Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ubat kurap

13 Ubat Kurap Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Berkesan)

Sapu ubat kurap paling berkesan ini supaya dapat menyelesaikan masalah gatal.

Untuk pengetahuan semua, kurap bukan saja boleh menjangkiti bahagian kulit tapi bahagian kuku dan rambut juga.

Kurap boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama.

Misalnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Untuk merawat masalah kurap anda perlu menyapu cream kurap yang sesuai dengan kulit anda.

Mengikut kajian, panau juga merupakan salah satu jangkitan kulat pada kulit dan perlu menggunakan ubat panau untuk mengawalnya daripada terus merebak.

Selain ubat kurap tradisional, anda juga boleh dapatkan ubat kurap di Watsons pada harga berpatutan.

Tapi lebih baik kalau anda lihat sahaja senarai ubat kurap paling berkesan dan terbaik untuk merawat masalah kulit ini.


Senarai 13 Ubat Kurap Paling Berkesan

Ubat kurap terbaik secara keseluruhan
Ubat Kurap Cap Kaki Tiga
Cap kaki tiga ubat kurap
mulai
RM2.34
Semak Ubat Kurap Cap Kaki Tiga harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Cepat berkesan
remove_circle Sedikit pedih

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan bahan campuran tradisional perubatan Cina, ubat ini mampu menyelesaikan masalah kegatalan kulit dan kurap dengan sangat berkesan.

Ciri-ciri:

Tidak kira panau, ruam merah, kurap, ruam air, kudis buta dan masalah kegatalan lain, anda sapukan saja pada bahagian gatal.

Cuma anda akan rasa sedikit pedih yang menyengat apabila tindak balas berlaku tapi hasilnya dalam masa 3 hari.

Cecair warna merah akan bertukar putih kekuningan akibat tindak balas dengan bakteria atau fungus pada permukaan kulit gatal.

Sapu pada setiap hari iaitu 2-3 kali dan sebaiknya selepas mandi.

Review:

“Memang pedih tapi lepas 2-3 minit dah reda dah. Pakai sebab ada kurap kat dada. Lepas 3 hari, baik terus.”

Ubat kurap air
Losyen Freederm Antifungal (30ml)
Freederm
mulai
RM16.85
Semak Losyen Freederm Antifungal (30ml) harga dibawah:
add_circle Tidak ada kesan sampingan
add_circle Harga murah
add_circle Sah KKM
remove_circle Perlu dibasuh selepas guna

Kurap boleh juga menjangkiti bahagian kulit yang terlindung seperti kawasan lipatan dan kawasan yang berbulu.

Bagi merawat kurap di kawasan ini, persediaan dalam bentuk losyen atau gel lebih sesuai digunakan.

Losyen Freederm bertindak dengan aktiviti anti kulat berspektrum luas manakala Terbinafine bertindak menghalang pembentukan dan tumbesaran kulat.

Jangkitan fungus pada kulit termasuk kurap air, tinea krunis, kurap, panau dan jangkitan fungus pada kuku boleh dirawat. 

Dengan harga yang murah, ubat kurap air ini juga selamat digunakan pada kulit kerana telah mendapat pengiktirafan sah KKM. 

Ubat kurap di Watsons
Ubat Kurap Tinea-Kare Cap Kaki Tiga
3LEGS TINEA KARE ANTI-FUNGAL CREAM
mulai
RM9.26
Semak Ubat Kurap Tinea-Kare Cap Kaki Tiga harga dibawah:
add_circle Krim cepat kering
add_circle Keberkesanan cepat
add_circle Tidak ada kesan sampingan
add_circle Sah KKM
remove_circle Tidak semua kulit sesuai

Selain daripada ubat-ubatan tradisional, anda juga boleh guna rawatan moden seperti menggunakan krim 3Legs ini.

Dengan kandungan bahan clotrimazole 1%, produk ini dicipta untuk menentang fungal kurap yang telah menjadi perumah di kulit anda.

Jika penyakit kulit anda didapati hilang selepas menggunakan krim ini, teruskan penggunaannya selama dua ke empat minggu untuk mencegah penyakit ini berulang.

Selain cepat kering ke dalam kulit, ubat kurap ini juga selamat digunakan pada kulit kerana telah mendapat pengiktirafan sah KKM. 

Ubat kurap di leher
Krim Creobic Antifungal
Creobic Antifungal Cream
mulai
RM6.99
Semak Krim Creobic Antifungal harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Berkesan selama 7 hari
add_circle Mengandungi bahan aktif
add_circle Bunuh kuman kurap sehingga ke akar
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Dengan menggunakan krim daripada CREOBIC ini, anda dapat membebaskan kulit anda daripada serangan penyakit kulit kurap anda.

Krim ini menyerang dengan mengganas dengan menggunakan triple-action treatment untuk membunuh kurap dan penyakit-penyakit kulat yang lain.

Selain itu, krim ini juga elok digunakan oleh orang dewasa dan juga pada bayi.

Dengan penggunaan yang konsisten, anda boleh merawat masalah kurap seawal 7 hari tau!

Ubat kurap celah kelangkang
Krim Tinea Aloe Vera Antifungal
Antifungal Aloe Vera Cream Tinea
mulai
RM6.40
Semak Krim Tinea Aloe Vera Antifungal harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan untuk ekzema
add_circle Tidak mengandungi bahan terlarang
add_circle Dapat hilangkan masalah gatal 3 hari
remove_circle Sedikit pedih

Krim lidah buaya ini boleh digunakan pada ahli keluarga anda yang sedang mengalami penyakit kurap mahupun ekzema.

Dengan kegunaan krim ini, rasa gatal yang dialami akan berkurangan dengan serta merta. 

Krim ini mampu mengawal keradangan yang dialami seawal tiga hari sahaja! 

Bagaimanapun, anda mungkin akan terasa sedikit pedih pada bahagian yang disapu jadi boleh cuba sapu sedikit dahulu untuk pastikan anda boleh tahan. 

Ubat kurap baby
Krim Ekzema Herbal Antibacterial
Sumifun Eczema Cream Treatment Antifungal
mulai
RM27.95
Semak Krim Ekzema Herbal Antibacterial harga dibawah:
add_circle Campuran ekstrak bahan semula jadi
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Tidak sesuai untuk kegunaan dalaman

Jika anda mengalami masalah gatal-gatal kulit seperti kurap, ruam, psoriasis, mengelupas atau gatal Sumifun Eczema Cream adalah pilihan terbaik.

Krim ini dapat menyelesaikan masalah anda dengan menyingkirkan bakteria dan fungus dengan berkesan sehingga ke akar.

Ini kerana kandungannya mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi seperti Phellodendri, Kochia Scoparia, Dictamni, DL-Menthol dan Cnidium monnieri.

Campuran bahan ini menjadikan sesuai untuk kegunaan setiap peringkat umur dari bayi sehingga orang tua.

Hanya sapu pada permukaan gatal 2 - 3 kali sehari.

Ubat kurap kepala
Ubat Anti Kurap - Medical for Elergic Skin
Ubat Anti Kurap - Medical for Elergic Skin
mulai
RM4.97
Semak Ubat Anti Kurap - Medical for Elergic Skin harga dibawah:
add_circle Berkesan selepas 3 hari
add_circle Tidak panas dan melekit
add_circle Tidak mengandungi steroid
remove_circle Sukar dapati di pasaran

Bagi anda yang mengalami gatal atau kurap yang terlalu teruk sehingga naik bahagian kepala, boleh guna krim ini.

Bukan saja sesuai untuk kurap pada bahagian kepala tapi untuk celah kelangkang atau celah badan juga.

Malah bagi mereka yang mengalami kudis buta, alergi, gatal, ruam, menghilangkan kesan parut atau psoriasis, boleh sapu krim ini.

Ini kerana bahannya diformulasi dengan ramuan tradisional 100% organik antaranya daun rerama, teras pokok jambu dan serbuk mutiara.

Sesuai untuk semua orang termasuk bayi dan tekstur tidak melekit atau panas malah wangi.

Ubat kurap kering
Ubat Kurap Cap Pokok Kelapa
Cap Pokok Kelapa Ubat Kurap 15g
mulai
RM9.90
Semak Ubat Kurap Cap Pokok Kelapa harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua masalah kulit gatal
add_circle Mengandungi bahan tradisional
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Bagi anda yang belum jumpa ubat yang sesuai untuk selesaikan masalah kegatalan kulit, boleh cuba produk ini.

Ubat ini dapat merawat masalah kulit gatal seperti panau, kulat air, kurap, alergi, gatal-gatal dan lain-lain.

Hanya sapu pada bahagian gatal tersebut dan biarkan sehingga kering.

Anda boleh gunakannya pada waktu pagi dan malam selepas mandi.

Ubat kurap di badan
Krim Ekzema / 藏藥皮寶15g
Eczema Cream  藏藥皮寶15g
mulai
RM2.67
Semak Krim Ekzema / 藏藥皮寶15g harga dibawah:
add_circle Boleh sapu untuk kegunaan dalaman
add_circle Tidak mengandungi steroid
add_circle Sesuai untuk masalah gatal
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita mengandung

Ubat gatal ini mengandungi bahan tradisional China dimana dapat menyelesaikan semua masalah gatal kulit.

Antaranya panau, kurap, ulat air, ruam, dermatitis, ekzema, psoriasis, kudis buta, gigitan nyamuk dan masalah kegatalan yang lain.

Jika anda mengalami kegatalan pada bahagian anus atau bahagian sulit wanita, boleh sapu ubat ini pada kawasan tersebut.

Tapi sebaiknya cuci bahagian alat sulit dengan air bersih dan sapukan dengan jumlah yang sesuai.

Walaupun kandungan bahannya tidak mengandungi steroid tapi untuk kegunaan wanita mengandung tidak digalakkan.

Ubat kurap untuk kanak-kanak
Ubat Kurap Hurix
Hurix
Ubat Kurap Hurix
mulai
RM26.90
Semak Ubat Kurap Hurix harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kegatalan
add_circle Boleh merawat ekzema
add_circle Murah
remove_circle Bukan untuk ekzema teruk

Adakah kulit anda gatal, mengelupas, atau memberikan bau yang kurang menyenangkan? 

Anda mungkin mengalami jangkitan kulat yang dinamakan sebagai ringworm. 

Jangan risau, ubat kurap dari Hurix ini mampu merawat dan mengurangkan jangkitan tersebut.

Malah, ia juga mampu merawat jangkitan kulat yang lain seperti tinea pedis dan tinea corporis, psoriasis dan ekzema. 

Bahan utama yang terdapat dalam produk ini adalah salicylic acid dan benzoic acid yang selamat digunakan untuk kanak-kanak.

Gabungan kedua-dua bahan tersebut boleh membuang sel-sel kulit mati dan juga merawat kerengsaan dan keradangan kulit yang disebabkan oleh ekzema atau jangkitan luka yang lain.

Ubat kurap cap senapang
Ubat Kurap Cap Tiga Senapang
Tiga Senapang
Ubat kurap  cap Tiga Senapang
mulai
RM3.20
Semak Ubat Kurap Cap Tiga Senapang harga dibawah:
add_circle Berkesan merawat panau
add_circle Murah
remove_circle Mempunyai kuantiti yang sedikit

Anda sedang mengalami jangkitan kurap di bahagian leher? Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada keyakinan diri anda.

Usah khuatir lagi kerana anda boleh cuba menggunakan ubat kurap cap Tiga Senapang yang sememangnya dikenali ramai!

Ia mempunyai kandungan salicylic acid 5.0% yang dapat merawat jangkitan kulat seperti kurap dan panau. 

Produk ini juga boleh dijadikan sebagai stok kecemasan sekiranya anda mengalami jangkitan kulat di masa akan datang.

Lepas ni tak perlu risau lagi kalau terkena jangkitan bakteria sehingga menyebabkan kurap, beli sekarang dan buat simpanan untuk masa kecemasan.

Ubat kurap di belakang badan
Krim Ekzema Psoriasis
Psoriasis Eczema Cream
Psoriasis Eczema Cream
mulai
RM4.00
Semak Krim Ekzema Psoriasis harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Beri kesan sejuk
add_circle Senang digunakan
remove_circle Tidak sesuai untuk baby

Rasa kegatalan yang dialami di belakang badan memang akan buat kita rasa tak selesa, lebih-lebih lagi semasa berada di luar rumah.

Jika begitu, anda boleh cuba guna cream ini yang merupakan 100% herba cina asli dengan harumannya yang sangat menyegarkan.

Bukan itu sahaja, ia dapat memberikan kesan sejuk selepas digunakan di kulit sekaligus dapat melegakan kegatalan.

Selain itu, produk ini juga sesuai digunakan untuk jangkitan kulat yang lain seperti ekzema, kurap tangan, lepuh, dan gigitan nyamuk.

Dengan harga yang murah memang tak akan rasa rugi beli produk ini.

Ubat kurap belakang badan
Set Sabun & Krim Daun Gelenggang
SET Sabun & Krim Daun Gelenggang
mulai
RM18.00
Semak Set Sabun & Krim Daun Gelenggang harga dibawah:
add_circle Boleh mengurangkan kegatalan
add_circle Bau yang wangi
add_circle Mampu menghilangkan kudis
add_circle Bekas yang besar
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Pening kepala memikirkan bagaimana hendak atasi masalah kurap air anda? Jangan risau sebab SET Sabun & Krim Daun Gelenggang mampu menyelesaikan masalah anda!

Sejak dulu lagi daun gelenggang memang terbukti dapat mengubati penyakit berkaitan dengan kegatalan kulit seperti kudis, panau, ruam dan juga kurap air.

Dengan inovasi terkini, anda hanya perlu sapu sahaja ubat ini di tempat yang gatal tersebut sebanyak 2 atau 3 kali sehari. 

Jadi, tidak perlu lagi tumbuk daun gelenggang dan campurkan dengan minyak untuk menghasilkan ubat kurap ini.

Walaupun nampak macam mahal, tapi anda sebenarnya akan dapat satu set penjagaan kulit daripada masalah gatal dan kurap.

Memang satu pembelian berbaloi, dan juga untuk penjagaan kulit berpanjangan.


Bagaimanakan Cara Terbaik Pilih Ubat Kurap?

Anda pernah mengalami kurap pada sesetengah badan?

Keadaan ini tidak hanya menyebabkan kegatalan yang teruk, malah boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.

Bagi membantu anda mengatasi masalah kurap, terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh diambil. 

Tapi, bagaimana cara memilih ubat kurap yang sesuai untuk anda?

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda memilih ubat kurap.

  • Bincang dengan doktor atau ahli farmasi

Doktor merupakan profesional yang terbaik untuk memberi nasihat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

Pastikan anda memberitahu mereka tentang sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang anda alami, supaya mereka dapat memberikan nasihat yang tepat.

  • Cari ubat yang mengandungi bahan aktif seperti ketokonazol atau miconazol

Kedua-dua bahan ini terbukti berkesan dalam mengatasi masalah kurap.

Pastikan ubat yang anda beli mengandungi salah satu daripada bahan aktif ini.

  • Pilih ubat yang sesuai untuk kulit anda

Ada beberapa jenis ubat kurap yang tersedia dalam pelbagai bentuk seperti cecair, losyen atau krim.

Pilihlah bentuk yang paling sesuai dengan jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan anda memilih ubat yang lembut dan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.

  • Baca label dengan teliti

Pastikan anda membaca label dengan teliti sebelum membeli ubat kurap.

Carilah maklumat tentang cara penggunaan yang betul, jangka masa penggunaan yang disyorkan dan sebarang maklumat tentang kesan sampingan yang mungkin timbul.

  • Jangan terlalu bergantung kepada ubat

Walaupun ubat boleh membantu mengatasi masalah kurap tetapi tidak akan menyelesaikan masalah ini secara kekal.

Jadi, pastikan anda mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti menjaga kebersihan serta menggunakan pakaian yang bersih dan kering.

Selain itu, elakkan bersentuhan dengan orang yang sedang mengalami masalah kurap.

Apa pun, jom kita lihat cara mengenali penyakit kurap dan cara mengatasinya.


Artikel Berkaitan

End of Article