Topik penjagaan wajah agak luas untuk dibincangkan sebenarnya sebab lain orang lain jenis kulit disebabkan pemakanan dan gaya hidup.
Tapi, serum adalah salah satu produk kecantikan yang berkonsentrasi tinggi dan mengandungi ramuan aktif untuk menangani masalah kulit.
Cuma apa yang menjadi masalah sekarang mana satu merupakan serum muka terbaik untuk kulit wajah anda?
Jadi kami bantu anda senaraikan serum muka terbaik yang ada dijual di Watsons.
Senarai 11 Serum Watsons Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Serum ini memberi fokus untuk merawat jerawat.
Ciri-ciri:
Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum serum gel ini berasaskan air dimana dapat mengawal pertumbuhan jerawat.
Malah mempunyai ekstrak buah bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung, dagu).
Bahan digunakan adalah AHA, Lemon, Aloe Vera, Fruit Extract dan Tea Tree Oil untuk menjadikan kulit anda menggelupas.
Tapi jangan risau kerana proses ini membuang sel mati pada wajah sekaligus mengelakkan pori-pori tersumbat sehingga boleh menyebabkan kemunculan jerawat.
Perlu diingatkan, disebabkan produk ini mengandungi AHA, jadi kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar UV.
Apa yang anda harus lakukan adalah sapu sunblock jika menggunakan serum pada siang hari.
Tapi, jika terdapat keradangan, hentikan penggunaan produk ini.
Review:
‘Tetsturnya tak melekit dan masalah kulit berminyak pada bahagian T-Zone sangat membantu, masalah jerawat makin berkurang.’

Serum Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum ini mengandungi Salicylic Acid.
Pihak FDA mengesahkan bahan ini dapat meningkatkan metabolisma kulit wajah, melembutkan dan mengelakkan jerawat timbul.
Terdapat 12 bahan utama seperti a-Arbutin, ekstrak minyak Tea Tree, Tranexamic Acid, Niacinamide dan lain-lain bagi membantu menyelesaikan masalah kulit wajah.
Antaranya mencerahkan kulit, mengurangkan kusam pada wajah, membersihkan kulit, menjadikan kulit segar dan lain-lain.
Jika anda tidak mempunyai masalah kulit berminyak atau berparut, anda tetap boleh menggunakan serum ini kerana direka sesuai untuk semua jenis kulit wajah.

Serum keluaran jenama terkenal Safi ini mengandungi Nano Gold.
Dalam kandungan tersebut mempunyai antioksida dan anti-radang untuk memastikan sel kulit dalam keadaan sihat.
Malah, kandungan Safi Serum mengandungi Beetox (hasil campuran madu asli, propolis dan bisa dari lebah).
Kandungan ini dapat mengurangkan kedutan, meningkatkan kadar pegeluaran kolagen, menyegarkan kulit, memperbaiki struktur kulit, mencerah dan meratakan tona kulit.
Sekaligus dapat menjadikan wajah anda kekal awet muda walaupun berusia sudah 40-an.
Selain itu, serum ini dapat membersihkan liang-liang pori serta dapat mengekalkan kelembapan kulit.
Jangan risau, Serum Safi Rania Gold sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi kerana bersifat non-comedogenic.

Rumusan terbaru produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol.
Malah kandungan ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex berkesan dalam menghapus bintik gelap.
Selain itu dapat mengurangkan jeragat pada kulit sambil membekal hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.
Produk ini juga dapat menghalang pembentukan bintik gelap, mengurangkan parut degil dan pembentukan ekstra melanin.
Jadi dapat beri semula keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.
Sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi dan rengsaan.

Produk Natur E Scar Serum ini berfungsi untuk memperbaiki kulit wajah. Antaranya;
- Membantu memulihkan parut wajah.
- Mengurangkan wajah kelihatan kusam.
- Membantu merangsang pengeluaran kolagen.
Malah dengan kandungan anti oksidan dalam serum ini dapat melindungi sel kulit dari kotoran.
Bagi mereka yang mempunyai parut jerawat yang dalam tidak kira sudah lama atau baru, sangat sesuai guna serum ini.
Bukan saja untuk jerawat tapi parut pembedahan, bekas luka cacar air, keloid, kulit retak terutama bahagian tumit dan sunburn.
Serum ini juga sesuai untuk parut muka atau badan kerana boleh bertindak melembabkan dan mencerahkan kulit kerana mengandungi vitamin E semulajadi.
Penggunaanya mudah saja, sapu 1-2 titisan kecil NATUR E Scar Serum ke kulit yang mempunyai parut, urut sehingga serum serap ke dalam kulit. Amalkan pada waktu pagi dan malam.

Serum Pro-Acne daripada Eucerin ini dapat memberi hidrasi pada kulit serta dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat.
Selain itu dapat memperbaiki struktur kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati sekaligus dapat melembabkan permukaan kulit.
Untuk pengetahuan anda, jenama Eucerin antara jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi.
Ini kerana bahannya dapat bertindak untuk mengembalikan kesihatan kulit dan menjadikan kulit yang lebih berseri.
Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, bahan ini dapat menyerap ke lapisan kulit wajah untuk menghalang pembentukan jerawat.
Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.
Serum ini bertekstur ringan seperti emulsi yang cepat menyerap. Diperkaya dengan asid laktik yang tertumpu sebagai penyumbang lembapan dan meningkatkan penampilan wajah. Mengandungi Decandiol yang mempunyai kesan anti-bakteria, berkesan untuk membantu mencegah jerawat daripada tumbuh meliar.

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic +, dan B'Nest Collagen.
Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic + dapat memberi pertumbuhan semula epidermis untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.
Gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman.
Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja
Serum yang berkonsentrasi tinggi ini diformulasi dengan teknologi terbaru dan kesannya tahan lama.
Hasil kulit wajah anda akan tampil jelas hanya selepas 7 hari penggunaan secara konsisten.
Diperbuat daripada Actigenic+ dan mengandungi 2x ekstrak pati sarang burung untuk menghasilkan kolagen pada kulit.
Bahan aktif yang terdapat dalam serum ini pula ialah asid Hyaluronik untuk merawat dan membaikpulih kulit rosak.

Diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik yang terkenal dalam memberi hidrasi pada kulit wajah dalam jangka masa panjang.
Ditambahn pula dengan formulasi HyaluComplex berkonsenstrasi tinggi memang mampu mengekalkan kelembapan pada keseluruhan lapisan kulit.
Dengan rumusan dan kebaikan 5th Generation HyaluComplex, Active Year Extract, Ceramela dan Seamollient ini, hasil kulit wajah anda akan menjadi lembut dan anjal berpanjangan.

Olay Regenerist Revitalizing Serum ini dicipta khas menggunakan teknologi bioscience, Amino-peptide Complex dan B3 Complex.
Teknologi ini dapat beri penjagaan kulit untuk kulit tegang dan anti-penuaan.
Cara penggunaan, gunakan hujung jari anda, ratakan pada kulit wajah dan leher yang sudah dibersihkan.
Pakai sekali atau dua kali sehari sebelum menggunakan pelembap atau memakai make-up.
Ingin diingatkan, perlu berhati-hati ketika memakai serum ini kerana akan terasa pedih jika terkena bahagian mata.
Jika bahagian tersebut terkena, terus cuci dengan air bersih.

Garnier Sakura serum ini adalah srum khas untuk mencerahkan kulit wajah anda.
Mengandungi Hyaluron sebanyak 30x ganda untuk memberikan kelembutan, mengurangkan kedutan dan sangat bagus untuk kulit kering.
Estrak Japanese Sakura ini yang akan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah, berseri tau.
Bukan itu sahaja kelebihannya, harga yang murah dan mampu memberikan kesan seawal 3 hari selepas penggunaan.
Macam mana nak cari, boleh cari di Watsons sahaja. Jom cuba dan punyai kulit cerah dengan Garnier serum ini.

Tekstur serum ini pekat kerana diperkaya dengan nutrien semulajadi bagi meningkatkan keserian pada wajah kulit yang mengalami masalah kusam dan tak berseri.
Dalam masa yang sama dapat menghidratkan kulit serta melambatkan penuaan. Jadi wajah anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
Kepekatan serum ini disebabkan kandungannya mengandungi asid lemak penting yang diperoleh daripada minyak evening primrose, minyak jojoba dan minyak biji anggur.
Jangan risau, bahan yang terkandung dalam serum ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama kering dan kusam.
Tambah pula terdapat campuran bahan antioksidan vitamin E semulajadi dan minyak biji anggur yang tinggi menjadikan kulit terlindung daripada radikal bebas yang berbahaya.
Secara tidak langsung, serum ini boleh dijadikan ubat ubagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif dan mengalami masalah ekzema kerana mengandungi minyak evening primrose.
Selain itu, serum ini dapat bantu merangsang kolegen kulit wajah yang mana dapat menganjalkan kulit sekaligus merangsang pengeluaran kolegen.
Paling penting, mengandungi 5 bahan aktif; Minyak evening primrse, jojoba, biji anggur dan vitamin E semulajadi.
Apa Fungsi Serum?
Serum merupakan penjagaan muka yang mempuyai tekstur larutan gel yang bewarna jernih, ringan dan bebas minyak.
Bahan yang terkandung dalam serum adalah sejumlah bahan aktif, retinol untuk kulit, berbagai vitamin dan antioksidan.
Ini menjadikan serum lebih mudah masuk ke dalam lapisan kulit dan bertindak lebih cepat berbanding pelembab.
Jadi, fungsi serum adalah untuk memperbaiki masalah kulit bahagian paling dalam dengan lebih spesifik.
Hasilnya wajah akan kelihatan lebih remaja, mencerahkan kulit, melembabkan, menghalang pembentukan jerawat, memperbaiki tekstur wajah dan banyak lagi.
Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui jenis serum terbaik untuk jenis kulit.
Artikel Berkaitan
- 11 Krim & Produk Hilangkan Jeragat Terbaik & Berkesan 2023
- 8 Produk Mencerahkan Ketiak di Watson Malaysia 2023
- 10 Sunblock/Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023
- 12 Toner Terbaik untuk Jeragat di Malaysia 2023
- 10 Krim & Losyen Kaki Terbaik di Malaysia 2023 - Harga & Review
- 11 Skrub Muka Terbaik Drugstore (Watson) Malaysia 2023
- 7 Bengkung Terbaik di Malaysia 2023 (Untuk Berpantang, Kurus)