Kecantikan

7 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Sensitif di Malaysia 2026

Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit muka yang sensitif, pastikan guna pencuci muka yang sesuai untuk kulit sensitif. Jom lihat senarai berikut.

A
Editor · Updated 13 Apr 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Sensitif di Malaysia 2026

Paraben secara amnya tidak merbahayakan kesihatan, tetapi boleh menyebabkan reaksi alergi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti eczema, psoriasis dan dermatitis.

Jadi pemilihan pencuci muka yang bersesuaian amatlah penting untuk mengelakkan rasa pedih, iritasi dan kulit kering yang melampau selepas cucian. 

Kandungan

Sebaiknya pilih pencuci muka yang kurang buih, bebas paraben, menggunakan bahan semulajadi dan dilabelkan khas untuk kulit sensitif. 

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan beberapa jenis pencuci muka yang sesuai untuk kulit sensitif.

Jom lihat beberapa jenis pencuci muka untuk kulit sensitif yang boleh anda cuba. 


Cara Memilih Pencui Muka Untuk Kulit Sensitif

Memilih pencuci muka untuk kulit sensitif sedikit mecabar kerana kulit sensitif mudah naik kemerahan dan iritasi.

Jom kami bantu anda kongsi beberapa tips untuk memilih pencuci muka untuk kulit sensitif:

  • Pilih produk yang lembut dan bebas pewangi

Produk dengan pewangi tiruan atau bahan kimia boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif anda.

  • Pilih produk yang bebas alkohol.

Alkohol dapat mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi. Jadi, anda perlulah pastikan produk yang dibeli bebas alkohol ya.

  • Pilih produk yang diformulasikan khas untuk kulit sensitif.

Pencuci muka yang dirancang khas untuk kulit sensitif biasanya mengandungi bahan-bahan yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi.

  • Lakukan petch test.

Sebelum membeli pencuci muka baru, cuba produk tersebut terlebih dahulu pada kawasan kecil kulit wajah untuk memastikan tidak ada reaksi alergi atau iritasi.

  • Hindari scrub pada produk pencuci muka.

Scrub boleh mengakibatkan lapisan kulit menipis dan membuat kulit sensitif menjadi lebih sensitif.

  • Konsultasikan dengan dermatologis.

Jika tidak pasti jenis pencuci muka yang tepat untuk kulit sensitif anda, buat konsultasi dengan doktor kulit untuk mendapatkan saranan dan recommendation yang lebih spesifik.

Dalam memilih pencuci muka untuk kulit sensitif, penting untuk perhatikan bahan-bahan yang digunakan dan melakukan petch test sebelum membeli. Ingat! Sentiasa pilih produk yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit sensitif anda.


7 Jenis Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif

Terbaik untuk kulit kombinasi
Pencuci muka untuk kulit berminyak dan sensitif 1 daripada 7
Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)
Partnership with Sebamed
Dari RM59.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Bebas alkohol
Bacaan pH 5.5
Harga sedikit mahal
3 lagi
100% bebas sabun
Dapat mencuci liang pori
Mampu melawan jerawat dan blackheads

Sebamed satu jenama yang terkenal untuk kulit sensitif, jadi ini merupakan pilihan terbaik untuk kulit sensitif kerana bebas sabun dan alkohol. 

Tahap alkali pada pencuci wajah ini adalah pH 5.5 yang stabil menjadikan sesuai untuk kulit wajah sensitif kerana tidak menyebabkan iritasi, kemerahan atau menjadi kulit kering.

Bukan itu sahaja, kulit anda juga makin bersih dan bebas dari blackheads, jerawat dan masalah kulit berminyak.

Bahan utama bagi mengelak iritasi adalah hamamelis virginia, jadi anda boleh cuba pencuci wajah ini.

Pencuci muka untuk remaja kulit sensitif 2 daripada 7
Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash 100g
Partnership with Hada Labo
Dari RM22.53
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tanpa minyak mineral
Guna bahan selamat
Mengandungi stearic acid
3 lagi
Tanpa pewangi
Tanpa alkohol
Tidak dapat mencuci make-up

Pencuci muka ini diperkaya dengan formula ekstrak licorice, calendula dan daun ginko biloba yang kaya dengan sensasi menenangkan untuk meredakan kulit alergi dan sensitif. 

Dengan adanya herba semulajadi di dalam kandungan pencuci muka ini, serba sedikit membantu dalam mengatasi kulit yang iritasi dan kemerah-merahan.

Malah mampu membantu melambatkan proses penuaan kulit kerana bahannya yang diperkaya dengan anti-oksidan. 

Pencuci muka ini bebas dari bahan wangian, pewarna alkohol dan minyak mineral.

Clinelle Deep Cleansing Gel 100ml
Pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif 3 daripada 7
Clinelle Deep Cleansing Gel 100ml
Partnership with Clinelle
Dari RM29.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurangkan sebum berlebihan
Boleh digunakan setiap hari
Harga sedikit mahal
1 lagi
Kuantiti 100ml

Pencuci muka ini mengandungi ejen pembersih semulajadi dengan sifat emolien penyejukan untuk membersihkan jadi boleh digunakan setiap hari.

Malah, terdapat ekstrak centella asiatica di dalam bahan pencuci bagi membantu meningkatkan pengeluaran kolagen untuk memperbaiki struktur kulit anda.

Manakala ekstrak ginseng berfungsi dalam meningkatkan peredaran mikro untuk menjadikan kulit lebih terlindung dan berseri. 

Dengan pencuci muka ini anda dapat memastikan kulit dilindungi dan mampu meremajakan kerana diperkaya dengan anti-oksidan iaitu dari bahan teh hijau.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Pencuci muka terbaik secara keseluruhan 4 daripada 7
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Partnership with Cetaphil
Dari RM45.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
pH seimbang
Melembabkan kulit
Harga mahal
3 lagi
Tidak merengsakan
Tidak memedihkan mata
Boleh digunakan walaupun tanpa air

Sebab menjadi pilihan utama:

Cetaphil sememangnya produk untuk kulit sensitif, jadi bahan yang terdapat ini lebih mesra dengan kulit dan tidak mempunyai bahan kimia.

Ciri-ciri:

Pencuci muka Cetaphil ini merupakan produk yang disarankan oleh ahli dermatologi. 

Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan kering. 

Malah dapat melindungi lapisan perlindungan kulit agar kelembapan sentiasa dikekalkan dan sihat. 

Produk dengan tekstur berkrim ini juga berkesan membersihkan wajah dari sebarang kekotoran dan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit.  

Paling penting, bebas pewangi dan boleh digunakan juga pada badan ketika mandi. productnation

Review:

"Pembersih wajah ini tidak mempunyai buih dan tidak mempunyai bau, walaupun begitu pada awal penggunaan rasa seperti tak menggunakan sabun. Wajah tetap bersih ye, cuma ianya tidak mempunyai fungsi lain seperti mencerahkan."

Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Pencuci muka untuk kulit sensitif dan berjerawat 5 daripada 7
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel
Partnership with Simple
Dari RM27.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Triple purified water dan vitamin
Bebas sabun 100%
Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit
1 lagi
Non-comedogenic

Anda nak pencuci muka yang bebas sabun, boleh try facial gel wash dari Simple ini bebas 100 sabun yang menjadi punca utama iritasi. 

Campuran bahan yang terbaik serta vitamin ini menjadikan wajah anda kekal bersih dan bebas kotoran. 

Lulus ujian dermatologist yang selamat untuk diguna pakai oleh kulit sensitif, malah bebas pewangi dan tanpa pewarna tiruan. 

Wajah kekal bersih, tiada masalah iritasi dan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

Pencuci muka untuk kulit kombinasi dan sensitif 6 daripada 7
CeraVe Foaming Facial Cleanser - Normal to Oily Skin (87ml)
Partnership with CeraVe
Dari RM24.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membuang kotoran pada wajah
Diluluskan oleh dermatologis
Kulit menjadi sensitif pada sinar UV
1 lagi
Dirumus dari ceramides dan hyaluronic acid

Skincare ini melibatkan semua perkara asas termasuk cleanser yang di reka khas bagi membuang kotoran pada wajah.

Tapi bagi anda yang mempunyai kulit kering, wajib cuba cleanser dari CeraVe kerana dapat menjaga kelembapan wajah tanpa memberi kesan iritasi.

Teksturnya sedikit berkrim dan mengandungi ceramides dan hyaluronic acid yang dapat memberi kelembapan seimbang pada kulit.

Jangan risau, harganya mampu milik dan mempunyai pelbagai saiz.  

Neutrogena Oil-Free Acne Wash
Pencuci muka untuk kulit sensitif lelaki 7 daripada 7
Neutrogena Oil-Free Acne Wash
Partnership with
Dari RM49.77
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Oil free acne wash
Mempunyai salicylic acid
Boleh menyebabkan kulit sedikit kering
1 lagi
Membantu mengurangkan blackhead serta breakout

Oil free acne wash ini adalah formula paling sesuai untuk kulit sensitif, kerana mengandungi salicylic acid.

Bahan ini mampu mengurangkan iritasi membantu membersih liang pori, serta menghalang jerawat dari tumbuh pada wajah.

Masalah blackhead, whiteheads serta breakout juga mampu diatasi dengan penggunaan yang berterusan dari pencuci wajah Neutrogena. 

Boleh cuba dan tengok hasilnya sendiri, menjadi ke tidak ye!


Adakah Sabun Lebih Baik Daripada Mencuci Muka?

Tidak semestinya pencuci muka yang ada sabun ini bersih, kebanyakkan kita merasa bersih sebab tahap buih yang terdapat padanya produk itu tinggi. 

Kita dah terbiasa yang buih lebih banyak lebih bersih, sebenarnya buih yang banyak itu mengandungi lebih banyak bahan yang boleh menyebabkan masalah iritasi. 

Mungkin kita merasa ianya bersih, tetapi bahan berikut boleh menyebabkan masalah kulit kering, jerawat dan bermacam lagi masalah lain. 

Sebab itu disarankan untuk mencari produk pencuci yang bebas sabun bagi anda yang bermasalah kulti sensitif ye.


Produk Apakah Yang Disyorkan Oleh Pakar Dermatologi?

Terdapat cadangan dari pakar dermatologi yang menyarankan menggunakan pencuci muka yang bebas bahan kimia seperti paraben, alkohol, pewangi. 

Ini semua mampu menyebabkan iritasi pada kulit anda, sekaligus memberikan kesan kusam, jerawat, masalah kulit kering atau berminyak. 

Salicylic acid dan benzoyl peroxide adalah punca masalah kulit berjerawat dan menyebabkan iritasi, jadi cuba elak dua bahan ini dalam skincare rutin anda ye.

Anda boleh tonton video di bawah untuk penjagaan kulit sensitif.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation