Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Pembersih Muka Nivea Terbukti Berkesan Untuk Pembersihan Wajah Menyeluruh

Jenama pembersih muka yang dipercayai ramai!

Pembersih muka yang baik bukan hanya senang digunakan, malah ia juga terbukti berkesan. Memakai pencuci atau pembersih muka setiap hari akan membantu dalam menghilangkan segala sisa kekotoran, kulit mati serta sisa solekan yang terdapat di kulit kita dengan mudah. Tetapi dengan adanya puluhan jenama pencuci muka di pasaran, agak susah untuk kita memilih produk yang bersesuaian, bukan? 

Apakah bahan terlarang yang perlu dielakkan semasa membeli pembersih muka?

Pada bulan April 2017 tahun lalu, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah mengeluarkan senarai produk yang didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Antara bahan-bahan tersebut termasuklah; merkuri, alkohol, tretinoin serta hydroquinone. 

Tetapi jangan risau, antara jenama yang selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang seperti dinyatakan di atas adalah Nivea! Ayuh lihat senarai pembersih muka dari Nivea yang baik untuk semua jenis kulit;

9 Pembersih Muka Nivea Baik Untuk Kulit Wajah

Pencuci muka bebas silikon untuk hilangkan jeragat
Nivea
mulai
RM10.00
Semak Nivea White Oil Clear Super Mousse Cleanser harga dibawah:

Pembersih muka ini mengandungi Pearl Extract Serum dan 3 kali ganda pelembap (Hydra IQ) serta bebas daripada bahan yang berasaskan sabun. Ianya mampu membersih dan menghapuskan segala kotoran yang melekat pada kulit muka secara menyeluruh. 

Pencuci muka dari Nivea ini dijamin selamat untuk kulit wajah kerana ianya bebas daripada minyak mineral, silikon dan paraben. Terbaik untuk hilangkan jeragat pada kulit wajah dengan penggunaan secara konsisten.

Wajah kekal hidrasi dengan asid Hyaluronik
Nivea
mulai
RM12.29
Semak Nivea Hydration Caring Whip Facial Cleanser (100ml) harga dibawah:

Sesetengah daripada anda pasti alami masalah kulit kering selepas mencuci wajah beberapa kali secara konsisten. Nah, tukarkan sahaja kepada Nivea Hydration Facial Cleanser ini. Ianya diperkaya dengan 3x pelembap dan 4 agen pembekal hidrasi seperti asid Hyaluronik, ekstrak Golden Algae, Hydra IQ dan Marine Salt. 

Pencuci ini mampu menyerap jauh ke dalam liang pori untuk pembersihan secara mendalam. Bertekstur whip foam dan bebas alkohol, pencuci ini mampu mengekalkan hidrasi pada kulit sepanjang hari tanpa membuatkan kulit anda terasa iritasi atau merengsa.

Pencuci muka yang berkesan membersih makeup dengan sempurna
Nivea
mulai
RM11.64
Semak Nivea Extra White Make Up Clear 3-in-1 – Mud harga dibawah:

Pencuci muka ini dapat membersihkan kotoran yang melekat pada liang pori dan makeup degil / kalis air. Dengan mengandungi Pearl Whitening Complex, ianya dijamin dapat mencerah dan memutihkan kulit 10x ganda daripada pencuci yang mengandungi Vitamin C. Fungsi pencuci muka ini adalah 3-dalam-1 iaitu anda boleh aplikasikannya terlebih dahulu sebagai mask selama 1 minit agar ia dapat menyerap residu makeup.

 Kemudian, bersihkannya seperti menggunakan makeup remover dan akhir sekali bertindak sebagai pencuci muka dengan kesan pencerahan berganda.

Pencuci muka untuk kulit kusam dan gelap - naikkan seri wajah
Nivea
mulai
RM13.43
Semak Nivea Pearl White Caring Whip Facial Cleanser (100ml) harga dibawah:

Nivea Pearl White ini berfungsi untuk melembap serta mencerahkan kulit, menghilangkan kotoran solekan pada wajah dan debu halus serta merawat sel kulit mati yang terkumpul. Produk ini terbaik untuk menangani kulit rosak akibat terdedah kepada stres atau persekitaran yang kotor dan merbahaya. Sesuai untuk semua peringkat usia dan juga semua jenis kulit!

Pencuci muka untuk jerawat pasir
Nivea
mulai
RM11.63
Semak Nivea White Pearl Glowy Hydrating Foam harga dibawah:

Jika anda mempunyai masalah breakout atau jerawat yang degil, cuba White Pearl Glowy Hydrating Foam ini. Diformulasi dengan Pure Pearl Extract yang efeknya setanding dengan 10x kali ganda Vitamin C. Pembersih muka ini mampu untuk membersih secara mendalam liang pori yang tersumbat. Kulit wajah anda akan menjadi lebih sihat dan bebas jerawat. Selamat tinggal jerawat degil!

Khas untuk lelaki yang ingin hilangkan bintik hitam
Nivea
mulai
RM17.90
Semak Nivea Men Extra White Anti Dark Spots Foam harga dibawah:

Pencuci muka ini dapat menghilangkan kesan bintik hitam yang terdapat pada kulit wajah dengan pembersihan secara mendalam. Ianya juga melindungi kulit cela agar tona kulit wajah lebih sekata. Dengan gabungan serbuk vitamin, Whitinat dan Licorice, produk ini mampu mencerahkan kulit 10x lebih baik dari pencuci muka yang lain. 

Terbaik untuk lelaki yang mementingkan penampilan dan penjagaan kulit daripada peluh, minyak, sebum, tona kulit tidak sekata, liang pori besar, bintik hitam, parut jerawat, kulit kusam dan sebum.

Pencuci muka untuk kulit kombinasi dengan ekstrak bunga Ros
Nivea
mulai
RM17.99
Semak Nivea MicellAIR Rose Water Wash Gel (150ml) harga dibawah:

Nivea MicellAIR Water Rose Wash Gel ini merupakan produk yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi. Pencuci muka ini bebas alkali sambil memberi cucian yang sederhana kepada kulit wajah dan sangat berkesan. 

Ianya juga dapat melakukan cucian secara mendalam dengan lembut terhadap pori-pori. Baunya juga semerbak bau bunga ros! Pasti anda suka.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan kecilkan liang pori tersumbat
Nivea
mulai
RM12.29
Semak Nivea Visage Extra White Mud Foam (100g) harga dibawah:

Alami kulit bebas dari masalah seperti jerawat, muka berminyak dan solekan sepanjang hari akibat pencemaran dengan menggunakan pencuci muka ini. Pencuci muka Visage Extra White Mud Foam dari Nivea ini dapat membersih liang pori yang tersumbat dan mengurangkan kemunculan jerawat, pori terbuka serta bintik hitam di wajah anda.

Pembersih muka untuk detoksifikasi kulit kotor setiap hari
Nivea
mulai
RM13.95
Semak Nivea White Oil Clear Caring Whip (100ml) harga dibawah:

Khas buat kaum lelaki yang mempunyai masalah kulit kusam dan berminyak, pembersih muka Nivea White Oil Clear Whip yang bertekstur buih ini dikuasai oleh 100x antioksidan serta bebas alkohol. Ianya membersih kulit dan liang pori tersumbat dari kotoran, minyak dan radikal bebas akibat pencemaran udara. Memberi kesegaran pada kulit sepanjang hari!

End of Article