Kecantikan

16 Produk Skincare Terbaik untuk Kulit Kusam di Malaysia 2026

16 produk skincare kulit kusam di Malaysia, top pick Aiken Vita C Bright Serum RM27.12, harga disemak 22 Sept 2026. Pilihan ikut jenis kulit & bajet.


Editor · Updated 22 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Produk Skincare Terbaik untuk Kulit Kusam di Malaysia 2026
Pilihan Keseluruhan TerbaikAiken Vita C Bright Serum
RM27.12See price at Lazada

Setiap kali selfie, ramai suka guna beauty filter untuk menutup masalah muka kulit kusam atau muka hitam jika tidak pakai make up tebal.

Kalau anda inginkan kulit wajah yang semula jadi cantik, boleh cuba pakai set skincare untuk kulit kusam atau produk skincare untuk merawat kulit kusam.

Kandungan

Jadi untuk anda yang mengalami masalah muka kusam dan mahukan kulit glowing, jangan mengalah untuk jadi cantik sebab kami ada jalan penyelesaian.

Ada banyak pilihan skincare untuk kulit kusam, skincare bagus untuk kulit kusam dan kami juga kongsikan review skincare untuk kulit kusam. 

Ini senarai produk untuk kulit kusam terbaik dan skincare terbaik untuk selesaikan masalah kulit ini.

Jawapan ringkas: produk skincare untuk kulit kusam paling disyorkan ialah Aiken Vita C Bright Serum, RM27.12 (harga disemak 22 September 2026), sesuai untuk semua jenis kulit dan bebas paraben. Jika kulit anda lebih kering, Laneige Water Sleeping Mask (RM135.00) atau Cetaphil Bright Healthy Radiance Toner (RM55.43) lebih sesuai untuk kelembapan tambahan.


Senarai 16 Produk Skincare Untuk Kulit Kusam

Terbaik untuk Pilihan Keseluruhan: Aiken Vita C Bright Serum

Aiken Vita C Bright Serum
Pilihan Keseluruhan Terbaik 1 daripada 16
Aiken Vita C Bright Serum
Aiken
Dari RM27.12
Bebas Paraben
Lulus ujian dermatologist
Bau wangian limau/lemon sedikit kuat
2 lagi
Tea Tree Oil asli dari Australia
65 kali kesan pencerahan dari vitamin C

Sebab menjadi pilihan utama:

Serum kulit kusam ini mampu mencerahkan kulit kusam dengan 65 kali vitamin C yang terkandung pada serum ini.

Ciri-ciri:

Serum merupakan salah satu skincare yang memainkan peranan penting lebih-lebih lagi mengandungi vitamin C kerana dapat membuatkan kulit menjadi berseri.

Dengan 65 kali ganda kuasa pencerahan dari Vitamin C, antioksidan bertindak meratakan tona kulit wajah. 

Serum ini juga telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan masalah jerawat dan memudarkan parut jerawat hanya dalam masa 3 hari.

Kebiasaan tekstur serum sedikit melekit dan berminyak, tapi formulasi serum ini bebas minyak dan tidak melekit malah mudah menyerap pada kulit.

Review:

“Hasil selepas seminggu menggunakannya, kulit kelihatan lebih cerah, masalah kulit kusam makin berkurang dan tekstur serum ini tidak melekit.”

Price
RM27.12

Terbaik untuk Scrub Muka: Eucerin ProACNE Solution Scrub

Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml
Scrub Muka Terbaik 2 daripada 16
Eucerin ProACNE Solution Scrub
Eucerin
Dari RM39.99
Melawan bakteria punca jerawat
Membantu mengecilkan liang pori
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Euerin ProAcne Scrub mengandungi formula pembunuh bakteria seperti Lactid Acid dan mikro partikel yang mengecilkan pori wajah.

Jadi yang ada masalah kulit berjerawat tu, anda wajib gunakan scrub Eucerin bagi melawan masalah kulit berjerawat.

Bukan itu sahaja, ianya juga mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan bintik hitam, cela dan pori tersumbat. 

Formulanya berbentuk gel dan bijian mikro yang lembut amat sesuai untuk digunakan oleh kulit sensitif tanpa mengeringkan wajah untuk pembersihan intensif.

Price
RM39.99

Terbaik untuk Sunscreen Harian Terbaik: Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Sunscreen Harian Terbaik 3 daripada 16
Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Wardah
Dari RM13.11
Non-Comedogenic
Tekstur ringan & tidak melekit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Kandungan antioksidan dan pelembap
Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5

Lindungi wajah anda dari sinar UV yang boleh menggelapkan kulit dengan sunscreen ini. 

Bukan hanya pakai skincare untuk dapatkan kulit berseri, sunscreen juga wajib pakai untuk mengelakkan kulit menjadi kusam.

Dilengkapi dengan filter UVA dan UVB iaitu SPF30 serta Vitamin E sebagai antioksida. 

Jangan risau, sunscreen ini tidak akan mengeringkan kulit wajah kerana ianya mempunyai ekstrak Aloe Vera dan Vitamin B5. 

Tekstur tidak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit untuk memberi lapisan perlindungan buat kulit anda dari sunburn. 

Price
RM15.90

Terbaik untuk Selamat untuk Ibu Hamil: Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

Moisturizer aloe vera
Selamat untuk Ibu Hamil 4 daripada 16
Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel
Nature Republic
Dari RM114
92% Aloe Vera dari Korea
Melegakan kulit wajah yang kering
Saiz bekas yang besar dan tidak convienice
1 lagi
Menjadikan kulit bersih

Bila kulit kusam, berminyak dan mempunyai masalah jerawat pasti membuatkan kulit anda bermasalah dan sangat sensitif. 

Ini terjadi kerana penghasilan sebum yang berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat.

Jadi, gunakan Aloe Vera asli untuk melegakan masalah kulit anda yang terbukti berkesan seperi produk dari Natural Republic ini.

Tekstur krim ini menyejukkan kulit, tidak berminyak dan mudah menyerap dengan 92% aloe vera asli dan selamat untuk digunakan pada semua jenis kulit.

Masalah kulit kusam, berminyak, berjerawat akan berkurangkan. Betul atau tidak, anda patut cuba dan gunakan untuk lihat hasilnya ye!

Price
RM114

Terbaik untuk Sleeping Mask Terbaik: Laneige Water Sleeping Mask 70ml

Sleeping Mask Terbaik 5 daripada 16
Laneige Water Sleeping Mask 70ml
Laneige
Dari RM135
Mengandungi teknologi Moisture Wrap
Mengandungi bahan semula jadi
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Laneige Water Sleeping Mask mengandungi teknologi Moisture Wrap.

Teknologi ini membantu menjaga kelembapan kulit secara mendalam dan mencegah kekeringan pada kulit.

Terdapat juga bahan semula jadi seperti ekstrak apricot yang akan membantu sihatkan kulit dan menjaga kehalusan kulit.

Jangan risau sesuai untuk pengguna kulit sensitif dan rekaan botol yang yang kemas dan mudah digunakan.

Cara penggunaan mudah saja, sebelum tidur ratakan pada bahagian hidung, pipi, dahi dan dagu. 

Kemudian anda boleh biarkan sehingga ke esokkan pagi dan baru cuci wajah anda.

Price
RM135

Terbaik untuk Day Cream untuk Remaja: WARDAH Lightening Day Cream

WARDAH Lightening Day Cream
Day Cream untuk Remaja 6 daripada 16
WARDAH Lightening Day Cream
WARDAH
Dari RM24.21
Melembapkan kulit
Untuk kulit kombinasi & berminyak
Kurang sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Mengandungi SPF 30

Rata-rata wanita diluar sana sudah kenal jenama dari Wardah ini, dan ini pula rangkaian seri yang famous iaitu Wardah Lightening Day Cream. 

Tekstur adalah sejenis gel yang mudah menyerap pada kulit dan tidak melekit.

Bahan yang menarik Niacinamide untuk mencerahkan kulit malah mampu untuk memudarkan parut jerawat atau kulit yang tidak sekata. 

Turut melindungi kulit wajah dari terdedah pada blue light, selain itu kulit anda akan kekal lembap dan segar. 

Dengan penggunaan yang konsisten, tiada lagi kulit kusam selepas ini!

Price
RM24.21

Terbaik untuk Cleanser Kulit Kering: Nutox Cleansing Gel

Nutox Cleansing Gel
Cleanser Kulit Kering 7 daripada 16
Nutox Cleansing Gel
Nutox
Dari RM31.99
Melambatkan proses penuaan
Dapat melembutkan kulit
Design botol sukar dibawa travel
1 lagi
Mampu mencerahkan kulit wajah

Pencuci wajah Nutox dapat membersihkan daripada kotoran serta mencerahkan kulit wajah yang kusam. 

Sesuai untuk anda yang mempunyai kulit normal dan kering kerana Almond Oil di dalam cleansing gel ini dapat membuatkan kulit kekal lembut dan lembap.

Bird nest juga menjadikan untuk membuatkan kulit wajah anda kekal awet muda dan berseri.

Bila kulit kusam, ekstrak Grapefruit pada pencuci ini akan mengurangkan masalah kulit kulit, membersihkan wajah dan mencerahkan tona kulit. 

Pencuci muka ini juga mengekalkan kelembapan serta melambatkan proses penuaan. 

Dengan harga yang berpatutan, pencuci muka ini setanding jenama yang lebih mahal. 

Price
RM31.99

Terbaik untuk Mask Bajet Remaja: Garnier Light Complete Serum Mask

Mask Bajet Remaja 8 daripada 16
Garnier Light Complete Serum Mask
Garnier
Dari RM9.90
Estrak lemon dan Vitamin C
Melembapkan kulit wajah
Perlu pakai dengan kerap
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Jenama Garnier popular dengan formulasi pencerahan jadi dengan mask ini anda boleh mendapatkan tona kulit lebih sekata dan bintik hitam berkurangan. 

Formulasi ekstrak lemon dan Vitamin C ini khas untuk anda dengan kulit kusam dan tidak bermaya. 

Bila pakai mask, mampu meredakan masalah kulit tidak bermaya dan membekalkan nutrisi yang diperlukan pada kulit wajah.

Mask ini juga memberi kelembapan menyeluruh pada kulit, hanya dengan pemakaian 1 mask, ibarat menggunakan serum selama seminggu. 

Price
RM9.90

Terbaik untuk Toner Kulit Sensitif: Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner

Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
Toner Kulit Sensitif 9 daripada 16
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
Cetaphil
Dari RM55.43
Bahan dari White Sea Daffodil
Mengandungi Niacinamide dan Vitamin B3
Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap
2 lagi
Lulus ujian dermatologist
Bebas Hypoallergenic

Cetaphil merupakan jenama bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan ini merupakan toner pertama dari rangkaian jenama Cetaphil. 

Keluaran toner ini memberi focus bagi anda yang ingin kulit cerah mulus tetapi mempunyai masalah kulit sensitif. 

Dirumuskan dengan Gentle Bright Technology yang sememangnya berkesan untuk memudarkan kesan tompok hitam pada wajah. 

Manakala Niacinamide atau Vitamin B3 pula akan membantu mencerahkan kulit wajah anda dan tiada lagi masalah kulit kusam. 

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau dengan tahap kelembapan kulit kerana akan melindungi dari masalah kulit kering. 

Jika mahukan hasil yang terbaik, cuba gunakan set lengkap skincare ini.

Price
RM55.43

Terbaik untuk Toner Glycolic Acid: Pixi Skin Treat Glow Toner Mists

Pixi Skin Treat Glow Toner Mists
Toner Glycolic Acid Terbaik 10 daripada 16
Pixi Skin Treat Glow Toner Mists
Pixi
Dari RM30.30
Mempunyai 5% glycolic acid
Bebas alkohol
Perlu guna produk mengandungi SPF apabila guna toner ini
2 lagi
Ekstrak semula jadi Aloe vera dan Ginseng
Mencerahkan kulit

Bila menggunakan toner bebas alkohol selepas mencuci wajah, secara tak langsung dapat mengurangkan iritasi. 

Ditambah pula dengan bahan 5% glycolic acid yang dapat membersihkan kulit wajah dari sel kulit mati dan membersih liang pori. 

Jadi kulit lebih bersih, sihat dan kelihatan lebih cerah. 

Manakala ekstrak organik aloe vera dan ginseng membantu melembutkan dan menyembuhkan kulit wajah anda. 

Tahap kelembapan pada kulit wajah anda juga lebih tinggi dan kulit lebih segar.

Liang pori juga tampil lebih kecil, kulit wajah makin berseri dan cerah. 

Price
RM30.30

Terbaik untuk Moisturizer Glycolic: L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer

L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer
Moisturizer Glycolic Terbaik 11 daripada 16
L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer
L'Oreal Paris
Dari RM94.90
Mengandungi spf17
Membuang sel kulit mati
Harga mahal

Moisturiser terbaru dari L’Oreal ini dirumus khas untuk anda yang inginkan kulit wajah yang bersih, cerah dan berseri. 

Walaupun moisturiser, ianya mempunyai SPF17 bagi melindungi kulit wajah pada sinaran UV. 

Bahan paling utama yang berfungsi untuk mencerahkan, mengurangkan tompok hitam pada wajah adalah glycolic acid. 

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga akan dapat diatasi. Hanya dengan sekali penggunaan, kulit anda akan kelihatan glowing dan kekal lembap.

Jika digunakan secara berterusan, pasti dapat hasil kulit lebih cerah, berseri dan anjal. 

Price
RM94.90

Terbaik untuk Krim 2-dalam-1 Terbaik: Some By Mi Yuja Niacin Brightening Moisture Gel Cream

Some By Mi Yuja Niacin Brightening Moisture Gel Cream
Krim 2-dalam-1 Terbaik 12 daripada 16
Some By Mi Yuja Niacin Brightening Moisture Gel Cream
Some By Mi
Dari RM37.59
Boleh digunakan pada wajah dan badan
Melembapkan kulit wajah
Harga mahal
2 lagi
Dapat mencerahkan kulit
Mengandungi 10 Vitamin

Bila beli produk dan fungsinya 2 dalam 1 merupakan kombinasi paling menjimatkan, sama seperti pelembap untuk kulit kusam dari SOMEBYMI. 

Dengan beberapa bahan terbaik seperti estrak Goheung Citron untuk nutrisi dan melembapkan kulit wajah anda.

Bahan paling utama untuk masalah kulit kusam adalah Niacinamide, dimana berfungsi bagi mencerahkan tona kulit dan tiada lagi masalah kulit kusam.

Nak kulit bersih cantik anda wajib pastikan ada bahan Glutathione, Arbutin untuk bebas sebarang masalah kulit.

Price
RM37.59

Terbaik untuk Cleanser Premium Terbaik: SKINTIFIC White Truffle Cleansing Essence Cleanser

SKINTIFIC White Truffle Cleansing Essence Cleanser 1
Cleanser Premium Terbaik 13 daripada 16
SKINTIFIC White Truffle Cleansing Essence Cleanser
Dari RM111
Sesuai untuk semua jenis kulit
Menegangkan kulit wajah
Harga sedikit mahal
1 lagi
Melembap dan melembutkan kulit wajah

Skintific White Truffle Cleansing Essence menjadi yang terbaik kerana sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuk jenis kulit yang sensitif.

Ia juga menggabungkan manfaat essence dan pencuci menjadi satu, jadi lebih jimat untuk digunakan.

Oil cleanser ini memberikan pembersihan mendalam sambil mengekalkan penghalang semula jadi kulit. 

Diperkaya dengan Truffle Putih berkualiti tinggi dari Alba yang terkenal kerana kaya dengan asid lemak, peptida, dan Vitamin C, essence pembersih ini meningkatkan kulit yang lembut dan sihat

Selain itu, kandungan Amino Acid bertindak menyimpan atau mengekalkan kandungan air pada kulit bagi memastikan tahap kelembapan optimum 

Ia turut memberikan tekstur kulit yang lembut dan tegang. 

Diformulasikan dengan 5X Ceramide, oil cleanser ini membantu mengekalkan skin barrier yang sihat, melindungi daripada pencemaran luar.

Skintific White Truffle Cleansing Essence bebas dari alkohol, pewangi, dan paraben, menjadikannya selamat untuk digunakan walaupun pada skin barrier yang rosak. 

Price
RM111

Terbaik untuk Sunscreen SPF50: Skinmade Super Vitamins Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+ PA++++

Skinmade Super Vitamins Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+ PA++++ 50ml
Sunscreen SPF50 Terbaik 14 daripada 16
Skinmade Super Vitamins Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+ PA++++
Skinmade
Dari RM59.34
100% mineral
Mengandungi Niacinamide
Harga mahal
3 lagi
Membaiki lapisan perlindungan kulit
Mengurangkan hiperpigmentasi
Perlindungan dari cahaya biru

SKINMADE Super Vitamins Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50 menawarkan perlindungan kuat terhadap radiasi matahari, meningkatkan kecemerlangan kulit sambil menghidrat dan menyegarkan kulit anda. 

Ia bukan sahaja melindungi kulit anda daripada sinaran berbahaya UVA, UVB, dan HEV, tetapi juga memperbaiki kesihatan kulit anda dalam jangka panjang.

Apa yang membezakan pelindung matahari ini adalah formulanya yang unik, diperbuat daripada 100% bahan mineral.

Selain itu, ia mempunyai tekstur ringan dan halus bak sutera yang menyerap dengan lancar ke dalam kulit. 

Tambahan lagi, pelindung matahari ini kaya dengan antioksidan bagi membantu melindungi, memulihkan, dan menenangkan kulit anda.

Price
RM59.34

Terbaik untuk Set Face Wash & Toner: Emina Gentle Skin Kit - Face Wash and Toner

Emina Gentle Skin Kit - Face Wash and Toner with Calendula Extract and Hyaluronic Acid
Set Face Wash & Toner 15 daripada 16
Emina Gentle Skin Kit - Face Wash and Toner with Calendula Extract and Hyaluronic Acid
Emina
Dari RM18.70
Membersih dengan lembut
Toner dengan pH seimbang
Saiz kecil

Emina Gentle Skin Kit, set sempurna Face Wash dan Toner yang direka untuk memberikan kulit anda penjagaan dan penghidratan yang optimum. 

Face Wash dengan buih lembutnya, mengeluarkan kekotoran dengan lembut, meninggalkan kulit anda bersih dan licin. 

Sementara itu, pelengkap pencuci muka ini adalah toner yang mengimbangi pH dengan formula ringan dan tidak melekit yang cepat diserap.

Toner yang diperkaya dengan Ekstrak Calendula dan Asid Hyaluronik ini menawarkan kesan menenangkan dan penghidratan yang tahan lama, menjadikan kulit anda berasa lembut dan segar. 

Untuk menggunakan toner, tuangkan jumlah yang mencukupi ke atas kapas atau tisu, dab dengan lembut pada muka dan leher yang bersih, dan biarkan kering sebelum menggunakan pelembap.

Price
RM18.70

Terbaik untuk Serum Anti-Kedut: Tatagaltier Celaney Fortifying Serum

Tatagaltier Celaney Fortifying Serum
Serum Anti-Kedut Terbaik 16 daripada 16
Tatagaltier Celaney Fortifying Serum
Tatagaltier
Dari RM75.65
Mencerahkan kulit kusam
Mengurangkan kedutan dan garis halus
Perlu pakai konsisten untuk hasil
1 lagi
Mengekalkan kelembapan

Tatagaltier Celaney Fortifying Serum direka untuk meremajakan dan memperbaiki kulit anda. 

Serum 30ml yang berkuasa ini berfungsi untuk mencerahkan kulit kusam dan menghilangkan parut serta pigmentasi.

Ini akan memberikan anda kulit yang lebih berseri dan sekata. 

Formula canggihnya juga menyasarkan garis halus dan kedutan, mengurangkan penampilannya dan mempromosikan penampilan yang lebih muda. 

Serum ini juga diperkaya dengan bahan-bahan yang memperbaiki penghalang kulit, memberikan kesan menenangkan yang cepat untuk melindungi kulit anda. 

Selain itu, ia meningkatkan dan mengekalkan penghidratan kulit, memastikan kulit anda kekal gebu, licin, dan terhidrat dengan baik. 

Masukkan Tatagaltier Celaney Fortifying Serum ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda untuk menikmati kulit yang lebih segar, berseri dan penghidratan yang tahan lama.

Price
RM75.65

Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini

Setiap produk dalam senarai ini disemak terus di halaman jualan Shopee Malaysia untuk memastikan ia masih dijual dan harga adalah terkini (disemak 22 September 2026). Kami mengutamakan produk yang mempunyai jualan tinggi dan penilaian pengguna yang baik, dan cuba masukkan pilihan merentasi julat harga (RM9.90 hingga RM135.00) supaya sesuai untuk pelbagai bajet dan jenis kulit (berminyak, kering, sensitif dan mengandung).

Apakah Penyebab Utama Kulit Kusam? 

Wajah akan mudah menjadi kusam jika anda membuat antara-antara kesalahan ini.

Antara faktornya ialah kurang minum air kosong, tidak memakai skrub, tidak memakai pelembap yang cukup dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. 

Contohnya merokok, kurang tidur yang berkualiti, terlampau menggunakan make up yang matte dan tidak memakan makanan seimbang. 

Jom dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video berikut.


Ciri-ciri Kulit Kusam

Buat anak remaja yang meningkat dewasa, wajib tahu keadaan wajah atau kulit muka yang bermasalah.

Kali ini kami kongsikan tentang masalah kulit kusam.

Kulit kusam adalah keadaan di mana kulit hilang kecerahannya dan kelihatan tidak bermaya. 

Anda boleh perhatikan beberapa ciri-ciri kulit kusam yang biasa kelihatan:

  • Kulit kelihatan pudar dan tidak kelihatan bercahaya secara semula jadi. Ini biasanya disebabkan oleh sel-sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit.
  • Kulit kusam sering kali mempunyai tekstur yang kasar dan tidak rata. Ini boleh dirasai apabila anda menyentuh kulit, di mana kulit terasa kering dan bersisik.
  • Kulit muka mungkin mempunyai tona yang tidak sekata, dengan tompok-tompok gelap atau pigmentasi yang ketara.
  • Kulit kusam cenderung untuk menunjukkan lebih banyak kedutan dan garis halus. Ini kerana kulit yang tidak terhidrasi dengan baik lebih mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan.
  • Kulit kehilangan keanjalan dan kelihatan lebih kendur. Ini disebabkan oleh kekurangan kelembapan dan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kulit yang tegang dan anjal.
  • Kulit kusam juga boleh menjadi lebih sensitif dan mudah iritasi, menunjukkan kemerahan atau rasa tidak selesa.
  • Lingkaran gelap di bawah mata dan bengkak adalah tanda-tanda biasa kulit kusam. Ini boleh membuatkan keseluruhan wajah kelihatan lelah dan tidak segar.
  • Pori-pori mungkin lebih kelihatan dan tersumbat dengan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain.

Untuk mengatasi masalah kulit kusam, anda perlu dan wajib menjaga rutin penjagaan kulit yang baik, termasuk eksfoliasi secara berkala, penggunaan pelembap yang sesuai, dan perlindungan daripada sinaran UV. 

Produk yang mengandungi bahan pencerah dan penghidratan seperti serum dan pelembap juga boleh membantu mengembalikan kecerahan dan keanjalan kulit.


Artikel Berkaitan


Soalan Lazim

Kenapa muka nampak kusam?

Muka nampak kusam biasanya disebabkan oleh sel kulit mati yang terkumpul di permukaan, kurang penghidratan, kurang tidur dan pendedahan berpanjangan kepada sinar UV tanpa perlindungan sunscreen. Gaya hidup seperti merokok dan pemakanan tidak seimbang turut menyumbang.

Bagaimana cara menghilangkan kulit kusam?

Amalkan rutin penjagaan kulit asas: bersihkan muka dua kali sehari, eksfoliasi 1-2 kali seminggu dengan produk mengandungi AHA/BHA, gunakan serum pencerah seperti Vitamin C pada waktu pagi, lembapkan kulit, dan pakai sunscreen setiap hari untuk elak kerosakan UV yang menggelapkan kulit.

Vitamin apa yang baik untuk kulit muka kusam?

Vitamin C adalah yang paling biasa disyorkan untuk kulit kusam kerana sifat antioksidan dan pencerahnya, contohnya dalam Aiken Vita C Bright Serum. Niacinamide (Vitamin B3) turut membantu meratakan tona kulit, seperti yang terkandung dalam Cetaphil Bright Healthy Radiance Toner.

Apakah serum terbaik untuk kulit kusam dan kering?

Untuk kulit kusam dan kering, serum yang menggabungkan bahan pencerah dengan pelembap seperti Tatagaltier Celaney Fortifying Serum (mengekalkan kelembapan sambil mencerahkan) atau Laneige Water Sleeping Mask (teknologi Moisture Wrap) lebih sesuai berbanding serum berasaskan alkohol.

Lagi daripada ProductNation