklat gelap yang menjadikan kelihatan eksklusif.

Selain dari rak untuk penyimpanan kasut, almari ini mempunyai fungsi multipurpose dimana bahagian atas boleh dijadikan tempat untuk anda meletak barang peribadi.

Tapi jika anda kreatif, boleh letak hiasan pada atas almari untuk menaikkan seri ruang.

Stackable and Foldable Plastic Shoe Rack
Rak kasut murah 7 daripada 10
Stackable and Foldable Plastic Shoe Rack
Dari RM0.87
Mudah alih dan mudah disimpan
Mudah dipasang dan dibuka
Perlu beli lebih
2 lagi
Boleh dicantum
Jimat ruang

Rak kasut jenis ini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna yang inginkan rak yag ringkas, mudah, jimat ruang serta murah.

Lagipun anda boleh lipat semula ketika melakukan pemindahan rumah malah kotak kasut boleh dicantum antara satu sama lain untuk menjadi sebuah rak kasut yang besar.

Jangan risau, ruangan rak kasut plastik ini mampu menahan beban barang sehingga 10kg dan memuatkan sepasang kasut.

Sangat sesuai bagi mereka yang sering mengumpul kasut untuk menyimpan kasut dalam kotak kasut ini.

PMF 3 Door Shoes Rack Cabinet
Rak kasut 3 pintu 8 daripada 10
PMF 3 Door Shoes Rack Cabinet
Dari RM138
Ruangan kasut yang banyak
Fungsi pelbagai guna
Berat
3 lagi
Mudah dipasang
Nampak kemas
Kayu kukuh

Rak kasut ini bukan sahaja rak untuk menyimpan kasut, tapi mempunyai fungsi pelbagai guna yang membolehkan rak ini dijadikan almari.

Mempunyai 3 tingkat dengan 3 pintu berukuran 600mm panjang, 250mm lebar dan 1215mm tinggi.

Jangan risau, tidak memakan ruang yang banyak, cukup untuk diletakkan di bahagian pintu masuk utama.

Rak kasut ini hadir dengan 6 bentuk dan 2 warna iaitu putih dan walnut.

Innohut Multilayer Shoes Storage Organizer
Rak kasut multi layer 9 daripada 10
Multilayer Shoes Storage Organizer
Dari RM13.49
Boleh menyimpan banyak kasut
Mudah dipasang
Tidak tertutup
1 lagi
Kukuh

Rak kasut ini boleh dikatakan sesuai untuk anda yang jenis inginkan perabot yang simple, murah dan praktikal.

Ini kerana rak kasut ini mampu memuatkan bilangan kasut yang banyak kerana rak kasut ini berukuran 56cm panjang dan lebar 28cm.

Manakala ketinggian yang disediakan adalah 4-7 tingkat dimana satu tingkat boleh memuatkan 4 pasang kasut dewasa.

Rak kasut ini diperbuat daripada paip keluli bergalvani dengan ketebalan 13mm yang mana cukup kukuh, tahan dan stabil untuk menampung berat kasut.

Plastic Dust Cover Shoe Organizer Dustproof Shoe Cabinet
Rak kasut plastik 10 daripada 10
Plastic Dust Cover Shoe Organizer Dustproof Shoe Cabinet
Dari RM14.42
Dustproof
Ringan
4 lagi
Mudah dipasang
Boleh memuatkan banyak kasut
Murah
Material berkualiti tinggi

Sebab menjadi pilihan

Rak kasut ini murah, ringan, boleh memuatkan kasut dalam jumlah yang banyak serta mempunyai penutup dust proof untuk mengelakkan kasut daripada berhabuk.

Ciri-ciri:

Kasut berhabuk merupakan salah satu masalah yang anda akan hadapi sekiranya terbiar tidak dipakai terlalu lama di rak kasut.

Namun masalah ini dapat diselesaikan sekiranya anda memilih rak kasut ini yang dilindungi dengan plastik dust proof.

Bukan itu saja, rak kasut ini juga mempunyai ruang pengudaraan untuk mengelakkan bau daripada terperangkap.

Tambahan lagi, rak kasut ini turut mempunyai arm rest berbentuk bulat untuk mengelakkan sakit tangan.

Selain dari menyimpan kasut, bahagian atas juga boleh digunakan untuk meletak barangan kecil.

Cara pemasangan 

  1. Ambil sekeping plastik dan letakkan rata.
  2. Masukkan paip keluli ke dalam lubang bulat bahagian plastik.
  3. Pasang door stop.
  4. Ambil sekeping plastik dan masukkan ke dalam paip keluli.
  5. Masukkan helaian lutsinar ke dalam setiap lapisan rak kasut.
  6. Pemasangan lengkap.

Review

“Ringan dan paling penting mudah dipasang,”


Tempat Terbaik Untuk Meletak Rak Kasut

Selalunya rak kasut terletak pada bahagian ruang pintu utama bagi memudahkan apabila keluar masuk rumah untuk mengambil dan menyusun kasut.

Tapi mengikut kepercayaan Vastu untuk ruang rak kasut, tempat terbaik adalah di bahagian barat atau barat daya ruangan bilik atau rumah anda.

Sekiranya anda hanya mempunyai pilihan untuk meletakkan di kawasan pintu masuk rumah anda, simpan di luar kawasan pintu dan elakkan dari memegang rak kasut di bahagian dalam pintu masuk.

Sementara itu untuk kawasan ruang tamu atau porch pula, adalah ideal untuk meletakkan rak kasut di bahagian penjuru barat kawasan ruang tamu atau porch.

Seterusnya pastikan rak kasut anda bersih dan tersusun dengan baik kerana rak kasut yang tidak bersih menimbulkan pandangan negatif di dalam rumah.

Akhir sekali pastikan kasut anda teratur dan elakkan disusun, untuk memudahkan kerja, anda boleh mendapatkan rak atau kabinet mengikut ketersediaan ruang.

Sekiranya anda tidak percaya Vastu dalam penempatan barang rumah, anda boleh saja letak rak kasut mengikut kreativiti anda asalkan ia nampak kemas, tersusun dan cantik dimata anda.

Nota

Vastu adalah amalan tradisional masyarakat India dalam cadangan hiasan rumah untuk memberikan keceriaan di rumah anda.

Bagaimanapun, dipraktikkan dan popular di seluruh dunia sebagai idea untuk hiasan dalaman rumah.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation