Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
taiping

20 Tempat Percutian Menarik Taiping 2024 (Terbaik & Selesa)

Jom selongkar penginapan dan aktiviti menarik di Taiping Bandar Warisan.

Jika anda merancang untuk bercuti di Taiping, pastikan anda sudah mengetahui tempat menarik di sini. Kalau tak, memang menjadi percutian yang sia-sia.

Walaupun ada yang merasakan pelancongan di Taiping adalah percutian kurang menarik, anda perlu fikir dua kali.

Jadi untuk memudahkan anda untuk mencari penginapan dan percutian menarik di Bandar Taiping, jom lihat senarai kami ini.



Senarai 20 Tempat Menarik & Penginapan di Taiping

Glamping di Taiping
Raintree Glamping, Payong Hujan
Raintree Glamping, Payong Hujan
mulai
RM0.00
Semak Raintree Glamping, Payong Hujan harga dibawah:

Kalau anda teringin untuk berkhemah dengan ahli keluarga anda atau bersama rakan-rakan anda, glamping di Raintree ini merupakan pilihan yang terbaik.

Selain daripada tempat yang telah disediakan, anda juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik disana seperti sesi BBQ bersama orang yang tersayang.

Jika anda menginginkan sesuatu yang agak lasak, anda boleh menempah tiket penginapan glamping bersama aktiviti pengembaraan ATV.

  • Alamat: Lot 3644 Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, Bukit Larut (211.01 km) 34000 Taiping, Perak, Malaysia
  • Telefon: 019-712 1791
  • Facebook: @PYGHJN
Chalet di Taiping
MyDusun Chalet, Taiping, Perak, Malaysia
MyDusun Chalet, Taiping, Perak, Malaysia
mulai
RM0.00
Semak MyDusun Chalet, Taiping, Perak, Malaysia harga dibawah:

Sesetengah orang yang pergi bercuti dan ingin meluangkan masan jauh dari bandar yang sibuk, bolehlah bercuti di MyDusun Chalet, Taiping.

Chalet ini menawarkan penginapan dengan basikal percuma, tempat letak kenderaan persendirian percuma, kolam renang luaran dan lounge berkongsi.

Tetamu di rumah penginapan ini akan dapat menikmati aktiviti di dalam dan sekitar Taiping, seperti mendaki dan berbasikal.

  • Jalan Nordin Kampung Air Kuning, Changkat Jering, Taiping Town, Taiping, Malaysia, 34000
  • Telefon: 017-368 6527
  • Facebook: @dusunChalet
Chalet terapung di Taiping
Kampung Air (Water Chalet) Bukit Merah
Kampung Air (Water Chalet) Bukit Merah
mulai
RM0.00
Semak Kampung Air (Water Chalet) Bukit Merah harga dibawah:

Anda boleh memilih untuk menginap di Kampung Air (Water Chalet) Bukit Merah.

Disini anda boleh menginap di atas air dan menikmati pemandangan lautan yang luas.

Setiap pagi anda boleh memulakan hari dengan sarapan pagi yang lazat yang ditawarkan di Kampung Air (Chalet Air) Bukit Merah.

Jangan lupa untuk melawat ke kolam renang resort. Kalahkan cuaca panas dengan aktiviti air penyejuk seperti sukan air tidak bermotor dan sukan air bermotor.

  • Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34500 Simpang Empat Semanggol, Perak
  • Telefon: 05-890 8888
  • Website: @kampung-air
Homestay di Taiping
Raintown Cottage
Raintown Cottage
mulai
RM0.00
Semak Raintown Cottage harga dibawah:

Kadangkala ketika bercuti, kita mesti nak menginap di tempat yang selesa seperti kita berada di rumah kita sendiri kan?

Jadi, anda boleh pertimbangkan menginap di Raintown Cottage ketika anda bercuti di Taiping!

Raintown Cottage ini mempunyai kawasan yang luas, eloklah jika anda bercuti dengan keluarga yang besar. 

Lagipun mempunyai kawasan belakang rumah yang luas, sesuai jika anda merancang untuk mengadakan BBQ sesi pada waktu malam.

Malah terletak di Bandar Taiping, dimana berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik.

  • Alamat: 33 Kg, Jalan Aman, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 012-451 0819
  • Website: @raintown-cottage
Penginapan resort di Taiping
Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort
mulai
RM0.00
Semak Bukit Merah Laketown Resort harga dibawah:

Percutian singkat ke sebuah resort mungkin merupakan salah satu perkara yang terbaik yang pernah anda lakukan!

Di sini, anda sekeluarga dapat menikmati pelbagai kemudahan yang seronok seperti berenang dalam kolam renang siap dengan gelongsor yang panjang dan aktiviti-aktiviti air yang menarik.

  • Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
  • Telefon: +605 890 8888
  • Website: @bukitmerahresort
Homestay dilengkapi dengan kolam renang peribadi
Zen Retreat Waterfall Villa
Zen Retreat Waterfall Villa
mulai
RM0.00
Semak Zen Retreat Waterfall Villa harga dibawah:

Sudah tentu ada diantara kita yang tidak gemar bermandi-manda dalam kolam renang yang dikongsi ramai. 

Oleh itu, anda boleh memilih untuk menginap di homestay yang dilengkapi dengan kolam renangnya yang tersendiri!

Selain itu, villa ini juga mempunyai air terjun yang tersendiri! Jadi, duduklah di tangga kolam dan nikmatilah ‘urutan’ dari air terjun.

Pastinya akan menghilangkan semua tekanan dari badan anda.

Terletak di Bandar Taiping, villa ini meletakkan anda berdekatan dengan tarikan Bandar Taiping.

Jadi anda tidak perlu risau jika anda ingin merasakan kehidupan malam di Bandar Taiping.

  • Alamat: 32A, Lorong Damai, Taman Suria, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 012-392 7220
  • Facebook: @ZenRetreatTaiping
Hotel murah di Taiping
Knight Alley Hotel
Knight Alley Hotel
mulai
RM0.00
Semak Knight Alley Hotel harga dibawah:

Anda tidak semestinya harus mengeluarkan duit yang banyak jika anda ingin bercuti. 

Disini kami ada tawarkan penginapan yang murah tapi nyaman untuk anda jika anda merancang untuk ke Taiping.

Di Knight Alley Hotel, anda boleh sampai ke banyak tempat menarik tempatan dengan cepat dan mudah. 

Knight Alley Hotel meletakkan pelbagai aktiviti di hujung jari anda, dengan lokasinya yang selesa hanya 960 m dari Taman Tasik Taiping.

  • Alamat: 224, Jalan Chung Thye Phin, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-883 6560
  • Website: @knightalleyhotel
Hotel 4 bintang di Taiping
Novotel Taiping Perak
Novotel Taiping Perak
mulai
RM0.00
Semak Novotel Taiping Perak harga dibawah:

Sekali sekala pergi bercuti, tiada salahnya jika anda ingin bercuti di tempat penginapan yang menerima rating bintang yang tinggi.

Seperti tempat penginapan Novotel ini, ia telah menerima rating empat bintang dan review yang cukup baik dari tetamu-tetamu sebelumnya.

Jika anda telah memutuskan untuk menginap di Novotel, anda berpeluang untuk meneroka tempat-tempat menarik di Taiping seperti Taiping Lake Garden, Taiping War Cemetery, dan Zoo Taiping & Night Safari.

  • Alamat: No 1 Jalan Tupai, Perak Darul Ridzuan, 34000 Taiping, Malaysia
  • Telefon: 05-820 8288
  • Website: @all.accor.com
Guesthouse di Taiping
Guesthouse Dragon Place
Guesthouse Dragon Place
mulai
RM0.00
Semak Guesthouse Dragon Place harga dibawah:

Terletak di Taiping, anda boleh mengunjungi Taiping Mall iaitu hanya 3.1 km daripada guesthouse ini.

Jangan risau, guesthouse ini menyediakan check-in dan check-out ekspres, bilik bebas rokok, lounge berkongsi, WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan dan juga taman.

Malah lengkap dengan bilik mandi peribadi, penghawa dingin dan beberapa bilik lengkap dengan ruang tempat duduk. 

Selain dari menawarkan bilik keluarga, tempat penginapan ini mempunyai dapur berkongsi dan simpanan bagasi untuk tetamu. 

Kawasan ini terkenal untuk mendaki dan berbasikal, dan perkhidmatan sewa kereta disediakan di Guesthouse Dragon Place. 

Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, 74 km dari tempat penginapan ini.

Penginapan apartment bajet di Taiping
Pearl Inn
Pearl Inn
mulai
RM0.00
Semak Pearl Inn harga dibawah:

Selain daripada menginap di hotel atau resort, anda boleh memilih untuk menginap di sebuah apartment seperti Pearl Inn.

Walaupun sebuah apartment, penginapan ini telah mendapat rating 4 bintang disebabkan kemudahan yang terdapat di apartment ini mampu meningkatkan kegembiraan pelancong.

Disebabkan terletak di Bandar Taiping, anda dapat menikmati pelbagai tempat tarikan di Taiping seperti Taiping Lake Gardens iaitu hanya 540 m daripada apartment ini, Aun Tong Coffee Mill, dan Perak Museum.

  • Alamat: Pearl Apartment, Jalan Samanea Saman, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-806 9154
  • Website: N/A
Hotel mewah di Taiping
Hotel Grand Baron
Hotel Grand Baron
mulai
RM0.00
Semak Hotel Grand Baron harga dibawah:

Tidak salah juga jika sesekali ketika bercuti anda ingin menginap di tempat yang mewah. 

Hotel ini telah menerima rating 4 bintang oleh kerana interior dalaman nya yang moden dan kedudukannya yang hanya mengambil 13 minit untuk ke Taiping Lake Gardens.

Pasti anda dapat menikmati percutian disini dengan perkhidmatan yang disediakan seperti teksi untuk berjalan-jalan di Bandar Taiping. 

Terdapat pelbagai lagi perkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini seperti perkhidmatan dry cleaning dan dobi. 

Namun begitu, merokok tidak dibenarkan di dalam hotel bagi mengekalkan udara yang segar untuk tetamu-tetamu yang lain.

  • Alamat: No. 8, PT 7861, Jalan Bukit Larut, 34000, Taiping, Perak, Malaysia
  • Telefon: 05-807 9222
  • Website: @hotelgrandbaron
Hotel dengan bilik yang bersaiz luas
Beverly Hotel
Beverly Hotel
mulai
RM0.00
Semak Beverly Hotel harga dibawah:

Keselesaan anda adalah keutamaan kami. Disebabkan itulah kami menawarkan penginapan di Beverly Hotel yang mempunyai 91% saiz lebih besar dari kebanyakan tempat penginapan lain di Taiping.

Pelbagai pilihan tempat makan yang mudah dan lazat menanti anda di hotel, pada bila-bila masa anda berasa lapar. 

Malam yang tidak dapat dilupakan bersama teman perjalanan anda boleh dinikmati tanpa perlu pergi jauh, hanya di bar yang telah disediakan oleh pihak hotel.

Selain daripada kemudahan dan perkhidmatan, Beverly Hotel berusaha keras untuk memastikan semua tetamu memanfaatkan masa mereka sepenuhnya. 

Dapatkan beberapa keperluan saat akhir atau cenderamata tempatan untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang di rumah tanpa perlu pergi jauh.

  • Alamat: Lot 1421, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-805 1111
  • Website: @beverlyhotel
Hotel yang berdekatan dengan Stesen Keretapi Taiping
Legend Inn Taiping
Legend Inn Taiping
mulai
RM0.00
Semak Legend Inn Taiping harga dibawah:

Jika anda ingin meneroka Bandar Taiping menggunakan perkhidmatan awam, anda pasti akan berminat menginap ni Legend Inn Taiping. 

Ini kerana rumah penginapan ini terletak hanya 860 meter dari Stesen Keretapi Taiping.

Jika anda tertanya-tanya dengan tarikan lain yang berdekatan, anda boleh melawat Aun Tong Coffee Mill iaitu kilang kopi yang tertua di Malaysia, hanya 510 meter daripada Legeng Inn Taiping.

  • Alamat: 2, Jalan Long Jaafar, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-806 0000
  • Website: @legendinn
Hotel selesa di Taiping
Hotel Seri Malaysia Taiping
Hotel Seri Malaysia Taiping
mulai
RM0.00
Semak Hotel Seri Malaysia Taiping harga dibawah:

Hotel Seri Malaysia Taiping ini agak berbeza berbanding hotel-hotel lain yang terdapat di dalam artikel ini.

Hotel ini menawarkan anda penginapan yang selesa dimana anda boleh menikmati tarikan menarik di Bandar Taiping.

Malah terdapat pelbagai pilihan dalam aktiviti-aktiviti untuk anda lakukan sementara anda di sana seperti Turtle Point yang terletak 100 meter dari hotel ini, Tasik Oblong, dan Zoo Taiping.

Selain itu, anda juga dapat menikmati fireplace yang telah disediakan di hotel ini bagi memberikan anda kehangatan sama ada pada waktu siang atau malam.

  • Alamat: Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-806 9502
  • Website: @serimalaysia
Butik resort berkonsepkan container
Reserve The Cozytainer
Reserve The Cozytainer
mulai
RM0.00
Semak Reserve The Cozytainer harga dibawah:

Untuk membuatkan percutian anda di Taiping lebih bermakna, anda boleh mencuba untuk menginap di Reserve The Cozytainer ini!

Tempat penginapan ini sangatlah unik jika dibandingkan dengan tempat penginapan yang lain.

Ini kerana Reserve The Cozytainer dibina dengan konsep container, membuatkan bilik-bilik yang disediakan agak kompak namun masih selesa.

Walaupun bilik-biliknya seperti container tapi bilik yang disediakan masih luas dan disediakan dengan tandas yang agak besar dan selesa.

  • Alamat: 183, Jalan Merdeka, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 014-945 8023
  • Facebook: @thecozytainer
Rumah penginapan mewah
Hermitage Boutique House
Hermitage Boutique House
mulai
RM0.00
Semak Hermitage Boutique House harga dibawah:

Perkhidmatan yang disediakan oleh rumah penginapan Hermitage Boutique House ini sungguh luar biasa.

Lengkap dengan pelbagai pilihan bilik mengikut kesukaan anda dan setiap bilik disediakan dengan katil yang pelbagai saiz iaitu king atau queen, dan pemandangan yang sedap dilihat.

Selain daripada itu, jika anda ingin mengadakan parti menyambut ulang tahun atau ingin lakukan sebuah lamaran perkahwinan, ini adalah tempat yang tepat. 

  • Alamat: 1196 & 1197, Lorong Merdeka 1, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 011-5109 9550
  • Facebook: @HermitageBoutiqueHouse
Resort pemandangan hutan
Sentosa Villa
Sentosa Villa
mulai
RM0.00
Semak Sentosa Villa harga dibawah:

Jika anda menginginkan penginapan yang nyaman, dengan pemandangan hutan-hutan, Sentosa Villa adalah pilihan yang tepat.

Walaupun terletak di Bandar Taiping, tapi dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok agar anda dapat menikmati penginapan yang nyaman di Taiping.

Rumah penginapan ini juga mempunyai pelbagai pilihan bilik untuk dipertimbangkan kerana  sesuai untuk mengadakan family day dengan saudara mara anda atau dengan rakan-rakan.

  • Alamat: Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-805 1000
  • Facebook: @SentosaVillaResort
Tempat menarik di Taiping waktu malam
Meneroka Kelip-Kelip di Taiping
Meneroka Kelip-Kelip di Taiping
mulai
RM0.00
Semak Meneroka Kelip-Kelip di Taiping harga dibawah:

Selain dapat menikmati tarikan yang disediakan di tempat penginapan, anda juga boleh meneroka kelip-kelip pada waktu malam di Taiping.

Melalui pakej ini, anda berpeluang untuk mencipta kenangan baru bersama ahli keluarga anda apabila anda melalui malam yang indah ini dikelilingi oleh kelip-kelip.

  • Alamat: Kuala Sepetang, Taiping, Perak
  • Telefon: N/A
  • Website: N/A
Aktiviti menarik di Taman Tasik Taiping
Lawatan Basikal Pagi di Taiping
Lawatan Basikal Pagi di Taiping
mulai
RM0.00
Semak Lawatan Basikal Pagi di Taiping harga dibawah:

Jika keluarga anda adalah jenis yang suka melakukan aktiviti bersama-sama, maka anda harus mengambil peluang ini untuk menyertai lawatan berbasikal pagi!

Aktiviti ini anda sekeluarga berpeluang untuk meneroka 3 bandar yang paling sustainable di dunia dan 10 bandar yang dikatakan paling gembira di Malaysia.

Ambillah peluang ini untuk berbasikal dengan tenang dan mengembara jalan yang kurang dilalui oleh orang ramai serta ketahui lebih lanjut tentang sejarah Taiping.

Berbasikal daripada pasar hingga ke bangunan lama seperti kuil Cina tertua di Malaysia.

  • Alamat: CycleDios Taiping Lake Gardens, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 019-263 3134
  • Website: @cycledios
Tempat bersejarah di Taiping
Museum Perak
Museum Perak
mulai
RM0.00
Semak Museum Perak harga dibawah:

Salah satu cara untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah bandar Taiping adalah dengan melawati museum-museum yang terdapat di Taiping. 

Salah satunya adalah Muzium Perak.

Tahukah anda bahawa Museum Perak adalah museum yang terpaling tua di Malaysia? 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawati museum ini sementara anda berada di Taiping.

  • Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
  • Telefon: 05-807 2057
  • Website: @jmm.gov.my

Artikel Berkaitan

Sumber

End of Article