Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Makanan Segera Untuk Dibawa Semasa Travelling Tanpa Membebankan Bagasi

Khas untuk yang gemari travel - mudah dan ringkas.

Ketika melancong mencari makanan yang kena dengan selera kita semestinya menjadi perkara paling utama terutamanya untuk mereka yang mempunyai perut yang sangat sensitif. Tambahan pula jika ada melancong ke luar negara. Bukan semua tempat ada restoran halal. Yang ada pula, pasti makanannya diluar kemampuan bajet sesetengah daripada anda. Tak mungkinlah hendak makan selalu di restoran. Maka untuk menjimatkan perbelanjaan, alternatif lain seperti makanan segera adalah terbaik untuk dibawa bersama semasa anda travelling.

Kadangkala, makanan yang dihidangkan di restoran juga ada yang tidak kena dengan selera anda. Wang yang dibawa pula, bolehlah membeli cenderahati serba-sedikit buat kenangan. Berikut beberapa makanan segera yang boleh anda bawa bersama ketika melancong.

Sesuai untuk student yang ingin travel bersama sahabat-handai
Semak MAGGI Hot Cup Curry 6 Cups harga dibawah:

Maggi kari dalam cawan bukan sahaja sedap di makan tetapi ia juga mudah dimasak. Anda hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk menyediakannya tanpa perlu menggunakan dapur gas. Rasa kari dengan mee yang kenyal ini mampu menambahkan lagi selera anda ketika menjamunya dengan tambahan sayuran dan juga cili potong yang diletakkan bersama di dalam bekas maggi ini. 

Sememangnya, maggi dengan rasa kari sebenar ini sangat sesuai untuk dibawa bersama ketika berkelah ataupun pergi melancong.

Makanan segera yang mengenyangkan – mudah dimasak untuk anda sekeluarga
Brahim's
Semak Brahim's Rendang Daging Lembu harga dibawah:

Memasak rendang kini lebih mudah dengan adanya Brahim’s. Ianya masakan yang lazat, sihat dan mudah disediakan. Rasa rendang dagingnya juga sama seperti masakan di rumah, bahkan ia lebih mudah kerana anda tidak perlu menambah sebarang perasa tambahan sekalipun. 

Brahim’s juga tidak mengandungi MSG dan pewarna buatan ini bagi memberikan anda makanan yang lebih sihat. Bahan kandungannya juga semulajadi dan berkualiti tinggi bagi memberikan anda rasa tulen untuk anda rasakan. Masukkan daging dan pes rendang ini ke dalam kuali, siap untuk dimakan! 

Makanan dalam tin – pilihan rakyat Malaysia
Ayam Brand
Semak Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce harga dibawah:

Sardin dengan sos tomato ini sangat mudah disediakan dan juga enak dimakan bersama nasi yang sedang hangat. Ianya makanan dalam tin yang digemari ramai kerana kepingan ikan sardin yang besar dan segar . 

Bukan sahaja itu, sardin yang terkandung di dalam tin ini juga tinggi dengan kandungan Omega 3 dan Kalsium yang diperlukan untuk badan anda. Penyediaan sardin juga sangat mudah dan senang untuk dibawa bersama terutamanya ketika melancong, berkhemah atau piknik.

Makanan segera yang khas dari Korea, dijamin Halal dan berkualiti
Semak CHONGGA Kimchi harga dibawah:

Kimchi ialah makanan kegemaran orang Korea dan menjadi salah satu hidangan sampingan (side dish) yang seharusnya ada untuk dimakan bersama apa jenis juadah sekalipun. Kimchi adalah pelengkap makanan bagi orang Korea. Chongga bermaksud kobis yang diperam dalam sos udang pedas dan saos semalaman. 

Rasa yang enak membuatkan anda boleh memakannya begitu sahaja atau bersama nasi hangat dan lauk kesukaan anda. Anda juga tidak perlu risau kerana Chongga Kimchi ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijamin halal.

Sesuai untuk dijadikan sahur buat ibu mengandung, baik untuk kesihatan
Semak QUAKER Instant Oat Porridge harga dibawah:

Bubur gandum berperisa jagung daripada jenama Quaker ini, baik untuk gaya hidup sihat. Ianya makanan yang mengandungi sumber serat untuk memperbaiki pencernaan dan memberi tenaga supaya anda dapat bertahan dengan lebih lama semasa menjalani aktiviti. Bukan sahaja itu ia juga tinggi dengan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan serta digalakkan untuk ibu mengandung mengambil makanan berserat. 

Quaker bubur yang mudah disediakan dan pantas untuk penyediaan di mana sahaja. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai sahur jika anda ingin mengambil pemakanan ringan. Didatangi dalam 3 perisa, pasti akan menjadi pilihan anda.

Sedap dimakan dengan pelbagai jenis hidangan dan mudah untuk disediakan
Semak Ayam Brand Tuna Cili harga dibawah:

Chili Tuna sesuai untuk dimasak dengan nasi goreng, bihun atau makan begitu sahaja bersama dengan roti. Selain kandungan dalam makanan ini rendah lemak, tuna juga mengandungi sumber Omega 3, Selenium, Niacin serta Vitamin B6 dan B12 yang sangat baik. 

Ianya makanan dalam tin yang ringkas dan mudah disediakan ataupun di bawa bersama ketika berkelah atau perjalanan jauh. Rasai rasa tuna yang pedas dengan pelbagai gaya masakan kerana ia semestinya lazat.

Sesuai untuk diet – sama seperti pengambilan sepinggan nasi
Semak Kellogg's Berries with Yoghurty Coating Cereal Bar harga dibawah:

Kellogs bar berperisa beri dan yogurt yang lazat, ia juga snek yang sesuai untuk dijadikan bekal dan dibawa kemana sahaja serta sesuai untuk mereka yang sedang diet. Rasanya yang penuh dan padat dengan rasa beri mampu memberikan anda tenaga dan memenuhi perut saat anda kelaparan.

Ia juga snek bar yang memiliki nutrisi yang diperlukan untuk anda sepanjang hari. Tidak kira pada bila-bila masa, dimana jua anda berada.

Penuh dengan kebaikan nutrisi - berkhasiat tinggi dan baik untuk badan anda
Semak NESTLE Nestum 3 in 1 harga dibawah:

Nikmati sarapan pagi dengan sachet Nestum 3-dalam-1 ini yang penuh dengan manfaat bijirin, jagung dan nasi. Ianya makanan yang baik untuk kesihatan anda kerana tinggi kalsium, zat besi dan mengandungi Vitamin A, C, D dan E. Tuangkan sahaja bijiran ini dan air panas, sedia dihidangkan dan sangat ringkas dari segi penyediaan setiap hari anda. 

Ia bukan sahaja makanan segera yang sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan malah ia juga sesuai untuk anda yang sering mempunyai kekangan waktu setiap hari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article