Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
krim jeragat terbaik

11 Krim & Produk Hilangkan Jeragat Terbaik & Berkesan 2023

Berkesan memudarkan tompokan jeragat yang degil!

Faktor usia menyebabkan kita perlu lebih mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah lebih-lebih lagi apabila masalah jeragat timbul.

Kalau muka dah berjeragat teruk, secara tak langsung akan kita akan kelihatan tua dan kulit menjadi kusam. 

Untuk rawat masalah ini adalah menggunakan skincare untuk jeragat paling berkesan supaya dapat hilangkan jeragat di muka.

Cuma, apa yang menjadi masalah adalah untuk mencari produk hilangkan jeragat yang betul untuk kesesuaian jenis muka.

Jadi bagi memudahkan kerja anda untuk mencari produk jeragat yang betul, kami senaraikan beberapa ubat jeragat paling berkesan.


Senarai 11 Produk Krim Jeragat Terbaik

Krim jeragat terbaik secara keseluruhan
Palmer's
palmer krim jeragat
Semak Palmer's Skin Success Anti-Dark Spot Fade Cream (75g) harga dibawah:
add_circle Mengandungi retinol
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Kesan seawal 2 minggu
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama dari Palmer's sinonim dengan perawatan kulit berasaskan bahan-bahan semulajadi dan klinikal. 

Ciri-ciri:

Krim jeragat ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh dipakai sama ada perempuan atau lelaki.

Sangat berkesan untuk memudarkan kesan tompokan jeragat dan bekas jerawat dalam masa hanya dua minggu sahaja. 

Malah krim ini dapat membantu mengurangkan tompokan pigmentasi yang baharu malah mampu digunakan sebagai pelembap pada wajah anda.

Krim jeragat Palmer's diformulasi bersama retinol iaitu bahan klinikal yang dapat mengurangkan garis halus, kedutan serta tanda-tanda penuaan yang lain. 

Jadi anda patut cuba dan kurangkan jeragat dengan krim ini segera.

Review:

“Penyerapan yang pantas dan tidak membuatkan kulit melekit, sangat disarankan untuk pakai bila waktu malam,”

Krim vitamin E untuk jeragat
Cosmoderm
cosmoderm krim jeragat
Semak Cosmoderm Vitamin E Cream 3000IU with Rosehip Oil (50ml) harga dibawah:
add_circle Produk 'lifesaver' untuk yang alami parut
add_circle Tiada masalah 'breakout'
add_circle Sesuai untuk kulit kering & kusam
remove_circle Bertekstur tebal dan mudah melekit

Krim ini diperkaya dengan minyak Rose Hip dan Vitamin E, sangat berkhasiat dan dapat membantu melindungi kulit.

Krim ini akan menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki beberapa masalah. Antaranya;

  • Mengurangkan parut jerawat dan jeragat
  • Melembabkan kulit kering
  • Memperbaiki tekstur kulit rosak
  • Mengurangkan warna kulit kusam

Dengan kandungan bahan antioksidan krim ini berkesan untuk member ketegangan pada kulit. 

Malah mampu mengurangkan kesan stretch marks dan menenangkan kulit kemerahan yang disebabkan oleh sunburn.   

Krim benzoil peroksida untuk jeragat
Galderma
benzac
Semak Benzac AC 5 (15g) harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan pada wajah & badan
add_circle Merawat acne vulgaris
add_circle Membersihkan pori
add_circle Mengurangkan whiteheads & blackheads
remove_circle Kesan efektif yang lebih lama

Krim ini baik untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat yang tidak terlalu teruk dan masih boleh dirawati dengan cepat. 

Bertindak sebagai multifungsi dan sesuai digunakan pada kawasan muka dan badan.

Kadar Benzoil Peroksida dalam krim ini dapat membunuh sehingga 94% bakteria jerawat selepas satu minggu penggunaan. 

Benzac AC juga membantu anda menghapuskan masalah kulit yang lain seperti bintik hitam, jeragat dan pigmentasi. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini selamat digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira samada bermasalah ataupun tidak.

Gunakan 2 -3 kali sehari dan aplikasikannya pada bahagian yang alami masalah seperti jerawat 

Semak Garnier Light Complete Whitening Serum Cream SPF 19 (50ml) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan masalah kulit kusam
add_circle Serap pantas ke dalam lapisan kulit
add_circle Wangian lemon citrus
remove_circle Kulit mudah kering

Krim Garnier Light Complete dengan formulasi baru ini sangat ringan dan mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk beri kesan kulit wajah sihat dan berseri. 

Ini kerana diperkaya dengan ekstrak buah lemon Yuzu yang bertindak untuk memastikan wajah anda bebas dari jeragat dan melembutkan kulit yang kasar. 

Krim ini juga mengandungi Vitamin C dapat menjadikan kulit tampil cerah selepas beberapa hari menggunakannya.

Malah, tiada lagi masalah kulit kusam kerana krim ini dapat bertindak untuk melindungi cela dan parut jerawat yang muncul pada permukaan kulit wajah. 

Jangan risau sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi terutamanya bagi kulit sensitif dan kering.  

Semak Eucerin Soothing Cream Body Lotion (50ml) harga dibawah:
add_circle Tidak iritasi buat kulit kering & sensitif
add_circle Krim serapan pantas ke dalam kulit
add_circle Dapat melembabkan kulit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Meninggalkan kesan berminyak pada kulit

Eucerin dirumus bahan yang memang melembutkan kulit yang tegang, melembabkan kulit kering, mengurangkan kegatalan dan jerawat. 

Dengan kandungan minyak Omega dan Lucochalcone A dalam krim ini telah diuji secara klinikal.

Mereka dapati dapat membantu memulihkan masalah kulit yang dihadapi dan sesuai untuk muka dan badan.

Krim ini bebas dari paraben menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi pada kulit. 

Walaupun sedikit berminyak, tapi bila oleskan tidak akan meninggalkan sebarang white cast, krim ini akan menyerap pantas ke dalam lapisan kulit. 

Krim jeragat sendayu tinggi
Sendayu Tinggi
Semak Sendayu Tinggi Whitening Pearl Cream SPF15 (15g) harga dibawah:
add_circle Tona kulit lebih cerah
add_circle Pudarkan jeragat dengan berkesan
add_circle Tinggi antioksida untuk perlindungan kulit
remove_circle Tekstur warna krim agak kekuningan

Krim Sendayu Tinggi ini sesuai untuk penggunaan harian kerana ia memiliki tekstur lembut.

Bestnya lagi mudah diratakan pada kulit dan mengandungi SPF15 untuk perlindungan terhadap sinaran UV. 

Fungsi utama krim ini adalah untuk membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat sambil memutihkan kulit.

Dengan kandungan ekstrak mutiara, krim ini membantu mencerah dan memutihkan kulit secara semula jadi tanpa menyebabkan kulit iritasi.

Wajah tidak akan kelihatan bercapuk atau 'cakey' jika anda layerkan dengan makeup selepas itu. Krim ini dapat memberi keanjalan kepada kulit dan melambatkan penuaan.

Bersaiz kompak, krim ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja samada ke tempat kerja atau semasa travelling.

Semak Shaklee Youth Age Defense Moisturizer SPF50 (50ml) harga dibawah:
add_circle Lindungi kulit dengan baik dari sinaran UV
add_circle Buat kulit tampil awet muda
add_circle Sekatakan tona kulit
add_circle Berfungsi sebagai primer
remove_circle Harga sedikit 'pricey'
remove_circle Hanya dijual pada pengedar yang sah sahaja

Krim ini memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UVA/UVB dengan SPF 50 supaya dapat elak kulit sunburn. 

Diperkaya vitamin serta botani bernutrisi bagi melembabkan kulit dan tidak akan menyebabkan kulit iritasi atau merengsa.

Dalam pada masa sama, dapat berfungsi untuk membaikpulih kulit secara menyeluruh terutama akibat jeragat.

Ditambah pula dengan formula Vital Repair+ Complex dan ekstrak Muscadine Grape, kulit akan menjadi lembut dan licin. 

Sebaiknya gunakan secara konsisten supaya dapat membaiki kulit dengan mengurangkan jeragat.

Krim malam untuk jeragat
Innisfree
Semak Innisfree Orchid Enriched Cream (50ml) harga dibawah:
add_circle Menghalang penuaan
add_circle Menjadikan kulit glowing & flawless
add_circle Meratakan tona kulit & tiada iritasi
remove_circle Mengandungi pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Ramuan bunga Orkid dari Kepulauan Jeju ini dirumus khas dengan antioksida agar boleh memberi hasil kulit lebih glowing dan flawless

Mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menghalang penuaan dan dapat mengurangkan kesan kedutan serta garis halus. 

Mampu mengembalikan sel-sel lapisan kulit untuk memberi keanjalan, sekatakan warna tona kulit dan mengecilkan liang pori terbuka.

Selain itu dapat memberi kelembapan pada wajah supaya wajah tampil hidrasi sepanjang masa. 

Krim ini boleh digunakan samada pada siang atau malam kerana dapat membuatkan kulit tampak segar dan bermaya. 

Krim jeragat dan kulit kering
Civant
Semak Meladerm Pigment Correction (1.7oz) harga dibawah:
add_circle Cruelty-free & vegan
add_circle Sesuai untuk kulit bermasalah
add_circle Kurangkan penampilan hiperpigmentasi
remove_circle Harga mahal

Bagi anda yang tidak kisah berbelanja lebih sedikit untuk penjagaan kulit wajah, produk dari Meladerm ini terbaik untuk anda. 

Malah mengandungi lebih daripada 10 bahan yang dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan penampilan hiperpigmentasi.

Misalnya penuaan, parut jerawat, melasma dan tona kulit tidak sekata.

Krim ini juga mampu untuk menghalang pemebntukan kedutan dan garis halus pada kulit wajah. 

Jangan risau tiada hydroquinone, paraben, minyak mineral, petrolatum, sulfat dan phthalates tapi cruelty-free dan mengandungi bahan-bahan vegan semulajadi. 

Gunakan secara konsisten sebanyak 2 kali sehari untuk dapatkan hasil lebih berkesan. 

Krim jeragat untuk kulit sensitif
ACM DEPIWHITE
acm depiwhite krim jeragat
Semak ACM DEPIWHITE Advanced Intensive Anti-brown Spot Cream (40ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mampu pudar tompokan jenis Chloasma & Liver Spot
add_circle Mengurangkan garisan halus
remove_circle Harga mahal

Krim dari ACM DEPIWHITE adalah produk terbaik untuk masalah jeragat terutamanya untuk kulit sensitif. 

Tekstur krimnya ringan, tidak melekit dan sesuai untuk penggunaan harian.

Krim ini diformulasi dengan bahan-bahan ujian klinikal dimana sangat berkesan untuk memudarkan jeragat degil dan saiz jegarat besar seperti Chloasma & Liver Spot.

Ia juga bertindak untuk memberikan tona kulit sekata. 

Namun disebabkan krim ini agak kuat, anda dinasihatkan untuk menyapu krim pada kawasan yang bermasalah sahaja. Sapu sekitar kulit wajah dan leher cukup sekali sehari.  

NIVEA Luminous 630 Anti Dark Spot Gold Treatment Set Dark Spot Remover Brightening Whitening
Semak NIVEA Luminous 630 Anti Dark Spot Gold Treatment Set harga dibawah:
add_circle Mengurangkan bintik gelap
add_circle Mengurangkan garis halus
add_circle Pulihkan kulit berjeragat
add_circle Melicinkan kulit
remove_circle Harga mahal

NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum 30ml ini mampu menyerap terus ke dalam lapisan kulit paling dalam.

Fungsinya untuk mengurangkan bintik-bintik gelap dalam & garis halus dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit 3 dimensi.

Jangan risau, formula yang digunakan selamat untuk semua jenis kulit terutama yang mengalami masalah jeragat.

Selain itu, krim ini dapat memberi kulit anda kelihatan awet muda dan berseri walaupun anda telah berusia.

Malah, gabungan dengan 2X Asid Hyaluronik dan Anti-Oksidan, Luminous630 mampu melicinkan kulit, mengurangkan garis penuaan serta melembapkan kulit.


Apa Itu Jeragat?

Jeragat atau nama lainnya, hiperpigmentasi. Gejala kulit ini tidak berbahaya.

Malangnya dapat meninggalkan kesan tompokan gelap dan hitam sehingga kesan cela jelas kelihatan pada kulit wajah.

Kesan tompokan gelap ini sering terjadi di bahagian tepi wajah dan sekitar tulang pipi. 

Terjadinya jeragat apabila kulit mengeluarkan lebihan pigmen gelap (melanin) sehingga terhasil dan membentuk di atas lapisan permukaan kulit wajah. 


Punca Jeragat Di Muka

  • Genetik

Ada yang mempunyai tompokan jeragat sejak lahir lagi. Ini terjadi dari pecahan kromosom yang tertentu.

Jika anda mempunyai keluarga yang memiliki jeragat, hati-hati kerana mungkin akan berlaku pada anda. Lakukan pencegahan awal! 

  • Sinaran UV Matahari:

Ini adalah penyebab utama berlaku peningkatan melanin yang tidak sekata pada kulit sekaligus menghasilkan pigmen gelap atas dasar kulit.

Malah lampu kalimantang juga mempunyai UV yang boleh menyebabkan jeragat. 

  • Faktor Usia:

Peningkatan usia juga antara punca timbul masalah jeragat.

Bagi anda yang lambat menjaga kulit seperti pemakaian sunblock lebih berisiko untuk terdedah dengan pembentukan pigmentasi. 

  • Perubahan hormon:

Siapa sangka perubahan hormon boleh memberi kesan pada kulit wajah lebih lagi kepada jeragat.

Mengandung, melahirkan, pengambilan pil perancang dan tekanan boleh memberi kesan pada hormon terutamanya bagi wanita. 

  • Kesan Produk Kosmetik Tidak Berkualiti:

Biasa dengar dengan produk timbang kilo? Biasanya mengandungi bahan merbahaya dan rendah kualiti pada kulit.

Kononnya bertujuan untuk memberi hasil kulit cantik dengan cepat.

Malangnya, produk sebegini memberi kesan kulit semakin menipis dan seterusnya mengakibatkan tompokan jeragat atau hiperpigmentasi yang teruk.


Penjagaan Kulit Jeragat

Untuk pengetahuan korang, tak semua kulit kita sama walaupun mempunyai masalah yang sama.

Jadi, sebelum membeli krim muka jeragat, sebaiknya ketahui dulu jenis kulit anda.

Jika tidak, bertambah teruk dan lebih menakutkan apabila kulit muka iritasi akibat tidak sesuai dengan krim.

Anda juga boleh guna dengan bahan-bahan semulajadi seperti;

Baking Soda

  • Oatmeal
  • Jus Lemon
  • Cuka Epal

Jenis-jenis jeragat

Terdapat 3 jenis Jeragat:

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat.

Combination– terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika menggunakan sleeping mask.


Tip Pilih Krim Muka Jeragat

Untuk pengetahuan korang, tak semua kulit kita sama walaupu mempunyai masalah yang sama.

Jadi, sebelum membeli krim muka jeragat, sebaiknya ketahui dulu jenis kulit anda.

Jika tidak, bertambah teruk dan lebih menakutkan apabila kulit muka iritasi akibat tidak sesuai dengan krim.

Jom kita lihat tip pilih krim jeragat yang sesuai terutama bagi mereka yang mengandung dan sedang menyusu anak.


Artikel Berkaitan

End of Article