Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mustela review

Review: Mustela, Produk Stretch Marks Selamat Untuk Ibu & Anak

Tiada lagi strecth mark dengan produk Mustela!

Table of Contents

Stretch mark atau parut regangan merupakan igauan ngeri buat para wanita.

Mana tidaknya, garisan retak memanjang yang berwarna gelap timbul pada permukaan kulit menjadikan badan kelihatan tidak cantik.

Realitinya, sebanyak 80% wanita di dunia menghadapi masalah stretch mark memandangkan berpunca dari penambahan berat badan dan kehamilan.

Jadi, kewujudan parut regangan ini apabila terjadinya regangan pada kulit yang terlalu cepat.

Boleh terjadi pada bahagian pinggul, peha, payudara dan perut bergantung bahagian mana terjadinya kulit merenggang dengan cepat.

Dan saya yang pernah mengandung tahun lepas, saya mengaku saya mengalami masalah ini sepanjang tempoh mengandung di kawasan perut.

Ingatkan selepas tempoh berpantang, selulit akan hilang tapi sangkaan saya salah sebab selulit masih kekal di situ.

Walaupun selulit tidak banyak seperti sebelum, tapi garis panjang gelap membuatkan saya rasa tubuh saya tidak lagi sempurna.

Untuk pengetahuan, masalah stretch marks ketika tempoh mengandung di panggil striae gravidarum.

Timbulnya garisan retak memanjang apabila kandungan sudah mencapai selepas 24 minggu kehamilan.

Lebih teruk lagi apabila masalah selulit sekarang ni dah mula timbul pada bahagian payudara saya pada bahagian kiri. 

Mungkin sebab saya menyusukan anak jadi saiz payudara saya sedikit besar dari sebelum dan secara tidak langsung, kulit bahagian payudara pun mengembang.

Tapi disebabkan jenama Mustela mengeluarkan produk yang direka khas untuk merawat striae gravidarum. Saya tak perlu risau dah!

Saya mula pakai produk Mustela ni apabila saya nampak label ‘selamat untuk ibu dan anak’ pada bahagian kotak pembungkusan mereka.

Bukan apa, saya menyusu badan secara penuh, jadi takut kalau bahan kimia yang saya sapu pada bahagian payudara dapat menganggu deria bau anak saya.

Nanti anak saya merajuk pula tak dapat bau badan saya yang sebenar disebabkan penggunaan bahan pewangi dalam krim selulit.

Tapi tidak berlaku dengan penggunaan krim selulit dari Mustela kerana kandungannya tidak mengandungi bahan pewangi.

Ini kerana 96% kandungannya menggunakan bahan semula jadi dan telah di diuji oleh pihak dermatologis bahwa selamat untuk para ibu menyusu.

Kajian dilakukan ke atas 64 orang wanita mengandung dan semuanya menunjukkan keberkesanan yang positif.

Jadi, jom kita lihat satu persatu set penjagaan kulit stretch marks dari jenama Mustela selepas saya guna selama 2 minggu.

Bagi krim stretch marks Mustela mempunyai fungsi 3 dalam 1 dimana mampu melembapkan, menganjalkan dan melegakan kulit.

Maksudnya apabila krim ini disapu pada kulit yang sedang merenggang, bahan krim ini akan bertindak mengurangkan tekanan renganggan.

Erti kata lain mengurangkan kewujudan selulit pada permukaan kulit dan dalam masa yang sama, tidak menjadikan kulit kering.

Ini kerana krim stretch marks Mustela diformulasi dengan bahan unik dan semulajadi. Antaranya;

  • Shea butter
  • Minyak alpukat
  • Ekstrak Hamamelis
  • Maracuja polyphenols
  • Glycerin, kelapa dan jojoba

Cara guna krim ini mudah saja, sapu rata pada bahagian perut, peha dan payudara pada sebelah pagi dan malam setiap hari.

Cuma ingin diingatkan elakkan sapu pada bahagian luka perbedahan. Sapu apabila luka sudah kering sepenuhnya.

Tekstur krim ini seperti krim yang lain cuma apabila anda sapu pada permukaan kulit, anda akan rasa sedikit berangin untuk beberapa minit. Best!

Seterusnya, saya pakai minyak stretch mark dari Mustela. Produk ini sebaiknya pakai bulan pertama ketika mengandung untuk mengelakkan kehadiran selulit.

Tapi kalau pakai selepas mengandung pun boleh sebab waktu tu kulit kita nak kembali ke bentuk asal. 

Cara penggunaan mudah saja, sapukan 2 atau 3 titik minyak stretch marks ini pada bahagian perut, peha, pinggul dan payudara pada setiap pagi dan petang selepas mandi.

Cuma bagi yang breastfeed elakkan sapu pada bahagian payudara semasa menyusu dan selesai menyusukan si comel, anda boleh sapu minyak ini.

Tapi, disebabkan saya sudah sapu krim stretch mark dari Mustela pada bahagian payudara jadi saya tak sapu minyak ini pada bahagian tersebut.

Anak saya pun tak ada masalah ketika menyusu sepanjang saya menggunakan produk ini.

Saya dapati pati minyak ini menggunakan formula yang unik dengan menggunakan campuran 4 bahan semulajadi iaitu;

  • Sunflower oil
  • Maracuja oil
  • Avocado oil
  • Vitamin E

Formulasi ini sudah diuji oleh dermatologis dan memang benar dapat bertindak mengehadkan kemunculan selulit ketika mengandung atau selepas bersalin.

Keberkesanan ini dilihat selepas 60 orang wanita mengandung memakai minyak stretch marks dari Mustela.

Selain itu, minyak ini boleh memberi kulit hidrasi dalam tempoh lama, meningkatkan keanjalan kulit dan menenangkan kulit akibat regangan.

Tekstur minyak ini seperti minyak lain tapi mudah meresap ke kulit jadi anda akan rasa macam tak pakai apa-apa lepas sapu pada kulit. 

Boleh sarung pakaian dalam seperti biasa dan terus melakukan rutin harian anda.

Cuma diingatkan elakkan sapu pada bahagian luka perbedahan. Sebaiknya tunggu luka tersebut sudah sembuh dan kering sepenuhnya dan baru sapu.

Kemudian, produk terakhir yang saya cuba adalah serum stretch mark dari Mustela selama dua minggu.

Tekstur serum stretch marks ini sedikit likat jadi disarankan sapu pada bahagian yang baru saja timbul selulit pada setiap pagi dan petang sepanjang lapan minggu berturut-turut.

Tapi sepanjang dua minggu saya pakai serum ini, saya dapati stretch mark pada bahagian tepi pinggul semakin pudar. Belum tunggu hasil lapan minggu lagi!

Cuma diingatkan elakkan sapu pada bahagian luka perbedahan dan pastikan bahagian kulit yang anda sapu dan tangan anda dalam keadaan bersih.

Jangan risau, sesuai untuk mereka yang mengandung dan juga menyusukan anak secara penuh kerana kandungannya bebas pewangi.

Sejujurnya saya merasakan produk Mustela sangat bagus untuk wanita mengandung atau selepas bersalin supaya kulit tetap kelihatan cantik.

Walaupun saya rasa dah terlambat nak sapu krim atau minyak untuk hilangkan selulit sebab dah bersalin tapi dengan produk Mustela, anggapan itu tidak ada lagi.

Tiada istilah terlambat dengan produk Mustela!


Artikel Berkaitan

End of Article