Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
acne product dr lim

Masalah Jerawat Tiada Lagi Selepas Pakai 4 Produk Penjagaan Muka Ini

Dr Lim ada jalan penyelesaian!

Recommended by: Dr Lim Ing Kien

Dr Ingky atau Dr Lim Ing Kien merupakan seorang doktor perubatan berkelayakan dalam bidang Dermatologi Estetik dan Penjagaan Kulit. Dalam masa yang sama, dia aktif dalam memberi penerangan tentang kesihatan kulit menerusi media sosial dia Instagram, YouTube dan TikTok. Jadi sebagai pengasas dan CEO skynfyx.com, dia percaya yang kesihatan kulit adalah cerminan kepada kesihatan badan, minda dan jiwa juga. 

"Mencuci muka adalah langkah betul bagi penjagaan kulit tapi pemilihan pencuci muka yang tepat dapat memberi hasil yang bagus serta dapat memberi keberkesanan pada masalah kulit yang lain. Mungkin sukar untuk memilih pembersih muka yang betul lebih-lebih lagi terdapat banyak jenama di pasaran

Jadi, cara paling mudah adalah dengan mengetahui dan memahami jenis kulit kita," - Dr Lim

Masalah jerawat sering berlaku pada peringkat 20-an namun hormon setiap orang berbeza.

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang sudah mencecah fasa angka 30-an pun masih berhadapan dengan masalah jerawat. Macam mana boleh terjadi?

Sebenarnya, terdapat kelenjar sebum kecil di bawah permukaan kulit untuk menghasilkan minyak (sebum) yang menjadikan tekstur kulit kenyal dan halus. 

Bahagian pori-pori kecil pula akan membolehkan sebum masuk pada permukaan kulit dan jika pori-pori tidak dicuci dengan bersih dan menyebabkan tersumbat, automatik masalah jerawat dan bintik-bintik merah akan timbul pada permukaan wajah.

Bagaimanapun, untuk merawat jerawat memerlukan pelbagai jenis rawatan dan keberkesanannya juga bergantung pada kulit. Memang sukar.

Lebih-lebih lagi jika seseorang mempunyai masalah jerawat yang teruk beserta keradangan dan ditambah pula masalah whiteheads atau blackheads yang banyak.


Isi kandungan


Pengenalan 

Sekali lagi, doktor kulit perubatan, Dr. Lim dari Skynfyx akan kongsikan perihal kulit wajah bersama pembaca kami dan artikel kali ini jenis jerawat mengikut rawatan yang sesuai. 

Tapi, sebelum memulakan topik utama, terlebih dahulu kami menjawab soalan berdasarkan persoalan yang kerap kami terima dari pembaca iaitu apakah perbezaan antara Adapalene, Benzoyl Peroxide, Tidact dan Isotretinoin?


Isotretinoin

Isotretinoin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mengubati jerawat yang teruk dan mampu bertindak balas dengan masalah yang lain juga.

Untuk pengetahuan anda, ubat ini merupakan derivatif vitamin A (retinoid) dimana bertindak balas sama seperti vitamin A terhadap kulit. 

Jadi, kalau dah ambil Isotretinoin, anda tidak perlu mengambil makanan atau pil tambahan vitamin A lagi kerana jika pengambilan berlebihan akan memberi kesan sampingan.

Oleh itu, dos yang sesuai untuk setiap orang selalunya empat hingga enam bulan dan pastikan selama tempoh tersebut pengambilan dos tidak terlebih atau terkurang.

Kandungan Isotretinoin ini terdapat dalam pelbagai produk, antaranya Absorica, Amnesteem, Claravis, Myorisan dan Sotret.


Tidact atau Clindamycin

Tidact merupakan ubat jerawat gel yang mengandungi antibiotik yang dapat merawat masalah jerawat biasa.

Ubat ini di campur dengan bahan seperti Clindamycin Phosphate yang dapat membantu dalam merawat dan meredakan jerawat kerana mengandungi 1% sekaligus dapat menghalang penyebaran bakteria jerawat Propionibacterium. 

Selain itu, Tidact juga dapat bertindak membersihkan liang pori dan jika anda menggabungkan dengan benzoyl peroxide dan retinoid, anda dapat melihat hasil yang sangat hebat kerana liang pori dibersihkan sehingga lubang dalam.

Cara penggunaan Tidact sangat mudah, hanya menyapu rata seperti losyen pada keseluruhan permukaan kulit yang mempunyai masalah jerawat. Sekiranya tidak menjumpai ubat Tidact di mana-mana farmasi, anda boleh mencari ubat Treclin. 


Adapalene A.K.A Differin 

Bahan aktif dalam Differin Gel adalah adapalene dan ubat ini mengandungi campuran retinoid yang berfungsi mengurangkan kesakitan, kerengsaan serta merawat jerawat biasa atau jerawat yang masih dalam bentuk lebam kecil.

Dalam pada masa yang sama, Adapalene bertindak menghalang sel kulit mati dan minyak kulit tersumbat dalam liang pori supaya tiada pembentukan jerawat, bintik putih dan juga hitam berlaku.

Penggunaanya bergantung pada tahap masalah jerawat seseorang atau saranan dari pakar dermatologi sama ada penggunaan perlu sekali atau dua kali sehari. 

Apa yang pasti, hanya memerlukan gel bersaiz kacang untuk meratakan ke seluruh permukaan kulit seperti pemakaian pelembab wajah supaya ubat dapat bertindak dengan lebih efektif.

Mungkin penggunaan sekali dua anda tidak dapat melihat hasilnya tapi pada minggu ke empat hingga lapan, anda sudah dapat lihat perubahan yang positif pada kulit.

Differin Adapalene Gel
Differin Adapalene Gel
mulai
RM45.00
Semak Differin Adapalene Gel harga dibawah:

Benzoyl Peroxide  

Benzoyl peroxide merupakan kandungan bahan aktif yang sering digunakan untuk mencegah dan mengubati masalah jerawat.

Ini kerana ubat ini mampu membunuh bakteria yang ada pada bawah kulit, menanggalkan sel kulit mati dan membuang kulit minyak yang berlebihan.

Disebabkan benzoyl peroxide terdapat dalam banyak produk di pasaran, jadi sangatlah penting untuk pilih produk yang tepat bagi merawat masalah utama kulit anda.

Oxy 10 Acne Pimple Treatment
Oxy 10 Acne Pimple Treatment
mulai
RM11.10
Semak Oxy 10 Acne Pimple Treatment harga dibawah:
add_circle Membunuh bakteria penyebab jerawat
add_circle Mengeringkan minyak berlebihan
add_circle Membersihkan pori tersumbat
add_circle Harga murah
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Penggunaan benzoyl peroxide ini bergantung pada jenis kulit individu. Mungkin sesetengah kulit dapat menerima kepekatan benzoyl peroxide yang lebih dari 10 peratus. Malangnya, ada yang sebaliknya.

Apa yang pasti, jika seseorang memiliki kulit wajah yang sensitif, peratus kepekatannya mungkin sekitar empat peratus. Apa pun, dapatkan nasihat pakar dermatologis.

Berikut merupakan cara pemakaian dan rawatan benzoyl peroxide mengikut tekstur;

  • Pencuci muka: Guna sekali atau dua kali sehari untuk bantu pencegahan, merawat jerawat serta kesan luka.
  • Sabun pencuci badan berjerawat: Sangat sesuai jika seseorang mengalami pertumbuhan jerawat pada bahagian badan selain wajah.
  • Gel: Sesuai untuk mereka yang mempunyai luka jerawat atau mengalami masalah jerawat yang teruk kerana tekstur gel pekat.
  • Krim jerawat atau losyen: Selalunya digunakan sekali atau dua kali sehari pada kawasan kulit yang bermasalah sebagai rawatan dan pencegahan.

Ringkasan 

  • Adapalene: Sesuai untuk mencegah jerawat dan merawat whitehead dan blackhead. Malangnya, gagal merawat jerawat yang sedia ada.
  • Tidact: Sesuai untuk masalah jerawat yang tidak teruk.
  • Isotretinoin: Sesuai untuk masalah jerawat yang teruk tapi tidak memberi tindak balas yang baik pada masalah kulit yang lain.
  • Benzoyl peroxide: Dapat merawat segala jenis jerawat tapi bergantung pada tekstur.

Kesimpulan

Mungkin tanggapan sesetengah individu masalah jerawat berpunca daripada gaya hidup dan pemakanan seseorang tapi bila sudah amalkan gaya hidup sihat, masalah jerawat masih lagi ada.

Jadi, doktor kulit di Skynfyx, Dr. Lim akan kongsikan segala info segala jenis rawatan masalah jenis jerawat dalam artikel ini supaya kita semua dapat merasa kulit licin hanya menggunakan produk harga mampu milik.

Bukan apa, kami sediakan ruang ini kerana kami yakin pasti ada pembaca kami mempunyai kekangan masa untuk bertemu sendiri dengan pakar dermatologis utuk mengetahui tentang masalah kulit. 


Artikel lain berkaitan masalah jerawat 

End of Article