Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kundasang sabah

20 Tempat Menarik di Kundasang & Ranau (Terkini 2024)

Jom merasa tempat sejuk di negeri seberang.

Bagi mereka yang baru saja ingin menyelongkar tempat menarik di Kundasang, Sabah, ini adalah artikel yang betul kerana kami ada banyak tempat penginapan yang menarik di sana.

Bukan apa, di Kundasang memang terkenal dengan jualan sayur kerana kawasannya sejuk dan udara segar sekaligus menjadikan tumpuan destinasi pelancongan.

Tunggu apa lagi? Jom lihat tempat penginapan dan menarik di Kundasang Kota Kinabalu.



Senarai 20 Tempat Menarik Di Kundasang Sabah

Glamping di Kundasang
Syameens Glamping Dome
Syameens Glamping Dome
mulai
RM0.00
Semak Syameens Glamping Dome harga dibawah:

Kalau anda teringin untuk berkhemah dengan ahli keluarga atau bersama rakan-rakan, bolehlah menikmati pengalaman glamping di Syameens Glamping Dome ini.

Walaupun kawasan ini sesuai untuk berkhemah tapi tidak terletak di hutan atau terpencil dan khemah disediakan sangat selesa untuk tidur.

Paling menarik, anda boleh menikmati pemandangan pegunungan di Sabah yang cukup menakjubkan dari dalam khemah.

Disini, anda juga berpeluang untuk mengalami kabus di kawasan pegunungan ini 

Chalet di Kundasang
T Paradise
T Paradise
mulai
RM0.00
Semak T Paradise harga dibawah:

Sesetengah orang yang pergi bercuti dan ingin meluangkan masa jauh dari bandar yang sibuk, bolehlah bercuti di T Paradise, Kundasang.

Chalet ini menawarkan penginapan dengan kemudahan untuk melakukan aktiviti BBQ bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Bestnya lagi, T Paradise menyediakan padang golf untuk anda bermain. Bagi yang tidak pernah main golf, boleh cuba!

Resort di Kundasang
Celyn Resort Kinabalu
Celyn Resort Kinabalu
mulai
RM0.00
Semak Celyn Resort Kinabalu harga dibawah:

Celyn Resort Kinabalu menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk membantu menjadikan penginapan anda lebih selesa.

Jika anda tiba dengan kereta, tidak perlu risau kerana terdapat tempat letak kenderaan percuma di resort.

Bagi mereka yang ingin bermalas-malasan dan tidak mahu keluar makan, anda boleh memilih pilihan makanan yang lazat di resort.

Resort dengan pemandangan pegunungan
Dream Worlds Resort
Dream Worlds Resort
mulai
RM0.00
Semak Dream Worlds Resort harga dibawah:

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Dream World Resort sangat best kerana penginapan yang menyenangkan bagi para tetamu. 

Boleh lihat bilik-bilik yang direka khas di Dream World Resort menawarkan pilihan susun atur seperti balkoni atau teres.

Penginapan anda di Dream World Resort juga pasti diingati kerana pemandangan pergunungan yang amat menakjubkan.

Selain daripada itu, anda boleh melawat Desa Cattle Dairy Farm yang hanya 2.6km daripada Dream World Resort. 

Pusat penginapan dengan kemudahan BBQ
J Residence
J Residence
mulai
RM0.00
Semak J Residence harga dibawah:

Jika anda seorang tukang masak yang hebat, anda boleh sediakan makanan sendiri dengan kemudahan BBQ yang telah disediakan dan dapur berkongsi di rumah persinggahan.

Anda juga boleh memilih untuk melawat Taman Botani yang hanya 700m daripada J Residence.

Malah anda boleh ke Kiau Gap View iaitu sebuah sudut pemandangan gunung yang indah, hanya 2km daripada pusat penginapan ini.

Hotel di Ranau
Perkasa Hotel Mt Kinabalu
Perkasa Hotel Mt Kinabalu
mulai
RM0.00
Semak Perkasa Hotel Mt Kinabalu harga dibawah:

Kemudahan rekreasi di Perkasa Hotel Mt Kinabalu dicipta untuk anda melarikan diri daripada realiti dan bersantai.

Disini anda dapat urutan, mandi di tab air panas, spa dan sauna untuk menenangkan minda.

Penggemar kecergasan yang ingin mengekalkan rutin mereka ketika bercuti boleh singgah di kemudahan kecergasan resort. 

Guesthouse di Kundasang
Kundasang Guesthouse
Kundasang Guesthouse
mulai
RM0.00
Semak Kundasang Guesthouse harga dibawah:

Di Kundasang Guesthouse, anda akan rasa selesa kerana hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik.

Malah, beberapa bilik di Kundasang Guesthouse tersedia balkoni untuk pengunjung menikmati pemandangan menarik.

Disini, anda boleh melawat Kundasang War Memorial yang hanya 360m atau melawat Bukit Sosodikon untuk melihat permandangan Gunung Kinabalu.

Ramai yang mengulas bahawa mereka seronok di sini kerana dapat melihat pemandangan pergunungan dari balkoni bilik mereka sendiri.

Pusat penginapan bersama taman
Sling N Stone Vacation Homes
Sling N Stone Vacation Homes
mulai
RM0.00
Semak Sling N Stone Vacation Homes harga dibawah:

Di Sling N Stone Vacation Homes ini, anda pasti menikmati peluang untuk berjauhan dengan bandar dan dikelilingi oleh udara yang nyaman dan sejuk. 

Penginapsan di sini sangat sesuai untuk mereka yang menginginkan ketenangan di luar bandar.

Lagipun Sling N Stone Vacation Homes menawarkan bilik yang direka dengan balkoni, agar pengunjung dapat relaks sambil menikmati permandangan yang menakjubkan.

Anda juga boleh berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar di taman yang disediakan oleh pusat penginapan ini.

Pusat penginapan ini juga hanya 1.8km daripada Desa Cattle Dairy Farm. 

  • Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
  • Telefon: 011-2063 3315
  • Facebook: @slingnstonekundasang
Pusat pernginapan berdekatan dengan Timpohon Gate
Ayana Holiday Resort
Ayana Holiday Resort
mulai
RM0.00
Semak Ayana Holiday Resort harga dibawah:

Penginapan di Ayana Holiday Resort pasti menjadi salah satu penginapan yang akan dingati. 

Ini kerana mereka mempunyai pemandangan yang cukup lawa hanya dari bilik mereka sendiri.

Bestnya lagi, resort ini mempunyai air panas jadi jika anda kesejukan, anda boleh relaks dan mandi menggunakan air panas yang disediakan.

Ayana Holiday Resort ini juga berdekatan dengan Timpohon Gate iaitu pintu masuk & pusat pemeriksaan untuk pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.

Hotel dengan kafe strawberi
Strawberry Garden Hotel
Strawberry Garden Hotel
mulai
RM0.00
Semak Strawberry Garden Hotel harga dibawah:

Strawberry Garden Hotel terletak di lokasi yang strategik di antara Taman Kinabalu dan bandar Kundasang.

Malah, hotel ini menawarkan bilik tamu yang luas dengan kemudahan standard serta beberapa ciri yang selesa untuk anda nikmati.

Anda juga berpeluang merasa produk segar dari tanah sendiri seperti buah strawberi segar di kafe strawberi. 

Senang cerita Strawberry Garden Hotel merupakan tempat ideal bagi penginapan pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di sini.

  • Alamat: Kampung Kinasaraban, Kundasang, Kinabalu Park, Kundasang, 89300, Sabah, Malaysia
  • Telefon: 088-888 309
  • Facebook: @borneostrawberry
Resort dengan parking percuma
Nikgold Garden Resort Kundasang
Nikgold Garden Resort Kundasang
mulai
RM0.00
Semak Nikgold Garden Resort Kundasang harga dibawah:

Terletak di kawasan pelancongan utama Kundasang, Nikgold Garden Resort Kundasang menjanjikan lawatan yang santai dan indah.

Dengan pemandangan yang indah dan juga taman yang telah disediakan oleh Nikgold Garden Resort Kundasang, penginapan anda menjadi sungguh aman. 

Nikgold Garden Resort Kundasang juga menyenangkan para pengunjung dengan menyediakan kawasan tempat meletakkan kenderaan dengan percuma.

Pusat penginapan bertema Jepun
Flypod . KML . Tatami Japanese Room
Flypod . KML . Tatami Japanese Room
mulai
RM0.00
Semak Flypod . KML . Tatami Japanese Room harga dibawah:

Flypod Kinabalu Mt Lodge terletak di tengah-tengah Taman Kinabalu di Sabah, merupakan kawasan penginapan strategik dan persekitaran yang selesa.

Hotel ini memerlukan 1 jam 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Stesen Kereta Api Tanjung Aru.

Sesuai untuk percutian dari gaya hidup yang sibuk dan untuk berehat. 

  • Alamat: Kinabalu Mountain Lodge Kinabalu Park Kampung Tinompok, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah
  • Telefon: 018-238 1010
  • Facebook: @kmlsabah
Pusat penginapan dengan pelbagai pilihan makanan
Sutera Sanctuary Lodges
Sutera Sanctuary Lodges
mulai
RM0.00
Semak Sutera Sanctuary Lodges harga dibawah:

Rumah persinggahan indah ini menyediakan pemandangan yang menawan dan selesa.

Pada sebelah malam, penginapan ini dapat membuat anda hangat dari cuaca sejuk.

Anda juga boleh mendapatkan barangan perjalanan kecil dan serba-serbi di kedai serbaneka tanpa perlu meninggalkan Sutera Sanctuary Lodges di Taman Kinabalu.

Rumah persinggahan ini juga mempunyai kemudahan memasak seperti BBQ.

Hotel berdekatan dengan Kampung Arnab
SPOT ON 90279 Kinomulok Garden
SPOT ON 90279 Kinomulok Garden
mulai
RM0.00
Semak SPOT ON 90279 Kinomulok Garden harga dibawah:

Apabila anda menginap di sini, anda boleh ke Kampung Arnab selama 12 minit jika memandu kereta. Best kan?

Tambah lagi, hotel ini berada 17.8 km dari Taman Negara Gunung Kinabalu dan 17.4 km dari Desa Cattle Dairy Farm.

Memang boleh berjalan-jalan di sekitar penginapan ini. Bahagian bilik pula terdapat akses internet secara percuma.

  • Alamat: Kinomulok Garden, Kg Lohan Ulu, Peti Surat 7, Ranau Peti Surat 7, 89308 Ranau, Sabah
  • Telefon: 011-1208 8537
  • Facebook: @Kinomulok-Garden
Hotel dengan taman teh
Sabah Tea Garden
Sabah Tea Garden
mulai
RM0.00
Semak Sabah Tea Garden harga dibawah:

Jika anda merancang untuk menginap di Sabah Tea Garden, anda dapat menikmati banyak kemudahan dan aktiviti yang menarik.

Bilik-bilik di sini direka mempunyai balkoni supaya pengunjung boleh menikmati pemandangan pegunungan pagi yang indah.

Anda juga boleh menikmati aktiviti seperti bilik karaoke yang boleh membuat malam anda menyeronokkan atau berbasikal yang disediakan oleh rumah persinggahan.

Sesuai dengan namanya, anda juga boleh menyertai Sabah Tea Garden Day Tours yang terletak hanya 650m dari rumah persinggahan.

  • Alamat: 17, Jalan Ranau/Sandakan, Kg. Nalapak, Ranau, Kinabalu National Park, Malaysia, 89309
  • Telefon: 088 440 882
  • Website: http://www.sabahtea.com.my/
Resort yang dilengkapi dengan tab panas
Sutera Sanctuary Lodges at Poring Hot Springs
Sutera Sanctuary Lodges at Poring Hot Springs
mulai
RM0.00
Semak Sutera Sanctuary Lodges at Poring Hot Springs harga dibawah:

Di Sutera Sanctuary Lodges, merokok adalah tidak dibenarkan untuk menjaga kesihatan para tetamu yang lain. 

Tapi kawasan merokok disediakan oleh pihak penginapan bagi mereka yang ingin merokok.

Lodge ini menyediakan pelbagai design bilik yang berbeza tapi tetap menarik bagi pengunjung.

Di sini, anda boleh berehat sehabis mungkin dengan kemudahan tab panas yang disediakan di dalam lodge ini. 

Pusat penginapan ini juga mempunyai kolam renang untuk keluarga anda atau rakan-rakan menikmati. 

Aktiviti lain yang anda boleh lakukan semasa percutian anda disini adalah dengan laluan mendaki yang disediakan.

Aktiviti ATV di Kundasang
ATV Adventure in Kundasang
ATV Adventure in Kundasang
mulai
RM0.00
Semak ATV Adventure in Kundasang harga dibawah:

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pusat penginapan pilihan anda, anda juga boleh berancang untuk menikmati pengalam ATV di Kundasang.

Di sini, anda bebas membuat pilihan trek yang anda ingin lalui untuk melihat pemandangan Kundasang yang berbeza-beza.

Anda boleh memilih sama ada anda ingin menunggang ATV yang mempunya satu tempat duduk (RM90) ataupun dua (RM125)  jika anda ingin menunggang bersama rakan anda.

Pakej jelajah luar bandar Sabah
Mt Kinabalu Farm Day Tour
Mt Kinabalu Farm Day Tour
mulai
RM0.00
Semak Mt Kinabalu Farm Day Tour harga dibawah:

Nikmati kehidupan luar bandar Sabah dengan melawat pelbagai ladang yang terdapat di negeri Sabah.

Jadi jika anda seorang penggemar haiwan, datang ke Ranau Rabbit Farm untuk melihat haiwan kecil ini.

Anda juga boleh meneroka Desa Cattle Dairy Farm yang telah dikenali sebagai Little New Zealand Sabah.

Setelah itu, jika anda berasa penat selepas seharian berjalan, anda boleh ke Marakau Fish Spa untuk relaks dan berikan kaki anda peluang untuk berehat.

  • Alamat: -
  • Telefon: -
  • Website: -
Pakej ke taman dan hot spring
Kinabalu Park & Poring Hot Spring
Kinabalu Park & Poring Hot Spring
mulai
RM0.00
Semak Kinabalu Park & Poring Hot Spring harga dibawah:

Berehatlah dari kesibukan bandar-bandar Sabah dan mulakan penerokaan alam Malaysia yang menarik di Taman Kinabalu!

Dengan menyertai lawatan menarik ini, anda akan melawati salah satu rizab semula jadi yang paling indah di negara ini iaitu Taman Negara Kinabalu.

Taman ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Malaysia dan merupakan rumah kepada pelbagai flora dan fauna eksotik.

Malah, disertakan dengan lawatan ke Poring Hot Spring iaitu tempat anda akan berendam dalam mandian sulfur yang pasti akan memberikan anda ketenangan.

Salah satu pakej pelancongan termasuk persinggah di Desa Cattle Dairy Farm, Pasar Sayur Kundasang, dan banyak lagi.

  • Alamat: -
  • Telefon: -
  • Website: -
Paragliding di Ranau
Borneo Paragliding Experience di Ranau
Borneo Paragliding Experience di Ranau
mulai
RM0.00
Semak Borneo Paragliding Experience di Ranau harga dibawah:

Sertai pengalaman paragliding yang penuh dengan adrenalin ini bersama rakan atau keluarga anda.

Dapatkan peluang untuk menyentuh langit dan biarkan angin membawa anda melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.

Jika anda ketakutan, jangan risau kerana anda akan ditemani juruterbang profesional bagi memastikan pengalaman anda menjadi menarik dan selamat. 

Jangan risau, insurans disertakan di dalam pakej ini.

  • Alamat: Jln Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
  • Telefon: 017-388 3112
  • Website: @borneoparagliding

Artikel Berkaitan

Sumber

End of Article