Takut wajah kelihatan lebih tua daripada usia? Atau dah mula nampak garis-garis halus muncul pada muka

Jika anda menghadapi masalah-masalah tersebut, jangan risau, serum retinol boleh membantu mengatasinya. 

Kali ini, kami kongsikan jenama-jenama produk retinol terbaik Malaysia yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit wajah.


Senarai 11 Serum Retinol Terbaik Malaysia

Serum retinol terbaik secara keseluruhan
Olay Regenerist Retinol 24 Night Facial Serum 30m
Olay Regenerist Retinol 24 Night Facial Serum 30m
Dari
RM93.42
Semak harga Olay Regenerist Retinol 24 Night Facial Serum 30m di bawah:
Formula tanpa pewangi & pewarna
Mudah meresap ke dalam kulit
Menghidratkan kulit 24 jam
Sesuai dipakai setiap hari
Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Serum Olay Regenerist Retinol 24 ini bertindak efektif ketika anda tidur, jadi digalakkan untuk sapu serum ini pada wajah sebelum tidur dan ia sangat mudah meresap ke dalam kulit wajah semasa tidur.

Ciri-ciri:

Apabila bangun keesokan paginya, anda dapat lihat kulit lebih anjal kerana produk retinol ini memperbaharui lapisan kulit anda yang kusam ketika sedang tidur.

Selain retinol, serum Olay turut mengandungi Niacinamide untuk mencerahkan, melicinkan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam dan pori-pori besar.

Serum retinol Olay juga mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit apabila dioles pada wajah, jadi anda dapat lihat kedutan dan garis-garis halus semakin berkurang.

Boleh juga dipakai pada waktu siang dan ia tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Review:

“Dah pakai 2 bulan, setakat ni memang best. Kulit rasa lembut je bangun pagi. Kulit pun dah cerah sekarang, dulu ada jeragat, sekarang dah kurang.”

Serum retinol terbaik untuk kulit kering
The Raw. Retinol 0.3% Serum
The Raw. Retinol 0.3% Serum
Dari
RM89.90
Semak harga The Raw. Retinol 0.3% Serum di bawah:
Memperbaharui sel kulit
Mengurangkan garis kedutan
Meningkatkan penghasilan kolagen
Mengekalkan kelembapan kulit
Mengandungi bahan utama perlindungan lapisan kulit wajah
Tidak dibenarkan untuk ibu mengandung
Tidak sesuai umur 25 tahun ke bawah

The Raw Retinol serum ini sesuai untuk anda yang berusia 25 tahun ke atas yang mahu mulakan langkah awal untuk mencegah kedutan pada wajah. 

Bagus juga untuk memperbaharui sel kulit dan mengurangkan garis-garis halus.

Selain itu, ia boleh menyelesaikan masalah kulit kusam, tekstur kulit yang tak sekata, pori-pori terbuka dan smile lines.

Turut diformulasikan dengan Hyaluronic acid, Vitamin E, panthenol, squalene dan 5 jenis ceramides untuk kulit yang berseri dan anjal.

Bahan arginine pula mengekalkan kelembapan kulit dan Polypeptide menjadikan kulit anjal dan melambatkan kedutan pada wajah.

Serum retinol korea terbaik
[SOME BY MI] Retinol Intense Reactivating Serum 30ML
[SOME BY MI] Retinol Intense Reactivating Serum 30ML
Dari
RM60.70
Semak harga [SOME BY MI] Retinol Intense Reactivating Serum 30ML di bawah:
Memperbaiki tekstur kulit
Mengurangkan kesan parut jerawat
Menguatkan lapisan perlindungan kulit
Tidak menyebabkan pori tersumbat
Harga agak mahal dengan kuantiti 30ML sahaja
Mengandungi wangian

Serum Some By Mi dapat melambatkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan tanpa menyebabkan iritasi kulit walaupun pada kulit sensitif dan berjerawat.

Kandungan retinol dalam serum terbaik Korea ini hanya 0.1% di mana ia optimal untuk beginner yang mahu memakainya setiap hari.

Berkesan juga untuk mengecutkan jerawat dalam masa 4 minggu. Paling penting, tidak melekit selepas disapu pada kulit.

Namun, pada 2 minggu pertama, disarankan untuk pakai serum retinol ini sekali sehari pada waktu malam (2 hari sekali jika kulit anda sensitif).

Selepas 3 minggu penggunaan dan kulit anda dah terbiasa dengan retinol, boleh pakai serum ini dengan lebih kerap.

Serum retinol terbaik murah
The Originote Retinol B3 Serum
The Originote Retinol B3 Serum
Dari
RM25.85
Semak harga The Originote Retinol B3 Serum di bawah:
Melambatkan tanda-tanda penuaan
Mengurangkan garisan halus
Masalah jerawat dapat dikurangkan
Kuantiti serum sedikit

Serum retinol dari The Originote ini dijual dengan harga murah namun tetap mengandungi bahan-bahan yang sangat efektif untuk kecantikan dan keanjalan kulit.

Rumusan produk ini bukan hanya mampu mengurangkan kedutan dan garisan halus pada wajah, malah ia juga mampu menghalang tanda-tanda penuaan sebelum masanya.

Sekali gus, menjadikan kulit anda tampak lebih muda dan tegang kerana ia diformulasikan dengan bahan anti penuaan iaitu 3 jenis Vitamin A (Retinol, Retinal dan HPR).

Turut berkesan meratakan tona kulit kerana ia juga mengandungi Niacinamide dan Egyptian Lotus.

Serum retinol terbaik untuk jeragat
COSMODERM Luminous A Reverse Aging Elixir 30ml (Retinol)
COSMODERM Luminous A Reverse Aging Elixir 30ml (Retinol)
Dari
RM40.72
Semak harga COSMODERM Luminous A Reverse Aging Elixir 30ml (Retinol) di bawah:
Menguatkan lapisan perlindungan kulit
Bebas daripada paraben & SLS/SLES
Mengurangkan kedutan & garisan halus
Meningkatkan keanjalan kulit
Halal
Kuantiti hanya 30ml

Serum retinol Cosmoderm mampu mencerahkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan masalah hiperpigmentasi, terbaik untuk anda yang berjeragat. 

Kulit anda juga kelihatan kendur, tak bermaya dan tona kulit tak sekata? Memang wajib guna serum ini kerana ia boleh mempercepatkan pembaharuan sel kulit baru. 

Sekali gus membantu mengekalkan keremajaan kulit. 

Turut mengandungi Vitamin E agar dapat meningkatkan seri wajah dan berfungsi sebagai anti-penuaan pada muka.

Serum retinol untuk pemula
SKINTIFIC Gentle-A Retinol Renewal Serum (20ml)
SKINTIFIC Gentle-A Retinol Renewal Serum (20ml)
Dari
RM35.00
Semak harga SKINTIFIC Gentle-A Retinol Renewal Serum (20ml) di bawah:
Mengurangkan kekusaman wajah
Cepat meresap ke dalam kulit
Melindungi skin barrier
Tiada alkohol
Tidak melekit
Kuantiti hanya 20ML

Sesuai untuk beginner yang baru nak cuba produk yang ada retinol, serum SKINTIFIC ini boleh mengurangkan garis-garis halus yang muncul pada wajah. 

Diformulasikan dengan 3 jenis retinol yang membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menghalang tanda-tanda penuaan agar tidak muncul sebelum masanya. 

Turut mengandungi 5X Ceramides yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan iritasi. 

Manakala kandungan 3D Peptides pula boleh menghalang penampakan kedutan pada dahi atau pipi anda. 

Sesuai untuk semua jenis kulit kerana tidak mengandungi SLS, paraben, pewarna tiruan dan minyak mineral. 

Dijamin kulit lebih lembut, licin dan anjal selepas penggunaan retinol serum ini.

Serum retinol The Ordinary
THE ORDINARY Retinol 0.2%/0.5%/1% in Squalane 30ml
THE ORDINARY Retinol 0.2%0.5%1% in Squalane 30ml
Dari
RM35.00
Semak harga THE ORDINARY Retinol 0.2%/0.5%/1% in Squalane 30ml di bawah:
Sesuai untuk semua jenis kulit
Tidak mengandungi alkohol atau silikon
Mengurangkan penampakan garis-garis halus
Mengandungi squalene untuk lembutkan kulit
Boleh menyebabkan iritasi kulit pada tahap awal penggunaan

Mahukan skincare yang ada retinol yang terbaik untuk semua jenis kulit? Serum The ORDINARY Retinol ini adalah jawapannya. 

Ia mengandungi bahan retinol yang boleh mengurangkan dan menghalang tanda-tanda penuaan pada peringkat awal. 

Namun ingat, serum ini boleh menyebabkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit terutamanya di bahagian mulut dan mata ketika peringkat awal penggunaannya kerana kulit anda masih sedang menyesuaikan diri. 

Walau bagaimanapun, dengan penggunaan yang betul dan konsisten, lama-lama kesan itu akan hilang. 

Oleh itu, jika anda baru nak mula pakai skincare retinol, disarankan untuk guna serum The Ordinary Retinol 0.2% terlebih dahulu.

Serum retinol terbaik untuk kulit sensitif
La Roche Posay Retinol B3 Serum
La Roche Posay Retinol B3 Serum
Dari
RM189.90
Semak harga La Roche Posay Retinol B3 Serum di bawah:
Kulit lebih licin
Kedutan wajah berkurang
Mengembalikan keanjalan kulit
Mengandungi Niacinamide untuk mencerahkan kulit
Harga terlalu mahal
Mengandungi pewangi

Gabungan bahan retinol, glycerin dan Vitamin B3 dalam serum retinol La Roche Posay ini dijamin akan mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis-garis halus dan tona kulit yang tak sekata. 

Memang wajib dipakai oleh anda terutamanya jika kulit wajah sering terdedah kepada cahaya matahari agar anda tidak tampak lebih cepat tua daripada usia sebenar. 

Paling best, ia sesuai dipakai oleh semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 

Tiada lagi masalah kulit kusam dengan jenama serum dari Perancis ini kerana ia boleh menyerikan semula wajah anda.

Serum retinol niacinamide terbaik
YOU Golden Age Intensive Serum with Bakuchiol Collagen
YOU Golden Age Intensive Serum with Bakuchiol Collagen
Dari
RM49.43
Semak harga YOU Golden Age Intensive Serum with Bakuchiol Collagen di bawah:
Bahan ceramide untuk membaiki lapisan kulit yang rosak
Bebas dari alkohol, paraben & triclosan
Mengembalikan kelembutan kulit
Sesuai dengan kulit sensitif
Mengandungi niacinamide
Tidak sesuai dipakai oleh wanita hamil

Serum YOU dengan bahan Bakuchiol ini mengandungi Phyto-Retinol iaitu sejenis retinol yang tidak merengsakan kulit wajah. 

Turut merangsang penghasilan kolagen untuk menganjalkan kulit. 

Jadi, anda boleh sapu serum ini pada bila-bila masa untuk membantu mengurangkan garis-garis halus yang mula kelihatan pada muka. 

Boleh juga mencerahkan, meratakan tona kulit dan mengurangkan kekusaman wajah. 

Ekstrak buah delima dalam serum ini pula bertindak sebagai antioksidan membantu melindungi kulit daripada radikal bebas sekali gus kulit tampak lebih muda.

Serum retinol terbaik untuk kulit berminyak
Paula's Choice Clinical 0.3% Retinol + 2% Bakuchiol Treatment Serum
Paula's Choice Clinical 0.3% Retinol + 2% Bakuchiol Treatment Serum
Dari
RM280.40
Semak harga Paula's Choice Clinical 0.3% Retinol + 2% Bakuchiol Treatment Serum di bawah:
Meratakan tona kulit yang tidak sekata
Mengandungi Vitamin C untuk mencerahkan kulit
Bertindak sebagai antioksidan
Melicinkan garis-garis halus
Harga mahal

Apa salahnya berbelanja lebih untuk penjagaan kulit jika ada bajet lebih kan, lebih-lebih lagi jika mahu kelihatan lebih muda tanpa kedutan. 

Impian anda untuk tampil flawless dengan kulit yang anjal bakal jadi kenyataan dengan serum Paula’s Choice kerana ia mengandungi 0.3% retinol. 

Bahan peptides pula akan membantu membaiki tahap elastik kulit agar kulit kendur kembali anjal. 

Manakala ekstrak pokok Bakuchiol dalam produk ini akan meningkatkan keberkesanan retinol pada wajah. 

Sesuai dengan semua jenis kulit termasuklah kulit normal, kombinasi, kering dan berminyak.  

Boleh juga mengurangkan masalah pori-pori besar dan tekstur kulit yang kasar. 

Tapi ingat, kena pakai sunscreen jika sapu serum ini pada waktu siang.

Retinol serum untuk kulit berjerawat
Minimalist 0.3% Retinol Anti Aging Face Serum
Minimalist 0.3% Retinol Anti Aging Face Serum
Dari
RM38.22
Semak harga Minimalist 0.3% Retinol Anti Aging Face Serum di bawah:
Tidak merengsakan kulit
Untuk kulit wajah lelaki & wanita
Meratakan tona kulit
Melicinkan kulit
Tidak melekit
Tidak sesuai untuk wanita hamil

Produk ini wajib ada dalam rutin kecantikan anda yang berusia 20-an pada setiap malam untuk membaiki kulit daripada garis-garis halus dan kedutan. 

Semua jenis kulit boleh guna serum retinol Minimalist ini termasuklah kulit normal, berminyak atau kombinasi, berjerawat, kering dan sensitif. 

Retinol dapat menegangkan semula kulit yang dah mula kendur dan kusam. sekaligus mengelakkan tanda-tanda awal penuaan. 

Kombinasi bahan Bakuchiol dan Vitamin E (Tocopherol) sebagai antioksidan pula menjadikan serum ini terbaik untuk mendapatkan kulit yang kembali anjal dalam masa 8 minggu. 

Bebas dari bahan pewangi dan tidak menyebabkan pori tersumbat.


Kebaikan Serum Retinol 

Umum mengetahui bahawa serum retinol boleh mengurangkan kedutan kerana ia boleh membantu melambatkan atau mencegah tanda penuaan seperti kesan garisan halus. 

Namun, tahukah anda terdapat pelbagai lagi kebaikan serum retinol. Antaranya ialah: 

  • Merangsang penghasilan kolagen.
  • Mengurangkan garisan halus & kedutan. 
  • Membantu kulit untuk menjadi lebih tegang & licin. 
  • Mengatasi masalah tekstur & tona kulit yang tidak sekata.
  • Mengurangkan masalah pori tersumbat, sekali gus mengurangkan jerawat. 

Apa Itu Retinol 

Retinol merupakan salah satu bentuk Vitamin A dan bahan ini sering diformulasikan bersama krim bawah mata (eye cream), serum dan losyen untuk mencantikkan wajah anda. 

Ini kerana retinol berkesan melambatkan kesan penuaan sebelum masanya dan ia juga boleh membantu menghilangkan jerawat. 


Cara Pakai Serum Retinol 

Jika anda baru nak berjinak-jinak untuk menggunakan produk kecantikan yang mengandungi retinol, pastikan anda memakainya pada waktu malam sahaja dahulu. 

Pastikan anda memakai sunscreen atau krim pelindung matahari keesokan harinya kerana kulit boleh menjadi lebih sensitif. 

Selepas mencuci muka dengan pencuci wajah, keringkan muka terlebih dahulu. Setelah kering, oleskan serum retinol secara nipis pada kulit muka. 

Jangan lupa untuk sapu juga krim pelembab atau moisturizer selepas serum retinol.

Namun, ingat anda tidak boleh menggunakan serum retinol dengan produk berasaskan Vitamin C, AHA dan BHA secara serentak.