Penjagaan Kulit

11 Body Lotion SPF (Sunscreen) Terbaik di Malaysia 2026

Anda cari losyen badan untuk mencerahkan kulit dan mengandungi SPF? Ini senarai sunscreen lotion SPF tinggi & sunblock badan yang mengandung SPF.


Editor · Updated 30 Aug 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Body Lotion SPF (Sunscreen) Terbaik di Malaysia 2026

Di Malaysia, kita perlu pakai sunscreen lotion SPF tinggi setiap hari kerana cuaca yang panas dan lembap boleh menjadi salah satu punca kulit rosak.

Malah, pendedahan matahari dalam jangka masa yang lama boleh memberikan risiko sunburn atau lebih teruk lagi, kanser kulit.

Kandungan

Selain daripada sunscreen dan sunblock badan, anda juga boleh guna losyen badan untuk mencerahkan kulit dan mengandungi SPF sangat tinggi. 

Penggunaan losyen badan SPF bukan sahaja melindungi kulit anda tetapi dapat kekalkan kelembapan kulit juga tau!

Jadi anda perlulah memakai body lotion yang mengandungi SPF yang tinggi untuk memberikan perlindungan maksima pada seluruh kulit badan.

Kalau anda mencari sunscreen untuk badan yang bagus, ini senarai sunscreen lotion atau body lotion SPF tinggi dan terbaik untuk anda!


Senarai 11 Body Lotion SPF Terbaik

Safi Balqis UV Protection Body Lotion
Body lotion spf untuk kanak-kanak 1 daripada 11
Safi Balqis UV Protection Body Lotion
Safi Balqis
Dari RM8.90
Diuji secara dermatologi
Diperakui halal
Tiada bau haruman yang wangi
1 lagi
Mengandungi vitamin C dan B3

Safi Balqis White Trilogy UV Protection Body Lotion adalah penyelesaian terbaik untuk dapatkan kulit yang berkhasiat, dilindungi, dan berseri.

Formula canggih ini diperkaya dengan BioWhite, Vitamin C, dan Vitamin B3, yang berfungsi untuk mengurangkan kesan melanin dan memastikan kulit anda kelihatan cerah dan bercahaya. 

Losyen ini membekalkan nutrien penting sambil melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya. 

Dengan bahan seperti Arbutin, Nano Biowhite, dan Kiwi, Safi Balqis bukan sahaja melembapkan tetapi juga meningkatkan seri semula jadi kulit anda. 

Diuji secara dermatologi dan diperakui halal, losyen ini sesuai untuk semua jenis kulit, memberi anda keyakinan bahawa kulit anda dijaga dengan baik.

Grace and Glow Brightening Sun Body Serum
Body lotion spf 15 2 daripada 11
Grace and Glow Brightening Sun Body Serum
Grace and Glow
Dari RM15.10
Membantu mencerahkan kulit
Mengekalkan kelembapan kulit
Ada white cast
1 lagi
Melindungi kulit dari sinaran UV

Nikmati perlindungan matahari dengan Grace and Glow Brightening Sun Body Serum yang diperkaya dengan haruman ikonik Black Opium oleh YSL. 

Pelindung matahari badan ini bukan sahaja melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya dengan perlindungan SPF, tetapi turut memberikan manfaat pencerahan yang terbaik. 

Diformulasikan dengan bahan utama seperti Arbutin dan Ekstrak Bearberry, serum ini membantu mencerahkan dan meratakan warna kulit anda sambil mengekalkan tahap kelembapan yang optimum. 

Formula ringan ini menyerap dengan cepat, meninggalkan kulit anda berasa lembut, licin, dan harum. 

Sesuai untuk penggunaan harian yang menawarkan gabungan penjagaan kulit dan haruman mewah.

Eucerin Spotless Brightening Body Lotion
Lotion badan spf untuk kulit kering 3 daripada 11
Eucerin Spotless Brightening Body Lotion
Eucerin
Dari RM74.60
Mencerahkan kulit
Memberi kelembapan pada kulit
Kandungan SPF yang rendah
1 lagi
Melindungi kulit dari sinaran UV

Eucerin Spotless Brightening Body Lotion SPF7 adalah formula canggih yang direka untuk memberikan anda kulit yang lebih licin, cerah, dan lebih sekata. 

Losyen ini adalah versi terkini daripada Eucerin White Therapy Whitening Body Lotion, menawarkan kualiti yang ditingkatkan dengan ramuan lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. 

Diperkaya dengan bahan utama seperti Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra dan Tocopheryl Acetate, losyen ini bekerja secara mendalam untuk memudarkan bintik gelap dan tompok-tompok yang jelas.

Selain itu, losyen badan ini turut memberikan kelembapan penting untuk menjaga kulit anda agar sentiasa lembut, licin, dan terhidrat. 

Faktor perlindungan SPF7 membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV berbahaya, mencegah kerosakan kulit dan tanda penuaan. 

Dengan formula yang tidak berminyak dan menyerap dengan cepat, menjadikannya ideal untuk penggunaan harian.

Body lotion spf 50 terbaik 4 daripada 11
Biore UV Anti-Pollution Body Care Serum Extra Moist SPF 50+ PA+++
Biore
Dari RM29
Melembutkan kulit
Tahan terhadap peluh dan air
Stok terhad
1 lagi
Sesuai digunakan setiap hari

Kekalkan lembapan serta lindungi kulit anda setiap hari dari pencemaran dan sinaran UV dengan serum yang diformulasi dengan teknologi Jepun ini.

Ianya memberi perlindungan UV Superior & Hi-Impact dengan SPF50+ PA +++ bagi mencegah penuaan kulit pramatang.

Perisai anti-pencemaran yang membentuk pelindung menguatkan kulit daripada bahan pencemar. 

Ianya juga diperkaya dengan Vitamin E, air mineral Jepun & asid Hyaluronik untuk pelembapan intensif.

VASELINE Healthy Bright Lotion SPF24
Lotion pemutih badan dengan spf 5 daripada 11
Vaseline Healthy Bright Lotion SPF24
Vaseline
Dari RM22.90
Cepat menyerap
Mampu mencerahkan kulit
Harga mahal botol kecil
2 lagi
Melindungi kulit dari udara kotor
Kulit kekal lembap

Adakah anda inginkan body lotion yang dapat mencerahkan kulit dan pada masa yang sama memberikan perlindungan dari sinaran UV?

Dengan kandungan SPF24 dalam VASELINE Healthy Bright Lotion, mampu melindungi kulit anda dari punca utama kerosakan seperti sinaran UVA dan UVB.

Bukan itu sahaja, losyen badan ini mampu mencerahkan kulit dalam masa 2 minggu kalau anda pakai secara konsisten tau!

Turut mengandungi Vitamin B3 dan antioksidan untuk mengurangkan warna kulit yang tidak sekata serta bintik hitam dan mempunyai bahan Vaseline Jelly untuk melembapkan kulit.

Menarik lagi, anda tidak perlu risau tentang masalah melekit kerana formula ini cepat menyerap ke dalam kulit anda.

Banana Boat Sport Ultra Sunscreen Lotion SPF50
Lotion badan untuk ke pantai 6 daripada 11
Banana Boat Sport Ultra Sunscreen Lotion SPF50
Dari RM48
Tiada wangian tambahan
Formula yang ringan
Stok terhad
2 lagi
Kalis air dan peluh
Tidak berminyak

Jika anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda kerap berada di bawah sinaran matahari,  jom cuba sunscreen lotion ini.

Banana Boat Sport Ultra Sunscreen Lotion SPF50 memberikan perlindungan UVA dan UVB dengan spektrum yang luas.

Losyen badan ini dirumuskan dengan PowerStay Technology® yang mengunci bahan aktif dalam kulit anda sekaligus meningkatkan kuasa kekal pelindung matahari.

Menarik lagi, produk ini mempunyai ciri kalis air dan boleh tahan peluh anda sehingga 80 minit tau!

Turut mempunyai tekstur yang ringan di kulit dan tiada wangian tambahan menjadikan losyen badan ini selamat untuk dipakai setiap hari.

Nivea Body Extra Bright Repair & Protect SPF30 350ml
Lotion badan dengan spf murah 7 daripada 11
Nivea Body Lotion Extra White Repair & Protect SPF30
Nivea
Dari RM63.32
Harga murah botol besar
Mampu baiki kulit kering
Mempunyai alkohol
2 lagi
Ada Vitamin C
Mencerahkan kulit

Kulit anda menjadi sangat kusam kerana selalu terdedah dengan sinaran matahari? Anda tidak perlu risau lagi sebab NIVEA Body Lotion - Extra White Repair & Protect SPF30 ini jawapannya!

Produk dari Nivea ini dirumuskan dengan 50x Vitamin C yang akan membantu memperbaiki kulit yang kusam dan rosak.

Dengan kandungan SPF 30 juga akan memberi kesan perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV dan mencegah kulit daripada jeragat dan sunburn.

Turut dirumuskan dengan estrak pencerah yang diberikan nama sebagai “Deep Bright Essence” untuk mencerahkan kulit secara mendalam.

Bagaimanapun, losyen badan ini mengandungi alkohol, jadi mungkin tidak sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.

Sunplay Ultra Shield 130 Lotion
Lotion badan spf wangi tahan lama 8 daripada 11
SUNPLAY Ultra Shield SPF130 PA++++
Sunplay
Dari RM42.24
Tahap perlindungan SPF sangat tinggi
Ada Wet-skin Technology
Harga mahal
1 lagi
Mengurangkan kesan kulit kering

Jika anda sering berada di luar rumah untuk jangka masa lama dan memerlukan perlindungan dari sinaran UV, produk dari Sunplay ini sesuai untuk anda.

Sunplay Ultra Shield 130 Lotion mempunyai teknologi untuk melindungi kulit daripada tanda kerosakan matahari seperti kulit yang tidak bermaya dan kering.

Dengan adanya Wet-skin Technology, anda boleh sahaja sapu losyen badan ini terus ke kulit anda yang basah. 

Senang kata, lotion sunscreen ini amat sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti yang melibatkan air seperti aktiviti berenang atau hiking.

Losyen badan ini juga mengandungi SPF yang sangat tinggi jadi anda boleh keluar di tempat yang terdedah dengan matahari dalam tempoh yang lebih lama.

NIVEA Body Extra Bright Super C+
Body lotion spf terbaik secara keseluruhan 9 daripada 11
Nivea Body Extra Bright Super C+
Dari RM22.19
Tiada white cast
Memberikan kesan seawal 7 hari
Tekstur tebal
2 lagi
Sesuai untuk semua jenis kulit
Wangian buah oren

Sebab menjadi pilihan utama:

Body lotion yang dirumuskan dengan Vitamin C ini memastikan kulit anda terasa lembut, lebih cerah dan dilindungi dari sinaran matahari yang berbahaya.

Ciri-ciri:

Adakah anda seorang yang kuat berpeluh dan inginkan losyen yang tidak melekit? Anda boleh cuba NIVEA Body Extra Bright Super C+. 

Produk dari Nivea ini menawarkan tekstur yang sedikit tebal tapi mudah menyerap ke dalam kulit dan mampu memberikan kesan seawal 7 hari!

Turut mengandungi serum vitamin C dan SPF 50 PA+++ bagi memastikan kulit anda kekal berseri dan terlindung daripada sinaran UVA dan UVB.

Kandungan vitamin C yang tinggi juga berfungsi untuk mengurangkan bintik-bintik gelap dan tona warna kulit yang tidak sekata. 

Paling penting, losyen badan berbau oren menyegarkan ini telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan serta sesuai dengan semua jenis kulit. 

Review:

“Saya suka bau oren, anak saya juga suka baunya. Teksturnya sangat lembut dan tidak berminyak, dan ia cepat meresap. Amat disyorkan.”

Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
Lotion badan untuk kulit sensitif 10 daripada 11
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)
AIKEN
Dari RM22.85
Harga murah
Formula cepat menyerap
Ada pewangi tambahan
3 lagi
Tidak menyumbat lubang pori-pori
Membantu memberikan kelembapan
SPF yang rendah

Aiken Face & Body Day Lotion SPF 25 ini mengandungi SPF 25 untuk berikan perlindungan dari sinaran UV dengan harga yang mampu milik.

Turut dirumuskan dengan minyak pokok teh atau nama saintifiknya Melaleuca Alternifolia untuk melindungi kulit daripada jerawat.

Jika anda mengalami kulit yang berminyak dan berjerawat, body lotion ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Teksturnya sangat ringan dan mampu menyerap dengan cepat tanpa menyumbat lubang pori-pori. 

Dengan penggunaaan yang kerap, losyen ini membantu untuk mengekalkan keseimbangan terhadap kelembapan semula jadi kulit untuk jadi lebih licin dan anjal.

Yang paling menarik, produk ini bukan sahaja boleh dipakai di badan tetapi formulasinya juga sesuai untuk di sapu pada muka! 

Neutrogena Beach Defense SPF 70
Lotion badan terbaik untuk ke pulau 11 daripada 11
Neutrogena Beach Defense SPF 70
Dari RM92.26
Bebas minyak dan PABA
Mudah diserap ke dalam kulit
Meninggalkan kesan white cast pada kulit
2 lagi
Tekstur ringan
Teknologi pelindung matahari Helioplex

Produk dari Neutrogena in dirumus khas untuk memberikan perlindungan yang kuat dari sinaran UVA dan UVB dengan kandungan SPF 70. 

Losyen badan Neutrogena Beach Defense SPF 70 ini kalis air dan mampu bertahan di kulit anda selama 80 minit! 

Dengan penggunaan yang berterusan, losyen ini membantu anda mengurangkan risiko kanser kulit yang berpunca dari pendedahan matahari untuk tempoh yang lama.

Menarik lagi, losyen badan ini juga mengandungi teknologi pelindung matahari Helioplex yang memberikan perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UVA dan UVB.

Yang penting, losyen pelindung matahari ini cepat menyerap dan direka khas untuk anda yang aktif melakukan aktiviti luar dan lasak.


Apakah Perbezaan Sunscreen Spray VS Lotion?

Kedua-dua losyen dan semburan pelindung matahari adalah cara yang berkesan untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya. 

Tetapi, terdapat beberapa perbezaan dengan cara penggunaan dan kelebihannya. 

Jom kami kongsikan perbandingan untuk kedua-dua jenis produk ini.

Sunscreen Spray (Semburan pelindung matahari)

Cara penggunaan: Semburan pelindung matahari adalah sejenis pelindung matahari yang digunakan dalam bentuk kabus. 

Biasanya didatangkan di dalam bentuk tin aerosol dengan nozel dan boleh disembur terus ke kulit.

Kemudahan: Semburan pelindung matahari mudah dan cepat digunakan, terutamanya bahagian yang sukar dijangkau seperti belakang badan.

Penyerapan: Tekstur dan konsistensinya lebih ringan dan menyerap cepat ke dalan kulit untuk mengelakkan kesan berminyak dan melekit.

Kelebihan:

  • Penggunaan yang cepat dan mudah
  • Memberi perlindungan sekata pada seluruh bahagian badan

Sunscreen lotion (losyen pelindung matahari)

Cara penggunaan: Anda perlu sapu pada kulit sehingga diserap dan ada pelbagai jenis tekstur.

Penghidratan: Biasanya losyen pelindung matahari mengandungi bahan pelembap untuk memberikan kelembapan pada kulit.

Ketahanan air: Sesetengah losyen pelindung matahari adalah kalis air, jadi sesuai untuk aktiviti seperti berenang atau lasak.

Kelebihan:

  • Body lotion biasanya mempunyai formula yang berbeza untuk setiap masalah seperti kulit kering dan sensitif
  • Losyen memberikan perlindungan yang baik dan boleh menjadi lebih murah daripada produk semburan.

Bagaimana Untuk Membersihkan Sunscreen Dari Badan? 

Pertama sekali, anda perlu basahkan badan dengan air dan gunakan sabun mandi untuk membersihkan kulit.

Gosok dengan lembut menggunakan tangan atau kain yang lembut tapi hindari dari menggosok badan anda dengan terlalu kasar untuk mengelakkan iritasi.

Pastikan anda membersihkan seluruh badan dengan teliti untuk memastikan tiada sisa lebihan sunscreen di badan anda dan terus bilas badan dengan air bersih.

Jika anda menggunakan pelindung matahari dengan kalis air, anda perlu menggunakan sabun yang berbeza atau body scrub untuk menghilangkan sunscreen tersebut dengan lebih berkesan.

 Anda juga boleh cuba untuk mandi dengan air panas untuk membantu membuka lubang pori pada kulit dan menghilangkan pelindung matahari yang masih melekat di badan anda.


Boleh Ke Guna Sunscreen Muka Pada Badan? 

Jawapan ringkas pada persoalan ini, boleh sahaja! 

Ini kerana kebanyakan produk pelindung matahari direka khas untuk dipakai di anggota badan selain muka.

Namun, perlu diingatkan bahawa beberapa produk yang dirumus untuk badan mungkin tidak sesuai untuk digunakan di muka sebab formula mungkin berbeza.

Kesimpulannya, anda perlu menggunakan pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit anda dan ikut arahan yang terdapat pada label produk. 

Pastikan losyen yang anda beli mempunyai SPF yang sesuai untuk memberikan perlindungan yang berkesan terhadap sinaran UV.

Kalau anda masih keliru macam mana nak sapu sunscreen pada muka, boleh tonton video di bawah. Semoga bermanfaat!


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation