Ekzema merupkan salah satu penyakit kulit gatal yang selalu terjadi pada kanak-kanak, tapi boleh juga terjadi kepada semua peringkat umur.
Lebih teruk lagi, tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit kulit ini.
Antara simptom eczema kulit adalah, kulit menjadi kemerah-merahan, kulit menjadi panas, terasa gatal atau miang dan lain-lain.
Jadi, salah satu cara mengatasi penyakit ini adalah menggunaan sabun kulit gatal yang tepat.
Jom kenali sabun untuk kulit gatal alergi yang anda boleh guna.
Isi Kandungan
- Senarai 10 Jenis Sabun Terbaik Untuk Kulit Eczema
- Cara Merawat Eczema Dewasa
- Punca Kulit Kering & Gatal
- Jenis Kulit Gatal
- Artikel Berkaitan
Senarai 10 Jenis Sabun Terbaik Untuk Kulit Eczema
- Puracy Natural Body Wash
- Aveeno Skin Relief Body Wash
- Cetaphil Ultra Gentle Body Wash
- CeraVe Hydrating Body Wash
- Olay Ultra Moisture Shea Butter Body Wash
- Vanicream Gentle Body Wash
- Eucerin Skin Calming Body Wash
- Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
- Sebamed Liquid Face Body Wash
- Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
‘Kulit yang mempunyai masalah eczema sangat sesuai menggunakan sabun ini kerana kulit menjadi lembut dan berbau wangi tanpa menyebabkan kegatalan.’
Ciri-ciri:
Bagi pilihan dari koleksi mandian Dove, sabun mereka mempunyai pelbagai bau dan fungsi.
Jadi, jika anda menghadapi masalah kulit kering dan gatal, ands disarankan menggunakan Dove sensitive skin nourishing body wash.
Ini kerana kadungan bahan yang terdapat pada setiap pilihan berbeza dan ini adalah pilihan terbaik bagi kulit gatal kerana bebas dari hypoallergenic yang menyebabkan keradangan, kegatalan akibat eczema.
Paling penting, lulus dari ujian determalogis kerana bahan dari mandian Dove ini membuatkan kulit tidak gatal serta menjadikan tekstur kulit lembab.
Harganya yang juga murah dan mudah didapati di drug store sahaja, yang murah tidak semestinya tidak berkualiti tau!
Review:
‘Kesan gatal dan kemerahan akibat eczema berkurangan, kulit rasa lembut dan lembab sepanjang hari’.

Sabun Puracy natural wash ini telah mendapat recommend dari pakar dermatologi di California.
Ini kerana kandungan bahan utama adalah bebas dari sulfate dan paraben yang menjadi punca utama bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif atau kulit eczema.
Sabun untuk kulit gatal ini sangat sesuai digunakan kerana sabun ini mempunyai label hypoallergenic yang bebas dari bahan kimia.
Selain itu, boleh menyebabkan iritasi pada kulit kering dan gatal.
Harganya yang agak mahal tetapi sangat berbaloi jika anda menghadapi masalah kulit eczema!

Kandungan pH yang rendah menjadikan sabun ini sangat bagus untuk kulit kering dan gatal.
Bukan itu sahaja kandungan utamanya adalah oat yang membuatkan kulit menjadi lebih lembut.
Tambah pula kandungan glycerin yang tinggi menjadikan kulit kekal lembab sepanjang hari.
Kebiasaanya sabun sintetik akan menyebabkan kulit menjadi kering kerana sabun tersebut bertindak menyingkirkan hasil minyak asli yang terhasil dari badan.
Kini tidak lagi dengan Aveeno skin relief body wash free-soap, kerana dapat membersih badan dengan bahan yang selamat digunakan.

Tahukah anda, penggunaan sabun badan yang tidak sesuai boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan terjadinya jerawat?
Dengan Cetaphil ultra gentle body wash fragrance free refreshing tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat dan menyebabkan berlakunya jerawat.
Bahan utamanya adalah aloe vera dan juga vitamin B5, yang menjadikan kulit lebih lembut tanpa berlakunya kulit gatal dan kering.
Bebas pewangi yang boleh menyebabkan terjadinya kegatalan pada anda yang menghadapi masalah kulit eczema.

Tekstur dari mandian CeraVe ini seakan pelembab dan tidak terlalu berbuih untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda.
Dengan bercirikan fragrance free sabun ini sesuai bagi mereka yang mempunyai alergi kulit gatal.
Ini kerana bauan yang ada pada setiap mandian merupakan bahan kimia yang tidak elok untuk kulit sensitif.
Selain itu, bahan utama seperti ceramides ini yang akan membantu memperbaiki sel-sel kulit, melembabkan kulit, melindungi kulit agar tidak kering dan iritasi.
Kesan yang paling best, bila gatal dan kering akibat eczema ini membuatkan kulit mempunyai tiny bump dan juga tidak lembut.
Bila guna CeraVe, kulit semakin lembut dan tiada lagi masalah kulit kering dan gatal. Mahal tetapi berbaloi!

Shea butter sangat terkenal untuk melembabkan kulit, dan Olay mengolahnya menjadi body wash untuk anda yang menghadapi penyakit kulit kering dan juga gatal.
Malah, terdapat juga bahan sodium benzoate yang dapat melawan kulit akibat kegatalan pada badan.
Bukan itu sahaja, Olay menambah kandungan mineral oil yang dapat memberi kesan melembabkan kulit.
Walaupun harganya agak mahal dan sukar didapati dalam pasaran, rata-rata review mengatakan selepas menggunakan sabun untuk kulit eczema ini makin berkurangan.

Kandungan Paraben merupakan bahan yang menyebabkan kegatalan dan iritasi pada setiap orang yang mempunyai masalah kulit eczema.
Jadi bahan yang terdapat pada Vanicream gentle body wash ini adalah paraben free yang menjadikan kulit anda lembut dan mengurangkan keradangan.
Bahan seperti panthenol dan juga glycerin membuatkan kulit anda yang kering seperti flaky, menjadi lembut dan lembab.
Menjadi sabun yang disarankan dari determalogis dan kesan seawal 6 minggu penggunaan.
Cuma harga mahal tapi sangat berbaloi untuk anda cuba dan rasai sendiri hasilnya!

Eucerin merupakan jenama terbaik bagi kulit sensitif dan mendapat kelulusan dari dermatologis.
Soap adalah bahan yang menghasilkan banyak buih sehingga boleh menyebabkan iritasi serta mengeringkan kulit sensitif.
Tetapi Eucerin merupakan soap free dan memberi kelembutan pada kulit.
Walaupun bercirikan soap free, tapi kulit anda bersih dari segala kotoran dan dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan gatal.
Ingin kami ingatkan tak semestinya sabun yang banyak buih itu membersihkan kulit anda tau.
Bahan lain seperti Omega oil semula jadi ini menjadikan kulit anda kekal lembab dan lembut.

Bayi sememangnya sangat sensitif terutama pada kulit mereka, jadi Aveeno adalah pilihan terbaik untuk jadikan Aveeno sebagai mandian untuk bayi.
Ini kerana Aveeno merupakan jenama yang disarankan dari Pediatrician.
Bukan apa, bebas paraben merupakan pilihan baik bagi setiap mandian untuk bayi anda.
Tidak menyebabkan iritasi dan kegatalan pada kulit bayi yang masih lagi bersih dari bahan kimia.
Malah, kandungan oat dapat melembutkan kulit dan memberikan kesan lembab sepanjang hari.
Jadi anda membersihkan kulit bayi tanpa merosakan skin barrier akibat bahan kimia.
Kulit bersih dan sihat dengan Aveeno.

Sabun Sebamed merupakan jenama yang tidak asing bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal akibat eczema.
Mungkin mudah didapati pada setiap drug store, farmasi atau secara online.
Tambah pula teksturnya tidak terlalu berbuih dan tiada bau wangi.
Ini bermakna, mandian ini tidak mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit badan.
Kulit sensitif akibat eczema hanya sesuai dengan mandian yang rendah kandungan pH.
Walaupun tidak memberikan bauan harum pada badan, kulit badan tampak lebih lembut dan tiada masalah kegatalan lagi!
Cara merawat Eczema Dewasa
Bayangkan gatalnya terasa miang sehinggakan tidak mampu untuk melakukan kerja seharian.
Malangnya, rawatan kulit gatal bukanlah perkara yang mudah tapi merawat dengan mencuba itu adalah wajib.
Bermula dari perkara paling asas iaitu keadaan di rumah wajib berada dalam keadaan bersih dan menggunakan air purifier agar udaranya terjaga.
Selain itu, sering basuh dan tukar tuala, pakaian, cadar dan sarung bantal.
Sabun basuh baju juga merupakan faktor utama penyumbang utama kepada kulit gatal.
Jika anda mengalami iritasi dan kegatalan. Tukar sabun tersebut tau!
Sebaiknya gunakan sabun yang khas untuk kulit eczema dan pakai pelembab sesudah mandi.
Pemakanan juga harus dititik beratk kerana ada yang mudah alergi dengan makanan laut.
Paling penting, dapatkan nasihat dari doktor untuk dapatkan bekalan ubat yang sesuai untuk kulit anda.
Apa pun jom dengarkan ulasan ringkas dari temu bual cara rawat kulit gatal dari pakar.
Punca Kulit Kering & Gatal
Kulit kering dan gatal berpunca dari pelbagai faktor. Ada yang dapat penyakit ini dari keturunan, akibat makanan, tidak menjaga kebersihan dan lain-lain.
Antara faktor yang sering kita tahu adalah akibat hormon badan yang terlalu sensitif, tidak boleh berpeluh, terkena habuk, bulu kucing.
Setiap dari faktor ini, boleh menyebabkan iritasi sehingga kulit menjadi kering dan gatal.
Menggunakan bahan pencuci yang terlalu tinggi kandungan kimia dan juga bahan yang boleh menyebabkan iritasi.
Oleh itu, jaga pemakanan, tempat tingga;, pilih sabun yang baik untuk kulit dan juga kerap menggunakan pelembab.
Mari kita lihat penjelasan ringkas punca kulit gatal dari video berikut.
Jenis kulit gatal
Kulit sering gatal dan anda tidak tahu masalah sebenar?
Malah, menjadi tanda tanya sama ada berbahaya atau tidak sehinggaboleh merebak?
Jom kenali beberapa jenis kulit gatal dan simptomnya:
- Eczema merupakan ruam atau iritasi yang menyebabkan kulit menjadi merah dan panas.
Rasanya miang sehingga mengganggu tidur dan kerja seharian. Tidak berjangkit pada orang lain dan memerlukan rawatan.
- Kurap adalah sejenis kulat yang terjadi akibat tidak menjaga kebersihan atau anda berjangkit dengan si pembawa virus ini.
Bahagian kulit menjadi kering, gatal, dan bersisik.
- Psoriasis pula merupakan penyakit kulit kronik berwarna merah, bersisik dan boleh menebal pada kulit.
Tidak menjangkiti orang lain dan tandanya adalah kulit menjadi kering sehingga berdarah.
Gatal dan rasa terbakar pada kulit, sering berlaku pada kulit kepala, siku dan punggung.
- Herpes boleh terjadi pada dua bahagian di mulut atau bahagian alat kelamin.
Penyakit ini berjangkit yang sering berlaku akibat perkongsian tuala atau berus gigi.
Herpers merupakan sejenis penyakit kulit gatal yang kudis berair, rekahan kulit pada tepi bibir. Boleh juga terjadi ulcer pada selaput putih pada bahagian lidah.
Apa pun jaga diri, dan segera berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat jika anda mengalami penyakit kulit.