Kecantikan

17 Sunblock & Sunscreen Terbaik untuk Kulit Kering (2026)

Kami semak 17 sunblock/sunscreen kulit kering di Malaysia. Terbaik: Sunplay Skin Aqua Moisture Gel, dari RM31.85, harga disemak 24 September 2026.

A
Editor · Updated 24 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

17 Sunblock & Sunscreen Terbaik untuk Kulit Kering (2026)
Pilihan Terbaik KeseluruhanSunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
RM31.85See price at Lazada

Jawapan ringkas: sunblock/sunscreen terbaik untuk kulit kering di Malaysia ialah Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel, dari RM31.85 di Shopee Malaysia (harga disemak 24 September 2026). Tekstur gelnya lembap dan sesuai untuk kulit kering serta kombinasi, dengan kandungan pelembap yang mengelakkan kulit bertambah kering selepas guna sunscreen. Kalau bajet terhad, 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream dari RM4.90 juga pilihan yang solid untuk kegunaan harian.


Masih ramai lagi di antara kita yang tidak sedar akan kepentingan memakai sunblock atau sunscreen. 

Kandungan

Ini kerana fungsinya sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV atau cahaya terik matahari dan menghindari daripada kulit muka mudah berkedut.

Rutin penjagaan wajah tidak lengkap jika anda tidak memakai sunscreen terbaik untuk muka.

Penggunaan sunblock adalah wajib dan pastikan anda memilih mengikut jenis kulit anda bagi memastikan kulit tidak mudah iritasi!

Jom lihat senarai sunblock terbaik atau sunscreen yang bagus untuk kulit kering.


Panduan Memilih Sunblock/Sunscreen Untuk Kulit Kering

Cari Kandungan Pelembap

Kulit kering perlukan sunscreen yang mengandungi bahan melembapkan seperti ceramide, hyaluronic acid, niacinamide atau glycerin, bukan sekadar SPF. Bahan-bahan ini bantu kekalkan lapisan pelindung kulit sambil melindungi daripada UV.

Pilih Tekstur Krim Atau Gel, Elak Matte

Sunscreen bertekstur matte atau berasaskan alkohol tinggi cenderung membuatkan kulit kering bertambah kering. Tekstur krim, gel lembap atau milk lebih sesuai untuk kulit jenis ini.

SPF30 Ke Atas Untuk Perlindungan Optimum

SPF30 adalah minimum yang disyorkan untuk penggunaan harian di Malaysia; SPF50 lebih sesuai jika anda kerap terdedah kepada matahari dalam tempoh lama.

Fizikal Vs Kimia Untuk Kulit Sensitif

Sunscreen fizikal/mineral (zink oksida, titanium dioksida) biasanya lebih lembut untuk kulit sensitif dan kering berbanding sunscreen kimia yang menyerap ke dalam kulit.


17 Sunblock/Sunscreen Terbaik Kulit Kering, Disusun Mengikut Keperluan

Pilihan Terbaik Keseluruhan: Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel

Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Pilihan Terbaik Keseluruhan 1 daripada 17
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Sunplay
Dari RM31.85
Mengandungi Hyaluronic Acid dan Collagen
Arbutin untuk mengurangkan dark spot
Sedikit kering selepas pakai
1 lagi
Mempunyai Vitamin B5, C & E

Sunblock ini mengandungi SPF yang tinggi, bersedia melindungi kulit anda dari radiasi UV terutamanya sinaran UVA yang sangat merbahaya. 

Turut mempunyai ciri waterproof  atau kalis airk dan sweat proof  atau kalis peluh, sesuai untuk mereka yang mudah berpeluh.

Sunblock/suncreen ini meminimumkan penuaan dan hyperpigmentation, memberi lembapan sepenuhnya kepada kulit anda. 

Anda juga boleh gunakan sebagai salah satu langkah dalam rutin penjagaan kulit untuk dapatkan perlindungan maksimum.

Kami sarankan anda untuk gunakannya setiap 2 jam selepas terdedah kepada matahari dan air. 

Price
RM31.85

Terbaik untuk Kulit Sensitif: Some By Mi Yuja Niacin Mineral Suncream SPF50+ PA++++ (25ml)

Niacinamide Kulit Sensitif 2 daripada 17
Some By Mi Yuja Niacin Mineral Suncream SPF50+ PA++++ (25ml)
Some By Mi
Dari RM43.75
Mencerahkan kulit
Bebas paraben
Bukan untuk anti aging
2 lagi
Diperkaya dengan vitamin C
Hyaluronic acid untuk melembapkan kulit

Krim sunblock ini mengandungi multifungsi 3-dalam-1 yang berkesan untuk melindungi kulit dari sinar UV, mencerahkan kulit dan sesuai untuk kurangkan jerawat. 

Sunblock ini mempunyai tektur gel yang sangat cepat menyerap pada kulit dan sesuai untuk mereka yang memilik jenis kulit kering.

Diformulasi dengan bahan aktif seperti Niacinamide, Glutathione, Arbutin dan vitamin, kulit anda akan tampil lebih bermaya dan sihat. 

Dengan mengandungi ekstrak Goheung Yuja dan Nelumbium Speciosum Flower, kulit wajah anda akan menjadi lebih licin, lembap dan beri nutrisi ekstra. Flawless!

Price
RM43.75

Terbaik untuk Kulit Berjerawat: Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)

Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
2-in-1 Muka & Badan 3 daripada 17
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)
AIKEN
Dari RM22.85
Harga murah
Formula cepat menyerap
Ada pewangi tambahan
3 lagi
Tidak menyumbat lubang pori-pori
Membantu memberikan kelembapan
SPF yang rendah

Sebab menjadi pilihan utama:

Dirumus khas untuk kulit jerawat dan mudah menyerap tanpa memberikan kesan melekit pada wajah 

Ciri-ciri:

Agak sukar nak cari sunblock/suncreen yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai SPF dan merawat jerawat.

Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori jadi liang pori anda tidak akan tersumbat. 

Produk ini paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak.

Review:

“Bagus dan sangat disarankan bagi ada yang ada masalah kulit kering dan berjerawat. Harga pun mampu milik,”.

Price
RM22.85

Terbaik untuk Bajet Rendah: 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)

3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream
Paling Murah 4 daripada 17
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
3W Clinic
Dari RM4.90
Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
Tidak melekit
Mempunyai alkohol & pewangi
1 lagi
Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry

Sunblock jenis krim ini mudah untuk digunakan pada muka dan badan kerana mampu menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan cepat dan bantu kulit kekal hidrasi. 

Selain itu, sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali buat yang alami masalah kulit kering dan boleh dijadikan sebagai krim asas solekan (make-up base) tau.

Dengan mengandungi ekstrak Aloe Vera, Mulberry Root dan Ginseng, kulit anda akan bebas iritasi serta beri lembapan berpanjangan. 

Sambil memberi perlindungan buat kulit anda dari sinar UV, produk ini juga boleh merawat kulit anda.

Price
RM4.90

Terbaik untuk Tekstur Gel: Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Gel Ringan Harian 5 daripada 17
Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Wardah
Dari RM13.11
Non-Comedogenic
Tekstur ringan & tidak melekit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Kandungan antioksidan dan pelembap
Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5

Produk Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 bertekstur gel ini mengandungi manfaat yang melindungi kulit dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari. 

Bukan sekadar memiliki SPF30, namun juga memiliki kandungan PA+++ yang bertindak sebagai penghalang atau filter UVA dan UVB dari sinar terik matahari dan kandungan Vitamin E sebagai antioksidan. 

Selain itu, kandungan Aloe Vera dan Pro Vitamin B5 di dalamnya juga berfungsi untuk melembapkan kulit agar terasa nyaman dan segar sepanjang hari. 

Price
RM13.11

Terbaik untuk Kulit Kombinasi: Axis-Y No Stress Physical Sunscreen

Axis-Y No Stress Physical Sunscreen
Sunscreen Fizikal Mineral 6 daripada 17
Axis-Y No Stress Physical Sunscreen
Dari RM17
Tiada pewangi
Mugwort extract untuk menyejukkan kulit
Ada kesan white cast
2 lagi
Niacinamide untuk mencerahkan kulit
Squalane mengekalkan kelembapan

Axis-Y ini terkenal dengan serumnya yang membuat tona kulit sekata. 

Jadi kebaikkan tersebut juga diterapkan pada sunscreen yang mempunyai spf 50++ ini. 

Bahan utama seperti mugwort yang membantu mengurangkan haba dan kesan pedih akibat sinaran yang terkena kulit wajah. 

Malah mampu untuk meredakan jerawat dengan bahan antibakteri dan anti iritasi. 

Dengan campuran bahan Niacinamide yang sememangnya terkenal dengan fungsi membuatkan tona kulit sekata (kesan pigmentasi) dan mengecilkan liang pori. 

Sekaligus menjadikan kulit anda bukan saja dilindungi dari sinaran matahari tapi memperbaiki tekstur kulit.

Senang kata pembelian yang berbaloi walaupun harganya sedikit mahal. 

Price
RM17

Terbaik untuk Tekstur Milk: Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50

Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Tekstur Milk Lembap 7 daripada 17
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Biore
Dari RM19.80
Tidak melekit
Tidak mengeringkan kulit
Perlu reapply jika berpeluh dengan banyak
2 lagi
Sesuai dengan semua jenis kulit
Boleh dipakai pada wajah & badan

Dengan ekstrak Vitamin E serta Rice Germ, sunblock dari jenama Biore ini berikan perlindungan terbaik untuk kulit anda daripada sinaran UV.

Selain itu, anda juga akan dapat merawat dan menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah. 

Jangan risau, produk ini tidak berminyak atau melekit dan waterproof atau kalis air menjadikannya sesuai untuk anda gunakan semasa lakukan aktiviti basah. 

Menariknya, sunblock/suncreen ini juga sesuai untuk anda yang berkulit kering dan selamat digunakan sebagai asas solekan.

Price
RM19.80

Terbaik untuk Saiz Besar: V7 Sunscreen/Sunblock SPF50+ (200ml)

Saiz Besar Jimat 8 daripada 17
V7 Sunscreen/Sunblock SPF50+ (200ml)
Dari RM6.50
Mudah digunakan - spray
Tidak melekit
Kuantiti sedikit
1 lagi
Mempunyai SPF 50

Sunblock/sunscreen jenis spray ini mampu memberi perlindungan pada kulit anda dengan mengandungi SPF 50 yang terbaik dan tidak mudah melekit. 

Produk ini juga jenis waterproof dan tidak mudah larut jika anda berpeluh atau kulit menjadi berminyak akibat terdedah lama di bawah cahaya matahari.

Anda tidak perlu risau untuk berjemur dibawah sinar matahari kerana hanya sekali spray sahaja, sunblock ini tidak akan membuatkan kulit anda mudah terkena ‘sunburn’. 

Utuk anda yang mengalami masalah kulit kering pula, sunblock ini sesuai kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi.

Price
RM6.50

Terbaik untuk Tone-Up: ROUND LAB Birch Juice Moisturizing Tone-up Sunscreen SPF50+ (50ml)

ROUND LAB Birch Juice Moisturizing Tone-up Sunscreen SPF50+ 50ml
Tone-Up Korea 9 daripada 17
ROUND LAB Birch Juice Moisturizing Tone-up Sunscreen SPF50+ (50ml)
ROUND LAB
Dari RM52.18
Kandungan birch juice melembapkan kulit kering
SPF50+ PA++++, perlindungan UV tinggi
Harga lebih tinggi berbanding sunscreen tempatan
2 lagi
Kesan tone-up semulajadi, kulit nampak lebih cerah
Kedai rasmi ROUNDLAB, rating 4.9 (512 jualan)
Price
RM52.18

Terbaik untuk Anti-Penuaan: YOU Triple UV Elixir Sunscreen Gel

you sunscreen
Gel Anti-Penuaan 10 daripada 17
YOU Triple UV Elixir Sunscreen Gel
YOU
Dari RM30.25
Tidak melekit pada kulit
Tekstur ultra lighweight & tiada whitecast
Tidak sesuai untuk berjemur lama
2 lagi
Mengandungi tiga bahan kawalan minyak
Menghalang iritasi & membantu melawan jerawat

Jenama dari YOU ini mempunyai pelbagai pilihan barang kecantikan, termasuk sunscreen terbaik untuk kulit kering.

Harga dalam pasaran juga mampu milik dan mengandungi bahan yang terbaik antaranya titanium oxide iaitu broad-spectrum untuk perlindungan meluas pada kulit.

Paling menarik, tekstur sunscreen ini sangat ringan dan tidak melekit pada kulit wajah anda.

Cuaca di Malaysia agak panas dan sunscreen ini memberikan kesan cooling, jadi anda akan rasa sejuk sahaja bila sapukan pada kulit. 

Turut mempunyai pelbagai kandungan yang bagus seperti niacinamide untuk mencerahkan, dan allantoin, centella asiatica untuk kesegaran wajah.

Price
RM30.25

Terbaik untuk Cadangan Dermatologist: Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 50ml

Sunblock drugstore untuk kulit berminyak
Pilihan Dermatologist 11 daripada 17
Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 50ml
Cetaphil
Dari RM108
Bebas paraben
Tiada alkohol
Harga yang mahal
1 lagi
Teknologi Mexoryl

Bebas dari sebarang alkohol, pewangi tiruan serta paraben, Cetaphil UVA/UVB Defence SPF50+ ini adalah solusi terbaik buat anda yang memiliki kulit kering serta sensitif. 

Dengan menggunakan teknologi Mexoryl yang dipatenkan, produk ini menggabungkan tujuh filters untuk melindungi kulit dari kerosakan cahaya terik matahari. 

Tinggi dengan kandungan SPF50, sunblock ini dapat membantu memperbaiki masalah kulit sensitif.

Dalam pada masa yang sama, memberi kelegaan dan mengekalkan lembapan pada wajah anda sepanjang hari. 

Price
RM108

Terbaik untuk Jenama Tempatan: KAYMAN Suntella UV Milk

KAYMAN Suntella UV Milk
Jenama Tempatan 12 daripada 17
KAYMAN Suntella UV Milk
Dari RM53.13
Hybrid sunscreen
Tone up effect
Harga mahal
3 lagi
Centella asiatica untuk keserian pada wajah
Niacinamide untuk tona cerah
Ceramide NP untuk melembapkan kulit

Kayman produk tempatan yang kini terkenal dalam kalangan para wanita dari semua umur. 

Sunscreen hybrid yang dikeluarkan Kayman ini menjadi rebutan ini kerana ianya memberikan perlindungan UV yang meluas pada kulit wajah.

Suka sangat bila sunscreen terbaik ada tone up effect yang akan menjadikan kulit atau tona lebih sekata dan cantik!

Ada beberapa ulasan menyatakan tiny bump and parut jerawat pada kulit mereka makin berkurangan dengan penggunaan yang konsisten!

Sunscreen ini digabungkan dengan bahan terbaik seperti Centella asiatica untuk keserian pada wajah, Niacinamide memberikan tona yang cerah pada wajah.

Dirumuskan dengan Ceramide NP untuk melembapkan kulit yang kering dan berikan anda keselesaan pada kulit anda sepanjang hari.

Price
RM53.13

Terbaik untuk Bentuk Stick: Beauty of Joseon Matte Sun Stick SPF

Beauty of Joseon Matte Sun Stick SPF
Stick Mudah Bawa 13 daripada 17
Beauty of Joseon Matte Sun Stick SPF
Dari RM58.90
Sunscreen stick
Tidak berminyak pada wajah
Mudah patah
3 lagi
Mempunyai sebum control powder
Mengandungi artemisia capillaris
Tekstur lembut

Sebelum ini agak jarang nak jumpa sunscreen yang jenis stick, kini anda boleh beli sunscreen stick terbaik dari Beauty of Joseon ini.

Bila ada sunscreen stick, tahap kebersihan lebih terjaga kerana anda tidak perlu gunakan tangan untuk sapru pada wajah. 

Anda hanya perlu sapu sahaja pada seluruh wajah dengan stick ini dan tidak perlu risau kerana memberikan kesan matte tidak berminyak.

Dengan penggunaan yang konsisten, kulit anda akan tampak lebih lembut dan licin kesan dari sebum control powder.

Jika anda ada masalah kulit kering, Artemisia capillaris yang terdapat dalam sunscreen ini kaya dengan minerals untuk melembapkan kulit.

Price
RM58.90

Terbaik untuk Mist Hidrat: WATER360 BY WATSONS Mineral Spring UV Day Protector

WATER360 BY WATSONS Mineral Spring UV Day Protector
Mist Hidrat Segar 14 daripada 17
WATER360 BY WATSONS Mineral Spring UV Day Protector
Dari RM29.94
Mempunyai SPF 50
Diformulasi dengan vitamin C dan resveratrol
Harga mahal
3 lagi
Mencerahkan tona kulit
Mengandungi Vitamin E
Sesuai untuk kulit kering

Buat anda yang tercari sunscreen untuk kulit kering, inilah sunscreen terbaik dari 260 yang wajib dicuba.

Mempunyai kandungan spf 50 sudah cukup untuk anda menggunakannya sebagai perlindungan kulit harian.

Diformulasi dengan bahan berkualiti seperti vitamin C dan resveratrol untuk mencerahkan merata tona kulit.

Paling penting, jika anda ada masalah kulit kering vitamin E akan membantu memberikan kulit yang lembap dan mengekalkan tahap hidrasi sepanjang hari.

Price
RM29.94

Terbaik untuk Mist Ringan: SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++

SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++
Mist Ringan Non-Lekit 15 daripada 17
SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++
SKINTIFIC
Dari RM27
Sesuai semua jenis kulit
Semburan halus 0.01nm
Bau terlalu kuat
3 lagi
Tiada whitecast
Perlindungan 12 jam dari UVB
Cepat habis

Mist sunblock yang sangat mudah digunakan dan tak merosakkan solekan anda.

Dengan tekstur yang halus dan tidak melekit, anda akan merasa selesa dan segar setelah menggunakannya.

Produk ni juga mempunyai SPF 50+ PA++++, memberikan perlindungan maksimum selama 12 jam dari sinar UVB yang menyebabkan kulit terbakar dan 16x pencegahan dari sinar UVA yang menyebabkan penuaan awal.

Teknologi mikrokapsul terdapat dalam produk ini dan ia menyediakan lapisan pelindung yang sangat halus (kira-kira 0.04nm) pada muka anda.

Mempunyai UV Pearls, Ceramide dan Centella, untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV, penuaan dan kulit terbakar.

Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi SLS, alkohol, paraben, minyak mineral, dan pewarna tiruan. Ia juga mesra vegan dan tidak diuji pada haiwan.

Price
RM27

Terbaik untuk Lelaki: Banana Boat Ultra Protect Sunblock SPF50 Lotion (90ml)

Banana Boat Ultra Protect Sunblock SPF50 Lotion (90ml)
Lotion Muka & Badan 16 daripada 17
Banana Boat Ultra Protect Sunblock SPF50 Lotion (90ml)
Banana Boat
Dari RM39
Sesuai untuk muka dan badan
Sangat sesuai untuk ke pantai
Tekstur sedikit melekit
2 lagi
Sesuai untuk aktif bersukan
Kulit normal

Sunblock Banana Boat Ultra Protect ini tidak mengandungi bahan pengawet pemekaan seperti beberapa produk yang lain.

Tapi mengandungi avobenzon untuk memberi perlindungan UVA dan UVB spektrum yang selamat dan berkesan untuk kulit anda.

Malah, produk ini sudah pun diuji sangat sesuai untuk berada di bawah matahari, air kolam terbuka, laut atau kawasan berangin.

Jadi, tiada apa yang boleh menghalang anda untuk melakukan aktiviti walaupun di bawah matahari. 

Price
RM39

Terbaik untuk Mewah/Import: Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen

Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen
Mewah Import Premium 17 daripada 17
Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen
Dari RM145
Mempunyai Sunflower dan Rosemary leaf extract
Broad-spectrum
Mahal dengan kuantiti yang sedikit

Walaupun harga yang sedikit mahal, tapi kebanyakan pengguna memberikan ulasan yang baik apabila menggunakan sunscreen dari Supergoop ini. 

Produk ini bukan sahaja boleh lindungi kulit daripada sinaran UV, mudah menyerap dan melembapkan kulit wajah.

Walaupun anda menggunakan makeup, tidak menjadi masalah untuk pakai sunscreen ini malah wajah anda akan lebih smooth. 

Sunflower extract kaya dengan carotene bagi melindungi kulit manakala Rosemary ekstrak memberi kesan ‘calming’ dan kaya dengan antioksidan.

Bila pakai pada kulit wajah, anda akan rasa ringan dan selesa sebab tidak melekit.

Price
RM145

Bagaimana Kami Pilih

Kami menyemak 17 sunblock/sunscreen yang dijual di Shopee Malaysia pada 24 September 2026, memberi keutamaan kepada produk berkandungan pelembap (ceramide, hyaluronic acid, niacinamide) yang sesuai untuk kulit kering, rating sekurang-kurangnya 4.8 bintang di mana data jualan wujud, dan harga yang disahkan terus dari pautan yang kami paut sendiri (bukan carian kata kunci).

Satu produk (ROUND LAB 365 Tone-Up Suncream) didapati sudah tidak disenaraikan (delisted) semasa semakan ini dan digantikan dengan varian rasmi jenama yang sama, ROUND LAB Birch Juice Moisturizing Tone-up Sunscreen, dari kedai rasmi ROUNDLAB. Harga 5 produk lain turut dikemaskini mengikut harga Shopee semasa (naik atau turun mengikut pasaran).


Soalan Lazim

Apakah Perbezaan Antara Sunblock & Sunscreen?

Sunblock memantulkan kembali sinaran UV menggunakan bahan seperti titanium dan zink oksida, manakala sunscreen menyerap sinaran UV melalui bahan kimia sebelum ia sampai ke lapisan kulit. Kedua-duanya melindungi kulit, cuma cara bertindak berbeza.

Berapa SPF Yang Sesuai Untuk Kulit Kering?

SPF30 ke atas disyorkan untuk penggunaan harian; SPF50 lebih sesuai jika terdedah lama kepada matahari. Pilih formula berkandungan pelembap supaya SPF tinggi tidak menyebabkan kulit tambah kering.

Bolehkah Sunscreen Menggantikan Moisturizer Untuk Kulit Kering?

Tidak digalakkan sepenuhnya. Sunscreen bertekstur gel atau krim lembap boleh membantu pada waktu siang, tetapi moisturizer berasingan masih diperlukan, terutamanya untuk rutin malam.

Berapa Kerap Perlu Sapu Semula Sunscreen?

Setiap 2 hingga 3 jam jika terdedah terus kepada matahari atau berpeluh, atau sekali sahaja pada waktu pagi jika kebanyakan masa dihabiskan dalam bangunan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation