Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rimas Kulit Berjerawat? Cuba 10 Toner Berkesan Ini!

Mungkin inilah penyelesaian yang anda cari!!

Penggunaan toner ialah penting ya walaupun jika anda rasakan bahwa kulit anda tidak memerlukannya. Secara jujurnya, jika anda inginkan skin barrier yang kukuh dan kuat, anda harus mengamalkan ruti penjagaan kulit yang asas dengan menggunakan cleanser, toner, moisturizer dan sunscreen dengan konsisten. Barulah kulit anda tidak mengalami kerosakan dan sentiasa terjaga.

Apakah jerawat boleh hilang sendiri dan adakah ia boleh berjangkit jika dipicit?

Jerawat yang boleh hilang dengan sendirinya ialah jerawat hormonal ketika di akhir fasa akil baligh.  Tetapi jerawat jenis yang lainnya hanya akan hilang jika menggunakan rutin penjagaan wajah yang betul supaya bakteria penyebab jerawat boleh terhapus.

Jerawat yang berjangkit pula sangat jarang berlaku dan hanya terjadi apabila jerawat tersebut diganggu seperti memicit dan menyentuhnya.

Adakah toner sesuai untuk kulit berjerawat?

Toner merupakan salah satu set penjagaan muka selepas pencuci muka yang berbentuk cairan untuk merawat masalah kulit. Jika anda alami masalah jerawat sesetengah toner amat digalakkan untuk digunakan kerana ianya mengandungi bahan-bahan yang dapat menghapus sel kulit mati dan memberi sensasi menenangkan kulit. 

Bagi anda yang alami kulit berjerawat, disarankan untuk menggunakan toner yang mengandungi bahan aktif seperti asid Salicylic kerana ianya akan membantu mengelupaskan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit. 

10 Toner Untuk Kulit Berjerawat

Toner yang Halal, murah dan tidak mengandungi alkohol
Safi
Toner yang Halal dan tidak mengandungi alcohol
Semak Safi Penyegar Aloe Vera & Habbatus Sauda 100ml harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol
add_circle Lembut dan ringan
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Murah
remove_circle Tidak mempunyai bahan aktif untuk jerawat yang kuat
remove_circle Tidak sesuai untuk jenis jerawat yang teruk

Jika anda mencari toner yang membantu untuk melicinkan kulit wajah dan menyegarkannya, anda pasti menyukai toner ini. Bukan itu sahaja, toner ini juga sangat sesuai bagi remaja kerana harganya yang rendah.

Toner ini mengandungi ekstrak lidah buaya, timun dan juga minyak Habbatus Sauda. Daun lidah buaya sememangnya mempunyai khasiat pelbagai fungsi seperti ciri anti-bakteria yang dapat membunuh bacteria penyebab jerawat dan ekstrak timun pula dapat membantu memulihkan masalah kulit seperti iritasi, kekeringan dan kemerahan.

Toner ringkas ini bertekstur ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit, menyegarkan dan mencerahkan wajah, menanggalkan kesan kotoran dan juga membuatkan kulit cerah, berseri dan bebas jerawat.

Toner ini juga sangat sesuai jika anda mempunyai kulit sensitif kerana toner ini tidak mengandungi alcohol. Namun jika anda mempunyai jerawat yang degil dan jenis cyst, toner ini tidak akan dapat merawat masalah kulit anda kerana bahan aktifnya yang tidak kuat seperti ubat jerawat yang lain.

Sebaiknya, toner ini digunakan untuk jenis jerawat yang tidak teruk dan untuk untuk menenangkan kulit yang teriritasi dan kemerahan.

Toner terbaik untuk remaja kulit berminyak
Cosmoderm
Toner terbaik untuk remaja kulit berminyak
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 100ml harga dibawah:
add_circle mengawal minyak
add_circle mengecutkan jerawat
add_circle menanggalkan kotoran esktra
remove_circle mengandungi pewangi
remove_circle tak sesuai untuk kulit sensitif dan kering

Lagi toner yang berpatutan dan murah untuk remaja ialah daripada cosmoderm yang menggunakan tea tree oil sebagai bahan aktif.

Toner ini membersih kulit dua kali lebih mendalam dengan khasiat tea tree oil yang juga berkesan dalan mengawal kulit berminyak. Sealin itu, tea tree oil juga adalah salah satu bahan aktif yang popular yang mampu mengeringkan dan mengawal jerawat degil kerana sifat anti-bakteria nya. Tea tree oil juga mempunyai sifat anti-keradangan yang akan menenangkan jerawat jenis membengkak dan kemerahan.

Formula toner ini yang ringan sangat mudah menyerap jauh ke dalam kulit untuk mengawal pengeluaran minyak yang akan menyebabkan kulit berjerawat. Namun, toner ini tidak sesuai buat kulit jenis kering kerana tea tree oil dapat mengeringkan lagi kulit yang keradangan dan akan membuatkan kulit merekah.

Toner tea tree oil juga tidak sesuai buat kulit jenis sensitif kerana sifat tea tree oil yang kasar dapat memedihkan kulit sensitif dan membuatkan kulit menjadi kering dan lebih kemerahan.

Toner terbaik untuk kulit sensitif – tidak iritasi dan merengsa
Simple
Terbaik untuk kulit sensitif
Semak Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Niacinamide mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit
remove_circle Tidak berkesan ke atas jerawat teruk

Jika anda mengalami kulit yang sangat sensitif dan boleh menyebabkan kemeraha-merahan daripada memakai produk sebarangan seperti makeup yang tidak sesuai dengan kulit anda, toner ini sangat sesuai untu anda. Ia toner yang menyegarkan dan member sensasi menenangkan pada kulit wajah anda.

Dengan formulanya yang bebas alcohol, mengandungi air bertapis, Vitamin B5, dan ekstrak chamomile, toner ini berjanji akan menanggalkan kotoran dengan serta merta, menghidrat dengan mendalam, menenangkan kulit keradangan dan juga melembutkan kulit yang kasar dan kering.

Toner ini amat sesuai buat jenis kulit yang berjerawat sederhana sahaja dan tidak dapat membantu jerawat yang jenis besar dan teruk kerana toner ini kurang bahan aktif yang dapat membantu jerawat. Tetapi toner ini sangat bagus untuk membersihkan kulit anda yang sekaligus akan mengawal penghasilan jerawat.

Toner ini juga sangat sesuai buat individu yang mengamalkan gaya hidup vegan kerana produk daripada Simple bebas bahan haiwan, tidak diuji ke atas haiwan dan juga bebas bahan kimia yang dapat merosakkan skin barrier anda.

Toner terbaik untuk kulit kering
Himalaya Herbals
Toner terbaik untuk kulit kering
Semak Himalaya Herbals Gentle Refresh Toner harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sangat kering
add_circle Vegan
remove_circle Tidak sesuai untuk merawat jerawat teruk

Jika anda mempunyai kulit kering, anda masih perlu menggunakan toner ya. Ini kerana toner akan membersihkan kulit dengan betul supaya produk yang lainnya dapat menyerap dengan lebih mendalam.

Seperti toner daripada Himalaya ini, bukan sahaja ianya menyerap dalam dan menanggalkan kotoran, bahan semulajadinya seperti akar Boerhavia, lemon dan lentil dapat mengawal minyak, melicinkan ermukaan muka yang merekah dan juga membersihkan pori.

Hasilnya kulit akan lebih lembut, licin dan tidak merekah lagi. Jerawat pula akan cepat mengecut tanpa mengeringkan wajah. Bukan istu sahaja, produk ini sangat sesuai buat kulit sensitif kerana formulanya bersifat bebas alcohol dan tidak akan memedihkan wajah sensitif.

Namun, produk ini tidak memounyai bahan aktif yang merawat jerawat yang teruk, jadi ianya tidak akan menyelesaikan masalah jerawat dengan sekaligus. Produk ini tidak diuji keatas haiwan dan juga bebas bahan kimia yang akan mambuatkan kulit anda lebih menghargai produk ini! Bahan semulajadi dari penyegar Himalaya ini sudah semestinya member keyakinan untuk anda memakainya Hanya perlu dua titisan pada kapas untuk disapu ke seluruh wajah dan menikmati keberkesanannya.

Toner dengan kandungan asid Salicylic
Benton
Toner Korea tanpa alkohol yang murah
Semak Benton Aloe BHA Skin Toner 200ml harga dibawah:
add_circle Formula bebas minyak
add_circle merawat jerawat dengan mendalam
add_circle sesuai untuk kulit kering
remove_circle tidak sesuai untuk kulit ekzema

Toner daripada Korea ini sangat popular dengan bahan aktifnya, Beta Hydroxy Acid jenis Salicylic Acid yang sangat membantu dalam mengeringkan dan merawat jerawat. Bukan itu sahaja, tonerini juga dapat menyingkirkan lapisan kulit mati dan memberikan kulit yang lembut.

Ekstrak aloe vera, sodium hyaluronate dan juga gliserin sayuran pula dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang kulit daripada mengering dan teriritasi. Toner ini juga sesuai buat sesiapa yang ingin mengawal penghasilan jerawat daripada berlaku. Bahan salicylic acid ini juga dapa membantu menyingkirkan masalah whitehead dan blackhead. Bukan itu sahaja, ianya juga membantu melembutkan kulit dan menanggalkan kotoran lebihan yang tidak dapat pencuci wajah tanggalkan.

Bukan iu sahaja, pori juga akan kelihatan mengecil dan sangat bersih supaya tiada lagi masalah pori tersumbat yang boleh menyumbang kepada penghasilan whitehead dan blackhead.

Walaupun produk ini sesuai buat kulit sensitif kerana ianya bebas alcohol, tetapi ianya tidak berkesan untuk kulit jenis eczema dan psoriasis kerana kandungan BHA akan memedihkan jenis kulit seperti ini.

Khas untuk kulit jerawat – hapuskan blackhead/whitehead
COSRX
Semak COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner (150ml) harga dibawah:
add_circle Mencerahkan parut jerawat
add_circle bertindak sebagai chemical exfoliant
add_circle sesuai untuk jerawat pasir
remove_circle Mengeringkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Berbau kuat

Produk ajaib ini diperbuat daripada air mineral yang lebih berkhasiat untuk kulit anda. Bahan yang digunakan juga semuanya bersifat semulajadi dan organic, termasuklah Alpha Hydroxy  Acid dan juga Beta Hydroxy Acid. Produk ini dirumus khas buat kulit jensi berminyak dan berjerawat untuk menyingkirkan masalah jerawat, whitehead, blackhead dan juga masalah kulit tidak sekata sekaligus menghidrat kulit dengan teskturnya yang sedikit likat daripada toner yang lainnya.

AHA dan BHA yang digunakan pula ialah eksrtrak epal dan willow bark yang akan juga mencerahkan kulit. Tetapi jangan lupa pakai sunscreen tau, sebab AHA dan BHA akan menipiskan lagi kulit sebab ianya menghakis lapisan kulit supaya kulit yang baru, lebih lembut dan licin boleh terdedah. Jadinya, kulit anda akan menjadi lebih sensitif jika sunburn.

Produk ini sesuai buat kulit sensitif juga kerana ianya bebas paraben, bebas pewarna tiruan, dan juga pewangi. Tetapi, toner ini mempunya bau yang sedikit tengik dan mungkin membuatkan sesetengah individu tidak selesa.

Toner terbaik digunakan oleh anda berkulit kombinasi
Hada Labo
Terbaik untuk kulit kombinasi
Semak Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml harga dibawah:
add_circle menghalang jerawat muncul
add_circle mengawal minyak
add_circle efek cooling
remove_circle tidak cukup untuk menghidrat kulit kering
remove_circle hadrasi tidak tahan lama

Produk ini sangat sesuai buat anda yang mempunyai kulit bersifat dehidrasi kerana produk ini mempunyai tekstur yang ringan untuk menyerap jauh ke dalam kulit anda dan melembapkannya tanpa membuatkan kulit berminyak dan melekit seperti toner pelembap yang lainnya.

Toner ini mempunyai khasiat hatomugi, houttuynia cordata dan chamomile yang bertindak dengan menyedut segala masalah jerawat, whitehead dan blackhead pada kulit sambil menenagkan wajah yang kemerahan dan teriritasi dengan sensasi yang menyejukkan.

Kandungan hyaluronic acid pula membantu mengunci dan menyimpan lembapan pada wajah supaya kulit tidak akan mengering dan merekah apabila bahan aktif yang lain membantu mengawal minyak. Bukan itu sahaja, toner ini bersifat pH seimbang, jadi, ianya tidak akan mengiritasikan kulit sensitif.

Tetapi, produk ini tidak sesuai buat kulit jensi kering kerana ianya tidak cukup untuk menghidrat kulit jensi kering yang terlampau, namun sangat sesuai buat kulit jenis dehidrasi, dan berminyak untuk kekal terrejuvenasi. Produk ini juga tidak diuji ke atas haiwan, tiada pewangi, bebas pewarna dan juga minyak mineral dan alcohol, menjadikan produk ini sesua buat kulit sensitif.

Toner dari bahan organik seperti air mawar
Bio Essence
Toner air mawar yang organic
Semak Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml harga dibawah:
add_circle menhalang pembentukan garisan halus
add_circle mengandungi emas 24k
remove_circle tidak mempunyai bahan aktif untuk jerawat yang teruk

Toner ini mengunakan air mawar jepun organic sebagai bahan penghidrat yang menjanjikan hidrasi berpanjangan. Lembapan akan sentiasa terkunci dan akan membuatkan kulit lebih lmbut dan anjal. Bukan itu sahaja, toner ini juga sangat berkesan dalam mengawet wajah dengan kandungan emas 24k yang membantu dalam pengeluaran kolagen dari dalam lapisan kulit yang akan mengelak pembentukan garisan kedutan berlaku.

Toner ini juga membantu mengecilkan pori dan membersihkan pori supaya tidak tersumbat yang akan menyebabkan whiteheads dan blackheads berlaku. Hasilnya, kulit akan bebas minyak, lebih lembut dan bebas garisan halus.

Produk ini sangat sesuai buat sesiapa yang bekerja didalam kawasan berpendingin hawa kerana toner ini akan sentiasa memastikan kulit lembap dan tidak akan mengering. Produk ini juga menjanjikan supaya kulit bebas kusam dan tidak kelihatan letih dan gelap.

Tekstur toner ini sangat lembut dan ringan jadi ianya juga sangat sesuai untuk kulit berminyak dan tidak akan menyebabkan kulit melekit dan berkilau.

Toner dengan bahan aktif volcanic dari Korea
Innisfree
Toner Jeju volcanic
Semak Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner harga dibawah:
add_circle menyedut kotoran dalam pori
add_circle mengawal minyak
add_circle detoks kulit
remove_circle mengeringkan kulit
remove_circle tidak sesuai untuk kulit sensitif

Toner yang unik ini dipebuat daripada serbuk gunung berapi daripada kepulauan Jeju di Korea Selatan. Serbuk gunung berapi ini sangat kaya dengan bahan mineral yang mempunyai fungsi seperti serbuk arang, yang akan menyedut segala lebihan sebum, minyak, dan kotoran, dan akan memuntahkan segala masalah dalam kulit.

Kulit anda juga akan dedetoks dan membuatkan kulit lebih bersih, dan pori juga akan lebih bersih dan cerah. Semestinya bebas daripada whitehead dan blackhead. Serbuk gunung berapi ini juga mampu mengawal minyak yang akan menyebabkan jerawat.

Disebabkan serbuk gunung berapi ini mempunyai kuasa penyerapan dan detoks yang tinggi, toner ini sangat sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat. Toner ini akan menyerap kesan minyak, menyedut segala masalah pori tersumbat lalu mengecutkan jerawat anda.

botol toner ini perlu digoncangkan untuk memastikan serbuk gunung berapi tercampur dan akan memberikan hasil yang maksimum.

Sangat sesuai digandingkan dengan Jeju Volcanic Ash Pore Mask yang akan meningkatkan lagi kuasa detoks dan akan menyerap segala kesan minyak dan kotoran. Disebabka kuasa serapannya yang sangat tinggi, toner ini tidak sesuai buat kulit kering kerana ianya akan mengeringkan lagi kulit dan boleh menyebabkan sensitivity dan merekah.

Hasilkan sel kulit wajah yang baru dengan toner ini
Mario Badescu
Semak Mario Badescu Glycolic Acid Toner (236ml) harga dibawah:
add_circle bersifat exfoliating
add_circle mencerah dan membersihkan wajah
remove_circle tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle boleh menyebabkan kepedihan

Salah satu cara untuk merawat jerawat ialah dengan penjanaan sel kulit wajah yang baru supaya sel kulit yang lama dapat disingkirkan dan dihakis supaya ianya tidak terkumpul diatas lapisan kulit yang membuatkan kulit kusam, berminyak dan kelihatan gelap.

Jerawat juga salah satu tanda sel kulit mati dan harus dihakis. Toner daripada Mario badescu ini menggunakan bahan asid daripada Glycolic Acid yang mengandungi peratus yang tinggi untuk menghakis lapisan kulit supaya sel kulit baru yang lebih bersih, flawless dan anjal yang berada dibawah lapisan kulit lama dapat didedahkan.

Toner ini juga mempunyai bahan pelembap yang akan memastikan kulit tidak teriritasi dan memedih ketika menggunakan toner jenis exfoliating seperti ini. Aloe vera akan membantu menenangkan kulit, dan juga dapat melembapkan kulit yang telah di-exfoliate oleh Glycolic Acid didalam toner ini.

Hasilnya, kulit yang berjerawat akan jadi lebih bersih, cerah, dan makin kurang. Tetapi kulit jenis sensitif dan mempunyai masaah eczema dan psoriasis tidak sesuai untik menggunakan produk ini ya kerana ianya terlampau keras dan akan menyebabkan sensitivity meningkat.

 

Artikel Berkaitan

End of Article