Jeragat dan jerawat tidak muncul pada bahagian wajah saja tapi boleh timbul pada bahagian yang mempunyai folikel rambut dan mempunyai kelenjar minyak berlebihan (sebaceous glands).
Antaranya leher, badan belakang, pinggul, lengan, bahu, dada, leher dan kawan yang berbulu.
Untuk mengelakkan masalah ini, badan haruslah dicuci dengan bersih dan diberus sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Tapi jika anda sudah mengalami masalah ini, haruslah pakai sabun untuk jerawat badan.
Tak tahu mana satu sabun hilangkan jerawat badan? Jom lihat senarai di bawah.
Senarai 14 Sabun Hilangkan Jerawat Badan
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Dengan formulasi AHA, sabun mandi ini boleh membunuh bakteria yang menjadi penyebab jerawat.
Ciri-ciri;
Terdapat kandungan BHA dalam produk Grace and Glow yang mampu membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat.
Manakala bahan PHA pula boleh membaiki tona kulit yang tak sekata dan bagus untuk melembabkan kulit agar tiada lagi masalah kulit kering.
Selain itu, turut mengandungi Centella Asiatica yang bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan lapisan perlindungan kulit.
Review;
‘Walaupun tak menghasilkan banyak buih tapi sabun gel ni dapat membantu untuk kurangkan jerawat belakang badan."

Waktu mandi anda akan jadi lebih seronok dan tenang dengan adanya sabun hilangkan jerawat badan jenama T3 ini.
Bukan apa, sabun ini bukan saja berkesan bertindak terhadap bakteria penyebab jerawat, malah boleh membersihkan pori tersumbat kerana mengandungi minyak Tea Tree Australia semula jadi.
Dalam masa yang sama, kandungan pH 5.5 yang rendah menjadikan produk ini selamat dipakai pada kulit.

Sabun yang berasaskan sulfur dan salicylic acid ini boleh mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit.
Sekaligus boleh exfoliate kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati dan boleh menghalang liang pori daripada tersumbat.
Turut mengandungi emollient untuk meremajakan serta melembutkan kulit yang bermasalah.
Tak perlu ragu untuk guna sabun ini pada badan sebab tiada SLS.

Mencari sabun mandi jerawat yang halal? Kami sarankan guna produk Nixoderm yang mengandungi 10% sulfur ini.
Bahan ini bersifat antibakteria di mana boleh membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan masalah kulit seperti pori tersumbat.
Berkesan juga untuk melegakan jerawat pada tubuh sekaligus melindungi badan anda dari berbau busuk atau kepam.
Dengan penggunaan yang konsisten, sabun ini juga boleh lembutkan kulit kerana mengandungi emollient.

Sabun mandi bentuk buku Himalaya ini boleh melawan jangkitan bakteria seperti bisul, ulcer dan jerawat badan.
Ini kerana kandungannya kaya dengan bahan Neem yang boleh menyelesaikan masalah ini.
Turut diperkaya dengan kunyit sebagai antiseptik untuk melegakan kulit.
Dalam masa yang sama herba ini boleh meratakan semula tona warna kulit anda.
Boleh digunakan pada semua jenis kulit kerana ia tidak mengandungi paraben. Sebarang kekotoran pada kulit juga boleh dibersihkan.
Hasilnya, lepas mandi badan akan terasa segar malah kulit juga nampak berseri.

Sabun Sebamed merupakan jenama tidak asing bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal akibat eczema.
Mungkin mudah didapati pada setiap drug store, farmasi atau secara online.
Tambah pula teksturnya tidak terlalu berbuih dan tiada bau wangi.
Ini bermakna, mandian ini tidak mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit badan.
Kulit sensitif akibat eczema hanya sesuai dengan mandian yang rendah kandungan pH.
Walaupun tidak memberikan bauan harum pada badan, kulit badan tampak lebih lembut dan tiada masalah kegatalan lagi!

Jenama Cetaphil ini tak perlu diperkenalkan lagi kerana memang menjadi pilihan ramai terutamanya di Malaysia.
Terdapat dua cara untuk menggunakan sabun ini iaitu tanpa air dan dengan air.
Jika mahu gunakan tanpa air, anda perlu menggosok sabun ini pada muka dan kemudian hanya perlu guna kain atau tuala lembut untuk membersihkannya.
Kulit anda akan tetap terjaga walaupun ketika ketiadaan air dan ini antara faktor yang menjadikannya produk ini antara yang terbaik.
Malah, selain sesuai untuk wajah, boleh digunakan pada seluruh badan kerana produk penjagaan diri ini mengandungi pH seimbang.
Sabun ini diformulasikan khas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan bayi atau kanak-kanak sebab tak akan memedihkan mata.

Sabun mandi keluaran SOMEBYMI ini mengandungi AHA dan BHA yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan sebum berlebihan pada badan.
Bagi yang mengalami masalah body acne, produk ini memang terbaik sebab ia diformulasikan dengan Salicylic Acid untuk mengurangkan jerawat belakang badan dan dada.
Lagi bagus, sabun mandi gel ini tidak menyebabkan ketegangan kulit selepas mandi.
Buih-buih mikro yang dihasilkan oleh body wash ini pula boleh bersihkan kekotoran badan.

Bagi anda yang mahukan sabun mandi sesuai untuk seisi keluarga yang mengandungi pH 5.5 untuk kesihatan kulit, memang bagus untuk cuba produk Johnson’s ini.
Kulit bakal jadi lebih lembut dari sebelumnya kerana ia telah diformulasikan dengan pelembab.
Ia jenis soap-free dan telah diuji secara klinikal untuk digunakan dengan selamat oleh anda.

Jika anda mengalami masalah badan berpeluh yang terlalu banyak sehingga menyebabkan bau masam, apa kata cuba sabun bentuk buku yang mengandungi klorofil ini.
Ia sesuai untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, panau, kurap dan gatal-gatal.
Boleh dipakai oleh semua peringkat umur. Bau sabun untuk jerawat badan ini juga segar sebab ada minyak pati serai wangi dan minyak pati kayu putih.

Sabun mandi Neutrogena ini bukan sahaja boleh melawan jerawat di bahagian belakang badan, dada dan bahu malah bagus juga untuk menyegarkan tubuh selepas seharian penat bekerja.
Ia mengandungi 2% saliyclic acid dan ini menjadikannya produk terbaik untuk masalah badan cenderung berjerawat.
Paling best, sabun mandi ini tidak mengeringkan kulit. Baunya juga tak kurang wanginya dan juga segar.

Produk mandian yang tidak mengandungi minyak ini pula memang diformulasikan khas untuk mengurangkan masalah jerawat badan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tak kira lah jerawat di belakang badan, bahu mahupun dada, semuanya dapat dilawan dengan skrub Nuetrogena ini.
Ia tidak mengandungi manik-manik mikro plastik, jadi tidak menyebabkan iritasi dan
Bagus juga untuk menghalang jerawat badan baru daripada tumbuh pada kulit kerana ia tidak menyebabkan pori tersumbat.

Sabun mandi jenis gel dengan Salicylic Acid dan minyak Tea Tree ini boleh menyelesaikan masalah back acne yang sedang anda hadapi sekarang.
Selain itu, formula sabun Cosmodern yang tidak merengsakan kulit ini juga bersifat anti bakteria. Barulah segala kekotoran akan terhapus ketika mandi.
Sesuai untuk kulit normal atau berminyak dan tiada masalah untuk digunakan oleh remaja dan orang dewasa.
Yang penting, ia halal dan tidak terasa melekit pada kulit.
Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Pada Badan?
Selain menggunakan produk penjagaan diri yang sesuai dengan jenis dan masalah kulit badan, kita juga perlu lakukan tips berikut untuk hilangkan jerawat badan.
- Kurangkan stres
- Elakkan memicit jerawat
- Guna sabun mandi antibakteria
- Pakai pakaian yang bersih & longgar
- Makan makanan yang sihat & berkhasiat
- Kurangkan pengambilan gula & makanan berlemak
- Elakkan guna berus mandi/loofah ketika mandi
- Pilih sabun mandi yang lembut pada kulit
- Guna produk mandian yang khas untuk jerawat badan
Anda boleh tontotn video di bawah untuk mengetahui cara yang lebih berkesan.
Cara Memilih Sabun Muka Untuk Kulit Berjerawat
Untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat, boleh cuba cara yang dikongsikan ini untuk pilih sabun muka terbaik.
- Pilih sabun jenis non-abrasive
- Elakkan dari guna sabun yang ada bahan pewangi
- Cari produk yang lembut pada kulit (gentle on skin)
- Cara sabun yang ada glycerin, ceramides, hyaluronic acid
Pilih produk yang diformulasikan dari salicylic acid & benzoyl peroxide sebab bahan-bahan ini boleh melawan jerawat.