Kecantikan

15 Acne Patch (Pelekat Jerawat) Terbaik di Malaysia 2026

Kami semak 15 acne patch terbaik di Malaysia, dari RM4.64. Pilihan keseluruhan: Cosrx RM8.80, disemak 25 September 2026 terus dari Shopee dan Lazada.


Editor · Updated 25 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Acne Patch (Pelekat Jerawat) Terbaik di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan acne patch di Malaysia ialah Cosrx Acne Pimple Master Patch, RM8.80 (harga disemak 25 September 2026). Ia sesuai untuk dewasa dan remaja serta datang dalam pelbagai saiz; jika bajet jadi keutamaan, Focallure Waterproof Acne Night Patch (RM4.64) memberikan fungsi asas yang sama pada harga paling rendah dalam senarai ini.

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba pada kulit wajah akan meruntuhkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kandungan

Lebih-lebih lagi jika menjelangnya majlis atau hari penting. Kalau boleh nak cungkil jerawat supaya kulit bebas jerawat.

Malangnya tidak boleh tapi kami ada satu jalan penyelesaian yang singkat untuk masalah ini.

Jalan itu adalah dengan penggunaan acne patch yang bagus dimana dapat memadamkan jerawat anda dan dalam masa yang sama dapat mengecutkan jerawat.

Jom lihat senarai jenama acne patch terbaik daripada pelbagai jenama. 


Senarai 15 Acne Patch Terbaik 

Bagaimana Kami Pilih Acne Patch Ini

Harga setiap produk disemak terus daripada penyenaraian Shopee dan Lazada Malaysia yang kami pautkan, disemak semula pada 25 September 2026. Kami bandingkan bilangan patch dalam satu pek, kandungan aktif (hydrocolloid, tea tree oil, salicylic acid) dan sama ada ia kalis air, supaya anda boleh padankan dengan jenis jerawat dan gaya hidup anda. Ini bukan nasihat perubatan; untuk jerawat yang teruk atau berjangkit, jumpa doktor kulit.

Panduan Memilih Acne Patch yang Betul

  • Padankan dengan jenis jerawat. Jerawat kecil dan permukaan sesuai dengan patch hydrocolloid nipis; jerawat batu (cystic) perlukan patch yang lebih tebal atau microneedle.
  • Periksa kandungan aktif. Tea tree oil dan salicylic acid membantu jerawat meradang, tetapi boleh mengeringkan kulit sensitif.
  • Kalis air jika anda aktif atau bersukan. Patch biasa mudah tertanggal bila berpeluh atau basah.
  • Warna lutsinar untuk pemakaian siang. Sesetengah jenama menawarkan patch nipis lutsinar yang boleh disorok bawah make up.
  • Semasa mengandung atau menyusu, semak dahulu dengan doktor jika patch mengandungi bahan aktif seperti salicylic acid.

Pilihan Terbaik Keseluruhan: Cosrx Acne Pimple Master Patch

Cosrx Acne Pimple Master Patch
Acne patch terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
Cosrx Acne Pimple Master Patch
Partnership with Cosrx
Dari RM8.80
Terdapat pelbagai saiz patch
Sesuai untuk dewasa & remaja
Harga mahal
2 lagi
Mengurangkan risiko parut jerawat
Lindungi kawasan jerawat dari kotoran yang lebih teruk

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Untuk anda sering mengalami masalah jerawat yang muncul secara tiba-tiba, produk dari Korea Selatan ini wajib jadi teman baik anda kerana boleh mengecutkan jerawat dalam masa semalaman. 

Ciri-ciri;

Acne patch terbaik jenis hydrocolloid ini mengandungi 24 patches dalam satu pek, jadi cukup untuk kegunaan harian anda. 

Kelembapan pada wajah juga terjaga agar breakouts dapat dihalang. Yang penting, kalis air. 

Kesan kemerahan dan keradangan akibat jerawat turut dapat dikurangkan. Hebat bukan? 

Pembungkusan ziplock yang boleh ditutup semula, jadi kualiti produk ini akan tetap terjaga.

Review;

‘Sesuai dengan kulit saya dan boleh kecutkan cystic acne. Saiz jerawat nampak lebih kecil lepas guna semalaman. Yang penting, tak mudah tertanggal sebab melekat dengan baik pada kulit,’

Terbaik untuk dibeli di farmasi (drugstore): Watsons Acne Patch 24s

Watsons Acne Patch 24s
Acne patch drugstore 2 daripada 15
Watsons Acne Patch 24s
Partnership with Watsons
Dari RM6.35
Melindungi jerawat daripada sebarang kekotoran
Selesa dipakai walaupun untuk tempoh lama
Tidak digalakkan untuk guna bersama ubatan lain
2 lagi
Menyerap minyak
Kalis air

Acne patch Watson ini direka khas untuk anda yang ada bajet terhad kerana harganya murah namun kualitinya masih tetap bagus.

Merupakan jenis hydrocolloid di mana ia mengandungi bahan yang boleh menyerap rembesan atau nanah yang terhasil akibat jerawat. 

Hydrocolloid ini juga akan mengurangkan kesan kemerahan pada kawasan jerawat dan sekaligus dapat memudahkan proses penyembuhan jerawat.

Terbaik untuk peminat jenama Korea: Cosrx Clear Fit Master Patch

Cosrx Clear Fit Master Patch
Acne patch jenama Korea 3 daripada 15
Cosrx Clear Fit Master Patch
Partnership with Cosrx
Dari RM7.50
Material hydrocolloid
Ada 18 patches dalam 1 pek
Saiz setiap patch sama
2 lagi
Mendapat kelulusan FDA
Patch lebih nipis

Kami syorkan anda yang masih tercari-cari acne patch yang sesuai dipakai bersama mekap untuk mendapatkan produk jenama Cosrx ini. 

Nak jerawat lebih cepat kecut? Boleh pakai produk ini ketika siang hari kerana pimple patch yang ditampal pada wajah anda nanti tak akan kelihatan pada mata kasar.  

Dengan pemakaian acne patch ini ketika bermekap, jerawat pada wajah anda juga tidak akan bertambah teruk kerana ia telah melindungi kawasan bermasalah tersebut. 

Malah, akan menyerap kesan luka yang terhasil akibat jerawat tadi. 

Terbaik untuk kulit remaja: OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 26s

OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 26s
Acne patch untuk remaja 4 daripada 15
OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 26s
Partnership with OXY
Dari RM18
Anti bakteria & menyerap minyak
Sesuai dipakai malam
Tidak digalakkan untuk guna bersama krim jerawat lain
2 lagi
Nipis, hanya 0.03cm
Mudah didapati

Acne patch Oxy mempunyai 26 keping stiker jerawat yang kalis peluh dan kalis air menjadikan tak mudah tertanggal ketika mencuci muka atau berpeluh. 

Paling menarik, terdapat tiga saiz yang berbeza. Boleh pilih stiker mana yang paling sesuai dengan saiz jerawat. 

Jerawat pada kulit remaja anda juga tidak akan kelihatan begitu ketara kerana jenis semi-transparent yang akan menyembunyikan kawasan muka yang bermasalah.

Malah, boleh menyerap rembesan nanah dan minyak yang keluar dari jerawat seperti span.

Terbaik untuk dipakai bersama make up: Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch

SOME BY MI 30 DAYS Miracle Acne Clear Spot Patch
Acne patch untuk make up 5 daripada 15
Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch
Partnership with Some By Mi
Dari RM14
Kalis air
Mudah digunakan
Tidak boleh pakai produk penjagaan kulit sebelum guna acne patch ini kerana boleh melemahkan lekatannya
2 lagi
Lapisan nipis
Mengurangkan parut jerawat

Anda gemar guna produk dari Korea? Memang wajib dapatkan acne patch Some By Mi ini kerana sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. 

Selain tu, acne patch ini boleh menghalang jangkitan pada kulit wajah dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk jenis berminyak. 

Boleh digunakan juga dengan mekap kerana ia tidak akan kelihatan pada wajah dan akan kelihatan natural dengan semua tona kulit. 

Pembungkusan pek jenis ziplock yang boleh ditutup semula setiap kali lepas penggunaa.

Jadi, kualiti pimple patch jenis hydrocolloid ini akan terjamin sebab tak mudah tercemar.

Terbaik untuk kandungan tea tree oil: Lanbena Acne Pimple Patch

LANBENA Acne Pimple Patch
Ada kandungan tea tree oil 6 daripada 15
Lanbena Acne Pimple Patch
Partnership with Lanbena
Dari RM13.75
Mengandungi calendula oil
Sesuai juga untuk kulit berparut
Keberkesanan mengurangkan jerawat bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Kalis air & kalis peluh
Patches hadir dalam pelbagai saiz

Acne patch Lanbena ini pula mengandungi minyak tea tree yang mampu melawan bakteria pada wajah dan Calendula Oil yang mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

Paling menarik tentang produk ini sesuai dipakai pada pelbagai jenis kulit dan boleh ditampal pada wajah sebelum pakai mekap.  

Terdapat dua jenis pimple patch dari jenama ini iaitu penggunaan siang dan untuk malam. 

Selain itu, stiker jerawat ini diformulasi dengan ketebalan hydrocolloid 0.3mm dan 0.1mm, jadi penggunaannya tak kelihatan begitu jelas pada wajah..

Terbaik untuk kegunaan semasa mengandung: NEXCARE Acne Patch

NEXCARE Acne Patch
Acne patch untuk ibu hamil 7 daripada 15
NEXCARE Acne Patch
Partnership with
Dari RM13.80
Mudah digunakan
Mengurangkan jangkitan
Tidak begitu berkesan pada jerawat yang teruk
1 lagi
Sesuai untuk pelbagai jenis kulit

Acne patch jenis non medicated ini membantu menyerap nanah dan minyak berlebihan yang terhasil pada jerawat atau kawasan muka yang bermasalah. 

Pastikan anda tampal patch ini pada kulit wajah yang kering dan bersih dan terdapat 36 patches dalam setiap kotak. 

Ingin diingatkan patch akan bertukar warna menjadi putih setelah beberapa jam ditampal dan itu menandakan telah berkesan.

Untuk melindungi jerawat daripada sebarang jangkitan bakteria lain, anda boleh memakai acne patch ini ketika mandi kerana ia kalis air. 

Terbaik untuk jerawat biasa: Hatherine Acne Patch Red Spot [40’s]

Hatherine Acne Patch Red Spot [40’s]
Acne patch untuk jerawat 8 daripada 15
Hatherine Acne Patch Red Spot [40’s]
Dari RM8.50
Tak kelihatan begitu ketara pada wajah
Sesuai pakai waktu siang
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Ada 40 patches dalam 1 pek
Melegakan jerawat

Mengandungi tea tree oil dan Salicylic acid, acne patch ini berkesan mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemerahan. 

Mampu melindungi kulit daripada jangkitan bakteria dan sesuai dipakai pada waktu siang, jadi kulit akan tampak flawless lepas pakai mekap. 

Produk jenama Hatherine ini juga kalis air dan kalis peluh. Kulit jenis cenderung naik jerawat memang patut pakai pimple patch ini tau. 

Pembungkusan dalam pek berzip, jadi produk tidak akan terkena kotoran selepas dibuka. 

Terbaik untuk jerawat batu (cystic): Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Calendula Night Patch 36’s

Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Calendula Night Patch 36’s
Acne patch untuk jerawat batu 9 daripada 15
Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Calendula Night Patch 36’s
Dari RM13.93
Anti bakteria
Nipis, hanya 0.03cm
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
3 lagi
Boleh pakai mekap lepas guna patch
Lindungi kulit jerawat dari kotoran
Tak boleh guna pada kulit yang rosak

Malu kulit asyik naik jerawat? Jangan risau, gunakan sahaja acne patch Mentholatum kerana boleh melawan jerawat dalam masa semalaman. 

Patch hidrokoloid ini mengandungi CMC yang menyerap minyak dan nanah yang ada dalam jerawat. 

Turut mengandungi minyak Calendula untuk menenangkan kulit. 

Jangan risau, acne patch ini boleh melekat dengan baik pada wajah walaupun berpeluh sebab ia kalis air. 

Kemasan matte pada acne patch ini pula menjadikannya tidak begitu kelihatan pada muka.

Terbaik untuk kulit sensitif: Skin & Lab Clean & Eesy Blemish Spot Patch

SKIN & LAB CLEAN & EASY BLEMISH SPOT PATCH
Acne patch untuk kulit sensitif 10 daripada 15
Skin & Lab Clean & Eesy Blemish Spot Patch
Partnership with
Dari RM26.90
Mengelakkan pembentukan parut jerawat
Mempercepatkan penyembuhan jerawat
Keberkesanan bergantung pada kulit
2 lagi
Tampak natural pada wajah
Melegakan kulit berjerawat

Patch hidrokoloid Skin & Lab ini bukan sahaja boleh melindungi kulit daripada kekotoran, namun ia juga kalis air. 

Jadi, tiada masalah jika anda mandi atau berenang di kolam kerana akan kekal melekat pada wajah. 

Barulah tiada jangkitan bakteria pada kawasan muka yang bermasalah kan. 

Sesuai digunakan pada kulit sensitif dan boleh menyerap nanah akibat jerawat.

Terbaik untuk kulit berminyak: BREYLEE Tea Tree Acne Pimple Patch Spot Patch Day/Night

BREYLEE Tea Tree Acne Pimple Patch Spot Patch DayNight
Acne patch untuk kulit berminyak 11 daripada 15
BREYLEE Tea Tree Acne Pimple Patch Spot Patch Day/Night
Partnership with
Dari RM9.99
2 jenis patch, malam & siang
Sesuai juga untuk whiteheads
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Ada minyak Tea Tree Australia
Nipis & boleh serap nanah

Untuk yang memiliki kulit berminyak pula, kami sarankan anda untuk guna acne patch Breylee.

Ini kerana sesuai dengan pelbagai jenis kulit termasuk kulit kering, normal dan kombinasi. 

Lagipun boleh membunuh bakteria dengan berkesan dan sekaligus boleh mengurangkan kemerahan kulit akibat jerawat. 

Acne patch yang mudah melekat pada kulit muka ini juga kalis air dan kalis peluh serta tidak kelihatan begitu ketara pada wajah. 

Terbaik untuk bekas jerawat (parut): VT CICA Spot Patch

VT CICA Spot Patch
Acne patch untuk bekas jerawat 12 daripada 15
VT CICA Spot Patch
Partnership with
Dari RM12
Melekat dengan baik
Menyerap rembesan dari jerawat
Tidak boleh ditampal pada luka
1 lagi
Kalis peluh

Sedang mencari acne patch yang bagus yang boleh dipakai ketika berenang atau mandi?

Produk jenama VT Cosmetics ini memang terbaik kerana mempunyai ciri kalis air. 

Seperti acne patch lain, mampu boleh melindungi jerawat atau parut jerawat daripada terkena sebarang kekotoran, jadi jerawat tidak akan membiak ke kawasan yang lain. 

Jerawat juga cepat kecut dan sembuh jika digunakan dengan konsisten setiap kali ada jerawat yang tumbuh.

Terbaik untuk teknologi microneedle: ACROPASS Trouble Cure Microneedle Patch

ACROPASS Trouble Cure Microneedle Patch
Acne patch dengan microneedle 13 daripada 15
ACROPASS Trouble Cure Microneedle Patch
Partnership with
Dari RM56.50
Ada hyaluronic acid
Menghasilkan sel kulit baru
Tidak sesuai dengan kulit yang sensitif dengan hyaluronic acid
1 lagi
Harga mahal

Walaupun pimple patch ini mempunyai microneedle, anda tak perlu risau dengan jarum tersebut kerana ketebalannya hanyalah ⅓ daripada ketebalan sehelai rambut. 

Jadi, tak akan menyakitkan kulit muka. Jarum halus jenis microcone itu juga akan mempercepatkan pengeluaran minyak daripada kawasan wajah yang bermasalah. 

Maka, masalah jerawat akan dapat dikurangkan. 

Terbaik untuk harga paling jimat: Focallure Waterproof Acne Night Patch

Focallure Waterproof Acne Night Patch
Acne patch dengan salicylic acid 14 daripada 15
Focallure Waterproof Acne Night Patch
Partnership with Focallure
Dari RM4.64
Melindungi jerawat daripada kekotoran lain
Fungsi 2x repair
Kurang berkesan menarik nanah daripada jerawat
1 lagi
Mengandungi essential oil

Acne patch 0.3mm ini telah mendapat review yang bagus daripada pengguna di Shopee dan Lazada kerana ramai mengakui keberkesanannya untuk mengecutkan jerawat.  

Selain itu boleh melekat dengan kuat, jadi stiker jerawat ini tidak akan tercabut walau dipakai waktu tidur atau terkena sebarang cecair.

Uniknya lagi,ia mengandungi tea tree oil dan salicylic acid yang akan mengurangkan bengkak dan kesan keradangan akibat jerawat ini pada kulit muka. 

Boleh dipakai juga pada kulit sensitif dan pimple patch ini boleh menyerap rembesan yang keluar dari jerawat.

Terbaik untuk kalis air (waterproof): Derma Angel Acne Patch

acne patch
Acne patch kalis air 15 daripada 15
Derma Angel Acne Patch
Derma Angel
Dari RM22.60
Boleh oles solekan atas acne patch
Dapat memudarkan kehadiran jerawat
1 lagi
Bantu menyembuhkan jerawat

Acne patch dari Derma Angel senipis sehingga 0.01cm. Maksudnya, lapisan acne patch ini tidak akan kelihatan jelas jika anda memakainya.

Tambah pula, dengan warna nude matte menjadikan acne patch tidak kelihatan dengan mata kasar dan tidak menjadi masalah jika anda memakai solek.

Malah, acne patch ini membantu menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pembentukan parut.

Jerawat pun tak terdedah dengan bakteria atau kotoran udara luar yang menjadikan keadaan jerawat lebih teruk.

Selain itu, acne patch ini bercirikan kalis air dan lapisan patch memberi ruang untuk kulit bernafas menjadikan tidak berlaku iritasi pada kulit.

Derma Angel mempunyai satu lagi Acne Patch Plus dengan tambahan asid salisilik, yang menyediakan fungsi tambahan untuk mengawal tumbesaran jerawat yang aktif serta mengurangkan lapisan sel kulit mati.

Hasilnya, kulit anda kelihatan licin, lembut dan bersih dari jerawat.


Tips Memakai Acne Patch 

Cara pemakaian stiker khas untuk mengecutkan jerawat atau acne patch ini cukup mudah, hanya perlu tampalkan sahaja produk tersebut pada kawasan yang bermasalah. 

Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mencuci wajah dan tangan sehingga bersih sebelum menggunakannya untuk mengelakkan bakteria jahat mengotori wajah anda. 

Selain itu, pastikan kulit muka anda kering sebelum menampal pimple patch ini. 

Biarkan produk jerawat ini semalaman atau sehingga beberapa jam mengikut arahan yang ada pada pembungkusan produk. 

Jika acne patch ini melekat dengan kuat pada wajah anda ketika mahu menanggalkannya, hanya perlu membasahkan kawasan wajah dengan sedikit air. 


Berkesan Atau Tidak Guna Acne Patch? 

Tahap keberkesanan stiker jerawat ini bergantung kepada jenis jerawat yang dialami. 

Contohnya, jika anda menghadapi masalah breakouts yang terlalu teruk dalam tempoh yang lama, produk ini tidak begitu berkesan. 

Ia lazimnya hanya mampu mengecutkan jerawat kecil yang jarang-jarang muncul pada wajah anda. 

Harus diingatkan juga, produk penjagaan kulit ini juga kurang berkesan mengecutkan jerawat jenis cystic. 

Apa pun, keberkesanannya juga turut bergantung pada jenis kulit si pemakai dan paling penting, jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sesuatu produk acne patch kerana dikhuatiri ia mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan wajah anda. 


Artikel Berkaitan

Soalan Lazim Tentang Acne Patch

Acne patch sesuai untuk jerawat jenis apa?

Acne patch hydrocolloid paling berkesan untuk jerawat permukaan yang sudah pecah atau berisi nanah, kerana ia menyerap cecair dan melindungi kawasan itu daripada kekotoran. Untuk jerawat batu (cystic) yang lebih dalam, kesannya lebih terhad dan mungkin perlu rawatan tambahan.

Bolehkah ibu hamil memakai acne patch?

Patch hydrocolloid biasa (tanpa bahan aktif seperti salicylic acid) umumnya dianggap selamat kerana ia hanya bertindak sebagai perlindungan fizikal dan tidak diserap kulit. Walaupun begitu, ibu hamil digalakkan menyemak dengan doktor terlebih dahulu, terutamanya jika patch itu mengandungi bahan aktif tambahan.

Berapa lama boleh pakai acne patch dalam satu masa?

Kebanyakan jenama mencadangkan 6 hingga 12 jam atau semalaman, dan patch perlu ditukar apabila ia bertukar warna keputihan (tanda telah menyerap cecair). Ikut arahan pada kotak produk anda kerana tempoh boleh berbeza mengikut jenama.

Apa beza acne patch yang mahal dan yang murah?

Perbezaan utama biasanya pada bilangan patch sepek, ketebalan hydrocolloid dan sama ada ia kalis air atau ada kandungan tambahan seperti tea tree oil. Patch asas seperti Focallure (RM4.64) menyelesaikan fungsi utama; jenama premium seperti ACROPASS (RM56.50) menambah teknologi microneedle untuk jerawat lebih degil.

Lagi daripada ProductNation