Jenama rangkaian produk SIMPLE telah lama bertapak di dalam industri penjagaan wajah sejak tahun 1960-an lagi. Terkenal dengan falsafah ‘kind to skin’ (baik untuk kulit), jenama ini menyasarkan penggunaan bahan semula jadi yang selamat walaupun untuk kulit paling sensitif.
Jawapan ringkas: pencuci muka SIMPLE terbaik keseluruhan ialah Simple Kind To Skin Moisturising Facial Wash, RM16.50 di Shopee Malaysia (harga disemak 24 September 2026), sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. Jika kulit anda berjerawat atau berminyak, Spotless Skin Triple Action Face Wash di bawah adalah padanan yang lebih tepat.
Kandungan
- Terbaik Keseluruhan: Simple Kind To Skin Moisturising Facial Wash
- Terbaik untuk Kesegaran Instan: Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel
- Terbaik untuk Kulit Kering & Sensitif: Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash
- Terbaik untuk Kulit Berjerawat: Simple Spotless Skin Triple Action Face Wash
- Terbaik untuk Kulit Tanda Penuaan: Simple Regeneration Age Resisting Facial Wash
- Terbaik untuk Kulit Kusam: Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash
- Terbaik untuk Lelaki Kulit Berminyak: Simple Vital Vitamin Foaming Cleanser
- Terbaik untuk Kulit Glowing: Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub
- Terbaik untuk Blackhead: Simple Clear Skin Oil Balancing Facial Scrub
- Panduan berkaitan
Bagaimana Kami Memilih
Kami menyemak kandungan bahan aktif setiap produk, jenis kulit yang disasarkan oleh jenama SIMPLE sendiri, dan harga runcit semasa di peruncit rasmi (Shopee Malaysia, Watsons Malaysia, Lazada Malaysia dan Hermo Malaysia). Semua harga di bawah disemak pada 24 September 2026.
Cara Memilih Pencuci Muka Yang Betul
Kenal pasti jenis kulit anda dahulu
Kulit kering perlukan formula yang melembapkan (contohnya micellar atau krim), manakala kulit berminyak dan berjerawat lebih sesuai dengan formula gel atau berbuih yang membersihkan minyak berlebihan.
Perhatikan kandungan bahan aktif
Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E membantu melembapkan, manakala Zink dan Witch Hazel lebih sesuai untuk kulit berjerawat atau kusam. Pilih mengikut masalah kulit utama anda, bukan sekadar jenama.
Elakkan bahan yang boleh merengsakan kulit sensitif
Jika kulit anda mudah merah atau gatal, pilih formula bebas pewangi dan alkohol seperti siri Water Boost Micellar di bawah.
Padankan harga dengan saiz dan kekerapan penggunaan
Botol 150ml biasanya bertahan 1 hingga 2 bulan dengan penggunaan dua kali sehari; saiz scrub 75ml lebih kecil kerana ia tidak digunakan setiap hari.
9 Pencuci Muka & Skrub Terbaik Dari SIMPLE
Simple Regeneration Age Resisting Facial WashRM24.91Lazada
Simple Spotless Skin Triple Action Face WashRM19Hermo
Simple Water Boost Micellar Facial Gel WashRM24.31Lazada
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash GelRM27.30Lazada
Simple Kind To Skin Moisturising Facial WashRM16.50Shopee
Simple Vital Vitamin Foaming CleanserRM20.99Lazada
Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating WashRM16.70Shopee
Simple Kind To Skin Smoothing Facial ScrubRM18.34Lazada
Simple Clear Skin Oil Balancing Facial ScrubRM22Shopee
Terbaik Keseluruhan: Simple Kind To Skin Moisturising Facial Wash
1 lagi
Pembersih muka Kind To Skin Moisturising Facial Wash ini adalah yang paling terlaris dan terkenal di antara produk Simple yang lain. Pembersih muka keluaran jenama Simple ini merupakan produk yang anda perlukan, dimana ianya merupakan pencuci muka yang mengandungi bahan asas sesebuah pencuci muka sahaja, tidak ditokok tambah dengan bahan-bahan asing yang tidak perlu.
Sesetengah pengguna juga mengenengahkan yang produk ini tidak mengandungi sabun yang beralkali, dimana sekiranya ada alkali ini, pH kulit muka anda boleh menjadi tidak seimbang dan tidak sihat. Ia diperkaya dengan vitamin B5 yang dapat melembutkan kulit wajah dan dapat menjadikan kulit anda mulus dan sihat. Ia juga mempunyai fungsi anti-keradangan yang dapat mengurangkan risiko kulit mengalami masalah akibat keradangan.
Ia juga dilengkapkan lagi dengan Bisabolol yang dapat mencegah keradangan dari kulit dan berfungsi sebagai ajen yang dapat melegekan dan memulihkan kulit anda, supaya wajah anda sentiasa rasa segar dan sihat. Namun begitu, produk ini mengandungi parabens dimana sesetengah kajian mengaitkan penggunaan bahan ini dengan pembentukan kanser, tetapi ianya masih memerlukan kajian yang lebih lanjut.
Terbaik untuk Kesegaran Instan: Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel
1 lagi
Pencuci muka bertesktur gel ini amat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang alami masalah kering dan berminyak. Bertekstur ringan dengan sensasi menyejukkan dapat menenangkan kulit wajah daripada tekanan seharian. Diperbuat dengan ramuan seperti Triple Purified Water, iaitu air bersih yang telah ditapis sebanyak tiga kali untuk memastikan penggunaannya sangat bersih.
Kandungan ekstra seperti Vitamin E dan Pro-vitamin B untuk memberi nutrien penting, lembapan dan kesuburan yang cukup kepada kulit anda. Sesuai digunakan sebagai pencuci muka harian, kini kulit anda kembali segar dan nyaman daripada kesibukan gaya hidup anda. Ianya juga 100% bebas sabun dan pewangi serta pewarna tiruan, tidak akan membuatkan kulit menjadi rengsa atau iritasi.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, pencuci muka ini selamat untuk kulit anda kerana ianya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan mengembalikan kelembutan serta kulit wajah tambah berseri.
Terbaik untuk Kulit Kering & Sensitif: Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash
1 lagi
Jika anda mengalami masalah kulit kering dan sensitif seperti gejala ekzema, kemerahan serta tompokan kering sekitar muka, cubalah pencuci muka yang dirumuskan daripada micellar water ini. Ianya sejenis bahan cecair yang diperbuat daripada micelles (bebola molekul minyak kecil) yang digunakan untuk menarik kotoran dan sebum tanpa mengeringkan kulit.
Produk ini bebas daripada bahan kimia seperti pewarna, pewangi dan alkohol, ditambah pula dengan kebaikan micellar water, ianya menjadi pilihan tepat untuk kulit kering dan sensitif. Formula gel yang ringan dengan mineral dan ekstrak tumbuhan, pencuci muka ini dapat meredakan kulit daripada iritasi.
Terbaik untuk Kulit Berjerawat: Simple Spotless Skin Triple Action Face Wash
1 lagi
Jika anda mempunyai kulit berminyak cenderung jerawat, gunakan produk daripada rangkaian Spotless Skin ini untuk merawat dan menghilangkan cela serta jerawat pada kulit anda. Diperkaya dengan bahan antibakteria semula jadi seperti Zink, Chamomile dan Phytosphingosine yang digunakan untuk merawat jerawat.
Cirinya yang anti-bakteria yang boleh membantu menghalang daripada pertumbuhan jerawat semula manakala sifat anti-radangnya dapat membantu kulit untuk tidak lebih kemerahan apabila dicuci, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jerawat kerana ia akan membuatkan jerawat tumbuh dengan lebih banyak.
Teksturnya berasaskan gel dan berfungsi untuk pengelupasan. Sesuai untuk kulit berminyak serta dapat menanggalkan sel kulit mati bagi mendedahkan lapisan kulit yang baru dan bersih, bebas dari jerawat dan kesan minyak ekstra.
Terbaik untuk Kulit Tanda Penuaan: Simple Regeneration Age Resisting Facial Wash
1 lagi
adakah anda perlu menggunakan produk penuaan walaupun anda masih muda dan tiada kedutan atau garis halus kelihatan. Jawapannya adalah ya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Lebih lambat anda mengambil langkah pencegahan, lebih cepat kesan penuaan akan terhasil pada kulit hasil pencemaran udara, cahaya matahari dan radikal bebas di persekitaran anda.
Pemakaian pencuci wajah anti-penuaan sewajarnya dilakukan seawal usia 20an. Iaitu semasa kulit masih bebas daripada segala bentuk penuaan. Perbezaan dengan pencuci muka bagi kulit matang hanyalah jenis bahan. Pada usia awal 20an ke akhir 20an sudah semestinya kulit anda tidak memerlukan pencuci muka yang kuat seperti retinol.
Pencuci muka daripada Simple ini sudah cukup untuk membantu kulit anda melawan tanda-tanda penuaan. Dengan gabungan semulajadi ekstrak cendawan, Oat Beta-glucan, Chamomile dan teh hijau akan membantu melembapkan, meratakan tona kulit tidak sekata kesan pigmentasi penuaan, serta membersihkan kulit dengan lembut.
Rumusan pro-Vitamin B5 dan vitamin E di dalam produk ini dapat mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit anda. Ianya dapat menghilangkan kotoran pada kulit serta membantu menyegarkannya agar wajah anda kelihatan berseri dan bebas dari kedutan awal.
Terbaik untuk Kulit Kusam: Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash
1 lagi
Pencuci wajah Oil Balancing Exfoliaing Wash dari rangkaian Clear Skin ini dapat memberi jawapan jika anda mencari produk yang dapat mencerahkan kulit kusam. Ianya bertindak sebagai pengimbang minyak pada kulit dan amat efektif dalam mencerahkan kulit yang kusam serta gelap.
Kulit kusam boleh terjadi atas banyak sebab, misalnya kulit mati yang tidak discrub, kekurangan lembapan pada kulit wajah, dan pendedahan kulit kepada radikal bebas dan cahaya matahari yang berlebihan.
Pencuci muka ini diperkaya dengan ekstrak Witch Hazel terkenal dengan khasiatnya yang dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam serta memberi kesan wajah cerah dan berseri. Lumurkan sahaja keatas wajah, anda akan merasa cebisan dan anda akan dapat menghapuskan sel kulit mati pada wajah dan membantu penghasilan sel kulit baru yang pasti membuatkan kulit anda kelihatan lebih berseri.
Terbaik untuk Lelaki Kulit Berminyak: Simple Vital Vitamin Foaming Cleanser
1 lagi
Tidak dapat dinafikan, kulit lelaki kebanyakannya adalah lebih berminyak berbanding kulit wanita. Hal ini kerana lelaki mempunyai lebih banyak kelenjar minyak dan liang pori yang lebih besar berbanding wanita. Ini menyebabkan mereka menghasilkan dua kali ganda lebih minyak pada kulit berbanding wanita. Oleh sebab itu, kebanyakan lelaki adalah lebih cenderung untuk mempunyai kulit berminyak berbanding kulit kering.
Kulit berminyak yang berlebihan dapat menyumbang kepada masalah liang pori membesar dan akhirnya tersumbat dengan sebum, radikal bebas, kotoran dan minyak lebihan. Pembersih wajah berbusa amat sesuai untuk kulit berminyak kerana ia lembut dan ringan akan menyerap lebihan minyak dan meninggalkan kesan kulit yang lembut.
Vital Vitamin Foaming Cleanser ini mempunyai gabungan khusus ekstrak Chamomile, Pro-Vitamin B5, Calendula, Geranium dan Vitamin E untuk mengekalkan lembapan serta menyumbang kepada keanjalan dan kesihatan kulit.
Terbaik untuk Kulit Glowing: Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub
1 lagi
Kegunaan skrub adalah seperti biasa iaitu menghapuskan sel-sel kulit mati dan kotoran pada kulit wajah. Oleh itu anda seharusnya memastikan kulit wajah discrub paling kurang sekali seminggu bagi mengelakkan sel kulit mati daripada 'menempel' pada kuit wajah menjadikannya tampak kusam dan tidak bermaya.
Skrub ini bukan sahaja mampu menangggalkan sel kulit mati malah ia mampu mencerahkan kulit wajah anda agar tampil lebih glowing dan bermaya. Terbaik untuk kulit bermasalah seperti kering dan sensitif, skrub ini mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan Rice Granules yang dapat membaikpulih kerosakan pada kulit anda. Tiada lagi masalah kulit kusam dan keletihan, gunakan skrub ini secara konsisten jika inginkan hasil yang ‘lumayan’ buat kulit wajah anda.
Terbaik untuk Blackhead: Simple Clear Skin Oil Balancing Facial Scrub
1 lagi
Skrub ini sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit terlampau berminyak. Pemilihan skrub yang sesuai bagi jenis kulit anda sama pentingnya dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai. Skrub ini dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran lain di wajah anda tak menjadikannya lebih kering atau menambah lembapan yang lebih banyak pada kulit yang boleh menyebabkan kulit lebih berminyak.
Dengan mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dijamin tidak akan menyebabkan kulit iritasi atau merengsa, ianya dapat membersih celahan liang pori dan menghalang wajah anda daripada tercemar dengan radikal bebas.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, dalam masa hanya 7 hari sahaja skrub ini dapat mengurangkan cela dan blackheads yang tampil pada kulit wajah anda.
Soalan Lazim
Adakah pencuci muka SIMPLE terbaik untuk semua jenis kulit?
Ya, secara umum. Bahan semula jadi dalam jenama ini membantu mengimbangi kadar pH kulit tanpa pewarna, pewangi tiruan atau alkohol yang boleh mengganggu keseimbangan kulit. Walau begitu, padankan varian tertentu (contohnya Water Boost Micellar untuk kulit sensitif) dengan jenis kulit anda, bukan sekadar jenama.
Di mana boleh beli produk SIMPLE yang tulen di Malaysia?
Kami pautkan setiap produk terus ke Shopee Malaysia, Watsons Malaysia, Lazada Malaysia dan Hermo Malaysia dalam senarai di atas. Beli daripada kedai rasmi jenama tersebut di platform ini untuk elak produk tiruan.
Berapa lama sebotol pencuci muka SIMPLE 150ml bertahan?
Dengan penggunaan dua kali sehari (pagi dan malam), botol 150ml biasanya bertahan sekitar 6 hingga 8 minggu untuk seorang pengguna.
Adakah produk SIMPLE selamat untuk kulit sangat sensitif?
Kebanyakan siri SIMPLE adalah hypoallergenic dan non-comedogenic, tetapi setiap kulit bertindak berbeza. Jika anda ada sejarah eksema atau alahan kulit teruk, uji dahulu di bahagian kecil kulit sebelum guna pada seluruh muka.
Artikel berkaitan: Shampoo Terbaik Malaysia, Pencuci Muka Murah Untuk Remaja


