Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
scrub wajah terbaik

12 Skrub Muka Terbaik Drugstore (Watson) Malaysia 2024

Tiada lagi kulit kusam dan pudar

Teknik pengelupasan ataupun exfoliating sebenarnya main peranan besar di dalam rutin penjagaan wajah kita.

Apabila kita menggunakan skrub, lapisan sel kulit mati yang kusam akan terkupas dan memberikan lapisan kulit wajah yang baru yang jauh lebih bersih dan cerah. 

Hanya dengan cara ini, segala kotoran pada wajah boleh dibersihkan secara mendalam. 

Tapi pastikan guna scrub muka terbaik dan kami bantu anda senaraikan pencuci muka scrub terbaik di drugstore.


Cara Pilih Scrub Muka Terbaik Di Drugstore

Salah satu produk penjagaan kulit yang popular di kalangan wanita ialah scrub untuk membantu menanggalkan sel kulit mati dan memperbaiki tekstur kulit kita.

Tetapi, dengan begitu banyak pilihan produk scrub yang terdapat di pasaran, adakah anda keliru bagaimana untuk memilih scrub yang terbaik untuk kulit?

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips penting yang boleh membantu anda memilih scrub terbaik di drugstore.

  • Kenali jenis kulit anda

Sebelum memilih scrub, pastikan anda tahu jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai masalah kulit kusam, cari scrub yang mengandungi bahan seperti asid glikolik atau vitamin C. 

Bahan-bahan ini boleh membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, cari scrub dengan bahan-bahan seperti minyak pokok teh atau tanah liat boleh membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit.

  • Bahan semulajadi

Pilih scrub yang menggunakan bahan semula jadi untuk mengelakkan kerengsaan.

Ini kerana bahan-bahan ini boleh membantu membersihkan kulit anda dengan lembut tanpa merosakkan lapisan pelindung kulit.

  • Uji sedikit pada kawasan kecil kulit terlebih dahulu

Sebelum menggunakannya pada seluruh muka, uji pada bahagian kecil kulit untuk mengelakkan tindak balas kulit yang tidak diingini.

Sekiranya tiada tindak balas seperti kemerahan atau gatal-gatal, barulah anda boleh sapukan pada keseluruhan muka.

  • Sesuaikan dengan bajet anda

Jangan berbelanja berlebihan untuk scrub yang terlalu mahal.

Terdapat banyak jenama yang tersedia di kedai seperti Watsons yang menawarkan scrub berkualiti pada harga yang berpatutan.

Pastikan anda memilih scrub yang bersesuaian dengan bajet anda.

  • Bau wangi

Jika anda sukakan bauan, pastikan scrub yang anda pilih mempunyai bau yang menyenangkan.

Walaupun ini bukan perkara penting, bau scrub boleh memberikan pengalaman yang menyenangkan semasa penggunaan di wajah.

  • Baca kandungan scrub

Pastikan anda membaca senarai bahan sebelum membeli scrub.

Scrub yang baik harus mengandungi bahan berkualiti tinggi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti paraben.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan scrub yang anda pilih bebas daripada pewangi atau bahan yang boleh menyebabkan reaksi alahan.

Sebaliknya, jika anda mempunyai kulit berjerawat, pilih scrub yang mengandungi asid salisilik atau benzoil peroksida untuk membantu membersihkan liang-liang dan mengurangkan jerawat. 


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Skrub Muka?

Antara kelebihan scrub ialah ia membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.

Dengan menggunakan scrub muka, ia membolehkan kulit bernafas dengan lebih baik. 

Scrub muka juga boleh membantu meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit yang lain, seperti serum dan losyen. 

Tambah lagi, ia membantu membersihkan kotoran dan minyak yang terperangkap dalam pori-pori wajah.

Seterusnya, akan membantu mengurangkan risiko jerawat dan kulit berminyak.

Namun, kekurangan utama skrub muka ialah ia boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit tertentu seperti ekzema atau jerawat.

Oleh itu, pastikan anda menguji produk pada kawasan kecil kulit anda sebelum menggunakannya ke seluruh wajah.

Menggunakan scrub muka yang terlalu kasar atau terlalu kerap juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan merosakkan lapisan pelindung semulajadi kulit.


12 Scrub Muka Terbaik Di Drugstore

Scrub muka terbaik secara keseluruhan
Nivea
Semak Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub (75ml) harga dibawah:
add_circle Tiada microplastic particles
add_circle Menggunakan bahan organik
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Mengurangkan blackheads
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Rumusan beras asli merupakan bahan yang terbaik untuk memberikan kesegaran pada wajah.

Ciri-ciri:

Jika anda mempunyai masalah wajah kombinasi dan berminyak, skrub ini amat sesuai dengan anda. 

Malah scrub ini tidak menggunakan sebarang microplastic pada scrubnya.

Skrub jenama ini mengandungi serbuk halus beras dapat mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan parut dan menghilangkan kekusaman wajah. 

Selain itu, blackhead yang terkumpul akibat kotoran serta kumpulan minyak pada wajah juga dapat dikurangkan.

Manakala Aloe Vera pula mengunci menghidrat dan kembalikan kelembapan pada wajah supaya wajah kekal lembap, anjal dan bersih. 

Review:

‘Tekstur scrub tidak terlalu kasar dan bau organik rice yang menyegarkan. Berkesan untuk mengurangkan masalah kulit berminyak,’

Scrub muka terbaik untuk kulit berminyak
Garnier
Semak Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml) harga dibawah:
add_circle Menyelesaikan pori tersumbat.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
add_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
remove_circle Bukan untuk mencerahkan kulit.

Skrub ini diperkaya dengan bahan seperti herba pembaik pulih dan asid salisilik.

Skrub 6 dalam 1 ini bukan hanya mencegah muka anda daripada berminyak malah ia juga membantu bagi mengurangkan jerawat, bintik hitam, liang tersumbat, kemerahan dan juga parut.

Amalkan penggunaan 2 kali seminggu bagi mendapatkan kesan yang menakjubkan dan jangan risau kerana ia skrub yang halal.

Scrub muka terbaik untuk kulit kering
St Ives
st ives smoothing oat scrub
Semak St Ives Face Gentle Smoothing Oat Scrub harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Tidak mengandungi sulfat dan minyak
add_circle Sesuai dijadikan scrub atau masker
remove_circle Stok terhad

Scrub ini menyegarkan kulit yang letih dengan bauan oat semulajadi.  

Dalam masa yang sama, ia boleh mengangkat kelemumur pada kulit.

Skrub ini juga boleh melembutkan dan melembapkan wajah supaya wajah tidak lagi kelihatan kusam. 

Scrub muka murah
Eversoft
Semak EVERSOFT Apricot Facial Scrub harga dibawah:
add_circle Menyingkirkan kotoran pada wajah
add_circle Menjadikan kulit lembut
add_circle Dapat melindungi kulit dari sinaran UV
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi

Bagusnya scrub ini, kulit anda bukan sahaja bersih tetapi dapat menjadikan kulit kelihatanlebih cerah dari biasa. 

Ini kerana kesan dari Mulberry ekstrak yang mampu mencerahkan kulit wajah serta memberikan lapisan kulit yang lebih sihat. 

Ekstrak Apricot puila dapat mengekalkan tahap kelembapan pada wajah anda terkawal terutama bila anda menghadapi masalah kulit kering. 

Bahan lain yang terkandung ,enggunakan bahan semula jadi bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah anda.

Manakala teksturnya yang lebih halus agar dapat membersih dengan lebih mendalam. 

Scrub muka terbaik untuk kulit sensitif
Safi Natural Facial Scrub Habbatus Sauda
Semak Safi Natural Facial Scrub Habbatus Sauda harga dibawah:
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati.
add_circle Mengurangkan whiteheads dan blackheads
add_circle Membersih liang pori yang tersumbat
remove_circle Tidak mempunyai logo halal

Scrub terbaru dari rangkaian Safi ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.

Gel scrub ini mempunyai BHA yang berfungsi membersihkan liang pori yang tersumbat akibat dari lebihan minyak dan kotoran pada wajah. 

Jangan risau, tidak membuatkan kulit anda kering walaupun menyingkirkan sel kulit mati.

Selain itu scrub ini dapat mengurangkan blackheads dan whiteheads yang menjadi penyebab masalah kulit. 

Hasilnya, kulit juga lebih cerah, sihat dan masalah kulit berminyak juga berkurangan tanpa menyebabkan sebarang iritasi pada kulit. 

Scrub muka terbaik untuk kulit kombinasi
Himalaya
Himalaya Gentle Exfoliating Apricot Scrub
Semak Himalaya Gentle Exfoliating Apricot Scrub harga dibawah:
add_circle Dapat melindungi kulit akibat sinaran UV
add_circle Membekalkan kulit yang sihat
add_circle Membersihkan sel kulit mati
add_circle Mengurangkan blackheads
remove_circle Bahan sulfate boleh menyebabkan iritasi pada wajah

Bila pakai scrub, benda paling utama adalah untuk membersihkan sel kulit mati dan menyingkirkan blackhead.

Jadi scrub ini adalah pilihan yang tepat kerana dapat menghalang pembentukan blackheads pada kulit wajah.

Dalam masa yang sama, liang pori yang tersumbat juga boleh dibersihkan dan memberikan kulit yang sihat. 

Bahan yang bagus didalam scrub ini adalah crab apple yang mengurangkan masalah iritasi dan kaya dengan antioksidan. 

Kulit anda tidak akan kering dan kekal tahap kelembapannya dengan nutrisi dari wheat germ oil.

Manakala kandungan biji aprikot pula tidak asing lagi dalam proses menyingkirkan sel kulit mati dan membuang masalah blackheads pada kulit wajah. 

Scrub muka terbaik untuk blackhead
Freeman
Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Semak Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub harga dibawah:
add_circle Kegunaan 2 dalam 1 mask
add_circle Dapat membersih lebihan minyak
add_circle Mampu menyerap lebihan minyak
add_circle Mampu mengecilkan liang pori
remove_circle Perlu tunggu mask kering, baru boleh jadikan scrub

Skrub muka ini menampilkan proses pemakaian 2-dalam-1 yang menggunakan teknik mask dan skrub. 

Produk dwifungsi ini dapat bertindak sebagai detoks dan menyingkirkan segala kotoran dan cela di wajah. 

Diformulasi dengan serbuk arang dan gula hitam sekaligus dapat membantu mengecilkan liang porti pada wajah. 

Sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat berkurangan kerana serbuk arang tersebut menyerap lebihan sebum yang terhasil. 

Hasilnya, wajah bebas minyak, lebih bersih, kulit juga makin sihat dan berseri. 

Exfoliating scrub untuk kulit berminyak
Semak Garden of Eden Gentle Exfoliating Facial Scrub 75 ml harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak buah delima
add_circle Melembapkan dan mencerahkan kulit
add_circle Mempunyai bijian dari beras
add_circle Dapat menyingkirkan kotoran
remove_circle Kurang berkesan mencerahkan kulit

Skrub wajah ini diperkaya dengan buah delima, menjadikan sesuai untuk kulit yang alami parut. 

Khasiat daripada buah delima dan khasiat likoris mampu memudarkan parut serta mencerah wajah kusam. 

Mankala kandungan bijian beras pula akan memastikan sel kulit mati dan serpihan kulit kering hilang serta berfungsi untuk melicinkan kulit. 

Bukan itu sahaja, skrub wajah ini mengandungi khasiat minyak zaitun dan minyak Jojoba untuk kekalkan penghidratan pada kulit. 

Pati minyak geranium dan pudina pula dapat meredakan iritasi pada kulit sensitif. 

Scrub muka terbaik untuk jerawat
Neutrogena
Semak Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub harga dibawah:
add_circle Menghilangkan blackhead.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu.

Skrub ini amat sesuai digunakan setiap hari kerana formulanya lembut dan tidak kasar kepada kulit. 

Diformulasi dengan teknologi Blackhead Fighting Complex akan membantu menghilangkan bintik hitam dan menghalang daripada kembali. 

Diperkaya dengan bahan semula jadi yang terbukti membantu mengawal minyak dan membersih pori dengan berkesan.

Sesuai juga digunakan untuk kulit sensitif dan berminyak kerana formulanya bebas minyak. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, skrub ini bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic. 

Scrub muka terbaik untuk whitehead
Eucerin
Scrub untuk kulit berminyak dan flek hitam
Semak Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml harga dibawah:
add_circle Dirumuskan untuk melawan bakteria punca jerawat
add_circle Lactid acid bagi membantu mengecilka liang pori
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Harga yang akan mahal

Euerin ProAcne Scrub mengandungi formula pembunuh bakteria seperti Lactid Acid dan mikro partikel yang mengecilkan pori wajah.

Jadi yang ada masalah kulit berjerawat tu, anda wajib gunakan scrub Eucerin bagi melawan masalah kulit berjerawat ye.

Bukan itu sahaja, ianya juga mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan bintik hitam, cela dan pori tersumbat. 

Formulanya berbentuk gel dan bijian mikro yang lembut amat sesuai untuk digunakan oleh kulit sensitif tanpa mengeringkan wajah untuk pembersihan intensif. 

Scrub muka untuk kulit kusam
Simple
Semak Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub (75ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi campuran dari rice granule
add_circle Mempunyai vitamin E
add_circle Menganjalkan kulit
remove_circle Hanya berfungsi menyingkirkan kotoran saja

Rice granule merupakan rumusan bagi tekstur scrub ini, untuk membuang kotoran pada wajah seperti sel-sel kulit mati. 

Bukan itu sahaja, nutrisi dari beras tersebut menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Bukan itu saja tekstur kulit juga kelihatan anjal semula jadi jika anda pakai secara berterusan.

Kulit yang terjejas akibat sinaran UV dan kotoran luar, bahan vitamin E dapat melindungi kulit anda dari semua masalah ini. 

Scrub muka untuk jeragat
Garnier
Garnier Skin Light Complete Brightening Scrub
Semak Garnier Skin Light Complete Brightening Scrub harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan vitamin C untuk mencerahkan kulit
add_circle Ekstrak lemon untuk mengurangkan kekusaman
add_circle Mengurangkan kesan tompok hitam pada wajah
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi
remove_circle Kulit menjadi kering

Kali ini scrub dari Garnier berfungsi menjadikan kulit lebih cerah serta memberikan tona sekata pada wajah anda. 

Kandungan vitamin C yang menjadi bahan utama pada scrub ini untuk mencerahkan kulit anda.

Menggunakan ekstrak lemon bagi menyelesaikan masalah kulit yang sentiasa kelihatan kusam dan tidak bermaya. 

Paling utama, sel-sel kulit mati ini dapat disingkirkan dan memberikan ruang agar kulit menjadi lebih sihat. 

Jika ada masalah kulit tidak sekata atau kesan tompokan hitam pada wajah, dalam saiz yang kecil scrub ini mampu mengurangkan tona warna tersebut. 


Bagaimana Cara Untuk Memakai Scrub & Berapa Kali Perlu Guna Scrub?

Nak gunakan scrub pun perlu ada cara dan langkah yang betul ke?

Ya, semestinya dan kami yakin ramai di antara kita yang hanya guna sekadar guna tapi tidak mengetahui cara yang tepat. 

Jom kita baca langkah dan cara yang betul pakai skrub.

  1. Pastikan anda basuh terlebih dahulu wajah dengan air sebelum menggunakan scrub.
  2. Ambil jumlah scrub yang secukupnya untuk dipakaikan pada seluruh wajah. 
  3. Bila nak gosok pada muka, jangan terlalu kuat tetapi lembut-lembut dan cuba gosok scrub dalam pusingan jam bagi membantu peredaran darah pada wajah.
  4. Jangan lupa gosok scrub pada bahagian yang penting seperti bahagian hidung, tepi mulut, pipi dan dahi.
  5. Ambil masa 1-2 minit untuk scrub dan bilas wajah anda.
  6. Bila dah siap semua langkah ini, pastikan anda pakai skincare terutama pelembap. 

Tak susah pun nak pakai scrub ini, cuma bila nak pakai scrub cukup hanya 2-3 kali seminggu untuk membuang semua sel-sel kulit mati, kotoran lain pada wajah. 

Anda boleh lihat kesalahan apabila memakai skrub melalui video di bawah supaya anda tidak lakukan.


Adakah Penggunaan Skrub Dapat Memberi Kesan Buruk Kepada Wajah?

Jawapannya tidak kerana kebanyakan skrub menggunakan bahan semulajadi yang lembut dan tidak menyebabkan wajah anda alami iritasi atau merengsa. 

Anda disyorkan skrub yang mengandungi bahan organik mudah larut ketika disapukan pada wajah seperti gula kastor, garam, dan serbuk kopi.  

Produk yang dijual di drugstore tidak semestinya tiada kualiti. Kadangkala, keberkesanannya lebih bagus berbanding skrub yang mahal. 


Artikel Berkaitan

End of Article