Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
drlim-cover

Bagi Kulit Berminyak & Berparut, Ini 6 Pencuci Muka Terbaik Untuk Anda

Propionibacterium acnes (P. acnes) merupakan salah satu bakteria yang hidup di kulit dan boleh menyebabkan jerawat

Recommended by: Dr Lim Ing Kien

Dr Ingky atau Dr Lim Ing Kien merupakan seorang doktor perubatan berkelayakan dalam bidang Dermatologi Estetik dan Penjagaan Kulit. Dalam masa yang sama, dia aktif dalam memberi penerangan tentang kesihatan kulit menerusi media sosial dia Instagram, YouTube dan TikTok. Jadi sebagai pengasas dan CEO skynfyx.com, dia percaya yang kesihatan kulit adalah cerminan kepada kesihatan badan, minda dan jiwa juga. 

"Mencuci muka adalah langkah betul bagi penjagaan kulit tapi pemilihan pencuci muka yang tepat dapat memberi hasil yang bagus serta dapat memberi keberkesanan pada masalah kulit yang lain. Mungkin sukar untuk memilih pembersih muka yang betul lebih-lebih lagi terdapat banyak jenama di pasaran

Jadi, cara paling mudah adalah dengan mengetahui dan memahami jenis kulit kita," - Dr Lim

Mencari pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan masalah kulit kita memang sukar tapi nak tak nak kena juga try and error semua produk yang ada.

Malangnya, kita tak pernah pun ambil tahu fungsi bahan yang ada pada sesuatu produk wajah sama ada betul-betul berkesan atau tak. 

Jadi, jom dengar penjelasan dari seorang Ahli Dermatologis, Dr Lim menerusi YouTube tentang cara pemilihan pencuci wajah yang betul.


Isi Kandungan


Apa penyebab jerawat timbul?

Jerawat, blackhead dan whitehead berlaku apabila terdapat folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati pada permukaan kulit wajah. Mungkin anda sudah merawat masalah ini tapi masih ada lagi jerawat timbul di kawasan lain.

Kulit kita semua berbeza, mungkin ada sesetengah kulit mengeluarkan kelenjar kemudian menghasilkan sebum dengan nisbah yang tepat dan kulit anda kelihatan sihat, tapi tidak berkilat.

Jika penghasilan sebum yang terlalu sedikit pula boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Manakala, kalau terlalu banyak sebum dalam folikel pula boleh menyebabkan pelbagai jenis jerawat yang timbul.

Untuk pengetahuan anda, Propionibacterium acnes (P. acnes) merupakan salah satu bakteria yang hidup di kulit dan boleh menyebabkan jerawat berjangkit. Biasanya, tahap kekerapan jerawat timbul bergantung pada jumlah bakteria.

Jadi, bagaimana untuk merawat jerawat? Mudah! Kami mempunyai pakar dermatologi yang boleh menyelamatkan masalah ini. Beliau telah mencadangkan beberapa jenis pembersih muka. Jangan risau, produk ini boleh dapat dari mana-mana kedai berhampiran anda.


Cara pilih pencuci muka terbaik untuk kulit berjerawat:

Individu hebat dalam bidang pemilihan pencuci muka tepat dan mempunyai pengetahuan yang banyak tentang kesihatan kulit wajah adalah Pakar Dermatologi, Dr. Lim yang juga berpengalaman lebih dari 10 dalam bidang ini.

Jadi, berikut adalah senarai enam produk yang disarankan oleh beliau yang juga merupakan pengasas dan CEO SkynFyx - Doktor Kulit Digital pertama di Malaysia. Dalam artikel ini dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan doktor kulit yang berpengalaman.

Berikutan itu, semua produk yang disarankan ini sesuai untuk kulit yang mengalami masalah kulit berparut, berminyak dan juga segala jenis kulit kerana kandungannya pasti memberi kesan baik pada kulit.


6 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Kerjerawat dan Berminyak di Malaysia

Sesuai untuk kulit berjerawat
COSRX Good Morning Low-pH Cleanser (150ml)
COSRX
mulai
RM29.90
Semak COSRX Good Morning Low-pH Cleanser (150ml) harga dibawah:

Pencuci muka yang mempunyai tekstur yang sangat lembut dan disebabkan kandungan formula pH rendah, pencuci muka gel ini tidak akan menanggalkan minyak semula jadi pada kulit wajah tapi mampu menanggalkan segala kotoran sehingga ke lubang puri.

Semestinya mengandungi Tea Tree Oil dan sedikit campuran bahan BHA, Jadi bukan saja sesuai untuk sensitif dan kulit kering tapi sesuai untuk semua jenis kulit juga. 

Cara penggunaannya mudah saja, waktu pagi sebelum memulakan kerja harian, basahkan muka dengan air, cuci muka dengan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser dan bilas dengan air suam. Sambil keringkan wajah, tepuk-tepuk sikit kulit wajah.

Melindungi kulit dari berjerawat
Papulex Moussant Cleansing Gel
Papulex Moussant Cleansing Gel
mulai
RM57.56
Semak Papulex Moussant Cleansing Gel harga dibawah:

Pencuci muka Papulex Cleansing Gel bantu mengurangkan cela jerawat, membersihkan lubang pori serta dapat melembabkan kulit wajah.

Rutin pemakaian pencuci muka ini dua kali sehari iaitu sebelah pagi dan malam sebelum tidur untuk mendapatkan keberkesanan tekstur kulit licin dan segar.

Kandungan dalam bahan ini mengandungi 3 bahan aktif iaitu Nicotinamide, Anti-Bacterial Adhesive (ABA) dan Zinc PCA bagi mencegah pertumbuhan jerawat. Bahan ini digunakan kerana sudah terbukti keberkesanan melalui kajian klinikal.

Berkesan hilangkan sisa kotoran solekan
Cetaphil Pro Oil Removing Foam Wash
Cetaphil Pro Oil Removing Foam Wash
mulai
RM65.00
Semak Cetaphil Pro Oil Removing Foam Wash harga dibawah:

Pakar dermatologi telah mengesyorkan Cetaphil Pro Oil Removing Foam Wash bagi mereka yang memiliki kulit berjerawat kerana bahan digunakan bebas sabun, tidak mengandungi SLS dan hypoallergenic.

Jadi, bagi kulit yang sensitif boleh guna produk ini untuk menjaga dan mencegah daripada jerawat timbul.

Pencuci muka Cetaphil ini juga dapat mengurangkan masalah kulit kering dan kandungan zink glukonat pula telah dibuktikan secara saintifik berhasil dalam menyingkirkan bakteria aktif pada kulit yang menyebabkan jerawat.

Sesuai untuk kulit berminyak
La Roche Posay Effaclar Foaming Gel Cleanser
La Roche Posay
La Roche Posay Effaclar Foaming Gel Cleanser
mulai
RM63.92
Semak La Roche Posay Effaclar Foaming Gel Cleanser harga dibawah:

Pencuci muka La Roche-Posay Effaclar sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak kerana mengandungi bahan PCA Zink dam Sodium Laureth Sulfate (SLS) dimana dapat mengawal jumlah pengeluaran sebum wajah.

Selain itu, bahan asid salisik pula dapat melembabkan tekstur kulit dan mengawal aktiviti bakteria yang menyebabkan jerawat timbul.

Malangnya, ahli dermatologi tidak menyarankan mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif memakai pencuci wajah La Roche-Posay Effaclar ini kerana mengandungi sedikit alkohol dan SLS di dalamnya.

Jika anda memakai juga, kemungkinan besar kulit akan timbul masalah iritasi tapi jangan takut kerana pencuci ini juga berkesan untuk semua jenis kulit cuma tidak untuk kulit jenis sensitif.

Sesuai untuk semua jenis kulit
Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser
Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser
mulai
RM26.10
Semak Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser harga dibawah:

Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser menggunakan formula pembersihan; deep impurity-lifting clay, fundamental cleansing cream dan gentle exfoliation. 

Semua fungsi formula ini adalah mengelakkan daripada jerawat timbul kerana dapat menghilangkan kotoran dan minyak sehingga ke dalam lubang liang pori sekaligus menjadikan tekstur kulit lembut, licin dan lembab.

Cara penggunaanya mudah saja. Bersihkan wajah dengan segala solekan, sapu Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser pada seluruh permukaan kulit dan biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air sambil mengurut bahagian T-Zone.

Pastikan guna seminggu sekali kerana ini adalah cucian yang mendalam. Jangan risau, semua jenis kulit sesuai terutama lubang pori besar dan kulit berminyak.

Bantu untuk melawan jerawat
Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash
Hada Labo
Hada Labo AHA BHA Acne Control Facial Wash
mulai
RM28.70
Semak Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash harga dibawah:
add_circle Melindungi kulit dari pencemaran persekitaran
add_circle Membentuk lapisan perlindungan kulit
add_circle pH seimbang & buih halus
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Bebas pewangi & pewarna
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Hada Labo AHA/BHA Acne Control Face Wash jelas mengandungi AHA (glycolic acid) and BHA (salicylic acid) untuk melembabkan kulit wajah, menyingkirkan sel kulit mati dan memberikan kulit bersinar sihat.

Selain itu pencuci ini mempunyai Triple Anti-Pollution Formula dimana dapat menanggalkan kotoran kecil disebabkan persekitaran udara yang kotor melekat pada wajah.

Malah, anda tidak perlu risau kerana kandungan di dalam pencuci Hada Labo tidak mengandungi alkohol, pewangi, colorant atau mineral oil yang mungkin boleh merosakkan tekstur wajah.

Hanya menggunakan dua kali iaitu pagi adan malam pada setiap hari dan abagi melihat keberkesanan yang lebih baik, sebaiknya gunakan set lengkap dari Hada Labo.


Kesimpulan

Tak dinafikan memilih produk pencuci kulit memang agak sukar sebab kita semua mempunyai jenis, tekstur dan bentuk kulit yang berbeza.

Namun, sedikit kajian ini mungkin dapat membantu anda mendapatkan apa yang anda inginkan, tetapi untuk penyelidikan penuh memerlukan masa yang lama.

Jadi, seniasa terus mengikuti artikel kami untuk mudahkan tugas anda mendapatkan jawapan yang jelas mengenai masalah kulit anda!


Artikel berkaitan tentang pencuci muka

End of Article