Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
janda baik

20 Tempat Percutian Menarik di Janda Baik (Terkini 2024)

Pastikan penginapan anda dekat dengan tempat menarik di Janda Baik.

Janda Baik, nama tempat pun sudah menggambarkan satu destinasi yang mungkin korang tak akan lupa terutama kalau berbulan madu.

Bayangkan anda hirup udara nyaman dan segar, suasana pula tenang ditambah deruan air sungai mengalir. Sangat menyegarkan segenap deria. 

Kawasan yang menarik dan jauh dari kota menjadikan tempat ini menjadi pilihan untuk melancong untuk menikmati udara yang segar dan sejuk.

Lagipun banyak tempat menarik di Janda Baik yang korang boleh pilih untuk menginap apabila bercuti di sini.

Antaranya Janda Baik resort, homestay Janda Baik, Janda Baik hotel, chalet Janda Baik, Janda Baik Villa dan banyak lagi.

Jadi kami ambil inisiatif di sini dengan menyenaraikan tempat menarik di Janda Baik supaya aktiviti korang jadi bila bercuti di Janda Baik.

Jom lihat senarai berikut.


Senarai 20 Tempat Penginapan Menarik di Janda Baik

Canopy Villa Tampik Valley, Kampong Sum Sum
mulai
RM0.00
Semak Canopy Villa Tampik Valley, Kampong Sum Sum harga dibawah:

Kalau nak glamping dengan kawan atau pasangan, Canopy Villa Tampik Valley di Janda Baik adalah pilihan yang tepat.

Lagipun penginapan ini terletak berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik.

Malah, kawasan glamping ini mempunyai tempat letak kereta, terdapat sambungan Wi-Fi dan mempunyai fasiliti penghawa dingin.

Bagi mereka yang tidak merokok tak perlu risau kerana terdapat penginapan bebas asap rokok.

Pemandangan hutan hujan tropika
Happi Village, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Happi Village, Janda Baik harga dibawah:

Bagi mereka yang ingin kawasan tenang jauh dari kepadatan bandar, Happi Village, Janda Baik ada pilihan yang tepat.

Kawasan ini dikelilingi hutan hujan tropika dan terdapat lebih kurang 600 pokok tambahan telah ditanam dan air gunung diarahkan ke Happi Village.

Jangan risau, fasiliti Happi Village terdapat kawasan letak parkir kereta, kemudahan BBQ dan terdapat lawatan denai kembara.

Bukan itu saja, terdapat juga kolam renang terbuka untuk anda berenang sambil menikmati suasana hutan. Best!

  • Alamat: Lot A848, PT 14333 Kampong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
  • Telefon: 012-321 7215
  • Website: http://happivillage.my
Janda Baik Chalet tepi sungai
Danau Daun Chalets, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Danau Daun Chalets, Janda Baik harga dibawah:

Bagi peminat sungai, anda wajib pilih Danau Daun Chalets, Janda Baik untuk jadikan tempat penginapan.

Anda juga dapat melihat dedaunan dan bunga serta menikmati ketenangan persekitarannya.

Bagaimanapun, terdapat lima chalet dengan setiap chalet berbeza antara satu sama lain.

Resort ini mempunyai kafe yang dipanggil “Kopi n Kraf” di mana pengunjung boleh menikmati gabungan hidangan Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

The Nurin Cottage, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak The Nurin Cottage, Janda Baik harga dibawah:

Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti family gathering besar-besaran di kawasan yang tenang dan selesa, The Nurin Cottage, Janda Baik adalah pilihan yang tepat.

Homestay ini mampu memuatkan lebih kurang 16 orang dimana terdapat 3 bilik, 4 bilik air, dapur dan 1 ruangan. 

Terdapat ruangan untuk membuat aktiviti bakar-bakar, laman luar untuk lepak santai dan kawasan luas di hadapan rumah untuk melakukan permainan.

  • Alamat: Lot 5263 (Lot Nurin), Pulau Santap, Kampung Janda Baik Bentong Pahang, Kampong Sum Sum, Malaysia, 28750
  • Telefon: N/A
  • Facebook: @The Nurin Cottage
Cherengin Hills Convention & Spa Resort
mulai
RM0.00
Semak Cherengin Hills Convention & Spa Resort harga dibawah:

Cherengin Hills Convention & Spa Resort merupakan hotel untuk semua golongan tidak kira berkeluarga, pasangan atau individu.

Apa yang menarik penginapan di sini, kawasannya terletak di puncak bukit hutan hujan tropika dengan pemandangan panoramik Bukit Tinggi.

Bayangkan, kawasan anda diami mempunyai suhu sejuk yang akan turun kepada 22°C menjelang subuh. 

Ruang makan dan outdoor swimming pool di resort ini menghadap ke pemandangan panoramik Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Resort Janda Baik
eRYA by SURIA Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak eRYA by SURIA Janda Baik harga dibawah:

Walaupun kiri kanan resort eRYA by SURIA Janda Baik ini penuh dengan pokok-pokok, tapi capaian internet percuma disediakan dalam kawasan resort. 

Di setiap bilik resort mempunyai tuala, penstriman video, televisyen, TV kabel dan sesetengah bilik terpilih terdapat air botol, peti sejuk, pembuat kopi atau teh.

Malah, anda boleh menikmati pelbagai kemudahan rekreasi dan aktiviti air yang ditawarkan.

Ingin diingatkan, merokok tidak dibenarkan di mana-mana di dalam kawasan resort.

Suite pemandangan tasik
Sailor's Rest, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Sailor's Rest, Janda Baik harga dibawah:

Di Sailor’s Rest mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang dapat diluangkan bersama keluarga atau pasangan.

Antaranya memancing, menunggang kuda dan kawasan menarik di sekitar Sailor’s Rest.

Terdapat pelbagai jenis penginapan yang anda boleh pilih antaranya khemah, suite atau banglo. 

Jangan risau, terdapat tempat letak kereta percuma disediakan oleh inap desa untuk tetamu dengan pengangkutan mereka sendiri.

Homestay sungai besar ada kolam renang
Happy Paradise, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Happy Paradise, Janda Baik harga dibawah:

Jika menginap di sini, anda akan merasa seperti di rumah sendiri kerana setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara dan perkhidmatan linen.

Terdapat juga televisyen, pembuat kopi atau teh, pengering rambut, kelengkapan tandas dan tuala di bilik yang terpilih.

Paling best, di sekitar Happy Paradise, Janda Baik ini terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Antaranya menunggang kuda, bermandi di anak sungai, bersantai di atas buai sambil melihat suasana indah, BBQ, berkayak dan banyak lagi.

Resort pemandangan hutan
Harmony Valley Retreat
mulai
RM0.00
Semak Harmony Valley Retreat harga dibawah:

Disini terdapat pelbagai jenis bilik yang anda boleh pilih sama ada untuk pasangan atau keluarga besar.

Di Harmony Valley Retreat, terdapat beberapa fasiliti mudah untuk anda seperti parkir kereta, sambungan wifi percuma dan lain-lain lagi.

Malah, berdekatan dengan tempat makan dan kawasan menarik di sekitar penginapan Harmony Valley Retreat.

Jika tidak mahu keluar, di sini mereka menyediakan bilik karaoke, snooker, wooden soccer table dan banyak lagi.

  • Alamat: 345, DUA, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
  • Telefon: 011-6099 3122
  • Facebook: @harmonyvalleyretreat 
Homestay private pool
Neblina House, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Neblina House, Janda Baik harga dibawah:

Bagi mereka yang ingin bawa keluarga bercuti dan melakukan aktiviti santai di Janda Baik, anda boleh pilih Neblina House.

Homestay ini mampu memuatkan lebih kurang 10 orang dimana terdapat 2 bilik, 2 bilik air, dapur dan beranda.

Di sini terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan antaranya mandi kolam, bermain snooker,karaoke, BBQ, santai menikmati pemandangan dan bermacam lagi.

Jangan risau, fasiliti di sini boleh dikatakan bagus kerana mempunyai sambungan Wifi, khidmat dobi, sarapan percuma, parkir kereta percuma dan banyak lagi.

  • Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
  • Telefon: 010-362 6969
  • Website: N/A
Colmar Tropicale – Berjaya Hills
mulai
RM0.00
Semak Colmar Tropicale – Berjaya Hills harga dibawah:

Hotel ini terletak di Berjaya Hills dan terletak berdekatan dengan tempat menarik di sana.

Bagi pasangan yang nak honeymoon di tempat eksklusif atau bagi mereka yang inginkan percutian yang selesa di Janda Baik, Colmar Tropicale adalah pilihan tepat.

Fasiliti di sini akan diberikan tempat letak kereta, peralatan mandi dan wifi secara percuma.

Malah terdapat fasiliti istimewa buat pelanggan seperti kolam renang tertutup, spa, gelanggang tenis dan anda juga boleh menunggang kuda.

Jangan risau terdapat banyak pilihan bilik dengan harga berbeza mengikut kesesuaian jumlah keluarga anda.

  • Alamat: Km 48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, Malaysia., Berjaya Hills, Bentong, Malaysia, 28750 
  • Telefon: 09-221 3666
  • Website: https://colmartropicale.com.my 
Resort di Janda Baik
Serene Resort, Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Serene Resort, Janda Baik harga dibawah:

Tidak seperti penginapan lain, di sini anda boleh pilih penginapan mengikut kesesuaian kategori anda.

Antara jenis penginapan yang ada adalah executive chalet, apartment, standard triple room, family chalet dan studio chalet.

Anda juga boleh lakukan aktiviti team building di sini serta boleh buat majlis perkahwinan atau hari jadi di sini, contact je pihak mereka.

Jangan risau, bilik ada aircond, anda tak akan berpanas!

Hotel 5 bintang Janda Baik
The Chateau Spa & Wellness Resort
mulai
RM0.00
Semak The Chateau Spa & Wellness Resort harga dibawah:

Bagi pasangan yang nak honeymoon di tempat eksklusif atau bagi mereka yang inginkan percutian yang selesa di Janda Baik, The Cheteau Spa & Wellness Resort adalah pilihan tepat.

Lagipun di sini berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik antaranya Lotus Pond, Japanese Garden, Gunung Kolam Berenga, Perkampungan Jepun dan banyak lagi.

Anda boleh pilih bilik mengikut kesesuaian bilangan keluarga dengan harga yang berbeza.

Jangan risau, fasiliti di sini sangat best, antaranya wifi percuma, ada kolam renang, gelanggang tenis, spa dan macam-macam lagi.

  • Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, Berjaya Hills, Bentong, Malaysia, 28750 
  • Telefon: 09-221 3888
  • Facebook: @ChateauWellnessResort 
Resort murah Janda Baik
Seri Pengantin Resort
mulai
RM0.00
Semak Seri Pengantin Resort harga dibawah:

Sebab utama anda perlu pilih Seri Pengantin Resort kerana kawasannya dekat dengan tempat menarik.

Antaranya Lotus Pond, Animal Park Rabbit Farm, Tropika Colmar, Air terjun Chemperoh, Japanese Garden dan banyak lagi kawasan pelancongan yang best.

Fasiliti di sini pun best kerana terdapat kolam renang, spa, kemudahan BBQ dan banyak lagi.

Anda juga boleh jenis bilik yang kecil atau besar mengikut kesesuaian percutian anda.

Guesthouse Janda Baik
Bukit Tinggi 7Dayzzz guesthouse
mulai
RM0.00
Semak Bukit Tinggi 7Dayzzz guesthouse harga dibawah:

Bagi anda yang inginkan kawasan penginapan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau, boleh pilih guesthouse ini.

Fasiliti di sini terdapat kolam renang private, wifi percuma, aircond, peralatan mandian dan banyak lagi.

Satu rumah ini mempunyai bahagian dapur, bilik air, peti ais, katil saiz queen di mana mampu memuatkan 4 orang.

  • Alamat: Kampung Bukit Tinggi, Kampung Bukit Tinggi, Malaysia 
  • Telefon: 012 623 1533
  • Website: N/A
Bukit Tinggi Berjaya Hills Homestay
mulai
RM0.00
Semak Bukit Tinggi Berjaya Hills Homestay harga dibawah:

Penginapan di sini sesuai untuk keluarga yang bercuti di Janda Baik kerana murah dan dekat dengan tempat menarik.

Antaranya Antaranya Lotus Pond, Animal Park Rabbit Farm, Tropika Colmar, Hutan Lipur Lentang, Japanese Garden dan banyak lagi kawasan pelancongan yang best.

Fasiliti di sini terdapat kolam renang private, wifi percuma, aircond, peralatan mandian dan banyak lagi.

Satu rumah ini mempunyai bahagian dapur, sofa, bilik air, katil di mana mampu memuatkan 5 orang.

  • Alamat: Berjaya Hills, Bentong
  • Telefon: 012 623 1533
  • Website: N/A
Resort di Bentong
Athome Resort
mulai
RM0.00
Semak Athome Resort harga dibawah:

Kalau penginapan di kawasan Janda Baik dah penuh, jangan risau sebab di kawasan Bentong ada resort yang best.

Anda boleh tidur di Bentong dan pergi ke Janda Baik mengambil masa lebih kurang 30 minit saja.

Lagipun sebelum ke Janda Baik, anda boleh pergi ke Bentong Walk, Bentong Gallery, Botanical Garden, Sungai Marong Valley Park dan banyak lagi.

Fasiliti di sini terdapat parkir kereta dan wifi percuma, aircond dan anda boleh pilih saiz bilik mengikut kesesuaian percutian anda.

  • Alamat: Lot 1057, Batu 2 1/2 Jalan Karak, Bentong Town, Bentong, Malaysia, 28700
  • Telefon: 016-945 6217
  • Website: N/A
Berjaya Hills HomeStay By SuNnah Home
mulai
RM0.00
Semak Berjaya Hills HomeStay By SuNnah Home harga dibawah:

Kalau anda ingin ingin makan angin di kawasan Janda Baik, homestay ini adalah pilihan yang tepat.

Sangat dekat dengan kawasan pelancongan seperti Animal Park Rabbit Farm, Japanese Garden, Gunung Kolam Berenga dan Colmar Tropicale di mana semuanya kurang dari 5km saja.

Fasiliti di homestay ini mempunyai peralatan mandi, sofa katil, 2 katil single dan 1 katil queen.

Homestay ini mampu memuatkan 5 orang dewasa jadi anda boleh bawa keluarga besar untuk menginap di sini.

  • Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
  • Telefon: 09-221 3666
  • Website: N/A
The New York Studio@Selesa Hillhomes
mulai
RM0.00
Semak The New York Studio@Selesa Hillhomes harga dibawah:

Jika anda ingin percutian bajet, anda boleh tempah The New York Studio. Begitu gah namanya!

Fasiliti apartment pun sangat selesa. Terdapat dapur, bilik dan bilik mandi yang lengkap seperti rumah sendiri.

Walaupun terletak di Bentong tapi jarak apartment ke Janda Baik, hanya mengambil masa 12 minit saja.

Maknanya anda boleh makan angin di sekitar Bentong dan Janda Baik.

  • Alamat: Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
  • Telefon: 09-233 0039
  • Website: http://www.selesa.com.my 
Airbnb Janda Baik
Villa Dlina Janda Baik
mulai
RM0.00
Semak Villa Dlina Janda Baik harga dibawah:

Bagi mereka yang ingin merasa duduk di rumah jenis Villa, boleh bawa keluarga besar menginap di Villa Dlina, Janda Baik.

Lagipun kawasan pelancongan sangat dekat dengan Villa ini antaranya Animal Park Rabbit Farm, Japanese Village, air terjun Chemperoh, lotus pond dan banyak lagi.

Fasiliti dalam villa ini terdapat 7 bilik, 5 bilik air, dapur, mempunyai wifi percuma dan lengkap segala seperti rumah anda.

Memang boleh memuatkan lebih kurang 30 orang dalam satu villa ini. Best kan kalau dapat berkumpul ramai-ramai satu rumah?

Artikel Berkaitan

Sumber

End of Article