Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
toner terbaik

12 Toner Muka Terbaik & Paling Berkesan di Malaysia 2023

Berikan kesegaran pada kulit wajah anda dengan toner pilihan

Toner dipakai selepas proses mencuci muka kerana dapat berfungsi untuk memberi kesegaran dan menenangkan kulit muka.

Selain itu, dapat menghaluskan dan melindungi kulit sebelum memakai serum atau krim yang lain.

Tapi bagaimana mengenal pasti toner muka terbaik yang bersesuaian dengan jenis kulit?

Jom kita lihat senarai toner yang bagus mengikut kesesuaian masalah dan jenis kulit.


Senarai 12 Toner Muka Terbaik

Toner untuk kulit jerawat
Aiken
Aiken Refining Pore Toner (100ml)
Semak Aiken Refining Pore Toner (100ml) harga dibawah:
add_circle Estrak tumbuh-tumbuhan
add_circle Mengandungi NMF untuk kelembapan
add_circle Bebas paraben, triclosan
remove_circle Hanya berfungsi untuk melawan jerawat

Sebab menjadi pilihan utama:

Harga berpatutan dan saiz sesuai untuk dibawa ke mana saja.

Ciri-ciri:

Toner ini diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan mengandungi NMF untuk kelembapan yang berpanjangan dan memberi kelembutan pada kulit. 

Selain itu mampu mengawal penghasilan minyak dan jerawat pada kulit.

Jangan risau, toner ini bebas daripada bahan kimia seperti paraben, triclosan, formaldehyde dan pewarna. 

Bukan itu sahaja, mengandungi bahan utama yang bagus dalam melawan jerawat seperti salicylic acid.

Manakala bahan chamomile untuk memudarkan parut jerawat serta melawan pembentukan jerawat baru. 

Kandungan aloe vera yang bersifat antioksida pula dapat mempercepatkan pembentukan sel kulit yang baru, melegakan dan menyembuhkan kemerahan.

Review:

‘Penggunaan toner selama 3 hari sudah memberikan hasil, jerawat makin mengecut dan tiada lagi jerawat baru yang tumbuh. Teksturnya juga mudah menyerap tidak terlalu melekit pada wajah.’

Toner dengan kandungan ceramide
Hada Labo Hydrating Lotion
Semak Hada Labo Hydrating Lotion harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Bebas paraben dan alkohol
add_circle Mempunyai 4 jenis hyaluronic acid
remove_circle Harga yang sedikit mahal
remove_circle Meninggalkan kesan melekit pada kulit

Hada Labo merupakan jenama dari Jepun yang boleh pilihan mengikut kesesuaian kulit.

Dan toner yang kami senaraikan ini khas untuk mengecilkan liang pori dan dapat mengelakkan berlakunya iritasi pada wajah. 

Ini kerana kandungannya bebas alkohol dan tanpa paraben.

Malah dengan 4 jenis kebaikkan hyaluronic acid seperti ceramide dapat mengunci tahap kelembapan wajah. 

Bukan itu sahaja, Hada Labo ini mampu untuk membaiki tekstur kulit yang rosak akibat jerawat, pencemaran udara dari persekitaran.

Toner ini juga boleh digunakan pada bahagian lain seperti, bahagian kulit yang kering.

Hanya letakkan cotton pad pada kawasan yang mempunyai liang pori yang besar dan boleh jadi eye mask tau!

Toner kulit kombinasi
Cosmoderm
Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)
Semak Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml) harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan minyak Rose Hip
add_circle Membersihkan sel-sel kulit mati
add_circle Boleh dijadikan primer
add_circle Vitamin E
remove_circle Bau toner seperti ubat yang kuat

Penyegar yang diperkaya dengan minyak Rose Hip ini dapat memberikan perlindungan daripada penuaan seperti garis halus, menghilangkan parut dan membaiki kulit. 

Selain itu mampu membersih secara perlahan dan menghapuskan sel-sel mati tetapi kekal melindungi kulit dengan memberi keanjalan pada kulit agar anda tampil awet muda. 

Kandungan Vitamin E pula membantu melindungi radikal bebas yang terdapat di sekeliling dan melindungi kulit daripada pancaran UV.

Malah toner ini boleh digunakan sebagai primer sebelum makeup. 

Walaupun produk ini berasaskan minyak tapi teksturnya tidak memberi rasa melekit dan berminyak.

Bila anda pakai toner pada wajah, cecair toner terus menyerap dengan begitu pantas ke dalam kulit.

Toner air mawar
Mamonde
Mamonde Rose Water Toner 250ml
Semak Mamonde Rose Water Toner 250ml harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan organik
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Diformulasi dari watery essence
remove_circle Harga mahal

Toner ini menggunakan bahan organik yang mengandungi 90.89% ekstrak air mawar yang berkesan dalam memberi kelegaan dan kelembutan pada kulit wajah kemerahan. 

Malah dapat menghapuskan sel kulit mati dan memperbaharui kulit wajah. 

Bila sel-sel kulit mati ini disingkirkan, pastinya wajah semakin berseri dan kulit wajah semakin bersih. 

Paling best, toner ini mengeluarkan bau yang menenangkan dan anda akan rasa ingin guna setiap hari.

Toner ini meresap jauh ke dalam kulit dan tidak membuatkan kulit anda kembali kering selepas beberapa minit toner disapukan pada wajah.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
Semak Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner harga dibawah:
add_circle Bahan dari white sea daffodil
add_circle Mengandungi niacinamide dengan vitamin B3
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas hypoallergenic
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Cetaphil merupakan jenama bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan ini merupakan toner pertama dari rangkaian jenama Cetaphil. 

Keluaran toner ini memberi focus bagi anda yang ingin kulit cerah mulus tetapi mempunyai masalah kulit sensitif. 

Dirumuskan dengan gentle bright technology yang sememangnya berkesan untuk memudarkan kesan tompok hitam pada wajah. 

Manakala niacinamide (vitamin B3), membantu mencerahkan kulit wajah anda dan tiada lagi masalah kulit kusam. 

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau dengan tahap kelembapan kulit kerana akan melindungi dari masalah kulit kering. 

Jika mahukan hasil yang terbaik, cuba gunakan set lengkap skincare ini. 

Toner yang tidak mengandung alkohol
Nano White
Semak Nano White Refining Treatment Toner harga dibawah:
add_circle Dirumuskan dengan nanotechnology
add_circle Menggunakan ekstrak bilberry
add_circle Tidak memedihkan
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Size botol agak besar

Toner dari Nano White ini bebas alkohol dan sesuai bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Ini kerana kandungannya dirumuskan dengan nanotechnology, Omega White-C, allantoin, orange extract, lemon extract, dan bilberry extract. 

Semua elemen di atas juga main peranan untuk mengecilkan liang pori, membersihkan kulit wajah dari berminyak tanpa mengeringkannya. 

Bila pori makin mengecil, masalah seperti jerawat juga akan berkurang dan kulit anda bebas minyak. 

Jadi dengan harga yang berpatutan, mudah didapati di drugstore, anda wajib cuba toner dari Nano White ini.

Toner dengan glycolic acid
Pixi
Pixi Skin Treat Glow Toner Mists
Semak Pixi Skin Treat Glow Toner Mists harga dibawah:
add_circle Mempunyai 5% glycolic acid
add_circle Bebas alkohol
add_circle Estrak semulajadi Aloe vera dan Ginseng
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle Perlu menggunakan produk yang mempunyai spf apabila guna toner ini

Bila menggunakan toner bebas alkohol selepas mencuci wajah, secara tak langsung dapat mengurangkan iritasi. 

Ditambah pula dengan bahan 5% glycolic acid yang dapat membersihkan kulit wajah dari sel kulit mati dan membersih liang pori. 

Jadi kulit lebih bersih, sihat dan kelihatan lebih cerah. 

Manakala estrak organik aloe vera dan ginseng membantu melembutkan dan menyembuhkan kulit wajah anda. 

Tahap kelembapan pada kulit wajah anda juga lebih tinggi dan kulit lebih segar.

Liang pori juga tampil lebih kecil, kulit wajah makin berseri dan cerah.

Wardah Lightening Face Toner (125ml)
Semak Wardah Lightening Face Toner (125ml) harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi campuran alkohol
add_circle Dapat cerahkan kulit wajah
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Dapat kurangkan bintik hitam
remove_circle Boleh menyebabkan fungal acne
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Bila menggunakan toner bebas alkohol selepas mencuci wajah, secara tak langsung dapat mengurangkan iritasi. 

Ditambah pula dengan bahan 5% glycolic acid yang dapat membersihkan kulit wajah dari sel kulit mati dan membersih liang pori. 

Jadi kulit lebih bersih, sihat dan kelihatan lebih cerah. 

Manakala estrak organik aloe vera dan ginseng membantu melembutkan dan menyembuhkan kulit wajah anda. 

Tahap kelembapan pada kulit wajah anda juga lebih tinggi dan kulit lebih segar.

Liang pori juga tampil lebih kecil, kulit wajah makin berseri dan cerah.

Kiehl’s Calendula Herbal Extract Toner Soother and Refreshing
Semak Kiehl’s Calendula Herbal Extract Toner Soother and Refreshing harga dibawah:
add_circle Herba dari allantion
add_circle Ekstrak calendula
add_circle Bebas alkohol, paraben
add_circle Non comedogenic
remove_circle Harga yang mahal

Jika dilihat pada harga, memang mahal kerana bahannya digabungankan dengan herba yang jarang digunakan dan mempunyai fungsi terbaik. 

Terdapat juga bahan non comedogenic untuk mengelakkan liang pori dari tersumbat atau terkumpul lebihan minyak dan kotoran lain. 

Bukan apa, liang pori bersih adalah salah satu punca untuk dapatkan kulit yang sihat.

Manakala ekstrak Calendula berasal dari timur tengah yang baik untuk melegakan, melembutkan kulit dan bahan terbaik untuk kulit wajah yang berminyak.

Allantion pula sejenis herba yang membantu melegakan kulit, jadi kulit anda tetap bersih tanpa memberikan tekanan pada kulit.

Jika anda mempunyai masalah kulit, cuba pakai produk ini dan lihat hasilnya dalam masa 3 hari.

Safi Acne Solution Control Fluid
Semak Safi Acne Solution Control Fluid harga dibawah:
add_circle Lulus ujian klinikal
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Mengurangkan kulit berminyak
add_circle Dirumus dengan AHA,BHA dan Neem
remove_circle Hasil terbaik dengan penggunaan set lengkap

Siapa cakap, produk yang murah ini tidak berkualiti? Lihat sahaja Safi, walaupun harga murah, produk ini lulus dari ujian klinikal. 

Fokus toner Safi ini adalah untuk mengurangkan masalah jerawa dan pengurangan penghasilan minyak pada kulti wajah. 

Bukan apa, jika minyak berlebihan, mulalah timbul masalah seperti jerawat, break out dan kusam.

Selain itu, dirumus dengan AHA untuk membuang sel kulit mati, menggalakkan pertumbuhan kulit baru sekaligus kelihatan lebih sihat. 

Bahan BHA pula membersih liang pori, mengawal penghasilan sebum(minyak) kulit bersih dan pori juga tidak tersumbat. 

Neem pula mempunyai ejen untuk mengurangkan kesan parut, melegakan dan melindungi kulit dari iritasi. 

Toner dengan kulit sensitif
Semak SIMPLE Soothing Toner harga dibawah:
add_circle Kandungan bahan yang natural
add_circle Menenangkan kulit sensitif
add_circle Wajah lebih cerah

Toner Simple Kind To Skin Soothing Facial dari jenama UK ini mempunyai campuran khas yang baik untuk kulit sensitif, tidak menyumbat liang roma dan hipoalergenik.

Mengandungi pro-vitamin B5, chamomile, witch hazel dan allantoin, untuk membantu mengekalkan kesegaran kulit anda.

Tidak mengandungi wangian atau warna tiruan, dan tiada bahan kimia yang kasar yang boleh mengganggu kulit anda.

Apa yang lebih menarik, botol ini terbuat dari 100% plastik post-consumer recycled (PCR) dan boleh dikitar semula 100% dengan tutupnya.

Semak COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner (150ml) harga dibawah:
add_circle Mencerahkan parut jerawat
add_circle bertindak sebagai chemical exfoliant
add_circle sesuai untuk jerawat pasir
remove_circle Mengeringkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Berbau kuat

COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner adalah toner harian yang lembut yang membantu melembapkan dan memperbaiki tekstur kulit.

Mengandungi AHA dan BHA (agen melawan jerawat) dan dibuat dengan bahan semula jadi yang baik untuk semua jenis kulit.

Selain membantu mengekalkan tahap pH kulit, toner ini membantu mencegah bintik putih, bintik hitam dan jeragat.

Toner dengan asid hyaluronik
Derma Angel
Balance Skin Conditioner
Semak Derma Angel Balance Skin Conditioner harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berjerawat, sensitif dan berminyak
add_circle Mengimbangkan minyak dan air pada wajah
add_circle Bebas pewangi, paraben dan pewarna
add_circle Tidak menyebabkan iritasi
remove_circle Harga mahal

Dengan bahan Asid Salisilik berasaskan tumbuhan semula jadi, toner ini dapat memperbaiki kulit berjeragat, membersihkan lubang pori dan menyingkirkan kulit mati.

Tambah pula dengan campuran asid hyaluronik dapat melembapkan kulit dan vitamin B3 untuk mengimbang paras minyak dan air dalam kulit.

Terdapat juga kandungan vitamin B5 dan Centella Asiatica yang dapat menjadikan tekstur kulit kelihatan sihat, bersinar dan licin.

Erti kata lain, toner ini dapat membantu menyelesaikan masalah jerawat, kulit berminyak dan kusam supaya keadaan seluruh kulit menjadi bertambah baik.

Cara penggunaan mudah saja, lepas cuci dengan pencuci wajah, tuang toner mengikut kesesuaian wajah dan ratakan sehingga toner menyerap ke dalam kulit.


Manfaat Toner Untuk Kulit Wajah 

Untuk pengetahuan, kemungkinan besar kandungan pada cleanser membuatkan kulit menjadi kering.

Jadi untuk mengembalikkan kelembapan kulit, oleskan toner dengan meratakan pada wajah.

Ini kerana toner bertindak untuk memberi kesegaran pada kulit dalam masa yang sama mengimbangkan tahap pH dalam kulit supaya kembali normal.

Kebanyakan toner mengandungi asam amino, mineral oil atau hyaluronic acid dimana sangat bagus untuk mereka yang mengalami kulit kering.

Malah, toner juga membantu membersihkan sisa kotoran dari bahan kimia make up yang tertinggal ketika mencuci wajah.

Jadi dengan pemakaian toner, segala kotoran dapat dibersihkan dengan lebih baik.

Seterusnya, toner juga dapat menghalang pembentukan jerawat kerana kotoran yang tertinggal sudah dibersihkan sehingga ke dalam lubang liang pori.

Toner juga dapat mengimbangi pH kulit yang berubah disebabkan pemakaian make up yang mengandungi alkohol, pembentukkan minyak atau kotoran udara.

Jadi, toner dapat mengimbangkan keasaman kulit di pH 5-5.5 yang sesuai dengan kulit.

Banyak lagi sebenarnya fungsi toner ni, tapi sebelum nak pakai pastikan pemilihan toner yang betul.


Macam Mana Nak Guna Toner?

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya macam mana nak guna dan bila nak pakai toner.

Sebenarnya bukan hanya titik toner ke kapas dan sapukan ke seluruh wajah ikut suka hati saja.

Ada langkah-langkah yang anda perlu tahu. Jom kami ajar cara yang betul.

1. Basuh dan bersihkan dulu tangan. 

Ini kerana terdapat sesetengah toner, cara untuk aplikasikannya menggunakan tangan, bukan dengan kapas. Jika tidak bersih, kulit wajah anda akan cepat menjadi iritasi.

2. Pastikan wajah anda kering dengan sempurna. 

Sebelum menyapu toner pada wajah, pastikan dicuci dengan bersih supaya kotoran yang menyumbat liang pori dapat hilang. 

Toner juga dapat membantu menutup liang pori yang terbuka selepas anda mencuci muka.

3. Titiskan toner secukupnya ke atas kapas atau telapak tangan. 

Oleh kerana toner bertekstur cecair dan water-based, sedikit saja sudah memadai. 

Hanya 2-3 titisan toner untuk rutin penjagaan yang maksima ke atas kulit wajah.

Bagi sesetengah produk toner, anda tidak perlu guna kapas untuk aplikasikan pada wajah. 

Titiskan ke telapak tangan dan tepuk ke wajah dengan perlahan untuk mendapatkan kulit lebih lembut.

4. Sapu ikut alur wajah.

Cara untuk memakai toner tidak ada yang spesifikasi tapi untuk lebih teratur, sapukan toner mengikut alur wajah anda. 

Dari dahi hingga ke dagu, terutamanya sapu pada bahagian Zon-T terlebih dahulu.

Tips penting: sapulah secara perlahan-lahan. Jangan kasar dengan kulit wajah jika anda hendak mendapatkan hasil yang terbaik. 


Artikel Berkaitan

End of Article