Kecantikan

12 Ubat Krim Gatal Terbaik 2026 (Kulit Kering & Eczema)

Pelbagai jenis ubat gatal kulit paling berkesan untuk gatal alergi, Eczema, kurap dan kulit kering. Ini senarai krim gatal terbaik dan ubat hilangkan gatal.

A
Editor · Updated 3 Aug 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Ubat Krim Gatal Terbaik 2026 (Kulit Kering & Eczema)

Kulit merupakan organ badan paling besar jadi sangat penting untuk kita jaga dengan baik dan jika ada masalah kegatalan, cepat-cepat sapu ubat hilangkan gatal.

Kegatalan dan kerengsaan di bahagian kulit mungkin disebabkan oleh sakit kurap, kulit kering, masalah eczema atau gatal alergi.

Kandungan

Ada pelbagai jenis ubat gatal kulit paling berkesan dan krim gatal bagus yang anda boleh dapatkan di farmasi atau secara online.

Paling penting, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu jenis masalah kegatalan kulit yang anda hadapi dan baru buat pembelian ubat gatal kulit.

Jom lihat senarai krim gatal terbaik dan ubat gatal kulit terbaik untuk semua jenis kegatalan.


Senarai 12 Krim Ubat Gatal Terbaik

Ubat gatal traditional krim daun gelenggang asli
Krim gatal terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Ubat gatal traditional krim daun gelenggang asli
Dari RM9
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Merawat masalah kulit gatal ruam
Mengurangkan bau badan
Tekstur krim sedikit berminyak
2 lagi
Merawat panau
Bau berangin

Sebab menjadi pilihan utama;

Ubat Traditional Krim daun Gelenggang ini menggunakan 100% bahan asli untuk merawat masalah badan gatal, panau, semua jenis ruam seperti ruam peluh, ruam lampin atau ruam merah dan pelbagai masalah kulit lain. 

Ciri-ciri;

Dengan penggunaan yang konsisten, krim ini juga boleh mengurangkan masalah bau badan atau kaki dan membersihkan semula sel kulit mati serta tompok hitam pada siku atau bawah lengan. 

Jika anda mempunyai masalah kulit kering pada badan atau masalah kulit tumit pecah, sapukan sahaja krim ini di tempat yang terkesan. 

Paling penting, krim ini juga sesuai untuk merawat masalah kulit gatal pada anak kecil dan boleh mengurangkan kesan kulit mengelupas akibat eczema pada si manja anda. 

Cara penggunaannya mudah, anda perlu bilas dan lap kering dengan kering kulit yang bermasalah dan sapu rata Krim Gelenggang, anda boleh guna sekerap yang boleh untuk kesan yang cepat.

Review;

"Alhamdulillah krim gelenggang pakai cepat je berkesan takde gatal sangat.. sesuai utk kami 1 family.. kulit luka sikit2 pun cepat lega.." 

Krim kaki makan air
Krim gatal untuk kaki 2 daripada 12
3 LEGS TineaKare AntiFungal Cream 10g
3 LEGS
Dari RM11.30
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mengandungi bahan aktif Clotrimazole
Menghalang pembentukan kulat
Isi kandungan krim sedikit

Krim gatal Three Legs Tinea-Kare Anti-Fungal ini mengandungi Clotrimazole sebagai bahan aktif utama yang akan bantu menghalang pembentukan kulat pada kulit.

Selain dapat melawan jangkitan kulat, krim gatal untuk kaki ini juga dapat melegakan simptom yang berkaitan dengannya.

Ubat gatal kulit ini paling berkesan untuk kaki atlet, gatal-gatal, kurap, penghidap dermatomycoses akibat yis dan kulat.

Cara pemakaiannya amat mudah, anda hanya perlu sapu krim tersebut pada kawasan kulit yang bermasalah.

Krim ini akan memberikan kelegaan yang pantas terhadap jangkitan kulat pada kulit badan.

Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
Krim gatal untuk bayi/baby 3 daripada 12
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
Eucerin
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terbukti secara klinikal
Orang dewasa boleh guna
Perlu nasihat doktor untuk bawah 3 bulan
3 lagi
Diperkaya dengan Ceramide 3
Bantu kuatkan lapisan perlindungan kulit
Hanya untuk ekzema ringan

Ubat gatal kulit jenama Eucerin ini sangat sesuai kanak dan si manja anda yang mempunyai masalah kulit.

Krim gatal ini mengandungi Oatmeal semula jadi yang akan bantu menyelesaikan masalah kulit yang kering dan kegatalan pada kulit atau eczema.

Selain itu, kaya dengan formulasi Licochalcone yang dapat membantu menyurutkan kesan kemerahan dan rasa gatal kulit pada si kecil anda.

Malah, Ceramide yang terkandung dalam krim ini juga dapat menguatkan perlindungan terhadap kulit serta memperbaiki keadaan kulit anda.

Jangan risau, krim gatal ini sesuai untuk kegunaan orang dewasa dan bayi 3 bulan ke atas kerana bebas dari bahan pewarna, pewangi dan juga steroid.

Bagaimanapun, untuk bayi 3 bulan ke bawah kami nasihatkan anda untuk dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan produk ini.

Ubat gatal untuk ibu mengandung 4 daripada 12
Buds Organics Cherished Organics Belly Stretch Mark Cream (150ml)
Buds Organics
Dari RM59.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk ibu hamil
Rawat tanda regangan pada perut
Harga mahal
1 lagi
Kurangkan rasa gatal

Pada usia kehamilan menghampiri trimester ketiga, ada sesetengah ibu mengandung akan rasa kegatalan pada perut dan boleh menyebabkan rasa kurang selesa. 

Buds Organics Cherished Organics Belly Stretch Mark Cream (150ml) ini dapat memberikan kelegaan untuk kulit yang kering dan menghindari risiko kemunculan tanda regangan atau selulit pada ibu hamil. 

Diperkaya dengan ramuan minyak Jojoba, minyak matahari, lidah buaya dan juga minyak Tamanol yang akan melembapkan dan menyihatkan kulit anda daripada kerengsaan kulit.

Cara pemakaian sangat mudah, anda hanya sapu dua kali sehari pada perut anda yang semakin membesar.

Beri perhatian khusus kepada kulit bahagian bawah perut yang mungkin menjadi sangat gatal menjelang akhir kehamilan anda.

Krim ini juga boleh digunakan di kawasan lain seperti payudara dan bahagian celah peha anda.

Cetaphil Moisturizing Cream 453gm
Krim kulit kering dan gatal 5 daripada 12
Cetaphil Moisturizing Cream
Cetaphil
Dari RM104.06
Lihat harga di Lazada Malaysia
Ada teknologi Moist Lock
Diperkaya dengan sweet almond oil
Tekstur sedikit tebal
2 lagi
Disahkan oleh dermatologis
Bebas pewangi

Krim gatal kulit jenama Cetaphil ini telah disahkan secara klinikal mampu melembapkan kulit dan merawat kulit gatal dengan cepat dan berkesan.

Produk ini sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah eczema dan kulit kering.

Apa yang menarik tentang krim gatal ini adalah menggunakan formula yang unik dimana mampu mengekalkan hidrasi pada permukaan kulit supaya kulit kekal lembab.

Jangan risau, krim ini tidak melekit dan sangat sesuai dipakai pada tangan, kaki, siku, lutut, bahagian muka dan kawasan lain yang kering.

Selain itu, produk Non-Comedogenic ini bebas Lanolins, Parabens, serta bahan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.

Shaklee Herbal Blend Multi Purpose Cream
Ubat gatal kulit kanak-kanak 6 daripada 12
Shaklee Herbal Blend Multi Purpose Cream
Dari RM34.97
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dirumus daripada herba semula jadi
Membantu menyelesaikan masalah chicken pox
Produk terhad
1 lagi
Sesuai untuk kanak-kanak

Shaklee herbal Blend Multi Purpose Cream ini dapat melegakan masalah kegatalan pada kulit dan sesuai dijadikan losyen harian untuk kulit kering.

Krim gatal ini telah diuji secara klinikal berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang mengelupas dan keras pada lutut, siku dan kaki.

Dengan kesejukan bahan mentol dan tidak melekit dapat memberikan keselesaan kepada mereka yang menggunakannya.

Apa yang menarik, krim ini dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

Fungsi krim ini juga dapat membantu mengeringkan chicken pox dan mengurangkan kesan parut chicken pox.

Selain itu, dapat meredakan gigitan nyamuk terutamanya pada anak kecil serta meredakan ruam lampin pada bayi.

Malah, dapat menyelesaikan masalah tumit pecah atau merekah, kulit kering serta meredakan masalah jerawat atau bekas jerawat.

Paling penting, krim gatal ini bebas Paraben, bahan kimia, tidak beracun dan sesuai untuk semua golongan.

Creobic Cream Krim Creobic Antifungal
Krim untuk gatal celah kelangkang/celah paha 7 daripada 12
Creobic Cream Krim Creobic Antifungal
Dari RM8.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rawat masalah gatal-gatal
Elak jangkitan kulat pada pangkal paha
Perlu sapu 10 hari berturut-turut
1 lagi
Mudah menyerap

Creobic Cream ini berfungsi untuk merawat masalah gatal-gatal, kulit terbakar, kulit mengelupas dan kurap.

Selain itu, dengan penggunaan konsisten selama 10 hari akan bantu anda mengurangkan jangkitan kulat pada pangkal paha.

Krim ini sangat sesuai untuk mereka yang aktif dalam aktiviti pendakian atau sukan lasak. 

Cara guna Creobic krim gatal ini sangat mudah, anda perlu sapukan lapisan nipis krim pada kawasan yang terkesan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari selama 10 hari. 

Perlu kami ingatkan yang krim Creobic ini hanya sesuai kegunaan pada permukaan kulit sahaja.

Selepas mandi, anda boleh cuci kawasan yang terlibat dengan sabun dan air, keringkan semula dengan baik dan terus sapu semula krim ini.

Pastikan anda simpan krim ini dalam suhu bilik dan jauh dari cahaya matahari untuk mengelakkan ubat mudah rosak. 

Krim herbal hilang gatal Miss V
Krim gatal kemaluan 8 daripada 12
Krim herbal hilang gatal Miss V
Dari RM3.57
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghilangkan masalah gatal dibahagian kemaluan
Berfungsi sebagai antifungal
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Sesuai untuk lelaki

Krim herbal ini sangat sesuai untuk menghilangkan masalah gatal pada bahagian sulit wanita dan boleh digunakan pada kemaluan lelaki.

Selain itu, penggunaan kri ini dapat menyelesaikan masalah gatal pada bahagian kulit serta merawat masalah buasir.

Ubat hilang gatal ini juga berfungsi sebagai antifungal yang akan bantu menghentikan pembentukan bakteria atau kulat seperti Staphylococcus Aureus, Candida Albicans dan Escherichia Coli.

Cara penggunaannya amat mudah, anda hanya perlu sapu serta urut pada bahagian luar kulit secara berterusan sehingga ubat meresap pada setiap waktu pagi, petang dan malam.

Jangan risau, krim ini mempunyai jangka hayat yang agak panjang iaitu selama dua tahun jadi anda boleh simpan untuk penggunaan kemudian hari.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah alahan kepada produk ini, dinasihatkan untuk berhenti dari memakainya.

Elakkan dari memakan atau terkena mata serta perlu pengawasan dewasa jika kanak-kanak memakai krim ini.

Untuk wanita hamil atau ibu yang menyusu pula, sebaiknya dapatkan nasihat doktor atau pihak farmasi terlebih dahulu.

VK Dermsolve Lotion
Krim untuk eczema 9 daripada 12
VK Dermsolve Lotion
Dari RM65.04
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Krim tidak berminyak
Mudah meresap ke dalam kulit
Krim sedikit berangin
3 lagi
Melembutkan kulit
Baiki semula kulit rosak
Krim tidak melekit

Krim gatal keluar VK Dermsolve ini dapat menghidrasikan kembali untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dengan melembapkan kulit.

Produk ini juga dapat melegakan kegatalan pada kulit selain mampu membaiki dan memulihkan kulit yang rosak secara semula jadi.

Menariknya lagi, penggunaan yang konsisten dapat memulihkan semula kulit anda sekaligus menjadikan kulit kelihatan muda dan sihat.

Walaupun krim ini sedikit berangin, krim ini sangat sesuai untuk pesakit eczema, mengurangkan kesan kulit kemerahan, mudah menyerap dan tidak melekit. 

Antifungal Aloe Vera Cream Tinea
Krim gatal lidah buaya 10 daripada 12
Krim Tinea Aloe Vera Antifungal
Dari RM6.40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh digunakan untuk ekzema
Tidak mengandungi bahan terlarang
Sedikit pedih
1 lagi
Dapat hilangkan masalah gatal 3 hari

Krim lidah buaya ini boleh digunakan pada ahli keluarga anda yang sedang mengalami penyakit kurap mahupun ekzema.

Dengan kegunaan krim ini, rasa gatal yang dialami akan berkurangan dengan serta merta. 

Krim ini mampu mengawal keradangan yang dialami seawal tiga hari sahaja!

Selain kurap, krim ini juga sesuai digunakan untuk merawat eczema dan atasi kulit kering.

Sumifun Eczema Cream Treatment Antifungal
Krim untuk ruam dewasa 11 daripada 12
Krim Ekzema Herbal Antibacterial
Dari RM27.95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Campuran ekstrak bahan semula jadi
Sesuai untuk semua peringkat umur
Tidak sesuai untuk kegunaan dalaman

Jika anda ada masalah gatal-gatal kulit seperti kurap, psoriasis, ruam, mengelupas atau gatal, Sumifun Eczema Cream adalah pilihan terbaik untuk anda.

Salah satu ubat kurap paling berkesan dalam menghilangkan bakteria dan fungus hingga ke akarnya.

Ini kerana kandungannya yang terdiri daripada ekstrak tumbuhan semula jadi seperti Phellodendri, Kochia Scoparia, Dictamni, DL-Menthol dan Cnidium monnieri.

Campuran bahan dalam krim ini sesuai untuk digunakan pada semua peringkat umur, dari bayi sehingga orang tua.

Cukup sapukan krim ini pada kawasan kulit yang gatal 2-3 kali sehari. 

Krim Herba XUANDI Gatal Cream Kurap
Krim gatal kurap 12 daripada 12
Krim Herba XUANDI Gatal Cream Kurap
Dari RM2.35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Merawat masalah kurap
Kurangkan rasa gatal
Tidak sesuai untuk ibu mengandung & menyusu
3 lagi
Sesuai untuk jerawat
Krim mudah menyerap
Kuantiti krim sedikit

Untuk anda yang mencari krim gatal kurap, boleh cuba dapatkan Krim Herba XUANDI Gatal Cream Kurap ini. 

Bukan sahaja sesuai untu masalah kulit kurap dan gatal, produk ini juga boleh merawat ruam merah kulit, kudis serta masalah kayap ringan. 

Turut sesuai digunakan untuk merawat kulat air pada kulit dan bagus untuk kurangkan rasa gatal sebab habuk atau hama kecil di rumah. 

Jika anda ada masalah jerawat, krim ini juga sesuai untuk mengurangkan jerawat di muka atau badan dengan baik dan berkesan. 

Cara penggunaan sangat mudah, anda perlu ambil sedikit krim pada jari, sapukan terus pada bahagian yang sakit dan biarkan krim kering dengan baik. 

Bagaimanapun, kami perlu ingatkan yang krim ini tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung atau ibu menyusu.


Adakah Kulit Kering Boleh Menyebabkan Kegatalan?

Penjagaan kulit amat penting, jadi kalau rosak bahagian kulit, automatik kesihatan akan mudah terganggu.

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, ramai mengalami masalah kulit kering pada bahagian peha, kaki, lengan dan sisi abdomen. 

Sehinggakan menjadi persoalan adakah masalah ini akan menyebabkan kegatalan kulit?

Pertama sekali, anda perlu lihat simptom kulit kering yang boleh menyebabkan kegatalan.

  • Rasa tegang pada permukaan kulit terutamanya selepas mandi 
  • Tekstur kulit kasar, bersisik dan mengelupas.
  • Terdapat rekahan atau garisan halus pada kulit.
  • Kulit menjadi kemerah-merahan dan pedih apabila disentuh atau digaru

Jika terdapat semua simptom diatas kami sarankan pergi ke farmasi untuk membeli ubat gatal atau berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan.

Bukan apa, jika anda tidak merawat kulit kering gatal tersebut, pendarahan boleh berlaku kerana kulit mula menipis dan rosak.

Tapi jika simptom di atas tidak ada tapi tekstur kulit kelihatan kering dan tidak bermaya, lakukan perkara ini untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

  • Minum air secukupnya kerana kulit memerlukan 70% air untuk kekal lembab.
  • Sapu losyen pelembab pada bahagian kulit kering selepas mandi dan sebelum tidur.
  • Mandi air panas dalam tempoh pendek kerana dapat membuka pori kulit dan membolehkan air mencuci minyak yang tersumbat supaya kulit dapat bernafas.

Apa pun, jom kita lihat video penerangan ringkas dari Doktor Ikram Rauhi tentang kegatalan kulit.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation