Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ubat jerawat terbaik

8 Ubat Jerawat Terbaik di Malaysia 2024 (Muka & Badan)

Tiada lagi masalah jerawat pada kulit wajah anda!

Kebiasaannya jerawat mula menyerang kulit wajah atau badan semasa usia remaja dan akan berkurangan ketika kita semakin dewasa. 

Namun, tetap ada sesetengah dari kita yang masih mempunyai masalah jerawat walaupun sudah menginjak ke usia 30-an sehingga memberi kesan terhadap kepercayaan diri.

Untuk mengembalikan seri wajah dan keyakinan diri, tentu sekali anda akan mencari ubat kecutkan jerawat atau apa-apa product hilangkan jerawat yang diyakini.

Jadi, ubat jerawat atau ubat parut jerawat boleh dikatakan sebagai penyelamat bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat.

Ubat jerawat atau ubat hilangkan parut jerawat terdapat dalam pelbagai bentuk, seperti krim, gel, ubat yang boleh diminum atau jenis pil.

Ini bertujuan mengurangkan minyak berlebihan pada kulit, membersihkan folikel rambut yang tersumbat, dan mengurangkan radang. 

Sekiranya anda sedang mencari ubat jerawat paling berkesan dan terbaik, anda boleh pertimbangkan ubat jerawat dalam senarai di bawah. 


Senarai 8 Ubat Jerawat Terbaik

Ubat jerawat terbaik secara keseluruhan
HIMALAYA Pimple Clear Cream
HIMALAYA Pimple Clear Cream
mulai
RM5.90
Semak HIMALAYA Pimple Clear Cream harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Kesan yang cepat
add_circle Bau yang menyenangkan
remove_circle Kurang sesuai untuk jerawat badan

Sebab menjadi pilihan utama:

Ubat jerawat ini boleh meredakan jerawat dalam masa yang singkat, dan dalam masa yang sama ia juga boleh melembutkan kulit dan tidak meninggalkan kesan parut jerawat.

Ciri-ciri:

Himalaya Pimple Clear Cream merupakan antara produk yang popular untuk menyelesaikan masalah jerawat, baik untuk perempuan mahupun lelaki. 

Selain daripada harganya yang murah dan mudah didapati, ubat jerawat ini juga dikatakan mampu memberi kesan pengurangan jerawat dalam waktu yang singkat.

Tidak seperti ubat jerawat lain yang memiliki bau ubat yang kuat, Himalaya Pimple Clear Cream ini tidak memiliki bau yang terlalu kuat, malah baunya agak menyenangkan.

Tambahan lagi, Himalaya Pimple Clear Cream ini juga berkesan dalam mengurangkan blackheads, whiteheads, dan masalah radang kulit yang tidak serius. 

Review:

Ubat jerawat ini sangat bagus untuk hilangkan jerawat atau bekas-bekas jerawat. Yang penting kena rajin sapu.”

Ubat jerawat farmasi
OXY 5 Acne Pimple Medication
OXY
mulai
RM20.90
Semak OXY 5 Acne Pimple Medication harga dibawah:
add_circle Mengecutkan jerawat
add_circle Benzoyl peroxide membunuh bakteria
add_circle Memudarkan parut hitam akibat jerawat
add_circle Tidak membuatkan liang pori tersumbat
remove_circle Rasa sedikit pedih pada kulit

Jika anda lebih suka dengan ubat jerawat yang sering berada di farmasi, anda boleh cuba gunakan produk dari Oxy ini.

Oxy Acne Pimple Medication ini mengandungi 10% Benzoyl Peroxide yang berkesan membunuh bakteria dan mampu meresap jauh ke dalam kulit untuk menghalang pertumbuhan jerawat baru pada wajah. 

Selain itu, ubat jerawat ini juga boleh membersihkan pori yang tersumbat dan juga mengurangkan minyak berlebihan pada kulit.

Ubat jerawat ini bukan sahaja boleh digunakan pada kulit wajah, tetapi ia juga boleh disapu pada jerawat yang muncul di leher anda.

Ubat antibiotik untuk jerawat
Nixoderm Ointment
mulai
RM9.45
Semak Nixoderm Ointment harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kegatalan kulit
add_circle Bagus untuk merawat ruam
add_circle Mudah disapu pada kulit
add_circle Harga murah
remove_circle Bekas mudah kotor
remove_circle Kurang sesuai kulit ektra sensitif

Ubat jerawat Nixoderm berkesan untuk mengecutkan jerawat dan juga mampu untuk membuang blackheads dan kurap kulit.

Benzoic Acid yang terkandung dalam ubat jerawat ini mempunyai fungsi mengurangkan jangkitan kulat, manakala Salicylic Acid dalam ubat jerawat ini boleh mengurangkan jerawat baru naik.

Selain itu, anda juga boleh gunakan ubat jerawat ini untuk mengurangkan masalah gatal pada kaki, kulit ekzema atau masalah kurap pada kulit kepala.

Untuk lebih menyakinkan anda, produk ini telah berada di pasaran lebih 50 tahun dan telah terbukti membantu mengurangkan masalah jerawat.

Dengan harga yang murah, anda akan mendapat menyelesaikan masalah jerawat pada kulit anda dan mengembalikan semula kenyakinan diri anda. 

Ubat bintik jerawat
The Raw. Acne Spot Drying Solution
The Raw.
acne spot treatment
mulai
RM22.90
Semak The Raw. Acne Spot Drying Solution harga dibawah:
add_circle Diiktiraf KKM
add_circle Bebas pewangi
add_circle Jerawat cepat kecut
add_circle Rasa sejuk bila dipakai pada muka
remove_circle Perlu pakai moisturizer & sunscreen selepas guna

Ubat jerawat dari jenama The Raw. ini sangat sesuai jika anda mahu mengeringkan jerawat aktif dalam masa yang cepat.

Selain itu, ubat jerawat ini juga boleh membuang sel kulit mati dan membersihkan kulit dari bakteria. 

Sekiranya anda menggunakan produk ini secara konsisten, kesan parut jerawat juga akan hilang tanpa mengeringkan kulit muka. 

Ubat jerawat ini dijamin selamat kerana ia clinically proven dan juga mendapat pengesahan dari KKM, jadi anda boleh menggunakan ubat jerawat jenama The Raw. ini tanpa ragu.

Ubat jerawat tradisional
Sendayu Tinggi Acne Balm
Sendayu Tinggi Acne Balm
mulai
RM23.50
Semak Sendayu Tinggi Acne Balm harga dibawah:
add_circle Mengurangkan parut jerawat
add_circle Terasa berangin dan sejuk
remove_circle Tidak sesuai untuk radang kulit

Jika anda lebih suka dengan produk atau jenama tradisional, anda mungkin akan suka dengan Sendayu Tinggi Acne Balm ini.

Ubat jerawat ini boleh digunakan pada bahagian kulit berjerawat pada waktu siang dan juga malam sebelum anda tidur.

Selain dapat mengecutkan jerawat, parut jerawat juga akan berkurangan juga sekiranya anda consistent menggunakan ubat jerawat ini.

Paling menarik, warna Sendayu Tinggi Acne Balm adalah seakan-akan concealer, jadi ia akan membantu menutup jerawat pada wajah daripada ternampak oleh orang ramai.

Bagaimanapun, ubat jerawat ini kurang sesuai untuk anda yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, dan ia hanya untuk kegunaan pada kulit wajah sahaja.

Ubat jerawat badan
T3 ACNE BODY SPRAY
T3 ACNE BODY SPRAY
mulai
RM13.50
Semak T3 ACNE BODY SPRAY harga dibawah:
add_circle Menghalang jangkitan bakteria
add_circle Membersih liang pori
remove_circle Kurang sesuai untuk wajah

T3 Acne Body Spray boleh menyelesaikan masalah jerawat pada badan anda dengan sistem semburan mudah yang inovatif bagi memastikan setiap inci badan anda dilindungi.

Ubat jerawat untuk badan ini mengandungi formula baru yang diperkaya dengan Natural Australian Tea Tree Oil, Canadian Willow Herb extract dan Willow Bark extract.

Dengan bahan yang berkualiti dan terbaik ini, ia dapat mengurangkan kemerahan pada kulit, menghilangkan sebum berlebihan, membersihkan liang pori dan juga membasmi bakteria yang menyebabkan jerawat.

Anda boleh gunakan ubat atau spray jerawat ini 2 hingga 3 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Selain itu, T3 Acne Body Spray ini juga boleh digunakan bersama dengan T3 Acne Body Wash untuk hasil terbaik.

Ubat jerawat batu
Bio-AntiacneA
Bio-AntiacneA
mulai
RM6.40
Semak Bio-AntiacneA harga dibawah:
add_circle Surutkan bengkak jerawat
add_circle Boleh guna pada badan juga
remove_circle Saiz kecil (10ml)

Ubat jerawat Bio-AntiacneA ini memang sangat sesuai sekiranya anda mempunyai masalah jerawat batu pada muka ataupun badan. 

Anda tidak perlu risau dengan bahan yang digunakan pada ubat jerawat ini kerana diperbuat daripada herba terpilih dan tanpa sebarang pengawet atau harmful formula seperti paraben dan sebagainya. 

Selain itu, ubat jerawat ini juga bersifat antibiotik semula jadi yang boleh menghalang pembiakan kuman pada kulit bermasalah.

Pemakaian ubat jerawat ini boleh mematikan akar jerawat, mengurangkan bintik merah dan hitam, serta berkesan untuk mengurangkan biji-biji gatal pada muka dan badan. 

Selain untuk menyelesaikan masalah jerawat, ia juga boleh digunakan untuk masalah ketuat, kudis dan masalah kulit lain yang kurang serius.

Ubat jerawat pasir
Acne Cream Acne & Pimple
Acne Cream Acne & Pimple
mulai
RM8.29
Semak Acne Cream Acne & Pimple harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua umur
add_circle Berfungsi sebagai antibiotik
add_circle Boleh digunakan oleh ibu mengandung
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Selain jerawat batu, jerawat pasir juga antara masalah yang biasa dihadapi oleh remaja-remaja yang sedang meningkat dewasa.

Ubat jerawat pasir ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, dan ia juga selamat digunakan pada kulit ibu mengandung.

Tidak hanya bertindak mengurangkan jerawat, ubat jerawat ini juga boleh bertindak sebagai antibiotik agar kulit anda terhindar daripada bakteria penyebab jerawat.

Selain itu, ubat ini tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya atau yang boleh merosakkan kulit anda seperti merkuri.

Harga ubat jerawat ini juga murah dan anda akan dapat jumlah ubat atau krim sebanyak 20g untuk digunakan.


Bagaimana Cara Untuk Merawat Jerawat?

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza, jadi cara rawatan juga bergantung dengan jenis kulit masing-masing. Bagaimanapun, anda boleh ikut langkah di bawah yang biasa dilakukan untuk merawat jerawat:

  • Pembersihan

Mulakan dengan membersihkan kulit muka menggunakan alat pembersih yang lembut bagi menghilangkan minyak berlebihan, kotoran, dan make-up

Elakkan gosok terlalu kasar bagi mengelakkan kulit calar kerana anda mungkin tidak boleh memakai sebarang ubat jerawat jika terdapat luka pada kulit. 

  • Menyapu Ubat Jerawat

Untuk jerawat sederhana, antibiotik oral (contohnya, doxycycline atau minocycline) boleh membantu mengurangkan keradangan dan jangkitan bakteria. 

Biasanya ia digunakan untuk tempoh masa terhad. Sementara itu, ubat oral yang kuat dikhaskan untuk jerawat teruk yang tidak memberi tindak balas terhadap rawatan lain. 

Ia mempunyai kesan sampingan yang berpotensi serius dan perlu dipantau rapat oleh dermatologis.

  • Gaya Hidup Dan Penjagaan Kulit

Mengamalkan diet yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula mungkin membantu beberapa individu untuk mengurangkan masalah jerawat.

Jangan sentuh, tekan, atau pecahkan jerawat untuk mengelakkan parut dan jangkitan yang lebih lanjut.

Selain itu, stres juga boleh memburukkan lagi jangkitan jerawat pada kulit. Jadi teknik mengurangkan stres seperti yoga atau meditasi mungkin membantu.

  • Rawatan Profesional

Dermatologis boleh melakukan rawatan chemical peel untuk mengelupaskan kulit dan memperbaiki kulit dari jerawat.

Selain itu, rawatan laser dan cahaya juga boleh dilakukan bagi menghilangkan bakteria pada kulit dan mengurangkan keradangan. 

  • Rutin Penjagaan Kulit

Paling penting adalah untuk menjaga rutin penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang sesuai agar kulit dapat dirawat dari masalah jerawat.

Anda juga boleh menggunakan sunscreen setiap hari untuk mengelakkan hiperpigmentasi pasca-keradangan.


Bagaimana cara untuk mencegah jerawat?

Jika anda mengutamakan kebersihan wajah dan mahu wajah bebas daripada jerawat, berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda mencegah jerawat:

  • Jaga Kebersihan Muka

Basuh muka dua kali sehari dengan pencuci yang lembut untuk menghilangkan minyak berlebih, kotoran, dan peluh.

Elak dari membasuh muka secara berlebihan, kerana ia boleh mengeringkan kulit dan memburukkan lagi masalah jerawat.

  • Kekal Terhidrat

Minum banyak air untuk menjaga kulit anda dan kekal terhidrat. Ini akan mengekalkan keseimbangan semulajadi.

  • Pemakanan Seimbang

Amalkan pemakanan seimbang dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.

Selain itu, hadkan juga pengambilan makanan bergula dan berproses, kerana ia boleh menyumbang kepada jerawat.

  • Elak Sentuhan Muka

Elak dari menyentuh muka anda sepanjang masa, kerana ia boleh memindahkan bakteria dan minyak dari tangan ke kulit.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak memicit, atau memulas jerawat, kerana boleh mengakibatkan parut jerawat dan memburukkan keradangan.

  • Elak Pakaian Ketat

Pakai pakaian yang longgar, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap untuk mengelakkan geseran dan peluh yang boleh memburukkan masalah jerawat pada badan.

  • Tukar Cadar dan Tuala

Tukar sarung bantal, cadar, dan tuala secara berkala untuk mengelakkan terkumpulnya minyak dan bakteria.

  • Hadkan Penggunaan Solekan

Jika anda menggunakan make-up, pilih produk yang tidak membuat liang pori anda tersumbat dan hilangkan solekan tersebut sebelum tidur.

Pencegahan jerawat mungkin memerlukan masa, dan hasil bagi setiap individu mungkin berbeza.

Jadi apa yang penting adalah anda perlu konsisten dengan rutin penjagaan kulit dan pemilihan gaya hidup anda.


Artikel Berkaitan

End of Article