Jika anda seorang yang sering travel, pastikan bagasi anda jenis tahan lasak serta mempunyai ruang untuk memuatkan barang keperluan.
Cuma apa yang menjadi masalah, ramai antara kita tak tahu melihat material luggage yang bagus supaya tahan lama.
Jadi, kami dari team product Nation bantu anda senaraikan jenama beg luggage terbaik
Senarai 13 Jenama Beg Luggage Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama;
Mempunyai compartment khas untuk laptop dengan material beg yang berkualiti.
Ciri-ciri;
Lelaki yang bekerjaya pasti kerap ulang-alik travel kesana kesini dengan membawa komputer riba bukan?
Jadi alangkah baiknya jika memilih luggage dengan compartment khas untuk laptop supaya keselamatan laptop lebih terjamin.
Malah, tidak perlu bersusah payah membawa beg tambahan untuk laptop.
Luggage serba eksklusif dari Mendoza ini diperbuat dari bahan polycarbonate yang diyakini ringan dan mampu menerima hentakan yang kuat.
Jadi sekiranya berlaku sebarang hentakan pada beg, risiko untuk bag anda rosak atau meninggalkan kesan remuk agak rendah.
Compartment untuk laptop juga diletakkan dibahagian hadapan beg bagi memudahkan anda mengambil dan menyimpan.
Mempunyai ruang berukuran 21 inci cukup luas dan di tambah pula dengan 3 ruangan untuk susun atur.
Malah tempat pemegang juga diperbuat dari besi tahan lasak TPR yang berkualiti yang pasti mampu mengimbangi berat luggage.
Keistimewaan lain, roda luggage ini yang boleh pusing 360 darjah.
Review:
“Beg ni cun dan cantik. Bila pegang, material sangat berkualiti”

Beg luggage jenis foldable ini dilengkapi dengan 5 roda menjadikan beg ini boleh digunakan mengangkut barang berat.
Beg ini juga boleh dikembangkan dan dilipat sehingga 3 kali dan disokong dengan roda bahagian bawah sekaligus membuatkan beg ini fleksibel dan tahan lasak.
Jangan risau, roda beg luggage ini mampu berputar sehingga 360 degree.
Dilengkapi dengan tali jenis sling dan side carry handle supaya mudah dibawa kemana mana sahaja.

Bagasi bersaiz kecil ini seakan bagasi yang digunakan oleh pilot.
Sesuai bagi mereka yang tidak membawa baju yang banyak tiap kali travel.
Dengan berukuran 38cm x 22cm x 41cm, beg ini cukup mengisi barang yang banyak jika disusun dengan teratur.
Rekaan beg ini juga cukup versatile dan tampak elegan untuk mereka yang ingin kelihatan bergaya ketika di airport.
Bagasi ini juga dilengkapi sistem keselamatan 3 digit combination lock.

Bagi para pramugari yang ingin tampil berbeza daripada biasa, boleh beli bagasi jenis ini.
Materialnya diperbuat daripada aluminium dengan 2 roda yang boleh berpusing 360 darjah.
Beg ini juga dilengkapi dengan ciri anti-kecurian kerana terdapat kunci pada beg tersebut.
Jadi anda tidak perlu khuatir dengan kejadian barang hilang kerana ia tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.
Paling best, jika anda terpaksa meredah hujan ketika menarik bagasi ini, barang tidak akan basah kerana mempunyai ciri kalis air.
Begitu juga jika anda lama tidak menggunakan beg ini, ia tidak akan mudah berhabuk dan mudah untuk anda lap kerana kalis habuk.
Terdapat 10 pilihan warna menarik yang boleh anda pilih.

Jika anda perlukan beg bagasi yang mempunyai ciri kalis air, ringan, dan beroda, jenama ini adalah pilihan terbaik.
Beg ini juga didatangkan dengan 2 in 1 set dimana terdapat 1 beg tambahan kecil untuk setiap pembelian.
Jadi, beg kecil tersebut anda boleh gunakan ketika tidak membawa barang yang banyak.
Terdapat pelbagai warna yang boleh pilih mengikut citarasa dan personaliti anda.

Beg luggage jenis begini lebih mudah untuk dimuatkan ke dalam bonet kereta berbanding luggage hard case.
Dan disebabkan beg ini menggunakan material kain, jadi anda tak perlu khuatir akan berlaku kerosakan seperti pecah atau kemek.
Tetapi, harus berhati-hati dari air kerana akan merosakkan pakaian jika terkena air.
Kelebihan lain luggage ini adalah mempunyai poket yang banyak untuk meletakkan barang.
Walaupun harganya murah tapi saiz beg ini boleh dikatakan agak besar.
Anda juga boleh memilih 4 pilihan warna yang menarik.

Beg istimewa ini sangat ringan dengan berat kurang daripaa 3kg.
Bagaimanapun mempunyai banyak ruangan untuk mengasingkan barangan mengikut keperluan
Jadi pastikan anda susun barang dengan teratur supaya muat memasukkan kesemua barang.
Ciri lain lagi, luggage ini mempunyai tali atau strap pada dibahagian dalam supaya barang tidak bergerak.
Walaupun harganya jauh lebih mahal berbanding bagasi lain, luggage ini dijamin tahan lama jika dijaga dengan betul.

Apabila memilih beg untuk digunakan ketika menunaikan ibadah haji, bagasi yang anda pilih mestilah jenis mudah dibawa.
Jadi, luggage dari Urbanlite Rayer ini adalah pilihan yang tepat kerana bersaiz sederhana, ringan, mudah dibawa dan dimuatkan di dalam kereta, van atau pesawat.
Material Urbanlite Rayer menggunakan kualiti material ABS yang dijamin lebih ringan, fleksibel dan tahan calar.
Selain itu, luggage ini mempunyai 8 roda dengan sistem pusingan 360 darjah, membuatkan mudah dikendalikan.
Bukan itu sahaja, beg ini juga dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian kecurian atau barang hilang ketika musim haji.
Ruang dalam luggage juga cukup luas dengan saiz 28 inci, muat untuk mengisi kelengkapan haji dan barang peribadi yang lain.

Beri sahaja luggage Trunki pada anak-anak, tentu mereka akan membawa dengan bergaya seperti memandu kereta mainan.
Rekaannya sangat praktikal untuk travel kerana mempunyai ciri saiz yang ideal serta fungsi pelbagai.
Bahagian dalam pula terdapat beberapa poket pada bahagian dalam untuk menyimpan barangan.
Jangan risau, luggage Trunki ini boleh dibawa ke dalam pesawat sebagai carry-on asalkan beratnya tidak melebihi 7kg.
Turut dilengkapi seat belt menjadikan selamat digunakan.

Walaupun beg ini tidak boleh digalas sendiri lagi oleh anak kecil tapi boleh digunakan untuk mengisi barang keperluan mereka.
Saiz beg ini cukup sesuai untuk diisi barangan bayi seperti pampers, baju, botol susu dan sebagainya.
Dilengkapi dengan dua ruangan isian pakaian dan satu ruang simpanan botol air.
Rekaan beg juga tahan lasak kerana diperbuat daripada fabrik poli-kanvas.
Paling penting, bebas dari material berbahaya seperti BHA dan Phthalate.

Bagi yang ingin mencari bagasi harga murah, jenama bagasi ini sangat sesuai untuk anda. ya
Terdapat pelbagai warna menarik dan dilengkapi ciri standard luggage pada harga murah.
Ciri menarik yang ada pada luggage bersaiz 20 inci ini adalah waterproof yang disertakan roda yang boleh pusing 360 darjah.
Material ABS hardcase digunakan untuk membuat bagasi ini mudah untuk dibersihkan jika terkena kotoran.

Luggage GiorX 20” Elegant ini sangat sesuai digunakan untuk pelajar kolej.
Dengan saiz berukuran 20 inci sudah memadai dan mempunyai ruangan pengisian barang besar.
Malah terdapat tali pengikat getah untuk mengelakkan barang daripada bergerak.
Walaupun dijual dengan harga yang rendah, tapi material pembuatannya menggunakan bahan polycarbonate sekaligus menjadikan beg ini berkualiti dan tahan lasak.
Bahagian roda pula dilengkapi dengan 4 roda 'senyap' dan boleh berputar sehingga 360 darjah.
Manakala zip pula dilengkapi dengan sistem kekunci digital 3 nombor dan menggunakan zip anti-theft bagi mengelakkan berlaku sebarang kecurian.

Luggage keluaran Barry Smith antara nama yang tidak asing lagi kerana produk yang dihasilkan berkualiti.
Luggage hardcase berwarna merah seperti ini sukar untuk didapati dengan harga yang murah dan fungsi pelbagai.
Mempunyai material yang ringan, dan mesra wanita menjadikan beg ini sesuai untuk wanita yang sering travel secara solo.
Rekaan beg ini pula untuk memudahkan pergerakan anda untuk kemana sahaja.
Bahagian roda beg ini mampu berputar 360 darjah dengan double wheel system untuk pergerakkan yang lebih stabil.
Jika dilihat ciri dalaman luggage ini pasti anda berpuas hati kerana dilapisi dengan material polyester taffeta yang berkualiti suapaya dapat menjaga pakaian anda dengan baik.
Tips Beli Luggage
Masih tercari cari bagasi yang baru untuk dibawa travel bersama anda?
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang perlu dititikberatkan dan dikaji terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk membeli sesuatu beg kerana tiada satu beg pun yang akan kena dengan citarasa andara kerana cara kita travel pun berbeza bagi setiap individu.
Jadi di sini kami sediakan serba sedikit tips yang boleh anda gunakan sebelum membuat pembelian luggage:
-
Berat dan saiz
Pernah tak anda packing barang anda dalam luggage dan rupanya masih banyak ruang yang ada dalam beg? Rasanya kejadian seperti ini jarang sekali berlaku bukan?
Setiap dari kita pasti dapat memenuhkan ruang beg bagasi dengan jayanya dan sudah tentu akan melepasi had berat beg yang dibenarkan oleh pihak penerbangan.
Harga overweight charge pula kadangkala sangat tak masuk akal dan tidak berbaloi.
Jadi anda harus pastikan berat beg yang anda pilih, sama seperti yang tertulis pada tag beg tersebut. Jika anda ingin membeli beg jenis hand carry pula, pastikan berat beg itu tidak melebihi 5kg.
-
Jenis material bag
Dalam memilih beg yang tahan lasak dan jenis material yang bagus.
Terdapat 3 faktor yang perlu anda ambil kira, iaitu fabriknya, rangkanya, dan samada iannya jenis kalis air ataupun tidak.
Kalau beg yang dipilih ada rangka dalaman, carilah yang diperbuat dari fiberglass untuk berat beg yang jauh lebih ringan.
Jika anda mencari beg jenis kain, pastikan ianya diperbuat dari material ballistic nylon kerana material sebegitu jenis yang kalis air, jadi tidaklah barang anda basah nanti.
-
Cari design beg yang bukan jenis kebanyakan
Cuba anda ingat kembali, pernah tak anda hampir ataupun sudah merasai pengalaman tertukar beg bagasi di airport?
Peristiwa sebegini sering berlaku jika beg anda adalah dari jenis, warna ataupun design yang kebanyakan dimana anda boleh lihat iannya dipakai oleh sesiapa sahaja.
Antara warna kebanyakan adalah warna hitam, dalam penerbangan, majoriti beg yang digunakan adalah berwarna hitam.
Jadi untuk memudahkan anda mengenal pasti beg anda, apa kata pilih warna-warna terang ataupun yang jenis bercorak.
Hard case luggage pada zaman sekarang sudah banyak yang mempunyai corak design yang cantik-cantik. Jadi pilih sahaja mana mana yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda.
Panduan Berat & Ukuran Luggage Air Asia, Malindo Air & Malaysia Airlines
Bagi anda yang memilih untuk membawa luggage kedalam pesawat, jangan lupa bahawa setiap syarikat penerbangan mempunyai kriteria untuk carry-on luggage.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Setiap penumpang dibenarkan membawa dua buah beg kabin DAN satu beg komputer riba ATAU satu beg tangan ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 10kg. |
Setiap penumpang dibenarkan membawa 2 buah beg kabin ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 14kg. |
Manakala, satu beg kecil dibenarkan antaranya beg komputer riba ATAU beg tangan ATAU beg galas ATAU beg kecil lain yang tidak melebihi 40cm x 30cm x 10cm. Ianya harus muat di bawah tempat duduk di hadapan anda. ![]() |
Setiap penumpang dibenarkan membawa satu beg kabin DAN satu beg komputer riba ATAU satu beg tangan ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 7kg. |
Setiap penumpang dibenarkan membawa satu beg kabin ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 7kg. |
Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua buah beg tidak boleh melebihi 7kg. |
Tapi jika anda ingin membawa beg kecil tapi barang banyak, jom saksikan video berikut cara melipat baju bagi menjimatkan ruang beg.
Artikel Berkaitan
- 14 Beg Sekolah Terbaik Malaysia 2022- Jenama Bagus & Terkini
- 10 Travel Backpack Terbaik Yang Menepati Pelbagai Bajet. Jom Travel!
- 8 Barang Wajib Ada Untuk Perjalanan Balik Kampung yang Selesa
- Sebelum Mulakan Pengembaraan Anda, Rujuk 20 Checklist Untuk Travel Ini
- 35 Tempat Menarik di Janda Baik
- 22 Tempat Menarik di Taiping
- 21 Tempat Menarik di Kundasang
- Tempat Percutian Menarik di Janda Baik