Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Travel Backpack Terbaik Yang Menepati Pelbagai Bajet. Jom Travel!

Beg berkualiti dan tahan lasak untuk pelbagai aktiviti

Sedang mencari beg atau bagasi? Anda berada di laman yang tepat. Kami akan menyenaraikan 10 buah beg yang mempunyai tanda harga yang berbeza. Beg yang kami senaraikan di sini mempunyai kualiti yang cukup bagus, setara dengan harganya. 

Adakah beg galas boleh dibawa masuk kedalam kapal terbang?

Beg galas boleh dibawa masuk bersama anda kedalam kapal terbang selagi ianya menepati syarat saiz yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. Untuk syarikat Malaysia Airlines, jumlah dimensi (panjang + lebar + tinggi) mestilah tidak melebihi 117cm dan berat maksimum adalah 7kg. Untuk syarikat AirAsia pula, saiz beg yang hendak dibawa bersama hendaklah tidak melebihi saiz 56cm x 36cm x 23cm dan berat tidak melebihi 7kg.

Beg travel besar yang boleh dimasukkan kedalam kapal terbang
Nomadic
Semak Nomadic Travel Bag 40L harga dibawah:
add_circle Mempunyai jaminan seumur hidup
add_circle Kualiti beg yang premium
add_circle Sesuai untuk menyimpan pakaian, barangan elektronik, kasut dan sebagainyai
add_circle Boleh digunakan sebagai Duffel
remove_circle Harga yang mahal
remove_circle Saiz yang agak besar untuk kegunaan biasa

Beg ini adalah beg yang terkenal bagi golongan backpacker. Terdapat beberapa review yang mengatakan beg ini adalah yang terbaik dalam kelasnya. Antara laman tersebut adalah the Indie Traveller dan The Broke Traveller. Tambahan lagi, beg ini mempunyai saiz yang dibenarkan untuk dibawa ke dalam kabin kapal terbang. 

Beg Nomadic ini mempunyai kapasiti yang cukup besar iaitu 40L. Bag galas ini boleh dibandingkan dengan sebuah bagasi kerana saiznya yang besar. Apa yang lebih menariknya, terdapat banyak compartment  untuk menyimpan laptop, pakaian kotor, kasut dan sebagainya. Terdapat juga poket anti-RFID untuk melindungi kad kredit atau debit anda. Di samping itu, Beg ini juga boleh diubahsuai menjadi duffel, memudahkan kita untuk membawanya jika penat menggalas.

Walaupun harga beg ini agak mahal, anda akan mendapat jaminan seumur hidup yang diberikan oleh Nomatic bagi menjamin beg yang dibeli mempunyai kualiti yang terbaik dan tahan lasak. Ketahanan air juga merupakan salah satu fungsi beg ini. Anda tidak perlu risau barang-barang anda basah jika berada di dalam hujan.

Backpack yang kuat
Arctic Hunter
Semak Arctic Hunter i-Walrus harga dibawah:
add_circle Jaminan selama tiga tahun
add_circle Harga yang berpatutan
add_circle Saiz kapasiti boleh diubah, satu untuk kegunaan harian dan satu lagi untuk melancong.
remove_circle Tidak terdapat banyak pilihan warna

Beg i-Walrus ini merupakan beg kegemaran saya di dalam senarai ini. Ia mempunyai banyak compartment, membolehkan anda menyimpan pelbagai jenis barang seperti laptop, pakaian, buku, barangan elektronik dan sebagainya. Terdapat juga poket RFID yang membolehkan kita menyimpan kad kredit mahupun kad debit dengan selamat.

Bukan itu sahaja, saiz beg ini boleh diubah saiznya daripada 19L kepada 32L dengan menggunakan zip khas. Oleh itu, beg ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk kegunaan di sekolah atau universiti atau untuk dibawa melancong. Beg ini adalah beg tahan lasak yang boleh digunakan untuk membawa barangan berat. Beg ini juga direka khas untuk mengurangkan rasa sakit belakang ketika anda membawanya. Beg ini juga kalis air.

Apa yang menjadikan beg ini istimewa ialah harganya yang murah. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan compartment yang membolehkan beg ini bersaing dengan beg premium lain dengan harga yang mesra pengguna. Beg ini turut ditawarkan dengan jaminan selama 3 tahun.

Backpack yang murah
Semak Warbase backpack harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Saiz compartment yang luas
add_circle mempunyai poket yang banyak
add_circle Kalis air dan murah
remove_circle Kualiti binaan yang biasa-biasa sahaja
remove_circle Tidak mempunyai banyak compartment.

Beg ini menerima respons yang positif daripada pengguna. Kelebihan utama beg ini ialah ia mempunyai kapasiti yang besar serta harganya yang murah. Ia dijual dengan pilihan saiz iaitu 40L dan 60L. Beg yang berkapasiti 40L sudah cukup besar apatah lagi beg yang bersaiz 60L. Kapasiti yang besar membolehkan anda menyimpan pelbagai barangan di dalamnya tanpa perlu untuk mendapatkan beg lain. 

Beg ini juga agak selesa untuk dibawa. Ia mempunyai banyak tali strap pada bahagian pinggang, dada dan bahu. Pada tali strap bahu, terdapat span yang boleh mengurangkan rasa lenguh jika membawa beg dalam jangka masa yang lama. Beg ini juga direka khas bagi mengurangkan tekanan yang dikenakan pada bahu.

Beg ini juga tahan lasak dan sesuai juga digunakan ketika hiking atau berkhemah. Terdapat tali pada bahagian belakang yang membolehkan anda membawa khemah, botol air atau tikar. Beg ini juga kalis air dan boleh digunakan ketika hujan. Secara keseluruhannya, beg ini adalah pilihan yang sesuai jika anda perlukan beg yang bersaiz besar serta murah.

Backpack dengan roda
Osprey
Semak Osprey Farpoint Wheeled harga dibawah:
add_circle Jaminan seumur hidup oleh Osprey
add_circle Kualiti yang baik
remove_circle Tidak mempunyai banyak compartment.
remove_circle Saiz agak kecil jika dibandingkan dengan bagasi lain.

Beg ini adalah beg galas yang boleh diubah menjadi bagasi. Beg ini boleh digunakan sebagai bagasi di lapangan terbang atau tempat awam yang mempunyai permukaan rata atau anda boleh menggalasnya jika anda mahu membawanya ke tempat sesak ataupun tangga. Hal ini kerana Ia juga boleh berdiri dengan sendiri memudahkan untuk anda meletakkannya jika anda berasa penat.

Kapasiti beg yang sebesar 36L ini sesuai jika anda mahu melancong selama 4-9 hari. Tali galas beg ini juga boleh disorokkan menenggunakan zip yang telah disediakan. Beg ini juga kalis air jadi anda tidak perlu risau untuk membawa beg ini ketika hujan. Rekaan beg ini juga moden dan minimalis, sesuai digunakan untuk semua orang.

Saiz bukaan beg ini juga sangat besar, memberi kemudahan untuk menyimpan baju dan barang-barang dalam jangka masa yang singkat. Ia juga agak ringan jika dibandingkan dengan bagasi-bagasi lain yang berada di pasaran. Tayar bagi beg ini juga tahan lasak dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis permukaan. Anda tidak perlu risau dengan kualiti beg ini kerana ia memberikan jaminan seumur hidup. 

Secara keseluruhannya, beg ini adalah pilihan yang tepat jika anda keliru untuk meilih sama ada anda mahukan sebuah beg galas atau bagasi kerana beg ini adalah kedua-duanya.

Backpack yang ringan
Akiro
Semak Akiro Backpack harga dibawah:
add_circle Harga yang mampu milik
add_circle Mempunyai ruang penyimpanan yang luas.
remove_circle Jaminan yang diberikan hanyalah untuk 3 bulan sahaja.

Beg ini mempunyai banyak compartment dan poket, mampu menyimpan pelbagai jenis barang-barang besar seperti peralatan perkhemahan, botol air dan juga kasut. Di bahagian sisi beg ini terdapat dua tempat meletakkan botol air atau barangan lain. Poket khas untuk menyimpan kasut membolehkan anda membawa kasut tanpa perlu risau beg anda kotor. Ruang penyimpanan juga luas dan sesuai untuk dibawa melancong atau berkhemah. 

Kapasiti yang besar membolehkan anda menyimpan banyak barang tanpa perlu membawa beg kedua. Beg ini juga agak ringan. Pilihan warna yang diberikan agak banyak membolehkan anda memilih warna kegemaran anda. Rekaan beg ini juga agak ‘simple’ dan membawa identiti sebagai sebuah beg berkhemah.

Harganya yang murah agak berbeza dengan fungsi yang diberikan menjadikannya pilihan yang tepat jika anda mahu menjimatkan duit anda. Beg ini juga tahan lasak dan juga kalis air. Oleh kerana harganya yang murah, anda tidak perlu risau jika anda mengotorkan beg ini. Oleh itu, beg ini juga sesuai dibawa ketika melakukan aktiviti lasak.

Backpack yang boleh dibuka seperti suitcase
Osprey
Semak Osprey Porter 46 harga dibawah:
add_circle Jaminan seumur hidup diberikan untuk memberikan anda kelapangan minda.
add_circle Kapasiti yang besar bagi sebuah beg galas serta saiz bag yang boleh diubahsuai.
add_circle Sesuai digunakan untuk pelbagai jenis keadaan.
add_circle Reka bentuk yang minimalis serta kemas
remove_circle Agak berat iaitu sekitar 1.5kg

Beg ini mempunyai ciri yang biasanya dimiliki oleh bagasi iaitu ‘front loading’ atau bukaan beg bahagian hadapan. Bagi beg galas biasa, jika anda mahu mengeluarkan barang yang berada di bahagian bawah, anda perlu untuk menggali beg anda sehingga barang-barang dalam beg anda akan bersepah. Akan tetapi, dengan beg ini anda boleh mendapatkan barang yang berada di bahagian bawah dengan senang. 

Di samping itu, proses menyimpan barang juga akan mengambil masa yang lebih singkat kerana bukaan yang lebih luas membolehkan anda untuk menyimpan lebih banyak barang pada satu-satu masa. Beg ini juga mempunyai tali khas yang membolehkan anda untuk mengubah saiz beg anda dengan mengetat atau melonggarkan tali tersebut.

Kapasiti beg ini juga lebih besar jika dibandingkan dengan beg galas biasa. Ia mempunyai kapasiti sebesar 46L dan juga mempunyai banyak compartment serta poket yang membolehkan pengguna mengasingkan barang-barang mereka. Beg ini adalah alternatif yang baik bagi sebuah bagasi kerana ia mempunyai kelebihan daripada kedua-dua jenis beg.

Backpack dengan compartment kasut
Semak Flamehorse 50L travel Backpack harga dibawah:
add_circle Sangat sesuai dibawa berkhemah.
add_circle Saiz yang sangat besar, boleh menyimpan banyak barang
remove_circle Kualiti bahan dan jahitan yang tidak terlalu bagus.
remove_circle Tiada Jaminan disediakan

Beg galas ini merupakan beg besar yang mampu menampung kapasiti sehingga 50L. Kapasiti beg yang amat besar ini sesuai digunakan jika anda bercadang untuk berkhemah atau melancong buat jangka masa yang lama. Anda akan dapat membawa banyak pakaian pada satu-satu masa. Beg yang bersaiz besar akan memberikan kemudahan kepada anda untuk menyimpan pelbagai jenis barang tanpa perlu untuk membeli beg lain.

Beg ini juga mempunyai banyak poket termasuk satu poket khas untuk kasut. Anda boleh membawa satu kasut tambahan tanpa perlu meletakkannya bersama barang-barang yang lain. Jika anda bercadang untuk membawa satu kasut tambahan anda tidak perlu risau yang kasut tersebut akan mengotorkan pakaian anda. Ia juga kalis air, sesuai digunakan ketika aktiviti lasak.

Pilihan warna yang sangat banyak dapat membantu pembeli untuk memilih beg yang dapat memenuhi cita rasa. Harga beg ini juga agak murah. Dengan semua fungsi yang disertakan dalam beg ini, amat berbaloi untuk kita dapatkan beg ini.

Backpack yang boleh charge phone
Arctic Hunter
Semak Arctic Hunter i-Crusaderz harga dibawah:
add_circle Mempunyai slot USB diluar yang memudahkan anda untuk mengecas telefon pintar anda.
add_circle Mempunyai pelbagai poket yang membolehkan anda menyimpan pebagai peralatan elektronik atau perkakasan lain.
add_circle Span tambahan pada bahagian laptop untuk memastikan laptop anda selamat daripada sebarang hentakan.
remove_circle Kapasiti yang agak kecil.
remove_circle Tidak sesuai digunakan untuk melancong.

Arctic Hunter merupakan antara jenama beg galas paling terkenal di Malaysia. Beg ini adalah beg mereka yang paling terkenal di pasaran. Beg ini lebih sesuai digunakan oleh pelajar sekolah, pelajar universiti atau mereka yang bekerja. Ia mempunyai rekaan profesional yang sesuai digunakan untuk kegunaan rasmi.

Beg ini mempunyai compartment khas untuk menyimpan laptop dan terdapat span tambahan pada bahagian tersebut bagi memastikan laptop anda selamat daripada sebarang hentakan jika beg ini jatuh. Selain itu, terdapat poket khas untuk botol air, ipad dan juga telefon di bahagian dalam beg ini. Beg ini juga akan mempunyai ruang khas untuk diisi dengan buku-buku atau dokumen.

Ia juga menyediakan wayar USB yang membolehkan anda untuk menyambungkan powerbank anda dengan telefon pintar anda tanpa perlu membuka beg. Terdapat juga satu ruang khas untuk anda mengeluarkan fon telinga ketika telefon anda berada dalam beg. Harga beg ini juga agak berpatutan jika dibandingkan dengan kualiti yang diberikan.

Backpack untuk Perempuan
Osprey
Semak Osprey Fairview 40 harga dibawah:
add_circle Rekaan moden dan menarik.
add_circle Kualiti bahan binaan yang baik.
add_circle Mempunyai jaminan seumur hidup.
add_circle tali 'strap' galas yang boleh disorok menjadikan beg ini sesuai dijadikan sebagai duffel.
remove_circle Harga yang agak mahal bagi sesetengah orang.

Beg ini adalah pilihan utama Editor. Osprey adalah antara beberapa pengeluar beg yang menekankan penggunaan beg mengikut jantina. Hal ini kerana, bentuk badan antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan beg dengan rekaan khas hendaklah dicipta untuk setiap jantina bagi keselesaan yang maksimum. 

Untuk beg ini, ia merupakan beg yang direka khas untuk perempuan. Ia mempunyai banyak padding pada bahagian belakang beg bagi mengurangkan tekanan yang dikenakan oleh beg, seterusnya memberikan keselesaan yang lebih menyeluruh kepada pemakai. Pemakai tidak akan berasa lenguh jika memakainya dalam jangka masa yang lama. 

Kapasiti beg ini yang besar sesuai untuk melancong atau aktiviti lasak. Terdapat juga strap di bahagian belakang bagi memampatkan beg ini. Fungsinya ialah untuk mengubah saiz beg ini jika ia tidak penuh dan juga memastikan barangan yang berada di dalamnya tidak bergerak. Barangan seperti pakaian yang telah dilipat dengan kemas tidak akan bersepah. Beg ini juga kalis air bagi memberikan jaminan yang pakaian yang disimpan di dalamnya tidak basah.

Backpack untuk lelaki
Osprey
Semak Osprey Farpoint 40 harga dibawah:
add_circle Dibina dengan bahan binaan berkualiti.
add_circle Rekaan minimalis dan menarik
add_circle Boleh dijadikan duffel dengan menyorok tali 'strap' beg galas
add_circle Jaminan seumur hidup menjamin kualiti yang terbaik.
remove_circle Tanda harga yang agak tinggi mungkin menjadi kelemahan utama beg ini.

Beg ini adalah antara beg lelaki terbaik yang anda boleh dapatkan jika anda tidak kisah tentang harga beg tersebut. Beg ini disyorkan oleh banyak laman sesawang beg galas ternama seperti The Broke Backpacker dan juga Expert Vagabond. Laman web ini adalah laman web yang memberikan tips mengenai perlancongan dan ditulis oleh mereka yang selalu mengembara.

Osprey memberikan fokus kepada beg ini bagi memenuhi keperluan beg yang diperlukan oleh lelaki. Mereka mencipta beg ini memberi fokus kepada bentuk badan lelaki bagi memberikan keselesaan kepada pemakai. Kesannya ialah beg ini adalah lebih selesa berbanding beg lain yang berada di pasaran.

Beg ini mempunyai banyak compartment yang membolehkan anda menyimpan banyak barang. Tali galas beg ini juga boleh disorok bagi menukarkan bag ini kepada duffel. Saiz beg ini juga boleh diubah dengan menegangkan atau mengetatkan tali pada bahagian belakang. Beg ini juga mempunyai banyak span penyokong dan tali strap bagi memastikan anda selesa memakainya.


Artikel Berkaitan

End of Article