Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
eye cream terbaik

17 Eye Cream Terbaik di Malaysia 2024 - Paling Berkesan

Penggunaan krim bawah mata sangat disarankan oleh mana-mana pakar kecantikan.

Pasti ramai tertanya-tanya, adakah krim mata atau eye cream wajib untuk rutin penjagaan wajah setiap hari?

Sebenarnya bergantung pada individu, jika bahagian bawah matanya gelap atau eyebag terlampau jelas, sebaiknya guna krim mata atau eye bag cream untuk mengurangkannya.

Tapi ingin diingatkan makin usia menambah, bahagian kontur mata akan timbul garis halus dan tiny bump tanda penuaan.

Jadi dengan penggunaan produk hilangkan kedut bawah mata sangat disarankan oleh mana-mana pakar kecantikan.

Waktu sesuai untuk guna krim mata terbaik adalah sebelum garis penuaan muncul atau lingkaran gelap timbul supaya dapat menghalang masalah ini menjadi teruk.

Jom kita lihat senarai eye cream terbaik dan paling berkesan dan produk hilangkan gelap bawah mata.


Senarai 17 Eye Cream Terbaik

Eye cream terbaik secara keseluruhan
SKINTIFIC 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream
Semak SKINTIFIC 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream harga dibawah:
add_circle Kurangkan garisan halus
add_circle Pudarkan lingkaran hitam
add_circle Membantu kurangkan melanin
add_circle Merangsang pengeluaran kolagen
remove_circle Harga mahal
remove_circle Keberkesanan mengikut jenis kulit

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Walaupun agak mahal tapi krim mata dengan Acetyl™ Tetrapeptide-5 boleh memperbaiki tanda-tanda penuaan dan menghalang pembentukan kedutan pada mata. 

Ciri-ciri:

Apa yang menarik tentang krim mata ini ialah boleh digunakan dua dalam satu iaitu mengeluarkan krim mata dan mengurut bawah mata.

Ini kerana terdapat 360॰ Massager yang dapat memberikan pengaliran darah lebih lancar pada bahagian bawah mata. 

Krim mata ini dirumus khas dengan kafein dan 3D Peptides untuk menenangkan kulit dan mengurangkan penampilan bengkak mata.

Dalam masa yang sama, kulit pada kawasan mata akan jadi lebih anjal. Sangat sesuai untuk anda yang alami masalah mata panda. 

Review:

"Berkesan & sangat selesa dan best bila pakai. Sejuk je bila letak kat bawah mata. Lepas tu bila buat urutan bawah mata, memang hilang eye bag. Krim pun cepat serap ke dalam kulit."

Eye cream terbaik untuk eye bag
Clinelle
Clinelle Essential Eye Bright
Semak Clinelle Eye Bright 15ml harga dibawah:
add_circle Kurangkan lingkaran gelap bawah mata
add_circle Membantu kurangkan eye bags
add_circle Menjadikan kulit lebih anjal
add_circle Untuk semua jenis kulit
remove_circle Harga agak mahal untuk kuantiti yang sedikit

Masukkan krim mata Clinelle tanpa paraben ini dalam rutin kecantikan anda untuk dapatkan kulit bawah mata yang lebih cantik tanpa garis halus. 

Ia boleh melembapkan semula kulit yang kering kerana telah diformulasikan dengan minyak Borage yang kaya dengan Omega 6. 

Kandungan Eyeliss dan Bio Phytex dalam krim ini pula akan mengurangkan masalah mata yang bengkak atau sembab dan melindungi kulit daripada persekitaran yang bahaya. 

Malah, dengan penggunaan yang konsisten iaitu pada waktu pagi dan malam setiap hari, kulit juga akan kembali terhidrat.

Eye cream terbaik untuk dark circle
Himalaya Herbals
Himalaya Herbal Under Eye Cream
Semak Himalaya Herbal Under Eye Cream harga dibawah:
add_circle Halang pembentukan kedutan baru
add_circle Boleh kurangkan dark circle
add_circle Telah diuji secara dermatologi
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Kuantiti hanya 15 ml

Krim mata Himalaya ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata atau kedutan sebelum masanya. 

Ini kerana mengandungi minyak Wheat Germ yang kaya dengan Vitamin E untuk melindungi kulit daripada rosak akibat pencemaran atau sinaran UV yang teruk. 

Boleh pakai krim mata hypoallergenic ini 2 kali setiap hari selepas cuci muka untuk hasil bawah mata kelihatan licin dan cerah.  

Jika digunakan dengan konsisten, lingkaran hitam dapat dikurangkan sebanyak 50% selepas 4 minggu. 

Dengan bahan herba Cipadessa Baccifera dan Bergenia Ligulata dapat melindungi kawasan bawah mata sensitif daripada sinaran matahari. 

Malah sangat bagus untuk kurangkan garis halus di kawasan mata. 

Krim mata untuk remaja
Cosmoderm
Semak Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10 harga dibawah:
add_circle Kurangkan eye bags
add_circle Bebas paraben
add_circle Untuk kulit kering & sensitif
add_circle Meningkatkan keanjalan kulit
add_circle Menyegarkan kulit di sekeliling mata
remove_circle Harga sedikit mahal untuk kuantiti sedikit

Produk dari Cosmoderm ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah orang dewasa dan remaja tak kira lelaki atau wanita. 

Krim dengan tekstur gel ini dirumus dengan Co-Enzyme Q10 dan ekstrak tumbuhan yang bagus untuk mencerahkan semula dark circle dan mengurangkan garis-garis halus.

Tak suka produk yang melekit? Usah risau sebab krim mata ini mudah diserap ke dalam untuk melembapkan lapisan epidermis kulit dan tidak berminyak. 

Malah menggalakkan pengaliran darah di sekeliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran hitam yang baru daripada terbentuk. 

Untuk keberkesanan yang lebih cepat, urut perlahan-lahan dengan lembut di luar kawasan mata ketika sapu produk ini pada kulit. 

Krim mata terbaik untuk untuk usia 40
Nutox
Semak NUTOX Youth Restoring Eye Refiner - All Skin Type harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Tanpa minyak
add_circle Mengandungi sarang burung
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kuantiti hanya 15ml

Anda mengalami masalah dark circle yang teruk atau mata kelihatan sembab? 

Gunakan krim mata Nutox yang diperkaya dengan ekstrak botani semula jadi ini. 

Ini kerana dapat merangsang tahap protein dalam kulit dan sekaligus dapat mengurangkan tanda-tanda penatr di sekitar mata. 

Hasilnya, mata anda akan tampil lebih segar dan eyebag dapat dikurangkan.

Selain itu, boleh mengurangkan garis halus dan kedutan pada kawasan bawah mata seawal satu minggu. 

Dengan penggunaan yang konsisten, kulit di sekeliling mata akan lebih terhidrasi dan tak kusam lagi. 

Memang sesuai untuk wanita yang mula meniti usia 40-an sebab review krim mata terbaik ini di Shopee mengatakan ia boleh digunakan oleh kaum ibu.

LOreal Paris Revitalift Anti Aging Triple Action Eye Cream
Semak L'Oreal Paris Revitalift Anti Aging Triple Action Eye Cream harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan
add_circle Tanpa pewangi
add_circle Kulit bawah mata lebih anjal
add_circle Megurangkan garis halus & eye bags
remove_circle Harga mahal

Bagi yang ingin tekstur krim yang tidak melekit, kami sarankan krim mata dari LOreal Paris.

Disebabkan tidak melekit jadi mudah meresap ke dalam kulit apabila anda oles pada bahagian bawah mata.

Diformulasikan daripada Adenosine iaitu bahan aktif yang terkenal untuk anti penuaan, jadi kedutan pada kulit dapat dihaluskan.

Malah mengandungi kafein yang bertindak mengurangkan masalah sembab pada bawah mata.

Manakala bahan Pro-xylane berfungsi menggalakkan sintesis kolagen agar kulit bawah mata lebih licin. 

Paling penting, terdapat aplikator yang diperbuat daripada logam untuk memberikan kulit sensasi dingin. 

Boleh pakai setiap hari (pagi dan petang) pada bahagian sekeliling mata.

Eye cream terbaik untuk ibu mengandung
Safi Youth Gold Lifting Eye Contour Cream
Semak Safi Youth Gold Lifting Eye Contour Cream harga dibawah:
add_circle Ada Niacinamide & Glycerin
add_circle Mengandungi antioksidan
add_circle Meresap jauh ke dalam kulit
add_circle Mengurangkan garis-garis halus
remove_circle Keberkesanan makan masa lama

Eye cream terbaik dan murah ini boleh digunakan bagi yang mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata.

Malah sesuai untuk yang ingin mengurangkan masalah mata yang penat dan kulit berkedut. 

Ini kerana mengandungi vitamin B3, Oligopeptide dan madu yang akan bertindak untuk melegakan kulit bawah mata yang gelap.

Dengan kandungan Golden C dan Nano Gold 24K pula dapat menggalakkan pembaharuan kulit agar tampil lebih halus. 

Disebabkan produk Safi ini bebas daripada alkohol, paraben dan pewangi jadi dapat kembalikan keanjalan kulit 

Teksturnya sejenis gel, ringan dan tak akan rasa melekit.

Eye cream terbaik untuk sensitive skin
AHC Age Defence Real Eye Cream For Face
Semak AHC Age Defence Real Eye Cream For Face harga dibawah:
add_circle Kurangkan bintik hitam
add_circle Kulit jadi lebih lembap
add_circle Ada Hyaluronic Acid & kolagen
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
remove_circle Harga agak mahal, kuantiti sedikit

Dengan rumusan Gold Peptide dan Power Golden Thread Complex, produk dari Korea ini mampu mengurangkan kedutan pada wajah dalam masa 1 minggu sahaja. 

Malah boleh menganjalkan dan menghidratkan semula kulit bahagian sekeliling mata.

Dengan rumusan Ultrafine Microemulsion System menjadikan tekstur krim ini sangat mudah untuk krim dari Korea ini meresap ke dalam kulit.

Apa yang membezakan krim AHC dengan jenama lain adalah krim ini boleh disapu pada kawasan wajah yang lain.

Seperti mulut, mata, leher dan dahi yang mula menunjukkan garis-garis halus.

Krim mata menegangkan kulit mata
EUNYUL Collagen Intensive Facial Care Eye Cream
Semak EUNYUL Collagen Intensive Facial Care Eye Cream harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Ada kolagen untuk kulit lebih anjal
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle Menghalang pembentukan jeragat
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Keberkesanan makan masa lama

Untuk anda yang sedang mencari produk yang berfungsi menghalang penuaan, krim mata dengan ekstrak bunga Prunus Mume ini pilihan tepat untuk anda.

Ini kerana sangat berkesan untuk melembapkan kulit serta dapat menghalang kedutan daripada terbentuk. 

Malah dengan kandungan kolagen, krim mata ini mampu menegangkan semula kulit pada kawasan sekeliling mata agar tidak kelihatan tua sebelum usia.

Manakala kandungan pelbagai ekstrak tumbuhan dalam krim ini pula, kulit akan terlindungi. 

Memang sesuai untuk yang mengalami masalah eyebag dan kulit di bawah mata yang  kering.

Eye cream terbaik untuk oily skin
WARDAH Crystal Secret Eyes Dark Circle Corrector
Semak WARDAH Crystal Secret Eyes Dark Circle Corrector harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit di kawasan mata
add_circle Mata lebih segar
add_circle Ada Niacinamide & glycerin
add_circle Mengandungi Alpha Arbutin
remove_circle Harga sedikit mahal
remove_circle Perlu elak dari sapu krim terlalu dekat dengan mata

Krim mata Wardah ini dapat kurangkan lingkaran gelap bawah mata dan eye bags

Ini kerana mengandungi White-Adenosine dan Vitamin B3 yang bertindak mencerahkan kawasan sekeliling mata. 

Turut mengandungi Hyaluronic Acid untuk memberikan kelembapan dan mengekalkan keanjalan kulit di kawasan mata. 

Barulah tak cepat nampak berkedut. Jangan lupa untuk pakai krim mata ini selepas cuci muka dan sebelum pakai krim pelembap. 

Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream
Semak Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream harga dibawah:
add_circle Ada Niacinamide
add_circle Kurangkan garis halus
add_circle Bebas pewangi & pewarna
add_circle Kulit tidak mengalami iritasi
add_circle Cepat meresap jauh ke dalam kulit
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tak sesuai dipakai waktu siang

Miliki kulit awet muda dengan krim mata paling berkesan dari Olay yang diperkaya dengan Retinol ini. 

Bukan hanya boleh mencerahkan dan meratakan tona warna kulit, tapi bagus juga untuk mengurangkan kedutan dan lingkaran gelap bawah mata. 

Setiap pagi, kulit anda akan jadi lebih muda dan anjal dengan penggunaan krim mata ini kerana kulit akan diperbaharui ketika anda tidur.  

Malah, mampu memberikan kulit 24 jam hidrasi. Memang sesuai dipakai setiap hari sebab tak mengeringkan kulit. 

Krim malam terbaik untuk anti aging
ESTÉE LAUDER
estee lauder advanced night repair eye supercharged gel-creme
Semak ESTÉE LAUDER Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak biji anggur & Peptida
add_circle Krim mudah menyerap
add_circle Mengurangkan dark cycle
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Kesan penggunaan tidak terlalu ketara

Kedutan di bahagian mata anda terlalu ketara? Ini jawapan untuk masalah anda.

Estee Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex merupakan salah satu krim mata anti penuaan yang popular kerana bahan yang digunakan sangat bagus.

Antara bahan campuran yang ekstrak biji anggur dan peptida yang dapat membantu untuk kurangkan lingkaran hitam dan penuaan di sekitar mata.

Selain itu, dapat melembapkan bahagian bawah mata anda dengan penggunaan kerap serta dapat memastikan mengurangkan kesan kedutan pada sekitar mata.

Kulit mata juga akan terlihat lebih cerah dan anda akan tiada panda eyes lagi dan paling penting, sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Eye cream terbaik untuk lelaki dan perempuan
The Originote
The Originote
Semak The Originote Eye Serum Eye Cream (15g) harga dibawah:
add_circle Mencerahkan bawah mata
add_circle Melembutkan kawasan mata
add_circle Mengurangkan mata bengkak
add_circle Menegangkan kulit bawah mata
remove_circle Harga berubah jika beli lebih satu

Krim serum mata The Originote memfokuskan mereka yang mempunyai masalah mata bawah gelap dan eye bags yang teruk.

Bagi yang ada masalah ini kami syorkan produk The Originote kerana diformulasi dari bahan kafein, 2D Peptides dan Licorice.

Setiap satu bahan utama ini ada fungsinya tersendiri.

Macam kandungan Caffein, berfungsi untuk melindungi bahagian mata anda daripada tidak bermaya dan menegangkan kulit bawah mata.

Malah dengan mengandungi 2D Peptides bagi meningkatkan pengeluaran kolegen dan mengelakkan kering.

Jadi bagi mereka yang sering bekerja di luar pejabat, sebaiknya gunakan krim mata ini kerana dengan kandungan Licorice dapat melindungi bahagian mata dari sinaran UV yang berbahaya.

Eye cream terbaik untuk remaja
Innisfree
Innisfree Green Tea Seed Eye Cream
Semak Innisfree Green Tea Seed Eye Cream harga dibawah:
add_circle Bebas bahan berbahaya
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Tekstur yang lembut
remove_circle Hampir tarikh expired

Krim mata Innisfree ini bertindak melembapkan dengan antioksidan yang diperkaya dengan organic Jeju green tea squeeze dan ekstrak biji teh hijau. 

Dirumus khas untuk kulit sensitif di sekitar mata, krim mata ini menyediakan kelembapan dan nutrisi yang penting.

Selain itu, diperkaya dengan 3.5 kali lebih banyak 16 asid amino, Beauty Green Tea dalam krim mata ini akan mengekalkan kelembapan sekitar mata anda.

Teknologi Dual-Moisture-Rising™ memastikan perlindungan kelembapan, mencegah kehilangan air, sementara minyak biji mencipta penghalang kelembapan pada kulit. 

Tekstur lembut krim mata ini pula selesa dipakai pada sekitar mata, membuatkan penampilan anda kelihatan segar.

Untuk kegunaan yang optimum, sapukan sedikit krim mata ini di sekeliling mata semasa rutin penjagaan kulit.

Eye cream terbaik untuk garis halus
COSRX
Cosrx Advanced Snail Peptide Eye Cream
Semak Cosrx Advanced Snail Peptide Eye Cream harga dibawah:
add_circle mengurangkan kedut sekitar mata
add_circle Mencerahkan kesan gelap bawah mata
remove_circle Reaksi kulit individu mungkin berbeza

Nikmati penjagaan terbaik untuk kawasan mata yang sensitif dengan COSRX Advanced Snail Peptide Eye Cream. 

Krim mata serba guna ini menawarkan penyelesaian menyeluruh, memberikan kelembapan, nutrisi, dan lingkaran mata yang lebih segar.

Diformulasikan dengan snail secretion filtrate dan peptide, ia berfungsi untuk mengembalikan keanjalan dan mengurangkan penampilan garis halus.

Niacinamide, yang dikenali dengan sifat pencerahannya, menumpukan pada lingkaran gelap dan mencerahkannya.

Selain itu, teksturnya yang lembut selesa dipakai pada sekitar mata, dan boleh merawat kulit dengan lembut. 

Manfaat lain produk ini adalah mengurangkan garis halus, mencerahkan dan juga pembaharuan kulit. 

Cara penggunaan, ambil jumlah yang sesuai dan sapukan dengan lembut pada kulit sekitar mata, dab dengan lembut, dan biarkan ia meresap.

Eye cream terbaik untuk usia 50
Bio-essence
BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator
Semak BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator harga dibawah:
add_circle Kandungan anti-oksidan yang kuat
add_circle Meremajakan sel kulit
add_circle Tekstur ringan yang cepat meresap
remove_circle Harga sedikit mahal

BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator direka khas untuk menjaga kulit yang halus di sekeliling mata anda. 

Dikuasakan dengan Formula Eksklusif Bio Energy Complex™, formulanya yang unik mengubah keupayaan kulit untuk memperbaiki, memulihkan, dan menyuburkan dirinya sendiri.

Dengan meningkatkan penyerapan oksigen, ia mengubah sel dari keadaan tidak aktif kepada keadaan yang aktif dan bertenaga.

Proses ini secara dramatik meningkatkan penyerapan bahan bio berharga - 24K Emas, menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, lebih berseri, dan lebih cantik.

Tambahan lagi, produk ini turut berfungsi sebagai perisai yang kuat untuk melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, secara tidak langsung melambatkan tanda-tanda awal penuaan.

Eye cream terbaik untuk kedutan
Some By Mi
Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream
Semak Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Mencerahkan kulit sekitar mata
add_circle Menegangkan kembali kulit
remove_circle Perlu guna bersama sunscreen

Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream boleh dijadikan sebagai penyelesaian utama kepada masalah kedutan.

Ia diuji secara dermatologi dan bebas dari 20 jenis bahan yang berbahaya, krim mata ini dirumus khas untuk merawat kawasan mata yang halus, mengatasi lingkaran gelap dan garis halus dengan tepat.

Diperkaya dengan Niacinamide untuk kesan mencerahkan kulit dan dengan gabungan kuat Acid Hyaluronate dan Panthenol untuk hidrasi yang intensif.

Formula krim mata ini juga bertindak mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit, dan menegangkan kawasan mata yang halus.

Sama ada untuk mata, dahi, bibir, atau leher, ia menawarkan penjagaan anti-penuaan secara menyeluruh kerana mengandungi Vitamin A dan Retinol.

Untuk hasil yang optimum, gunakan pada waktu pagi dan petang, sapukan dengan lembut di kawasan mata dari bahagian dalam ke luar.

Dalam masa dua minggu, anda sudah boleh melihat hasilnya.


Apa Kebaikan Krim Mata?

Untuk dapatkan kulit kekal cantik dan tidak berkedut sebelum masanya, anda perlu  menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit.

Bukan saja krim mata perlu diberi penekanan tapi setiap rutin penjagaan muka seperti pencuci muka, krim pelembap, serum dan krim pelindung matahari. 

Ini kerana krim mata memberi beberapa kebaikan krim mata. Antaranya:

  • Boleh menghidratkan & melembapkan semula kulit di sekeliling mata.
  • Menghalang tanda-tanda penuaan daripada tiba sebelum masanya.
  • Kurangkan kedutan & garis-garis halus bawah mata.
  • Membaiki tekstur kulit di kawasan mata.
  • Kurangkan masalah lingkaran hitam.
  • Melegakan mata sembab dan letih. 
  • Meratakan tona warna kulit.

Tapi untuk mengetahui lebih lanjut tip hilangkan masalah sekeliling mata, boleh tonton video di bawah.


Berapa Kerap Perlu Pakai Krim Mata? 

Seperti pencuci muka dan moisturizer, kita juga digalakkan untuk memakai krim mata 2 kali sehari.

Pakai pada waktu pagi dan malam selepas memakai serum dan sebelum menggunakan krim pelembap. 

Namun, cara itu hanya terpakai jika kulit bawah mata anda jenis kering. 

Kalau kulit bawah mata anda jenis berminyak, memakai krim mata sekali sahaja dalam sehari sudah memadai. 

Apa-apa pun, rujuk terlebih dahulu arahan penggunaan yang terdapat pada kotak pembungkusan krim mata agar anda tahu cara yang tepat untuk memakainya.


Tips dan cara hilangkan eyebag

Eyebag adalah salah punca mata kelihatan lesu, dan membuatkan kulit wajah tidak kelihatan berseri. 

Bagi anda yang ingin menghilangkan eyebag pada bawah mata, ini adalah tips yang anda patut cuba secara natural di rumah. 

  • Ambil cotton pad bersama air sejuk: Basahkan cotton pad menggunakan air sejuk dan letak pada kelopak mata yang tertutup dengan tekanan rendah selama beberapa minit. 
  • Pastikan tidur yang cukup: Pastikan dapat tidur cukup selama 7-8 jam sehari.
  • Tidur dalam keadaan kepala lebih tinggi dari badan: Ini salah satu cara membuatkan cecair tidak berkumpul pada bahagian mata.
  • Elakkan minum air terlalu banyak, dan jaga garam dalam pemakanan seharian: Ini membantu untuk mengurangkan tekanan berkumpulnya cecair pada bawah mata. 
  • Berhenti merokok: merokok membuatkan badan cepat kehilangan collagen
  • Kurangkan masalah allergic: elakkan menggosok bahagian mata. Ini menyebabkan punca mata menjadi sembab.

Cara-Cara Penggunaan Krim Mata

Cara untuk guna eye cream adalah pastikan anda membersihkan dahulu kawasan sekitar mata anda, kemudian lap sehingga kering.

Kemudian ambil secalit cream tersebut dan oles mengikut kitaran arah jam.

Atau anda boleh menolak keluar tekanan secara perlahan pada bahagian mata. 

Gunakan eye cream ini pada waktu malam untuk penyerapan yang lebih pantas.

Anda boleh sapukan sunscreen selepas menggunakan krim mata untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.


Macam Mana Nak Pilih Eyes Cream Ikut Skin Concern?

Mencari cream untuk mata ini, anda perlu memastikan jenis bahan yang terkandung di dalamnya.

Pastikan bahan yang terkandung itu sememangnya bagus untuk mengurangkan masalah eyebag atau masalah kedutan dan gelap pada sekitar mata.

Memastikan eye cream tidak mengandungi bahan yang mudah menyebabkan iritasi ini kerana bahagian mata adalah kawasan kulit yang nipis dan sensitive

Pemilihan eye cream ini terdapat banyak faktor, dan ianya adalah mengikut kehendak anda sendiri.

Ada yang inginkan bawah mata yang cerah, kurang bergaris dan lain-lain perlu menyemak bahan-bahan yang berkenaan seperti retinol dan niacinamide

Setiap tujuan ini perlu sepadan dengan kebaikan eye cream yang ingin digunakan.


Artikel Berkaitan

End of Article