Sebiji jerawat sahaja yang muncul di wajah mampu mencacatkan penampilan. Maka, penjagaan yang lebih sempurna perlu dilakukan untuk membendung jerawat merebak ke seluruh wajah.
Bolehkah jerawat hilang dengan sendiri?
Mungkin ada diantara yang kita tidak mahu meletakkan risiko kulit yang sudah jerawat dengan kepelbagaian produk perawatan yang sedia ada. Bagi anda langkah selamat ialah membiarkan jerawat mengecut dan hilang secara semulajadi tanpa bantuan produk.
Sebenarnya cara ini juga berkesan cumanya ia mengambil tempoh yang panjang. Kulit terpaksa menghasilkan sel baharu dan ejen pembasmi bakteria sendiri. Proses ini boleh berlaku selama seminggu hingga dua minggu! Jika anda tidak bernasib baik, jerawat yang sudah mengecut dan kering mula menghasilkan tompok kemerahan dan gelap. Parut jerawat akan kelihatan lebih jelas kerana tiada bantuan insentif dari bahan-bahan medikasi.
Terpulang kepada setiap individu untuk mengatasi masalah jerawat kerana terdapat banyak teknik dan cara untuk merawat. Namun begitu jangan sesekali memicit jerawat kerana kesannya lebih teruk dan meninggalkan luka dalam pada kulit.
Apakah penyebab jerawat di wajah? Adakah krim berkesan untuk menghapuskannya?
Jerawat adalah disebabkan oleh hormon stres yang terjadi pada tubuh anda. Ianya akan menghasilkan kelenjar minyak berlebihan dan menyumbat liang pori. PMS (Pre-Menstrual Syndrome) juga menjadi salah satu sebabnya. Cara-cara untuk mengatasi jerawat dengan berkesan adalah meminum air kosong seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan dan menyapu krim jerawat bersesuaian.
Ya, krim jerawat berkesan untuk mengurangkan atau melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakan produk yang diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ikuti senarai dibawah untuk mengetahui kebaikan krim jerawat ini;
10 Krim untuk Jerawat Pada Tahun

Krim jerawat dari jenama Oxy 5 ini hanya mengandungi 5% Benzoyl Peroxide sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat sederhana. Fungsi bahan utama ini membasmi bakteria penyebab jerawat sekaligus membersihkan kulit dan liang pori yang berjangkit. Selain itu juga ia mampu mengembalikan kesimbangan minyak muka supaya kulit tidak menghasilkan minyak secara berlebihan. Anda perlu faham, pengeluaran minyak kulit yang tidak terkawal antara punca pori-pori tersumbat seterusnya menjadi jerawat.
Bahan lain dalam produk ini pula Methylparaben dan Propylparaben iaitu paraben yang bertindak sebagai pengawet. Jangan risau ia bahan yang tidak menyebabkan kesan sampingan. Malah ia bahan pengawet ini juga digunapakai dalam kebanyakan produk kecantikan yang lain. Produk ini juga bebas pewangi menjadikan ia sangat selesa pada kulit.
Cara menggunakan krim juga amat mudah, hanya sapu pada kawasan kulit yang berjangkit dan biar mengering. Namun pada mereka yang mempunyai kulit sensitif, alergik atau pro-acne tidak digalakkan kerana mungkin Benzoyl Peroxide boleh menyebabkan iritasi dan penyebab jerawat bukan hanya minyak berlebihan semata-mata ia juga berkait dengan hormon.
Menurut dari beberapa ulasan pengguna makeupalley.com cukup sukakan dengan krim Oxy 5 ini. Ia mampu mengecutkan jerawat dalam tiga hingga lima hari sahaja. Pastikan anda menggunakan krim tidak terlalu banyak dan konsisten.

Krim jerawat Nixoderm sangat mudah digunakan dan dikatakan sangat efektif untuk mengecutkan jerawat lama dan baru tumbuh. Komponen Asid Salisilik dan Benzoic Acid sangat kuat mengeringkan jerawat. Namun apa yang perlu anda khuatir penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi kulit. Ini kerana Benzoic Acid bertindak keras pada bakteria sehingga mampu memberi kesan sampingan pada kulit anda. Ia juga ditugaskan melawan kulat, ekzema dan pelbagai lagi akibat kegatalan kulit.
Sebaiknya pakai siang atau malam untuk mendapatkan kesan yang optimum tanpa mencederakan kulit tersayang. Menurut dari laman sesawang rasmi Nixoderm, anda perlu menyapu balsem selama tujuh hari dan berhenti untuk tiga hari. Kemudian sambung rutin seperti biasa sehingga jerawat mengecut. Jangan lupa untuk mengamalkan penjagaan kulit yang asas.
Selain jerawat, Nixoderm Ointment berupaya mengurangkan bintik hitam, gejala kurap dibahagian kulit kepala dan sekitar badan anda serta kegatalan pada kaki. Manakala Asid Salisilik ejen merawat dan mengelakkan kulit dari berulang dinaiki jerawat.
Dapatkan satu Nixoderm Ointment sebagai ‘kunci kecemasan’ dirumah anda. Balsem serbaguna yang boleh digunakan seisi keluarga.

Kita semua tahu variasi produk penjagaan kulit Aiken yang cukup sinonim bahan semulajadi dari minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia). Ianya tumbuhan dari negara Australia yang terkenal untuk memulihkan kulit yang bermasalah. Esen minyak Tea Tree boleh digunakan terus pada kulit jika tidak bercampur dengan bahan kimia yang lain.
Krim ini merupakan antara krim jerawat terbaik pada kulit sensitif dan berminyak. Ia diformulasi bersama C12-15 alkyl benzoate bagi memberi hasil kulit lebih lembut dan licin. Jadinya setiap sapuan krim tidak menyebabkan kulit menjadi kilat berminyak malah kekal kemasan matte.
Minyak Tea Tree didalam krim Aiken ini membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan minyak dan melindungi kulit dari sinaran UV. Sapukan pada kawasan kulit yang bermasalah sahaja. Jangan risau ia sesuai dipakai bersama produk penjagaan kulit yang lain malah boleh dipakai bersama solekan.
Penggunaan minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) juga dipercayai boleh mengurangkan keradangan, kemerahan dan parut jerawat. Jadi buat anda yang masih mencari-cari krim jerawat tanpa iritasi terutamanya si kulit sensitif. Mungkin produk ini patut ada dalam rutin penjagaan kulit anda.

Jangan lupa jerawat juga boleh tumbuh pada kulit badan terutamanya dibahagian dada dan belakang badan. Punca naik jerawat dibadan kerana hormon, stress, persekitaran yang kotor, tidak membersihkan badan atau keturunan. Kaum wanita lebih mudah dinaiki jerawat pada badan. Sebaiknya kekalkan kebersihan diri, pilih diet yang seimbang dan pastikan menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit.
Krim jerawat Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press boleh membantu mengecutkan jerawat bukan sahaja pada wajah turut sesuai diguna pada badan. Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti minyak Tea Tree, lemon dan lavendar. Ketiga-tiga bahan ini dipercayai oleh membasmi bakteria, mengurangkan minyak dan mencerahkan kulit yang terjejas. Selain itu, produk ini mengandungi Vitamin E bagi pertumbuhan sel kulit yang baharu dan mengurangkan radang.
Krim serbaguna ini bukan sahaja untuk jerawat tapi boleh mengurangkan bintik hitam dan bintik putih tanpa meninggalkan sebarang parut. Jerawat boleh dihapuskan dengan waktu yang singkat jika digunakan setiap hari siang dan malam. Walaubagaimanpun, krim ini tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana tiga bahan utama boleh menyebabkan iritasi kulit.

Jenama Hiruscar mengetengahkan variasi produk memulihkan parut kulit akibat kecederaan, melecur dan bekas jerawat. Buat anda yang ingin mencegah jerawat tumbuh lagi disamping memudarkan tompokan hitam bekas jerawat. Produk Hiruscar Anti Acne Spot Gel adalah jawapannya! Krim gel ini tidak berat sepadan untuk semua jenis kulit yang dihinggap jerawat sementara.
Produk berasaskan Asid Salisilik ini berupaya memulihkan kulit dari masalah jerawat. Yakni mengecut, mencegah dan memperbaiki kulit yang rosak akibat jerawat. Krim gel cepat meresap dan langsung tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit. Bahan aktif MSP (Mucopolysaccharide Polysulphate) esen utama memudarkan jerawat dengan menghasilkan kolagen dan elastin baharu.
Ekstrak Vitamin C pula seperti yang kita tahu tinggi antioksida, agen utama mencegah jerawat dan mencerahkan kulit. Sepadan dengan itu, ia formula yang bagus bagi mempercepatkan proses mengurangkan parut. Isu iritasi, kulit kering dan pengelupasan tidak perlu lagi anda risau dengan setiap sapuan gel jerawat ini. Gel ini boleh disapu pada jerawat tiap 2 hingga 3 kali sehari bagi mendapatkan keputusan yang pantas.

Remaja dan masalah jerawat akrabnya seperti sahabat. Pasti ada segelintir kita mempunyai memori hitam jerawat ketika zaman remaja. Ianya suatu perubahan yang normal lebih lagi ketika hormon-hormon baharu mula membentuk. Pada para remaja yang mencari-cari krim jerawat yang berkesan dan tidak mendatangkan iritasi Clinelle Blemish Clear adalah produk yang tepat!
Gabungan bahan pro Vitamin B5 dan Asid Salisilik berupaya memelihara kulit dengan mencegah pertumbuhan jerawat serta mengekalkan kulit lembut dan lembab. Hasilnya kulit terus merangsang pemyembuhan dan pembaharuan sel kulit baharu. Ditambah bersama Aloe Vera yang mencipta perlindungan dari persekitaran yang boleh menjejaskan kulit. Konsep ini dikenali sebagai Repair, Refine dan Reshield dari gel jerawat Clinelle.
Gel jerawat ini membersih kulit dari jerawat secara efektif tanpa meninggalkan sebarang kesan parut, kemerahan dan iritasi melampau. Ini kerana semua produk Clinelle bebas dari 7 bahan yang boleh membahayakan kulit. Ia sepadan sekali untuk kulit remaja yang masih ‘manja’ dan khuatir cepat mendapat kesan sampingan. Tidak salah untuk berbelanja lebih bagi membantu anak remaja anda mendapat semula keyakinan diri.

Bukan sahaja kaum Hawa, penulis yakin kaum Adam juga akan menyukai Himalaya Acne & Pimple Cream ini. Sama seperti dengan wanita, orang lelaki turut terpalit jerawat hormon yang dihasilkan oleh hormon androgens yang berlebihan. Ia menyebabkan kulit mengeluarkan banyak minyak muka, mengubah sel kulit serta folikel rambut sehingga pori-pori tersumbat.
Kombinasi bahan-bahan semulajadi dalam produk jerawat Himalaya ini sedikit sebanyak boleh menghapuskan jerawat, merawat dan mencegah dari ia tumbuh semula. Silk Cotton Tree, Five-Leaved Chaste Tree dan Lentil bahan utama untuk merawat jerawat, meredakan radang kemerahan dan membasmi kulit yang dijangkiti bakteria.
Barbados Aloe atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera diguna meluas dalam produk kecantikan kerana kaya dengan Vitamin A dan C. Seiring itu Himalaya juga memperkenal agen pelembab ini sebagai fungsi memulihkan kulit dengan berkesan. Bahan terakhir ialah Alum iaitu antiseptik dari komponen kimia yang tidak merbahaya. Efektif menghalang jangkitan bakteria yang dari berulang kembali.
Formulasi krim jerawat ini amat sepadan sekali untuk kaum lelaki yang aktif dan sentiasa berada dipersekitaran yang tercemar.

Satu-satunya krim jerawat dari jenama anak Malaysia yang mendapat perhatian ramai iaitu Sendayu Tinggi Acne Cream. Jenama Sendayu Tinggi jenama tempatan yang paling dipercayai dan sudah memecah pasaran drugstore. Jadi anda tak perlu rasa ragu-ragu lagi bahan dan formulasi pada setiap produk berstatus mampu milik ini.
Krim jerawat ini dirumus khas untuk kulit berminyak, kombinasi dan pro-acne. Kompilasi gabungan bahan semulajadi dan medikasi terbaik supaya dapat memulihkan kulit dari keradangan dan iritasi akibat jerawat. Sama seperti produk yang lain krim ini mengandungi Asid Salisilik, Aloe Vera dan kelainannya ialah menggunakan sumber bunga-bungaan seperti Willowherb, Chamomile, Lavender, Saponaria Officinalis dan pelbagai lagi. Tujuannya melegakan kulit dari bengkak dan sakit pada kulit berjerawat.
Sendayu Tinggi Acne Cream boleh dijadikan sebagai rutin tambahan dalam kit penjagaan kulit pada waktu malam. Hasil dengan itu mengurangkan kulit rasa berminyak pada esok pagi dan mencerahkan parut yang bergejala. Malah pori-pori juga menjadi lebih kecil manfaat dari timun dan horse chesnut bark. Sambil menghilangkan jerawat anda boleh menyokong produk anak tempatan!

Jerawat sering dikaitkan dengan kulit berminyak atau kombinasi semata-mata. Tidak! Kulit kering juga terdedah mendapat jerawat kerana kekurangan lembapan kulit. Ia menyebabkan kalenjar bawah kulit menghasilkan lebih banyak minyak kononnya menggantikan kelembapan kulit. Mereka yang mempunyai kulit kering sebaiknya pilih produk yang lembut dan kaya lembapan.
Pilihan untuk si kulit kering ialah SKIN & LAB yang mengandungi tiga bahan terbaik untuk menjaga kelembapan kulit semasa merawat jerawat. Ekstrak Plantago iaitu sumber asli bertindak seperti Asid Salisilik dimana mengurangkan penularan bakteria penyebab jerawat. Disamping mengawal rembesan sebum dan meredakan kerengsaan kulit.
Hyaluronic acid bahan magik yang meningkatkan dan mengawal kelembapan kulit. Walaupun ia bukanlah ditugaskan untuk mencegah jerawat tapi penting untuk mengembalikan struktur sel kulit yang rosak. Hyaluronic acid juga tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan menyerap baik pada kulit.
Kulit kemerah-merahan sekitar kawasan berjerawat dapat dikurangkan hasil ekstrak Sopharo dalam produk ini. Ia mempunyai ejen mencerahkan, anti-radang dan mengatasi iritasi akibat bahan kimia yang lain. Ekstrak Sopharo adalah dari tumbuhan botani yang juga dikebali sebagai Oxymatrine.
Rawat jerawat anda mengikut keperluan kulit. Jika anda mempunyai kulit kering pilih produk yang kaya dengan bahan lembapan kalau tidak memang anda akan rasa sendiri bahananya.

Jerawat sering timbul tak henti-henti? Mungkin anda mengalami masalah hormon yang tidak stabil. Ataupun masih menggunakan produk yang salah pada kulit. Rungsing bukan? Dapatkan nasihat doktor dan rajinkan diri untuk mencuba beberapa produk yang disyorkan khas untuk kulit cenderung naik jerawat.
Produk dari Uriage iaitu krim Hyeseac A.I Anti Blemish Skin Care antara satu produk yang boleh anda try and error. Berbeza dari produk lain, Uriage menggunakan Uriage Water Thermal sebagai tunjang utama. Cecair unik ini kaya dengan unsur surih dan garam mineral semulajadi untuk mengembalikan seri kulit wajah. Ditambah pula dengan ekstrak kayu Licorice dan BHA yang efektik merawat warna tona kulit tidak sekata akibat parut jerawat.
Teknologi kejuruteraan Uriage memperkenalkan proses TLR2-REGUL complex dimana mampu membaikpulih kerosakan dan melindungi cela pada kulit. Malah dikatakan komponen Piroctone Olaminemampu (anti-fungal) mengawal pembentukan jerawat yang baharu pada masa akan datang.
Kemasan matte menjadikan si kulit berminyak dan kombinasi sentiasa selesa tanpa menghiraukan kesan kilatan wajah. Ia juga tidak akan menggangu solekan harian anda. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini bebas minyak, hypoallergenic dan bersifat non-comedogenic.

Jenama kecantikan mewah Dr.Murad terkenal dengan komponen medikal yang terbaik dalam setiap produknya. Formulasi yang digunakan sering tepat dengan kehendak pengguna tanpa campuran bahan sampingan yang lain. Sebagai contoh produk krim gel jerawat Outsmart Blemish Clarifying krim serum ringan ini digabungkan kebaikan Asid Salisilik bersama lagi empat kepekatan komponen asid bagi menghasilkan proses rawatan yang dapat membersihkan kulit dan menghalang pembiakan bakteria baharu. Kulit menjadi lebih peka dan terbukti jerawat kurang dalam masa hanya satu minggu sahaja.
Bagi mengimbangi semula kelembapan kulit ekstrak madu, beras dan Boswellia digabungkan untuk mengatasi kesan kemerahan, pedih dan kegatalan akibat jerawat. Disamping itu, kulit juga terlindung dari penghasilan bintik-bintik hitam kerana ia dapat mengawal sebum minyak penyebab liang pori-pori tersumbat.
Buat anda yang mempunyai bajet lebih boleh dapatkan produk Dr. Murad yang fokus pada kulit berminyak dan sensitif. Kandungan bahan juga sangat baik dan tidak akan mencederakan kulit berjerawat. Jadi tak salah pun kalau hendak merawat jerawat dengan produk mahal dan diyakini mampu mengubati!