Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Pencuci Muka Dari Safi, Murah & Berkesan Sebagai Agen Penghapus Cela

Produk lokal yang ‘must-have’!

Safi adalah salah satu jenama keluaran tempatan, terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit dan badan yang amat terkenal dengan konsep produk Islamiknya yang mematuhi keperluan Syarak dan menggunakan bahan Halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apakah keistimewaan pencuci muka Safi?

Produk dari jenama Safi ini mengamalkan isi kandungannya yang bersifat vegetarian, bebas gelatin haiwan dan alkohol. Safi bukan sahaja sesuai untuk pengguna beragama Islam, malah ia juga memenuhi keperluan pengguna serata Asia yang mementingkan amalan vegetarian. Mari kita lihat senarai dibawah untuk pencuci wajah Safi yang mengikut kesesuaian jenis kulit anda.

Pencuci muka Safi Balqis terbaik untuk jerawat – agen penghapus bakteria berkesan
Safi
mulai
RM7.47
Semak Safi Balqis Oxywhite Oils & Acne Control Cleanser harga dibawah:

Jerawat terhasil apabila kulit anda menghasilkan minyak berlebihan yang menyebabkan pembiakan bakteria dan pembentukan sebum. Safi Balqis Oxywhite membersihkan kulit secara mendalam sehingga kulit bebas kotoran dan minyak dengan rumusan Zinc Micro Mineralnya yang akan mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat.

Pencuci muka ini dilengkapi dengan kawalan pembentukan jerawat sambil menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terperangkap dalam liang kulit. Kulit muka anda bebas kusam dan parut jerawat kerana pencuci muka ini mengandungi bahan pencerah dan yang akan mencerahkan kulit dengan serta-merta.

Pencuci muka Safi untuk jeragat – melindungi kulit dari sinaran UV
mulai
RM5.00
Semak SAFI Fair Beauty Fairness Facial Cleanser harga dibawah:

Penat memakai solekan tebal demi menutup cela jeragat? Safi Fair Beauty Fairness adalah jawapan yang anda cari selama ini. Dengan menggunakan teknologi BioFairness, pencuci ini membersih dari dalam dan juga memberikan perlindungan UV yang sesuai dengan pengguna bermasalah jeragat. Rumusannya diperkaya dengan ekstrak limau gedang organik, menjanjikan pembaharuan struktur dan tekstur kulit.

Produk ini juga mengandungi kompleks multivitamin yang membantu untuk mengurangkan penampilan jeragat dan pigmentasi samada disebabkan oleh panahan cahaya matahari atau kesan parut serta bintik hitam. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan bersih dan cerah dengan tona sekata.

Pencuci muka Safi Men untuk lelaki – detoks segala masalah kulit
mulai
RM12.70
Semak SAFI MEN Oil Control Facial Wash harga dibawah:

Kebanyakan produk penjagaan kulit muka lelaki mempunyai banyak fungsi untuk menangani masalah kulit dengan hanya satu langkah sahaja. Kulit berminyak dan kotor boleh menjejaskan keyakinan dan fokus dalam aktiviti harian.

Diperkaya dengan ekstrak kaktus, tanah liat kaolin dan arang buluh untuk menentang dan mengawal penghasilan minyak, mencerahkan kulit kusam, mengeluarkan kotoran daripada kulit, merawat jerawat dan yang paling penting menyediakan pelembap bagi melegakan dan menyegarkan kulit agar tidak kering selepas detoks. Kulit bebas minyak, keyakinan diri pun mula meningkat!

Pencuci muka Safi Dermasafe untuk kulit sensitif – disyorkan oleh pakar kulit
Safi
mulai
RM17.72
Semak Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser harga dibawah:

Safi telah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan wajah Dermasafe yang bukan sahaja murah, berkualiti, mesra kulit sensitif, dan bebas alkohol, malah produk ini telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi. Dengan formula gelnya yang ringan, pencuci ini mampu membersih dengan mendalam sambil menenangkan keradangan kulit serta nyaman buat kulit.

Produk ini mengetengahkan bahan anti-radang semulajadi seperti ekstrak Licorice dan Chamomile. Ianya dapat membantu mengurangkan kemerahan, ketidakselesaan pada kulit dan juga pada masa yang sama membantu mengekalkan keseimbangan dan kelembapan kulit untuk menghasilkan kulit yang kelihatan lebih sihat dan berseri.

Pencuci muka Safi Rania Gold untuk kulit kombinasi dengan ekstrak emas 24k
mulai
RM12.90
Semak SAFI RANIA GOLD Facial Cleansing Gel harga dibawah:

Jika anda mempunyai jenis kulit kombinasi, pasti anda sering keliru tentang produk yang anda harus guna. Jika ragu-ragu dengan pencuci muka yang sesuai, cubalah Safi Rania Gold Cleansing Gel ini kerana base gelnya bertekstur ringan baik untuk kulit kering ataupun berminyak. Pencuci ini juga mempunyai fungsi mengimbangi kadar pH kulit anda.

Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan semula jadi kulit, sesuai digunakan setiap hari dan tidak akan mengeringkan muka kerana diperkaya dengan ekstrak madu. Ciri-ciri Nano Gold 24k pula dapat mengembalikan seri wajah. Kulit anda akan bersih dan glowing dari dalam.

Pencuci muka Safi Rania untuk kulit kering – tiada lagi kulit kusam dan letih
mulai
RM16.90
Semak SAFI RANIA Advanced Corrector Deep Hydrating Cleanser harga dibawah:

Kulit kering membuatkan wajah kusam dan tidak bermaya? Kembalikan semula seri wajah anda dengan pencuci muka yang diperkaya menggunakan Nano Diamond, Nano Gold dan Whitenol yang dapat menghasilkan pembentukan kolagen serta elastin sebanyak dua kali ganda! Sementara pencuci ini menyuburkan dan menghidrat kulit kering anda, Whitenol pula membantu menghalang pembentukan melanin yang akan mencerahkan wajah yang sugul.

Kulit anda akan kelihatan lebih segar, licin dan tona menjadi sekata sambil berfungsi sebagai penghadang lembapan yang telah dibaiki supaya kulit kekal terhidrat serta mulus.

Pencuci muka Safi untuk kulit berminyak dengan kebaikan bahan semula jadi
mulai
RM6.50
Semak SAFI Oil Control Facial Cleanser harga dibawah:

Safi amat terkenal dengan menggunakan minyak Habbatus Sauda sebagai bahan utama produk mereka kerana mengandungi khasiat penting selain menjadi bahan utama di dalam dunia perubatan alternatif Islamik. Walaupun bersifat minyak, namun Habbatus Sauda adalah bahan non-comedogenic iaitu tidak akan menyebabkan pori tersumbat.

Dengan bantuan ekstrak buah strawberi dan lemon yang bersifat anti-bakteria untuk mengawal pengeluaran minyak, sebum serta kotoran, membanteras pembentukan jerawat dan mengelak daripada kulit berparut.

Disclaimer: The pricing shown is just a good indication of how much these products are worth. The prices could change based on the e-commerce promotions that are going on. If some of the products are not available, do email us at [email protected]. Thanks!

End of Article